Thursday, 5 May 2016

Enakknya.

bagaimanakah cara untuk menikmati Islam seperti mereka yang baru sahaja bergelar muslim?

nikmat yang sekian lama , sedikit sedikit bertukar menjadi adat dan sekadar amalan.

ajari aku, tunjukki aku.

anugerahkan aku, kehendaki daku dalam hidayah dan petunjuk Mu ya Tuhan.

Enaknya kita punya Tuhan,
Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih dan Penyayang.


Tuesday, 9 February 2016

KUASA

Cinta itu memerlukan komitmen. perlukan usaha. jangan putus asa, mulai dengan doa. Begitulah cinta kita kepada rasul. Jika hanya kesedaran, semua orang punya kesedaran, tetapi selepas sedar, perlu diusahakan dengan doa untuk bertindak. Doa awal permulaan sebuah kuasa bertindak, doa juga keperluan sebelum kesudahan, doa juga satu tuntutan sepanjang proses cinta tersebut, tiada akhir, melainkan terpisahnya nyawa dari jasad. Berdoa lah kepada Allah, moga dialirkan kesedaran dengan kuasa beramal dengan sunnah baginda. Beramal yang pada mulanya kita berjinak-jinak, pertengahannya diperbaiki, ditambahi, dan diberikan kuasa mujahadah hingga kita mati. yup. sehingga mati. 

Jika hari ini, kita hanya bisa tertarik untuk mengenal baginda, kita tertanya-tanya bagaimanakah baginda menjalani kehidupan seharian, kita terfikir, bagaimanakah keindahan akhlak baginda yang bisa membuatkan sesiapa sahaja yang punya iman dan hati yang jernih bisa menilai sebaik-baik manusia yang diqudwahkan kepada ummat ini, apatah lagi secara fizikalnya.. bagaimana susuk tubuh baginda ketika berjalan, makan, bercanda dll serta yang dikatakan wajahnya lebih indah dari sang purnama.. moga akhirnya, semakin kita mula mengenal fiziknya, kita makin jatuh , dan terus jatuh hati untuk mengamalkan segala urusan seharian berdasarkan sunnah baginda. 

Awal sunnah itu adalah berbudi pekerti mulia. mulai mengamalkan sunnah baginda dengan menjadi 'manusia'. Common Sense. Kejujuran. Manusia yang senang pada mata manusia, dan juga senang pada hati manusia. dan diteruskan dengan mengamalkan sunnah baginda dari segi ibadah. Terlalu banyak dalam perihal ibadah yang terkait dengan akhlak. Sebetulnya, ibadah membina jiwa yang luhur akhlaknya. Sepatutnya.Tetapi ujiannya pada hari ini kita melihat, ramai orang yang menjalani ibadahnya, namun akhlaknya seperti orang yang jauh daripada tuhan. Ibadah buahnya akhlak, maka harus diselarikan, moga terus menaik dan selari antara ibadah dan akhlak.

***
TIGA KUASA yang mampu mengubah sebuah kehidupan,
1.Kuasa Allah
2.Kuasa Kasih Sayang
3.Kuasa Doa
Adapun, kadang-kadang untuk mendapatkan keajaiban dua kuasa yang di atas, terlebih dahulu harus dimulai dengan kepercayaan tentang kemustajaban kuasa sebuah DOA.
Keep calm and pray.



