Wednesday 27 June 2012

Roda Tajdid.di manakah kuncinya ?

Tajdid.perubahan ?

roda tajdid.Jatuh.Bangun.Jatuh.bangun.Jatuh lagi ? bangun lagi.

dan saat yang paling rugi apabila kita berputus asa dengan diri sendiri.
dan saat paling malang apabila kita berputus asa dari rahmatNya.

dan musuh paling ketat adalah diri sendiri.
dan musuh yang paling dekat adalah nafsu diri sendiri.

dan pandangan paling kita takut adalah pandangan orang terhadap diri kita.
dan pandangan paling kita alpa adalah pandangan Dia.

dan perkara yang diri ini paling tidak memahami adalah diri sendiri.
dan perkara yang diri ini paling ingin difahami adalah untuk memahami diri sendiri.

dan Dia lah yang paling memahami diri kita.
teruskan acukan pedang.
kerana Doa itu senjata orang mukmin.
dan kunci untuk memutarkan roda adalah TAUBAT NASUHA
bahkan..

sekalipun roda itu berhenti.kuncinya tetap sama.

sama ada kita sedar atau tidak.
sama ada kita mampu untuk terus berusaha.
kuncinya dah ada.
dan  pilihannya di tangan kita.

"Taubat itu harus berlangsung terus-menerus dalam segala keadaan walaupun manusia itu memang tidak sepi daripada kesalahan-kesalahan"
-Imam Al Ghazali-

Road to Ramadhan

Tuesday 5 June 2012

Video Youtube PERTAMA kami ^^

KAli ini nak cerita berkenaan hal yang berkenaan dengan penulis sepanjang keberadaan penulis di Jordan yakni selama 8 bulan[plus minus]..

.:KREM[Krew Revolusi Multimedia]:.

KREM bernaung dibawah MPPMJ[Majlis Persatuan Pelajar Malysia Jordan;merupakan badan induk bagi pelajar Malaysia di Jordan].KREM ditubuhkan[baru sahaja ditubuhkan dan ahlinya semua 'budak tahun satu'] sebagai simbolik kejayaan penganjuran PERTAMA[Persidangan Tahunan Pelajar Malysia Jordan] yang telah diadakan dnegan jayanya di Irbid pada bulan Februari.

.:PERTAMA:.

PERTAMA kali ini menyentuh isu Media Hiburan[maaf lupa dah tema dia..]..dan apa yang penulis dapat simpulkan,besarnya manfaat jika kite menggunakan media massa hari ini khususnya media maya dengan semaksimum mungkin.Dengan isu kebejatan media yang banyak dikotori elemen2 yang menjelikkan penulis kira..udah sampai masanya,kite sebagai mahasiswa khususnya..memanfaatkan potensi yang yang ada pada diri masing2 untuk menjadikan media sebagai wadah dakwah yang paling kompetitif era kini.

dan mengikut penekanan yang diberikan oleh Prof.Abu Hassan[tokoh akademik yang merupakan salah seorang panelis jemputan khas dari Malaysia]..dalam bidang hiburan dan industri filem khususnya,beliau mendesak lebih ramai lagi ahli agamawan 'terjun' dalam bidang hiburan khususnya sebagai penulis skrip filem,drama atau sebagainya.Bukan sekadar ahli agamawan yang tahu mengkritik,tetapi agamawan yang mampu mencorak seni filem di Malysia khususnya menjadi seni yang bermanfaat untuk ummah,bukan merosakkan lagi akhlak remaja serta mengelirukan masyarakat tanpa adanya org yng 'ahli' dalam menghasilkan karya islami yang sebenar.

