Wednesday 29 June 2011

CLEAN and CLEAR

kebersihansebahagianiman“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab

Apa nak buat cuti ni? Sudahkah anda mengemaskan rumah anda? Bilik anda? Barang-barang anda? Ketahuilah sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Kebersihan adalah sebahagian keperluan dalam mengendalikan kehidupan dan dituntut oleh Islam untuk diamalkan secara berkekalan oleh umatnya. Malah lebih penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman dan penyebab Allah kasih kepada kita. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.

Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).
Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.
Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).
Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.
Jika diri, rumah atau perkara yang ada hubungan dengan seseorang itu kelihatan tidak bersih, comot, busuk dan tidak teratur, ia secara tidak langsung menandakan diri dan jiwanya juga tidak bersih, comot dan tidak teratur. Dengan kata lain, tidak berakhlak atau berdisiplin.
Pada pandangan Islam, menjaga kebersihan, setidak-tidaknya akan membabitkan menjaga kebersihan diri, pakaian, tubuh badan, dalam dan luar rumah.
Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, Tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.
Nabi Muhammad saw amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian, sehingga baginda dilihat menjadi seorang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah berkata, bahawa Nabi saw pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu saudara mereka. Sabdanya bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan datang (menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal (alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia.
Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat buruk.” (Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).
Begitulah antara pesanan Rasulullah saw kepada orang yang hendak berhadapan dengan masyarakat supaya berpakaian menarik dan berbau wangi, supaya menyenang hati dan menyedapkan mata memandang.
Pakaian dan badan boleh berbau busuk sama ada kerana tidak berbasuh atau tidak mandi. Justeru, Islam menganjurkan supaya sentiasa mandi pada waktu tertentu, mengenakan bauan sesuai, di samping membersih pakaian. Maka Allah memerintahkan Nabi saw membersihkan pakaiannya.
Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang berselimut, bangun dan berilah peringatan. Dan Tuhanmu hendak kamu agungkan. Dan pakaian kamu hendaklah kamu bersihkan…”(Surah al-Mudassir, ayat 1-4).
Di samping berpakaian cantik dan bersih, baginda saw menganjurkan mengenakan bau-bauan wangi. Ini kerana Rasulullah saw seorang yang amat mementingkan bau-bauan.
Annas bin Malik berkata:
“Aku tidak pernah tercium bau yang amat harum semerbak bak kasturi, bahkan tidak ada yang harum lebih daripada itu, kecuali bau Rasulullah saw.” (Riwayat Muslim).
Badan kita boleh berbau busuk kalau tidak mandi. Oleh sebab itu, mandi (selain mandi hadas besar) menjadi hak badan kita. Siapa yang tidak mandi seminggu bererti tidak memenuhi hak tubuh badannya. Islam meletakkan sunat mandi pada setiap kali hendak bersolat lima waktu.
Di samping menjadi sesuatu yang dituntut oleh Islam, kebersihan mencerminkan perwatakan individu itu sendiri. Adakah individu itu sendiri seorang yang amat prihatin dalam soal kebersihan atau sebaliknya.
Menjaga kebersihan dalam rumah, misalnya, sepatutnya sentiasa bersih daripada sampah sarap atau sawang-sawang sama ada di bilik tidur, dapur, bilik tetamu, bilik air, tingkap, pintu, langsir atau siling.
Bilik tidur adalah bilik utama. Ia ruang peribadi diri. Jika bilik tidur tidak kemas, bersepah dengan bantal, cadar dan kain selimut tidak berlipat, berlonggok sana-sini, sampah-sarap tidak disapu, maka melambangkan peribadi yang tidak bersih.
Bilik air merupakan ruang peribadi kedua selepas bilik tidur. Sudah tentu kebersihan bilik air sangat penting untuk keselesaan kita menggunakannya. Juga tempat yang digunakan untuk mengambil wudhu’. Kebersihannya perlulah diutamakan.
gambar hiasan
Ruang dapur bukan saja perlu sentiasa bersih, malah disusun kemas, supaya tidak mudah mengundang bahaya kepada ahli rumah. Ada kajian menunjukkan bahawa antara tempat yang mudah terdedah kepada bahaya ialah bahagian atau ruang dapur.