Wednesday, 13 January 2016

Ziarah Ibrah

Semalam pi umah ptn(pesakit), dia ajak ziarah.
Jauh la jugak rumah mak cik tu, masuk kampung.
Sampai umah mak cik tu, masuk je halaman, ada pokok-pokok dalam pasu tepi rumah, kemas, bersih dan teratur(teringat kampung orang jawa). Pagar depa diperbuat dengan batu bata tanpa simen.
Kawan kata, "ada je orang arab yang pembersih dan teratur, cuma kita jarang jumpa, memang kat luar kotor ja nampak, tapi dalam rumah depa bersih. Tapi rumah ni halaman dia pun bersih, teratur je nampak"
Masuk rumah, ada tiga ruang tamu. Satu ruang tamu ada set kerusi,kata mereka untuk tetamu yang nak cepat, yang singgah sat ja( sekejap). Dua lagi ruang tamu, ada set firas( tilam lapik duduk arab style). Depa kata, rumah depa tak ada katil. Memang depa suka tidur atas firas jaa. Sebab tu banyak firas.(bilik tidur pun pakai firas)
Kawan kata,
"Besaq jugak rumah ni, cantik. Pandai dia hias. Rumah kampung, tapi lebih selesa dari syuqqah(rumah sewa) kat irbid"
Abu Annas kabo, dia buat sendiri rumah depa. Dia jadi tukang. Dia kata, semua ni bukan dengan 'yalla yalla'(cepat-cepat) tapi 'syuai-syuai'(sikit-sikit)depa buat dan bina.
Lepas makan roti dengan humus, pi halaman belakang. Halaman tu takde lah besar sangat, tapi segala macam jenis sayur depa tanam. Bawang, carrot, daun 'na3 na3', bunga kobis,tomato,pokok jambu, cili,za3tar pun depa ada tanam. Pokok raihanah dan pokok bunga ros pun ada.
Lepas tu pi naik tingkat atas rumah yang tengah nak buat. Tradisi depa memang kalau boleh semua anak-beranak nak duk satu bangunan, sebab tu kadang-kadang kita tengok rumah orang arab petak-petak ja bumbung depa, macam tak siap, tapi sebenarnya senang nanti depa nak tambah tingkat atas bila ada anak yang dah berkeluarga nak duk skali.Tingkat atas tu anak sulong depa buat sendiri. Interior design rumah atas macam standard rumah sewa kat irbid yang cantek tu. Ada tiga bilik, satu dapur dan satu tandas.
Teringat orang kata,
"Rumah besar cantek camne pun, nikmat lagi rumah kampung ,sederhana tetap juga selesa selagi bebas daripada hutang"
Kesimpulan dan nasihat untuk diri sendiri,
1.Harta kumpul sikit-sikit, hasil kesabaran dan titik peluh, in sha Allah dapat dinikmati juga akhirnya.Jangan gopoh kejar kemewahan.
2.Berbudi pada tanah tak rugi.Bercucuk tanam tu banyak manfaat. Biarpun sedikit, cuba jadikan amalan.
3.Kebersihan rumah melambangkan peribadi dan suasana sesebuah keluarga.
Kawan kata,
"Bagos keluarga mak cik ni, sopan ja.. relaks je hidup. Simple. Nampak tenang ja.. ramai je Arab yang okay sebenarnya, kita ja jarang nak jumpa, family depa memang jenis proper dan beradab, standard orang kampung lah.."

salam tahun baru 2016^^

Wednesday, 18 November 2015

Amalan

Meneruskan rutin setiap pagi bersarapan dengan housemate, bercerita tentang amalan. kata sahabat, jangan tinggalkan amalan yang kita dah biasa buat, sebab sekali kita buat syaitan akan mudah nak pengaruh kita ke arah benda lain. Tak kisah lah amalan apapun, yang penting kita ada amalan yang wajib kita buat dan jaga setiap hari.

Moga kita jadi orang yang mampu bantu orang lain untuk jaga amalan dia dan memperbaiki amalan tersebut ke arah yang lebih hari, hari demi hari.

Pernah disebut kajian oleh doktor dari barat, kita memerlukan sebanyak 21 hari untuk merutinkan satu tabiat baru. Dr.Muhaya pula menyatakan kita perlukan masa selama 30, dan dalam kisah-kisah orang terdahulu diceritakan kita memerlukan selama 40 hari. Tak penting beberapa hari, yang penting istiqamah dan berterusan walaupun sedikit.Dalam Filem The Fire, dikisahkan sepasang suami isteri yang sekian lama berkahwin, tetapi akhirnya isterinya menuntut cerai. Si suami baru sedar betapa dalam perkahwinan mereka, kesilapan itu datang daripada sikap dia sendiri. Maka bermulalah perubahan dia dalam mengubahkan tabiat buruk dan mengamalkan tabiat yang baik selama 40 hari atas nasihat ayahnya.Akhirnya, si isteri semakin sedar bahawa suaminya sedang berusaha gigih dan rutin selama 40 hari tersebut memberi kesan dan perubahan dalam hubungan mereka  :)

Setiap muslim perlu sedar  dan maklum. Nak berubah  perlukan usaha. Yang sedikit ditambah. yang Sederhana di perbanyakkan. Yang dilupakan, diamalkan semula.Dan dalam agama ini juga mengajarkan kita bahawa seseorang itu mampu untuk berubah sebelum dia mencapai umur 40 tahun. Maka, tidak ada alasan, dah besar.. susah nak berubah. *tengok cermin*

Bermula lah dengan segala apa jenis amalan sekalipun, jangan pernah lupa, bahawa tanpa kuasa dan bantuan Allah, kita tidak mungkin mampu untuk mentaati Allah serta senantiasa mengingatinya.

Dan untuk hati yang selalu tewas, moga terus percaya bahawa rahmat dan kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaannya. Andai kita mati sekalipun, moga kita mati dalam berjuang dan berjihad  , serta bermujahadah keburukan-keburukan diri kita sendiri.

Ya Allah, ampuni kami, masukkan kami dalam kemasukan yang benar, keluarkan kami dalam keluaran yang benar, kurniakan kami dan jadikan kepada kami dari kekuasaan dan pertolongan Mu.