semenjak hari itu.makin ramai pelajar2 jordan khususnya melibatkan diri dengan media.Youtube,facebook,blog bukan lagi sekadar medan ukhwah tetapi sebagai medan dakwah.Dan antara matlamat KREM itu sendiri ingin melahirkan ramai pakar dalam bidang media seperti editing,photoshop dan sebagainya.Dari sehari ke sehari semakin bertambah koleksi video atau filem pendek di Youtube dihasilkan oleh mahasiswa Jordan khususnya,sama ada berbentuk Vlog,cerita pendek,filem pendek..dan travelog video.

alhamdulillah.penulis kira 'revolusi' ini sebagai perkembangan yang sihat dan objektif PERTAMA telah tercapai.mungkin masih 'merangkak' tapi insyaAllah..penulis yakin,akan lahir graduan agamawan dari bumi Syam akan mengemudi Bahtera Tajdid Industri Hiburan Tanah Air..ameen..

.:Video PERTAMA kami:.

Penulis dan sahabat penulis,Asilah Aripin[ketua batch akhowat JUST11] telah berbincang dan kami sepakat mencadangkan untuk menghasilkan satu video under batch[walaupun ketika itu organisasi batch bagai kabinet bayangan..hehe..] demi memntapkan lagi ukhwah antara syabab mahupun akhowat..

Masa tu.sebelum cuti musim sejuk bermula.Memandangkan kami semua[sebahagian yang terlibat dalam pembikinan vid batch nie] keluar bercuti..segala proses editing dibuat,penggambaran dan semuanya dibuat setelah semua 'pulang' ke Irbid.

Mase tu jugak penulis masih ingat lagi,hangat tentang berita perkahwinan Siraj Munirah.[haha..heboh sampai Irbid kot,,huhu..mula la mase tu semua naek menggelepar,semua orang asyik2 duk ulas tajuk kawen..^^ dan termasuk lah penulis sendiri..huhuhu..]

dan timbullah idea untuk menghasilkan vid batch yang bertajuk "Sebelum Aku Terima Nikahnya"..[nie namanya teknik promosi dengan title yang laris untuk diklik di account Youtube].dan cadangan diterima memandangkan niat kami untuk memberikan penekanan kepada persediaan sebelum menjejak kaki di alam perkahwinan dan memantapkan lagi fikrah tentang perkahwinan... 

"Nikoh Kawen, It's not only about LOVE,but it's about making OUR UMMAH! "

please enjoy this short filem,open your eye,open your heart,and mind..let's think of this..


[kiteorang tak menang pun,tapi alhamdulillah kiteorang mampu tersenyum niat kiteorang nak menyampaikan mesej dalam vid ini tercapai,walaupun mase mula2,kiteorang agak segan dengan vid nie sbb mse tu vid oreo 3+1 sangatlah femes(haha.ttba je),memandang kiteorang punyer xdela gempak sangat..tapi akhirnya kiteorang openkan vid ini untuk tatapan umum,bak kate sorang sahabat kami 'biarlah ape orang nak kate,yang penting niat kite,,walaupun kite tak menang,tapi cuba ingat balik kenapa kite nak buat vid nie?so..open untuk semua..insyaAllah..usaha kecil kite nie kalau betol2 ikhlas Dia pandang...]

video KEDUA kami^^

nantikan kesinambungan vid ini dengan isu yang penulis kira agak berat...insyaAllah{klau ade mse,ade org sudi nak jadi tenaga 'buruh']..doa2 la ilham dari Dia tak putus buat kami untuk terus menghasilkan video yang tak seberapa nie..
so..nantikan SEBELUM AKU TERIMA NIKAHNYA II

dan mungkin berakhir dengan video AKU TERIMA NIKAHNYA{nie pun masih lagi dlm cdgan dan perancangan]..moga Allah permudah urusan...ameen.

alhamdulillah..begitulah kisah penulis,sedikit sebanyak sepanjang berhidup di negara orang.Alhamdulillah,senang hati dikelilingi sahabat2 yang sangat osem jiddan!dan doakan kiteorang mampu menjadikan KREM sebagai satu revolusi..