Ruang makan/ruang tamu turut menjadi bahagian penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana bahagian ruang tamu menjadi pemerhatian pertama dan awal apabila ada tetamu yang datang. Ruang makan pula adalah ruang kita menjamu selera. Justeru ruang tamu perlu sentiasa dalam keadaan teratur dan kemas. Ini kerana tetamu yang datang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.
p1010134
Ruang pelajar apatah lagi. Ruang untuk menimba ilmu seharusnya bersih dan kemas bagi memudahkan kita menerima ilmu.
Bagi rumah orang Islam, semua yang disebut di atas, perlu dijaga dan dibersihkan. Cuma rumah orang Yahudi yang dibiarkan kotor.
Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
“…bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).
Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang Yahudi kotor dengan sampah-sarap dan najis binatang di hadapan tangga dan di pekarangan rumah mereka.
Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah-sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah. Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan di merata-rata sehingga mengganggu orang lain.
Jalan masuk ke rumah juga perlu dibersihkan. Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat. Sebaliknya mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
“Memukul orang yang lemah ke tempat solat sama pahalanya seperti bersolat. Membuang gangguan, seperti duri dan najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti bersolat.” (Riwayat Khuzaimah)
Hadis itu menunjukkan, bahawa amalan membuang dan membersihkan gangguan di jalan seperti sampah-sarap, duri dan kaca dikira ibadah dan nilai pahalanya sama dengan solat.
Sementara membiar atau meletakkan kotoran dan apa juga benda yang mengganggu jalan adalah dikutuk oleh Allah.
Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
“Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
“Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”
Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda:
“Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Khatib Al Baghdadi meriwayatkan;
“Sesungguhnya Islam itu bersih. Oleh itu, jagalah kebersihan, tidak ada yang masuk syurga melainkan orang yang bersih”.
Sesungguhnya soal kebersihan bukan saja ada hubungan dengan iman, bahkan menentukan kedudukan kita pada akhirat, sama ada dalam syurga atau neraka. Jika menurut Khatib Al Baghdadi bahawa orang yang hanya masuk ke dalam syurga ialah orang yang menjaga kebersihan, maka tentu yang pengotor akan masuk neraka.
Begitulah gambaran betapa pentingnya menjaga kebersihan menurut apa yang dianjurkan oleh Islam. Hingga menjelaskan kepada kita bahawa menjaga kebersihan menjadi sesuatu yang sangat dituntut oleh Islam.
Jadi, seharusnya masa yang ada ini kita gunakan sebaiknya untuk membersihkan rumah. Disamping menambah keselesaan diri, kita mampu untuk menunjukkan imej sebagai seorang muslim yang baik. Teringat seorang sahabat pernah ditegur oleh saudaranya yang datang ziarah.
“ko ni sibuk2 gi usrah la qiam la dekat luar, tapi bilik bersepah. Kalau nak amalkan islam, amalkan secara menyeluruh la. Jangan la amek separuh2.”
Kata-kata yang pedas untuk diterima tapi itulah hakikatnya. Walaupun saudaranya itu tidaklah mengikut usrah atau mendengar ceramah mingguan daripada ustaz seperti kita, dia juga tahu bahawa kebersihan itu adalah perkara asas dalam agama. Kita sebagai orang yang membawa imej islam, bercakap tentang islam, menulis tentang islam haruslah lebih-lebih lagi peka pada isu kebersihan ini kerana asasnya di sini. Jadikan rasulullah SAW contoh terbaik dalam membentuk peribadi diri. Baginda juga sibuk dengan dakwahnya, banyak solat malamnya, sedikit pakaiannya tapi yang terbaik dalam pemakaian dan pergaulannya. Jangan sampai kita menjadi fitnah kepada agama mulia ini dan menjauhkan orang lain daripada hidayahNya. Semoga masa yang ada dapat dimanfaatkan untuk membersihkan seluruh rumah.
Checklist kebersihan rumah
  • Pindahkan barang masuk locker
  • Simpan kotak dan beg di stor
  • Kemas dapur
  • Sapu dan mop lantai
  • Cuci tandas
p/s:bila dah masuk kolej/uni..dah xde dah KP/pgwas nak check bilik masing2..inspection pun dah xde..pandai2 la pikir..aish..takkan nk buat peraturan mcm sekolah jgk kot..~huhuhu

Saturday 25 June 2011

we're the Queens!