Tuhan, maafkan kami, atas kelemahan dan kekurangan diri ini.
Tuhan, bantu kami,

Thursday, 22 October 2015

Musim Ujian

27 Oktober 2015 jangkaan perubahan waktu dari musim panas ke musim sejuk dengan , lambat sejam menjadikan maghrib makin awal ,dan subuh juga makin awal.
Cabaran musim sejuk,
1.'Sakit' sangat nak study materials final exam di musim sejuk beku berhirom lagi melaparkan dan mengantukkan. Tambahan pula study last minute.
2.Klinik dibatalkan, exam ditangguhkan. Kesannya cuti jadi drama, requirements jadi mangsa.
3. Semester musim sejuk yang ke-5, setiap tahun cabarannya berbeza.Kadang kala menjadi killer semester , jarang sekali jadi pemberat muaddal.
4. Salji. Menduga resah bagi sesetengah orang dek exam bakal ditangguhkan dan rumah tanpa heater. Kebahagiaan sementara ,sengsaranya selepas beberapa detik ,Allah sahaja yang tahu.
5.Jaga kesihatan, walaupun tidak dahaga,paksa diri minum air masak banyak2, makan hanya untuk hilangkan lapar bukan untuk kenyang.Bertambah berat badan itu normal, nak turun tu kena mujahadah banyak.
Musim sejuk yang dikatakan musim bunga bagi orang beriman, boleh jadi musim ujian iman buat kita semua.
Ujian untuk tidak akan ponteng, ujian untuk tidak bermalasan dalam hirom, ujian untuk bangun malam, ujian untuk berpuasa dek nafsu makan yang melonjak.
Itulah hakikatnya musim sejuk, indah pada khabarnya, yang pernah merasa ,baru kenal betapa sekejap cuma nikmat putih salju dan erti sejuk dan bekunya iman.

Malam asyura,
irbid,jordan.

Tuesday, 29 September 2015

kita tu siapa ?

'mok jangan stress2,jangan duk menung sokmo.. kalu stress ko, mikir banyok ko..ko sene nyakit maghi.. mok kena buat gapo2 hok mok bahagia,baru mok akan rasa sihat.... mok minat wat gapo ?gapo benda hok bila mok buat mok rasa gembira ?'
'mok minat wat amal jah tuo2 gini, gi dengar oghe ngajar, gi semaye di masjid, Allahh.. bilo tua gini, sakit gini.. payoh doh la nak gi masjid..mujur ado ummi... boleh tupe ummi , bawak mok gi masjid, gi dengar oghe ngajar..'
mok sambung lagi,
'haula... tak tahu la selamo mana lagi tuhan bagi umur ni...tinggal 3 oghe jah loni adik beradik mok, hok limo meninggal blako doh.. pah sore, sore xdop... lepah ni dop tahu sapo...doa la ko mok, moga Allah panjangkan umur, bagi tubuh badan sihat ...'
sebulan yang lalu, banyak waktu mok semaye di masjid...
beberapa hari kebelakangan ni, banyak waktu mok semaye di rumah sebab dop cekak mano walaupun gi sejid naik keto dop sapa 5 minit...
Indeed, we are so busy growing up, we often forget they are also growing old..... Moga Allah panjangkan umur mereka dalam ketaatan dan kurniakan kesihatan yang baik kepada mereka, in sha Allah ameen...
1.bagi anok-anok didikan agama, jangan dunia sajo.
2.orang muda kena banyakkan buat amal, belajar buat amal dari kecik lagi supaya tabiat buruk tak melekat sampai ke tua. lagi-lagi orang laki, hok akan jadi ketua keluarga, lepah nikoh payoh doh nok berubah.
3.nok ngapal quran ni payoh kalu Allah tak bukok hati, mok pun dop ngapa pun, sebab tok ayoh dulu la didik anok-anok jak kecik lagi suruh baco quran. lepah gorib baca surah taba(al mulk), lepas iso(isyak) baco al insan dengan al sajadah, sapa loni duk ulang-ulang sebab tu jadi ingat tu, bukan sebab ngapal punn.
4.anok-anok laki kena gi ziarah kubur mak ayah bila mak ayah xdop doh, sukonyaa kalu anok-anok gi tengok kubur doa ko mok ayah, anok puang xpo lagi, anok laki ni wajib gi kubur.
dan banyak lagi...
Kesimpulan,
mereka berusia, tapi rajin berusaha ke sejid,
kita orang muda tapi culas malas ke sejid,
mereka kurang sihat, mencari-cari imam untuk solat berjemaah,
kita orang yang sihat, kurang kisah pula kita dengan fadhilat solat jemaah.
kita itu siapa ?