IKHLAS Production, KREM, PERMAI

Working with them for the sake of our ummah!insyaAllah ^^jom ikhlaskan hati!

p/s:awk,jemput baca entry kat blog batch kiteorang jap klik link nie--->Kahwin:Raikan Fitrah






 

Kalau dah Jodoh tak ke mana...

Sufia memandang langit, hatinya begitu tenang. Terasa segala beban di hati hilang seketika. Sufia Adawiyah, gadis yang sentiasa mengukirkan senyuman. Dia juga seorang sahabat yang memahami. Baginya masalahnya harus terkunci rapi dan dikongsi bila perlu. Kerana itulah sahabat-sahabatnya sentiasa mentafsirkannya selalu bahagia. Namun, hanya Allah yang tahu setiap liku kehidupan yang harus dia tempuhi.
Gadis remaja sepertinya, pasti pernah mengenal erti jatuh hati, itulah fitrah yang diciptakan Allah buat hambaNya. Namun sebagai seorang muslimah, dia tidak pernah menterjemahkan rasa hatinya agar menjadi realiti. Dia lebih memilih untuk diam dan pada akhirnya kesakitan menjadi miliknya. Bagaimanapun, Sufia masih mampu mengukirkan senyuman. Dia tidak pernah menyalahkan takdir, mahupun sang Adam itu. Baginya jodoh itu ditentukan olehNya.
Sejak menjejakkan kaki ke universiti, Sufia pernah jatuh suka pada seorang Hamba Allah itu. Sifat matang lelaki itu berjaya menambat hati kecilnya. Namun Sufia sedar batas sebagai sebagai seorang muslimah. Dia hanya mampu berdoa, sentiasa bersujud memohon petunjuk.
Zairil Mikail, itulah nama pemuda yang berjaya membuka ruang di hatinya. Zairil ialah Yang DiPertua (YDP) salah satu persatuan yang turut disertai Sufia iaitu Persatuan Daie Muda. Zairil juga ialah seorang senior dalam jurusan yang diambilnya. Sufia tertarik dengan cara Zairil menyampaikan hujah-hujahnya, begitu matang sekali. Sufia dan Zairil pernah berhubung, tapi hanya apabila melibatkan soal persatuan. Zairil sentiasa menghormatinya. Dia begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Zairil benar-benar menjaga ikhtilat antara mereka.
Semakin hari, Sufia semakin menguburkan perasaanya, dia takut jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia membuka pintu untuk syaitan melalaikannya. Hati dan iman yang rapuh mudah gugur. Biarlah dia mengagumi Zairil hanya dalam diam. Dia tidak menceritakan hal ini pada sesiapa kerana takut timbulnya fitnah. Ya, fitnah yang akan merosakkan jalinan ukhuwah.
Tambahan pula, dia pernah melihat Zairil bersama seorang wanita yang cantik sepadan dengannya. Pada mulanya hatinya sakit, namun Sufia menemui penawarnya. Kerana hal itu, dia semakin bersemangat untuk bermujahadah, memburu cinta Ilahi kerana dia percaya cinta insani akan menyusul selepas itu.