A British man came to Sheikh and asked:  “Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?”

The Sheikh said:  “Can you shake hands with Queen Elizabeth?”

British man said:  “Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.”


Sheikh replied:  “Our women are queens and queens do not shake hands with strange men!”

p/s:tangan di dada mata ke atas,refleksi diri~

Thursday 23 June 2011

Kenapa..?

Kenapa?

Bila orang cakap,

“ade ker pelajar yang dapat straight A+ yang nak ambik bidang agama?”
“aliran agama aliran kelas ke-3?”
“kebanyakkan pelajar-pelajar yang ambik bidang agama hari nie pun sebab dah tak ada pilihan lain,pilihan terakhir..”

Sangat terasa..
Sangat-sangat terasa..


Bukan menyesal,tetapi sedikit kesal…oh!

Kenapa eh?

“..tidak aku temui bidang ilmu yang lebih mulia selepas bidang syariah,kecuali bidang perubatan,jika bukan kerana aku memikirkan umat pada hari ini memerlukan aku mendalami bidang ini,sudah pasti bidang perubatan menjadi pilihan aku..”-IS

Imam Syafie  berkata bahawa:
Ilmu itu ada dua jenis: Ilmu feqh agama (untuk kesejahteraan akhirat) dan Ilmu
kesihatan badan (untuk kesejahteraan dunia).

Sememangnya apa jua bidang yang kita ceburi tak penting kerana apa yang dinilai adalah taqwa:

Adapun ilmuan atau ulama’ yang tidak beramal dengan ilmunya..maka tiada gunanya..
Adapun seorang doktor yang tidak beramal dengan ilmunya..maka tiada ertinya..


p/s: entry ini hasil inspirasi program “Road To Jordan”...

“Kini Kita ‘Budak Kolej’..bukan lagi ‘Pelajar Sekolah’....tanggungjawab kita jauh lebih besar..dan kematangan itu sangat perlu dipupuk.jika zaman sekolah karya cipisan menjadi santapan,kini tiba masanya untuk karya2 yang lebih sarat dan berat..itu hakikat mahasiswa..”-senior Universiti Yarmourk..(bukan ayat sebenar,tetapi maknanya sama)

nota kaki:klik sini!

Monday 20 June 2011

jom baca Buku dan Layan Movie!

  •  assalamualaikum.rasanya agak terlambat menge'post' entry nie,(tak prasan draft sudah lama tersimpan)memandangkan kebanyakkannya telah pun tamat "cuti panjang"..adapun begitu..biar lambat asal sempat..(heh?)..=p

    tgok sampai habes!

    mula2 tgok first episode:*macam boring sgt deh*
    lepas tengok:*first korean movie that really give great "values"*
    -khususnya untuk bakal2 doktor..hehe

    jap satu lagi:untuk yang akan ke Timur Tengah(especially Jordan) jangan lupa baca:

    "secangkir teh pengubat letih"
    saifulislam a.k.a Ustaz Hasrizal
    *realiti dan hakikat generasi 'pengejar' ilmu masa kini di bumi syams'*
    *timur tengah tempat bagi orang yang 'terbuang'???*

    p/s:maaf sangat2 tak sempat nak tulis komentar,so apa lagi,tanyalah Haji Google!



    cukuplah dengan gambar ini menyatakan kenapa bakal2 doktor khususnya perlu tengok movie ini!




Sunday 12 June 2011

berlapang dada itu UBAT MUJARAB

ASSALAMUALAIKUM..


Sesungguhnya,hati sedang memujuk diri untuk berlapang dada,ya Allah.just get lost the money.teringat satu peristiwa.