kirim mengirim amalan mulia

Adalah menjadi kebiasaan apabila ada sahabat-sahabat kita pulang ke Malaysia, kita akan saling kirim-mengirim barang. Sedikit nota untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat, tips dan cara yang terbaik kalau nak kirim barang adalah dengan:
1.Mengepost/menghantar barang anda kepada pengirim itu lebih afdal,tetapi kalau nak minta pengirim pergi ambil pun boleh,tanyakan jika pengirim ada kesempatan waktu/kenderaan sendiri.
2.kalau kiriman berbentuk pengirim diminta tolong belikan, afdolnya Duit dibank in online terlebih dahulu, mungkin pengirim bukan tak mampu, tetapi kalau lebih daripada sorang kirim, mungkin banyak juga kos yang terpaksa didahulukan, tambahan mungkin pengirim memang jenis keluar duit sendiri bila membeli(tak mintak duit mak ayah),jadinya duit cukup cukup untuk belanja keperluan sendiri. Jika ada lebihan,maka boleh dipertimbangkan.
Kadang-kadang kita bukan taknak tolong belikan, tetapi kadang-kadang masa dan duit pun terhad untuk tolong belikan, tambahan kalau maklum lambat.
Itupun kalau postage pun kadang-kadang terpaksa pick up kat centre. Allahu, kita pula rasa bersalah dengan ahli keluarga kita terpaksa tolong kita. Bukan sekali, tetapi lebih daripada sekali.
Nota untuk diri sendiri dan semua, buat renungan di masa akan datang.
*Yang percaya, kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita, telah cuba sehabis mungkin untuk memenuhi permintaan sahabat-sahabat. Minta maaf sangat-sangat tak mampu nak memenuhi kehendak semua*
Fuhh feeling membebel sangat. Apapun, suatu ketika dahulu saya sendiri pernah last minute kirim barang dan minta si fulan belikan, bila si fulan tak belikan rasa macam sedih sikit. Bila muhasabah balik, salah saya yang cakap lambat, pastu mintak dia belikan pulak. Adeh.
Huhuhu.

amalan mulia,
yang kurang common sense,
jika salah caranya

Thursday, 17 September 2015

Empat Titik Bertindih Satu Empat Enam

"..Except for those who repent, correct themselves, hold fast to Allah , and are sincere in their religion for Allah , for those will be with the believers. And Allah is going to give the believers a great reward..."-Allah 


"Ya Allah, jadikan Amnah orang yang bertaubat,orang yang senantiasa memperbaiki dirinya, jadikan dia hambaMu yang berpegang teguh dengan agamaMu dan ikhlas dalam beribadah kepadaMu. Tempatkan Amnah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan kurniakan kepadanya pahala yang besar..ameen ya Rabb.."


Semoga terus tabah menghadapi segala ujian, perbanyakkan doa kepada Allah, perbaiki amal, bergaullah dengan orang yang soleh, rajinkan dirimu ke majlis ilmu, dan semoga Allah berikan rasa cinta yang membuak-buak kepada ilmu dan Al Quran.. semoga juga Allah hiasi dan muliakan dirimu dengan akhlak yang baik dan kata-kata yang mulia, dan dibersihkan dari segala penyakit hati. semoga diberikan kekuatan untuk mencintai sunnah baginda.....dan semoga Allah kabulkan segala permintaan..ameen ya Rabb..


Monday, 10 August 2015

Mencintai Jatuh

Dalam hidup ada hal-hal yang tidak pernah kita rencanakan justeru akan terjadi.Apa yang sedang terjadi dan sedang berjalan ini tidak serta merta membuat masa depan kita berjalan seperti dugaan.

Kerana hidup adalah sekumpulan ujian.Hidup adalah belajar tentang menjalani keikhlasan.Kita mungkin berharap sesuatu yang sedang kita damba hari ini.Kita mungkin menghindari sesuatu yang kita benci hari ini.

Apapun yang terjadi dalam hidup ini, jangan pernah lupa, bahawa kita tidak pernah dibiarkan sendiri.

Kita dijaga, tapi kita tidak mahu dijaga.
Kita diawasi tapi selalu saja ingin bersembunyi.
Kita diamati, tapi kita pura-pura tidak peduli.

Esok, kita akan dijatuhkan dan ditinggikan.
Hari ini, kita sedang menjalani sebuah proses di mana jatuh dalam banyak hal di hidup kita adalah hal yang paling berat untuk kita rasakan.

-Kurniawan,MencintaiJatuh-

*** Mungkin saat ini kita dijatuhkan kerna kita pernah merasa tinggi ketika ditinggikan suatu ketika dahulu. Moga jatuhnya kita hari ini menjadi hadiah paling berharga saat kita kembali diuji dengan 'ketinggian' esok lusa.

*** Mungkin saat ini, bukan kita yang sedang diuji dengan jatuh, esok lusa mungkin saja kita yang diberi peluang merasa jatuh dari tempat yang tinggi.Ataupun, kita telah sekian lama diuji dengan jatuh, yang saat ini kita masih lagi sedang berjuang , bangkit dari kejatuhan menuju ketinggian.Bergigih dan berhempas pulas.

***Apapun keadaan kita semua, jatuh atau tinggi, keduanya adalah ujian. Bersederhanalah dengan perasaan meski apapun keadaan sekalipun, kerana setiap dari kita pasti akan diuji dengan kedua-duanya.

***Kerna jatuh dari tempat yang terlalu tinggi, pastinya terlalu sulit untuk pulih, terlalu sakit untuk bertahan.Dan bangkit dari jatuh yang sederhana itu lebih mudah untuk kembali melangkah, berjalan dan berlari ke tempat yang lebih tinggi.

Sunday, 9 August 2015

Naseb baik ada Nabil...