Dia mendapat ibarah daripada peristiwa itu. Dia sedar, dia perlu gantungkan pengharapannya pada Yang Esa. Dan kerana perasaan fitrah itu juga dia semakin mendekati Ilahi. Allah berikan Sufia ujian untuk tarik dia kembali kepadaNya. Dia juga mengambil ikhtibar daripada kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah SAW:
"Saidatina Fatimah dan Saidina Ali merupakan teman akrab sejak kecil. Mana mungkin tidak timbul bibit cinta di antara mereka. Mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak kecil, mana mungkin hati tidak terpaut.
Akan tetapi Saidina Ali sedar dirinya miskin tidak berharta. Apakah Rasulullah SAW akan memandangnya jika beliau menyatakan hasrat ingin memperisterikan gadis solehah Rasulullah SAW? Perasaan cinta dan malu sering bertembung dalam dirinya.
Saban hari beliau melihat orang-orang kenamaan seperti Saidina Abu Bakar Assidiq RA dan Saidina Umar Alkhattab datang melamar sang puteri solehah. Namun, kedua-duanya ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali menjadi semakin bingung. Menantu yang bagaimanakah yang diinginkan Rasulullah SAW?
Saudara-saudara Saidina Ali daripada kalangan Ansar menyarankan agar mengapa tidak beliau sahaja yang memberanikan diri menyunting kuntuman mawar indah dan harum itu. Kata Saidina Ali kepada yang berkata itu, "Aku hanyalah pemuda miskin yang tidak berharta. Apakah aku dipandang oleh Raslulullah SAW?" "Jangan risau saudaraku, kami di belakang kamu," kata mereka.
Berbekalkan semangat dan keberanian, beliau menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW dengan harapan mawar mewangi itu dapat beliau miliki. Setelah menyatakan hasratnya, ternyata cinta beliau berbalas dan Saidina Ali tidak bertepuk sebelah tangan. Rasulullah SAW menerima lamaran Saidina Ali. Subhanallah."
Sudah masuk tahun ketiga. Ini bermakna ini Sufia punya dua semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. Demi segulung Ijazah. Ya, dia perlu berjuang lebih, dia mahu pengorbanan ibu dan abahnya tidak sia-sia. Meski sibuk dengan kegiatan persatuan, Sufia tidak pernah mengabaikan pelajaran. Dia bijak membahagikan masa. Tentang rasa suka dia pada Zairil, tak mampu dia memadamkannya sepenuhnya. Namun, Sufia bijak menguruskan perasaannya.
Tetapi kejadiaan dua hari lepas benar-benar mengejutkannya. Dia didatangi sahabatnya dari persatuan yang sama, Qaireen.
"Sufia, boleh tanya sesuatu?" tanya Qaireen, salah seorang sahabat baiknya yang juga ahli Persatuan Daie Muda.
"Sejak bila pula kena minta kebenaran nak tanya ni?" kata Sufia sambil mengukirkan senyuman.
"Kita dah lama berkawan tapi awak tak pernah membahaskan soal hati. Saya lihat awak begitu matang dalam menghandle masalah kawan-kawan kita. Awak tak teringin ke punya teman?"
Sufia senyum.
"Saya mencari suami yang akan membimbing saya ke syurga, dan mungkin belum waktunya lagi saya bertemu dengannya," balas Sufia ringkas.
"Abang Syakir suruh saya bertanyakan hal ini kepada awak kerana ada seseorang yang berniat menjadikan awak suri dihatinya," tutur Qaireen.
Sufia terkesima.
Berita itu benar-benar memeranjatkan Sufia. Insan yang dimaksudkan Qaireen ialah Zairil. Rupa-rupanya tanpa dia sedari, Qaireen menyedari yang Sufia punya hati pada Zairil. Ya, memang dia punya perasaan terhadap Zairil. Namun, perasaan itu dia kuburkan demi menjaga hati supaya tidak menjadi rapuh.
Dia tidak pernah menyangka bahawa dia menjadi perhatian Zairil selama ini. Tambahan pula, Zairil yang begitu terkenal dengan sifat tegasnya sebagai YDP kelab, tidak pernah sama sekali membahaskan soal cinta dengannya.