"sahabat..saya tercicir hanset dalam bas..camne eh?"soal seorang sahabat,buntu.kelihatan kerut kerisauan terukir di dahi..
"laa..hmm..nak buat camne,bas mini plak tu...doa byk2 org yang jumpa hanset tu orang yg baik..doa banyak2.."no komen.speechless..hanya itu yang mampu katakan.

aktiviti rehlah pagi itu diteruskan seperti biasa.tampaknya sungguh berlapang sahabat itu..tidak nampak langsung kerisauan.mungkin sedang mujahadah untuk berlapang dada,atau redha mahupun tawakkal..hanya Allah yang tahu..

"antara orang yang memberi dan orang yang menerima siapakah yg akan lebih bahagia?..jika kita sayang sangat kat satu barang nie,then kita bagi kat orang lain dengan hati yang ikhlas adakah kita atau orang yang menerima akan lebih bahagia..?"soal ustaz.

so,cuba anda tepuk dada tanya selera..siapakah lebih bahagia..?

"oleh itu,marilah kita sama2 menghulurkan sedikit sumbangan untuk membantu sahabat kita yang baru sahaja kehilangan hanset...tak suruh tak paksa,sekadar memberi panduan dan cadangan.."tambah ustaz dengan senyum simpulnya..

sungguh,terasa ujian Allah on the spot..tatkala diri ditugaskan untuk menjaga check point yang mengupaskan ibrah tentang ukhwah..

persoalan tenggelam timbul..

di mana pegangan berlapang dada kita.?..di mana kita meletakkan ITSAR secara praktikal..?..nah!ujian Allah turun untuk menguji apa yang kita katakan.

"okay,term pertama adalah BERLAPANG DADA,then yang kedua ITSAR.."

"sahabat2 tahu tak,Imam Hassan alBanna telah menggariskan..jap,siapa Imam Hassan al Banna nie..?beliau merupakan pengasas...???"

"..Ikhwanul Muslimin.."..sambung beberapa orang sahabat.ada juga yang hanya mampu tersenyum.blurr..(teringat waktu KPTI di KKJ..)mungkin yang lain pertama kali mendengarnya..

"..dan kita juga tahu yang dia juga telah menyusun al Mathurat..dan dalam mathurat itu sendiri kita dapat lihat,betapa Imam Hassan al Banna amat menekankan ukhwah..dan ini jelas kita dapat lihat dalam doa rabitah di akhir bacaan mathurat..Imam Hassan al Banna sangat menekankan ukhwah dalam gerakan dakwah Islamiyyah..bla..bla..bla.."

menambah bicara ibrah lagi..

"..Imam Hassan al Banna telah menggariskan setinggi-tinggi ukhwah ialah ITSAR dan serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada.."

adapun berlapang dada itu boleh ditakrifkan dalam segenap situasi,tetapi fokus untuk situasi ini ialah:

1)berlapang dada(redha) dengan ujian Allah sebagai mana sahabat yang kehilangan hanset tadi..
2)berlapang dada untuk memberi sumbangan yang ikhlas kepada sahabat tadi.
3)berlapang dada juga boleh dikatakan memandang sisi positif pada perkara yang negatif,contohnya bersangka baik terhadap sahabat..
4)dan juga situasi2 lain..

BERLAPANG DADA UBAT MUJARAB.

alhamdulillah..jumlah wang sumbangan cukup untuk membeli hanset baru bagi menggantikan hanset yang hilang.alhamdulillah lagi berganda-ganda tatkala mendapat mesej..

"alhamdulillah,hanset dah jumpa.."

see?..berlapang dada sungguh ubat yang sungguh mujarab..

subhanaAllah..cukuplah satu ujian on the spot pada hari itu untuk menguji kita..sangatlah percaya itu adalah ujian Allah..sangat2..terasa makan dalam yang amat bila teruji begitu.kesannya,hanya orang yang tertentu yang dapat menghayati ibrah seperti ini secara 'live'..selalunya kita hanya didedahkan dnegan teori,nah!nie praktikalnya..tepuk dada..tanya iman..

ada pun ingin memberi contoh untuk situasi 3..

berlapang dada dengan melihat sisi positif sesuatu perkara yang negatif..