***

Lelaki:"Awak tahu tak, semalam saya jatuh,luka teruk jugak kat tangan... naseb baik ada Diana tolong balutkan..."

Perempuan:"Siapa Diana ?"

***

Perempuan:'Awak tahu tak, semalam saya pergi study group, dah lewat sangat, terpaksa balik tanpa muraqib..otw nak balik rumah, naseb baik ada Nabil tolong muraqibkan..."

Lelaki:*Agak-agak apa jawapan lelaki eh ?*


Nak tahu apa perbezaan cara fikir dan respon orang lelaki dan perempuan, silahlah test sendiri :p

Maka begitulah perbezaan lelaki dan wanita.
Sama-sama fikir-fikirkan.


Friday, 7 August 2015

The Laws of Love

Usai membasuh tangan di sinki, tiba-tiba Syifa Hana menyapa,

"Amnah, Amnah tahu tak manusia ni ada beberapa cara dia akan tunjukkan kasih sayang.. ada sebuah buku cerita tentang macam mana bahasa kasih sayang yang ditunjukkan oleh manusia, ada orang dia tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata, ada orang dengan dengan penulisan, ada orang dengan sentuhan, ada orang dengan menghabiskan masa berkualiti bersama...'

Teringat sebuah buku, The 5 Love Languages tulisan Gary Chapman. Pertama kali mendengar tentang buku ini ketika di asrama dulu, selesai makan di dewan makan, masing-masing menuju ke luar dewan untuk kembali menyelesaikan urusan masing-masing sebelum semua warga aspuri dikehendaki berkumpul di musolla untuk tazkirah maghrib.

5 Love Languages yang disebut dalam penulis adalah:

1.gifts
3.words of affirmation, 
4.acts of service (devotion), and 
5.physical touch (intimacy)

Ya, ada orang menunjukkan kasih sayangnya dengan memberi hadiah, ada yang menghabiskan masa bersama-sama orang tersayang, ada juga yang menggunakan kata-kata manis, adapun ada juga yang jenis menunjukkan khidmat bakti(contohnya bakti seorang ayah kepada keluarga, yang berpenat-penat membanting tulang) dan terakhir ada yang menunjukkan kasih sayang dengan sentuhan-sentuhan yang menenangkan(contohnya ketika kita menangis ada yang lebih senang memeluk kita terlebih dahulu dari terus berbicara untuk meleraikan kekusutan)

Baginda Nabi Muhammad pernah pesan kepada kita semua tentang 'The Laws of Love'(ya, saya menggunakan istilah LAW, bukan LANGUAGE), antaranya dalam sebuah kisah di mana sahabat melihat mengadu kepada nabi bahawa beliau tidak pernah mencium anak-anaknya. Bagaimana baginda Nabi membalas kenyataan tersebut ? Tidak lain tidak bukan baginda menyebut bahawa orang yang tidak menyayangi tidak akan disayangi. Sungguh popular kisah ini disebut-sebut dalam tazkirah ringkas. 

Ketahuilah sahabat-sahabat, Laws of Love ini telah pun sekian lama disebut.Beberapa Laws of Love yang sewajarnya menjadi amalan kita sebagai seorang muslim, yang pastinya perlu berusaha mengaplikasikan Laws ini dalam kehidupan seharian.

 Pernah bukan kalian mendengar pepatah arab berbunyi , 'ziarah menziarahilah,maka bertambahlah kasih sayang', juga tentang pesanan " kalau seorang muslim menyanyangi seorang muslim yang lain, maka ucapkan/lafazkan ' dan juga sunnah musafir juga termasuk juga dalam hal 'memberikan hadiah ketika kita pulang dari musafir'. Lantas,atas alasan apakah pesanan pesanan ini dipromosikan ? Tidak lain tidak bukan adalah untuk mendidik kita dengan sifat kasih sayang sesama muslim, dan bagaimana kita bisa belajar untuk menyatakan kasih sayang kita . Wallahi, menyatakan kasih sayang itu sangat perlu dalam membina suasana yang positif. Terus dan teruslah berdoa, semoga Allah hiasi diri kita dengan sifat penyayang khususnya.

Kesimpulan, budayakan ziarah menziarahi, selalulah bertukar-tukar hadiah, dan belajarlah melafazkan rasa cinta kepada mereka yang kita sayangi. Sebetulnya, memang ada manusia yang menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan dan lain-lain cara, tetapi cubalah percaya, agama yang kita anuti ini menganjurkan kita untuk melafazkan kasih sayang itu melalui kata-kata bukan ? 