Qaireen mengetahui tentang Zairil daripada abangnya, Syakir. Abangnya telah menceritakan segalanya pada Qaireen. Zairil pernah menceritakan pada Syakir bahawa sejak Sufia join persatuannya hatinya terus terpaut pada kelembutan dan kesopanan Sufia. Namun, dia tidak berani menerjah hati wanita itu.
Oleh kerana itu, Qaireen dan abangnya cuba melakukan sesuatu agar cinta suci antara Sufia dan Zairil bersatu tanpa mencemarkan jalinan ukhuwah antara mereka.
Sufia hanya mampu tersenyum, dia sendiri tidak mampu memutuskan sebarang jawapan. Dia tidak mahu membelakangkan orang tuanya, dia juga tidak mahu menyakitkan hati Zairil. Dia percaya Zairil tentu faham mengapa dia tidak mampu memberi sebarang kata putus sekarang.
Malam itu Sufia beristikharah memohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Ya, inilah jalan yang paling tepat iaitu untuk mengadu padaNya. Allah mengetahui segala yang terbaik buatnya. Selama ini memang dia tak pernah jemu beristikharah memohon agar dikuatkan hati, diberikan jalan keluar pada setiap rentetan hidupnya. Sufia sentiasa berpegang bahawa istikharah itu bukan sekadar untuk soal jodoh tapi merangkumi segala aspek kehidupan.
Sejak perkhabaran itu sampai kepadanya, dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku kerana dia perlu profesional dalam melaksanakan tugasnya. Zairil juga berperlakuan seperti tiada apa yang berlaku. Sufia akan pulang ke rumahnya esok, dan dia tidak mahu Zairil ternanti-nanti jawapan daripadanya. Selain beristikharah, dia harus bermusyawarah dengan kedua orang tuanya.
Sufia menerima satu lagi kejutan apabila tiba di rumahnya. Kata kedua orang tua Sufia, petang kelmarin satu rombongan datang merisiknya. Sufia terkesima. Dia berbisik dihati, Ya Allah apakah yang KAU rencanakan untukku?
"Sufia, ini gambarnya.." kata ibunya sambil menghulurkan gambar kepada Sufia.
Sufia mengambil gambar daripada tangan ibunya dengan lambat. Alangkah terkejutnya dia, insan pada gambar itu ialah Zairil. Tika itu dia benar-benar merasakan Zairil ikhlas dengannya. Teringat kata-katanya ketika menyampaikan satu ucapan dalam salah satu majlis yang dianjurkan oleh persatuan. "Jika mahukan anaknya jumpalah walinya, usha walinya dahulu," katanya dalam nada berseloroh.
Zairil benar-benar mengotakan kata-katanya, hatinya ketika itu menyatakan Zairillah mujahid yang dia tunggu selama ini. Air matanya berguguran. Ya Allah, kau hadirkannya melalui pelbagai cara! Terima kasih ,Ya Allah.

02/02/2012 ialah tarikh yang menyatukan Sufia Adawiyah dan Zairil Mikail.
Tika detik diijab kabulkan, hanya tuhan yang tahu gelora di hati Sufia, apatah lagi Zairil. Satu lagi masjid terbina atas dasar kasih, dan akhirnya termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Menangislah syaitan laknatullah! Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Sufia sah menjadi pelengkap rusuk kiri Zairil Mikail.
"Aku terima nikahnya Sufia Adawiyah Bt Adam dengan mas kahwinnya RM22.50," lancar saja lafaz akad meluncur dari bibir Zairil.
Zairil sedar, besar tanggungjawab menantinya nanti. Bukan sekadar akad semata-mata. Dia sedar dia perlu menanggung dosa isterinya, dia perlu berusaha menjadi imam terbaik buat isteri dan bakal zuriat mereka.
"Sayang, abang minta maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengambil sayang menjadi yang halal buat abang.."
Zairil diam seketika.
"Abang tak perlu minta maaf, inilah yang dikatakan takdir Ilahi," tutur Sufia lembut.
"Abang sebenarnya sukakan sayang sejak sayang join persatuan kita tu. Namun, melihat sayang benar-benar menjaga batasan, abang takut, abang pendam, abang berjanji pada diri untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi imam terbaik buat sayang.. Abang tak takut jika sayang menjadi milik yang lain ketika itu kerana abang percaya jodoh Allah dah tetapkan."
Sufia diam. Dia tidak mampu berbicara lagi. Kuasa Ilahi, meski mereka berdua tidak pernah membahaskan soal cinta secara terangan, namun mereka berbicara melalui doa, saling mendoakan.
Air mata bahagia Sufia berguguran. Zairil mendekati isterinya itu, menyapu air matanya. Dia bahagia kini.
Benarlah jika kita menjaga perhubungan kita, menjaga pergaulan kita, Allah akan menjaga dia buat kita.
Sekali lagi kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah menerjah ke benak fikirannya. Dia tersenyum, mungkin dia tidak sehebat Fatimah, namun dia akan cuba mejalankan tugasnya setulusnya buat suami tercinta, Zairil Mikail.
Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih ibu, abah. Terima kasih Qaireen, sahabatku, dan Abang Syakir.