kepada sahabat khususnya yang akan menyambung perjuangan di KKJ..jangan sesekali rasa gundah gelana,kerana percayalah..walaupun diri terpaksa berlapang dada menerima hakikat terpaksa meneruskan perjuangan tanpa sahabat2 yang telah lebih terdahulu bertebaran di muka bumi Allah ini..bersangka baik lah terhadap mereka yang telah terlebih dahulu menyambung perjuangan di tempat baru..insyaAllah..berlapang dada itu adalah ubat yang paling MUJARAB..walaupun pahit,pahitnya itu akan membawa kemanisan di penghujungnya..hanya Allah yang berhak menilai...sekali pun diri ini juga terpaksa berlapang dada menerima hakikat tidak akan bersama dalam saf itu,sungguh pujukan diri..insyaAllah jika ini kehendak Allah..maka yakinlah..redha..berlapang dada.diri ini dan juga sahabat juga..

KONKLUSI

sahabat yang berlapang dada lantaran kehilangan hanset telah pun mendapat Ibrahnya.sahabat yang stay..?..dan diri yang kehilangan wang ringgit..??..sama2 kita tunggu ibrahnya..sobs2..

nota sisi:

*dalam menuntut ilmu agama,hendaklah kamu tawadduk..raikan perbezaan (khilaf)..bukan perangi..

*ubahlah persepsi diri..cuba untuk memahami,bukan mengharapkan diri difahami..insyaAllah bahagia di situ..

*kunci berlapang dada..SENYUM..walaupun dalamnya pahit cuba untuk maniskan senyuman itu..


p/s:menanti hikmah,memujuk diri untuk berlapang dada.mungkin nilai wang yang hilang itu besar,namun insyaAllah ibrahnya lagi besar..doakan..=(   ---->   ^__^

Friday 3 June 2011

K.A.M.I dan M.E.R.E.K.A..



Semalam kami kelukaan,

Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian sering kami harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

kami insan biasa yang punyai perasaan,
tegar kalian biarkan kami bukam dalam derita,
hanya hati yang memahami..
hanya Allah yang mengetahui..

jika bukan kerana kalian pergi membawa diri..
tidaklah kami rasa terluka..
mencalar keimanan
lantas..
titisan air mata mengalir,
hangat dibibir mata..

Allah…
Ingin saja kami hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk kami bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah kami mengelamun jiwa
hati berbisik inilah dugaan

kerana kami kecewa..
kerana kami malu pada diri sendiri..
layakkah kami menjadi pengganti kalian...?

kami jahil,


kami fakir budi,


kami miskin ilmu..


Allah,bisikan ini menghantui kami..


ampunkan kami ya Allah..






jika ujian ini engkau timpakan kerana dosa silam kami,
lantaran masa lapang lalu yang tidak kami penuhi dengan pengisian ilmu,
dan peningkatan thaqafah..
maka ampunkan dosa2 kami..


jika ujian ini engkau timpakan kepada kami lantaran ingin menguji keimanan kami,kesabaran,serta keikhlasan kami..
maka sedarkanlah kami tentang janjiMu ya Allah..
kami mohon ibrah daripadaMu ya Allah!




saat ini..
mata kami seakan-akan buta..
telinga kami seakan-akan pekak..
hati kami seakan-akan mengeras..
lantaran bisikan itu..


sememangnya kami terasa begitu kerdil..
hina..malu..


oh!siapalah kami ya Allah..
ilmu sekangkang cuma,akhlak yang biasa cuma..


datangkanlah mereka kepada kami..



mereka yang telah mengasingkan diri..
mereka yang telah menyendiri..
mereka yang telah melarikan diri..

sungguh !

berat beban dakwah ini akan terasa ringan jika kalian turut bersama memikulnya..

Dan langkah kami kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diri kami,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangat kami
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu kami meminta

Dan kami mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

di mana kalian..
jangan tinggalkan kami..
kami perlukan kalian..

kami ini lemah..
makin ditinggalkan makin lemah

kami ini sedikit..
makin kalian larikan diri
makin susut daya kami..
makin sukar jalan ini..

bukankah jalan ini akan lebih indah jika kalian turut berpimpin tangan..
seriring dan sejalan bersama kami..??

jangan tinggalkan kami,
kami LEMAH..

p/s:thabbit qulabana ya Allah..3x