Jika anda seorang ibu, nyatakan kasih sayang anda kepada anak-anak anda  bahawa " Ibu sayang anak-anak ibu", jika anda seorang ayah katakanlah " Ayah sayang anak-anak ayah.." dan jika anda seorang sahabat, katakanlah kepada sahabat anda bahawa.." Inni, uhhibbuki fillah"

The 5 Laws Of Love
1.What you give you'll get back
2. Give more, than You Take
3.Spreads The Word 'LOVE'
4.Law of Attraction
5.1-1=3

Apa yang kita buat, itulah lah yang akan datang kepada kita. Thats is the law of attraction. Jika tiba-tiba anda rasa anda tidak disayangi, cuba renung-renungkan, adakah lama anda tidak memberi hadiah kepada seseorang yang anda sayangi ? Adakah anda sekian lama tidak menziarahi sahabat anda ? adakah anda tidak pernah menyatakan kasih sayang, menegur, bertanyakan khabar kepada sahabat-sahabat anda ? Maka, peercayalah.. apa yang kita beri, itulah yang akan datang kepada kita.

1-1=3

Sepatutnya 1-1=0 bukan ? Tetapi percaya atau tidak, dalam kehidupan ini sistem matematik tidak lagi relevan, kenapa ? Kerana agama ini, agama yang kita anuti ini mengajarkan kita, semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak Allah akan pulangkan kembali kepada kita. Percaya ?

Ya, Satu yang kita beri, Tiga kebahagiaan yang akan kita dapat. 

Satu kebahagiaan untuk kita sendiri
Satu kebahagiaan untuk orang yang menerima pemberian kita.
dan satu kebahagiaan buat Allah, yang gembira melihat hamba-hambanya hidup saling mengasihi dan berkasih sayang. 

Akhir sekali, moga kita terus percaya bahawa ada tiga kuasa yang mampu mengubah kehidupan kita yang disebut oleh Prof Muhaya iaitu,

1.Kuasa Allah
2.Kuasa Doa
3.Kuasa Kasih Sayang

Moga Allah terus sayang! Wallahua'lam :D

yang sekian lama tak amalkan Laws ini,
untuk mereka yang semoga terusan dalam kasih sayang dan lindungan Allah,

Irbid 
6.55 Pm, 
7 Aug 2015.

#shmily
#seehowmuchiloveyou
#shmAly
#seehowmuchAllahloveyou

si jatuh

si jatuh itu terus jatuh dan jatuh
bagaimana bisa mengejar syurga di saat yang lain sedang berkejar-kejaran

masa suntuk,
sedangkan si jatuh itu masih berhempas pulas
tuhan,
hadiahkan si jatuh itu ruang
meskipun sekejap
namun paling bermakna
paling indah
saat si jatuh itu terus percaya
yang Engkau yang memberikan rasa bangkit itu
tanpa putus asa, tanpa kenal perit

adapun, ujian manusia itu berbeda beda

fahamilah, yang nampak baik itu bukan selakunya indah
yang tampak buruk itu bukan selalunya paling membinasakan

moga tuhan ampuni,
moga terus kuat berusaha

in sha allah.

Allah, rindu.. hadiahkan lah kesempatan yang luar biasa,
Engkau tuhan , Yang Maha Kuasa,

ameen

Monday, 3 August 2015

Keputusan

banyak situasi yang memerlukan kita untuk terus membuat keputusan sendiri, tanpa lagi perlu bergantung kepada orang lain, kita yang lebih tahu aoa yang terbaik untuk diri kita....

belajar lah untuk berdikari
mendidik diri menerima risiko sendiri
bukan lagi menjadi penakut,
pengecut dengan keputusan yang telah diambil

maka terus dan terus yakin,
baik buruk itu adalah yang terbaik untuk diri

bukan lah bermakna kita sentiasa lemah menanti yang lain yang memberikan keputusan,
sudah tiba masanya,
masa depan kita, kita rancanakan dengan pilihan kita


dan pastinya rencana itu awali dengan tunduk rintih bantuan dari Dia.

in sha Allah kheir ^^

Friday, 31 July 2015

Permisi dulu.

31 Julai 2015

Pertama-tamanya Alhamdulillah atas nikmat tuhan yang tidak terhitung khususnya sepanjang keberadaan di sini.

Menyaksikan satu persatu sahabat sahabat pergi meninggalkan bumi anbiya’ini, membuatkan hati aku terfikir fikir tentang empat tahun yang telah aku lalui di sini.

Jika ditanya tentang apa yang mahu aku lukiskan untuk baki dua semester (in sha allah) pastinya memanfaatkan masa dengan mereka mereka yang pernah mengesani hati ini. Antara dua fav, yang kini jarang pula aku amalkan berbunyi,

“ Ya Allah, jadikan aku orang yang sabar, orang yang bersyukur dan orang yang kecil pada pandangan ku dan besar pada pandangan orang lain”

Sejujurnya, setelah ‘pencen’ dari kerja kerja persatuan, aku seakan-akan tenggelam dalam dunia lain, nak jumpa orang pun ,kalau boleh nak kurangkan, kalau nak sapa orang pun, kalau boleh nak jauhkan diri, syndrome orang yang ‘turun persatuan’ mungkin.

Cuma, apa yang aku perhatikan pada diri aku, rupanya semakin aku busy dengan dunia luar semakin banyak aku berusaha untuk memberi penghargaan kepada manusia. Apabila jauh dari dunia luar, aku merasa hidup cukup tenang, tenang untuk melunaskan kehendak kehendak yang aku tidak mampu lakukan dua tahun lalu yang hampir sepenuhnya hidup aku berfikir untuk kerja kerja luar selain study dan klinik. Kepenatan dahulu berbeza dengan kepenatan sekarang.