p/s:copy paste from iluvislam <3

Monday 4 June 2012

Membuat pilihan.

bila kite hilang punca.
tak tahu mane satu yang terbaek..
kite jadi keliru.
dan akhirnya kpd Allah kite sndarkan,

kkdang perit nk terima natijah atas keputusan yg kite buat,
tapi kite percaya itu ketentuan Allah,

p/s:Irbid @ kat Malysia ?Allah..



Friday 1 June 2012

"Masjid" Hijau 2.0

kawen,bukan isu remeh..
tapi agenda ummah...

mereka yang diizinkan awal oleh Dia,
itu ketentuannya..

kite yang belum diizinkan..
jangan fikir byk sgt..
nanti byk mudharat..

Allah tahu..
masih byk perlu kite persiap..
sbb itu belum diizinkan..

mungkin belajar kite pun tak settle lagi..
mungkin skrg si dia yg kite hrapkan bukan jodoh kite..

dan paling penting..
ingat restu ibu dan ayah..
ingat pesan mak ayah..
itu paling berkat..

Kumbang bukan seekor,
bunga bukan sekuntum..
Masa masih panjang..
Perjalanan masih lagi jauh..

Mata kite kkdang salah mentafsir,
hati kite kkdang salah menilai,

sempurna pada mata kite,
belum tentu bhgia masa hdpan,

baik sgla luaran,
belum tentu baik dalaman,

kerna kite nie manusia,
dan kekal sebagai manusia..

kepada Dia jugalah kita mngadu dan mngharap..

dan sungguh!
bumi Allah ini penuh dengan dugaan dan ujian..
Bumi Malaysia yang karat nilainya..
hidup dimakan nilaian dunia..
agama bukan lagi sandaran..
pangkat,harta jua aset dipndang mata..

kite hanya suara kecil,
bagai semut dibwah telapak gajah..
bahkan bgai yang tersepit antra celahan perpecahan..
apakah dunia akan kembali HIJAU?
subur dengan nilai yang sebenar..
nilai autran Dia..

kite masih dibelenggu,
walaupun dalam isu nikah dan kawen..
Allah...

dan ingatlah saudaraku seisi semesta..

Hati kite nie, Allah yang pegang..



"Semasa orang lain sedang tidur nyenyak ya Allah
Aku ketuk pintumu membawa menggunung harapan,
Aku merayu padaMu sepanjang malam,
Bagaimana pedinya penderitaan yang aku pikul,

Aku bermadah wahai Tuhan,
Kerana Kamu adalah tumpuanku,
Bila saja bala menimpa.

Hanya pada Kamu sahajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan,
Kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya
Kesabaranku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku mulai lemah lesu,
Oleh itu, padaMu ya Allah,
Aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana Kamu Zat yang sememangnya layak untuk sepenuhnya ditadah,

Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi,
Limpah kurniaMu seluas lautan,
Akan memuaskan siapa sahaja yang menghirupnya"



p/s:Barakaallah shbat seperjuanganku..Amirah Shaharuddin dan suami.. moga bertambahnya masjid,bertambah makmur dunia ini.. ^__^-disebalik kegembiraan,ade calar yang menghiris..