Jika dahulu kepenatan itu di selang selang dengan kejutan kejutan istimewa dari tuhan, kini.. kepenatan itu bisa diurus mengikut kehendak sendiri… sepertinya, banyak masa masa tenang, tetapi kadang kadang rindu zaman zaman sebelum ini, serik tu perit. Mungkin sebab itu kejutan gaya hidup barangkali, rasa macam terputus terus dari dunia sebelum ini.Maafkan aku.

Di ketika dua semester yang berbaki ini, aku bergelut untuk melimpahkan perhatian kepada masa akan datang dan juga dalam masa sama terusan menghargai apa apa yang bakal menjadi kenangan.

Sahabat. Teman. Juniors.Seniors. Kenalan. Dekat, mahupun jauh. Demi Allah, aku rindu mereka, aku rindu untuk menyantuni mereka dengan perhatian perhatian seperti dahulu tetapi maafkan aku, kerana semakin banyak masa yang terlapang, semakin culas pula aku memberi sedikit luang masa walhal dahulu saat masa yang sempit, banyak perkara yang menyempat , ada sahaja ruang untuk menyantuni.

Apapun, terima kasih untuk cinta kalian. Kata orang, jika kita ingat kat orang, orang pasti akan ingat kita walaupun mereka tak sebut atau sapa. That’s how we trust our relationship.

Salam ukhwwah fillah. Moga Allah pelihara dan tambah kasih sayang ini.Ameen..

mohon permisi, untuk mengisi sisa sisa hidup di sini dengan apa yang sepatutnya, minta maaf, walaupun aku tahu, dalam banyak masa yang terluang semakin aku diuji, bahkan sekarang aku telah pun merasakan tuhan sedang menguji aku dengan kata-kata ku sendiri.

ini sahaja pinta aku.
aku permisi dulu. 

yang sedang merindui mereka yang tidak mampu disantuni terus,
yang jauh di mata, moga terus dekat di hati,
dan senantiasa dalam doa, in sha allah

Amnah
00.26am

1 Ogos 2015

Friday, 10 July 2015

Berkocak darah

".. tanpa jerih payah baginda, sehingga berkocak darah dalam kasut baginda, tidak mungkin pada hari ini kita dapat menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam....."

begitulah permulaan tazkirah yang kebiasaannya meniti dibibir pelajar kisas.Bahkan jika ada orang bagi tazkirah dengan memulakan kata-kata ini pasti terus dicop sebagai kisas. peh. peh. peh. ataupun, belum sempat pentazkirah memulakan isi tazkirah, mesti ada yang akan cakap..'ni mesti kisas ni...'.

hari ni malam 24 ramadhan. entah kenapa terasa lama pulak solat teraweh dengan syeikh makmum hari ni. tambahan ada beberapa teman mengadu, tak larat nak ikut teraweh kat masjid jamiah sebab panjang. satu rakaat 3 m/s pun boleh kadang-kadang tu. satu malam sejuzuk.

entah kenapa duk teringat kisah nabi solat baca surah al baqarah, pastu sahabat yang ikut ingat nabi nak berhenti bila habis surah al baqarah rupa rupanya nabi sambung sampai surah an nisa'. bukan setakat sejuzuk ni, dah berjuzuk juzuk kalau sampai surah an nisa'....

sebenarnya malam ni jugak rasa kaki ni lenguh, tapak kaki rasa macam tak larat nak berdiri lama seperti hari sebelum ni. Teringat cerita Aisyah kisah nabi solat sampai bengkak kaki.

huh. logik la sampai bengkak, saju juzuk dengan syeikh makmum pun dah rasa kebas kebas kadang-kadang tu. Allahu, lemahnya iman =='

Sungguh, baginda sebaik baik qudwah sepanjang zaman...

" Ya Allah, jadikan aku orang yang mencintai orang yang mencintai Mu..."

Sedikit perkongsia dari status yang naik di newsfeed:

^^2 syarat Allah tidak mengazab kita di dunia:
1) nabi Muhammad bersama kita.
Syarat ini telah terbatal kerana Rasulallah telah lama meninggalkan kita. Sollu AlanNabiy
2) Selagi manusia beristighfar kepada Allah.
Rasulallah setiap hari beristighfar 1000x sedangkan kita tahu baginda telah dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita yang masih belum tahu penghujungnya. Teruskan istighfar.

^^Pesanan Umar Abdul Aziz
Tutuplah ramadhan kamu dgn 2 perkara
1) zakat
2) istighfar

^^4 Rukun Mujahadah menurut Said Hawwa:
1. Lapar (الجوع)
2. Diam (الصمت)
3. Berjaga Malam (السهر)
4. Mengasingkan Diri (العزلة)

Semoga Allah makbulkan doa kita semua. ameen. Ramadhan kareem!

Wednesday, 20 May 2015

Aku berTerima Kasih

CATATAN: KISAH INI HANYALAH REKAAN SEMATA_MATA.TIDAK SESUAI KALAU ANDA JENIS YANG JELLY DENGAN CERPEN CIPISAN SEBEGINI.SENGAJA BUAT TAJUK BEGINI,SUPAYA YANG YAKIN BOLEH TERUS MEMBACA DENGAN HATI TERBUKA.TERUS MEMBACA DENGAN IKHLAS.JIKA TIDAK.ANDA TELAH MEMBAZIRKAN SETIAP SAAT ANDA KETIKA MEMBACA AMARAN INI.

***

Subuh berhawa panas. Sehangat bumi Irbid ini, aku kira hangat lagi bumi Haramaian sana. Barangkali ujian di sana lebih hebat, berganda-ganda kehangatannya berbanding bumi Urdun ini. Ramadhan di sana bukanlah sesuatu yang mudah, jika berpuasa di bulan Sya3ban di sini pun masih tidak bisa kita latihi, pasti kewajipan itu sedikit menjadi beban,tambahan pula, manusia-manusia pesat sekali di dua tanah suci itu. Dan aku, sekali lagi tewas dengan kepanasan yang melanda Irbid semenjak dua menjak ini.

"Kak, buatlah cerpen, ikutlah cerpen apa pun, chenta pun boleh.."Tiba-tiba mesej masuk dalam wassup.

"Hahaha, jatuh cinta pun tak pernah, masakan mahu menulis tentang cinta".Balas aku. Sedikit kecewa. Entah kenapa.

***

Empat tahun yang lalu. Ketika kali pertama aku menjejak kaki ke bumi Urdun, itulah juga tahun pertama aku keluar makan berdua. Ya , kali pertama. Masih aku ingat lagi, PAPAJOHN menjadi pilihan dia. Bahkan kerusi yang khusus untuk set couple menjadi pilihan kami.

"Aish, asal perasaan dia macam muslimat kisas jumpa dengan muslimin kisas ja perasaan ni.."Getus hati aku yang sedang gelisah.

Entah, hati aku tidak tenang dan senang dengan pengalaman kali pertama ini. Entah apa yang aku takutkan. Pandangan orang ? salah faham orang ? Atau kerana ini adalah pengalaman kali pertama aku makan dengan seorang lelaki ?

Arghh. Aku bergelut dengan perasaan aku sendiri. Jujur aku segan, malu bahkan kelu. Dan di meja tersebut, aku hanya memandang-mandang menu pilihan, mungkin dia tak tahu, aku bukan jenis minat sangat makan western food ni.

"Nak makan apa ?",tanya dia dengan ringkas,

"Ikut lah",jawab aku juga ringkas,

Akhirnya dia yang membuat pilihan.

Tak sampai sejam setengah kami pulang. Takkan aku lupakan pengalaman paling 'pelik' itu.

***

Dua tahun yang lalu. Kali pertama mata aku melihat Kaabah, dan kali pertama aku solat di hadapan Kaabah. Aku tidak pernah sedih dan kecewa sebegini. Kerana suatu hal itu terjadi, aku menyoal adakah ini ujian untuk aku dengan dia ? sampaikan Engkau uji aku sebegini ? apakah akhirnya hanya tinggal aku dan dia sahaja untuk melunaskan kewajipan ini ?

" Ya Allah, tambahkan kasih sayang antara kami " Antara banyak doa-doa yang aku panjatkan ketika berada di hadapan rumah Allah itu, termasuklah doa ini.

***

Semenjak peristiwa di bumi lahirnya nabi terakhir itu. Semakin lama , semakin aku sedari Allah seakan-akan memakbulkan permintaan-permintaan aku suatu ketika dahulu.


Terima kasih.
Kerana tidak pernah berkira. Boleh bilang dengan cari berapa banyak belanja berbanding diraikan. Hampir tidak pernah barangkali duit sendiri yang keluar kalau setiap kali keluar makan.

Terima kasih.
Untuk rasa tidak pernah lokek mencuba masakan yang bukanlah power sangat. Masin, tawar , makan je semua, tanpa mengomen banyak.

Terima Kasih.
Untuk ingatan setiap kali pergi travel. Sweater, keychains, tote bag dan bermacam-macam lagi.

Terima kasih.
Setiap kali call untuk muraqib, jarang sekali mengatakan tidak. Hatta seringkali juga aku last minute membuat panggilan.

Terima kasih.
Angkat beg bagasi berat-berat kalau nak gi airport, jadi teman pergi umrah. naik kereta prebet dari Mekah ke Madinah dan teman pergi Tanaim untuk buat Umrah sunat, dan teman tawaf keliling Kaabah.

Terima kasih.
Untuk kebaikan dan segala tangungjawab,banyak belajar, banyak bagi nasihat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih,
untuk segala-galanya.

***

Hari ni 20 MEI 2015, hari terakhir viva 6th Year medical Students.Mungkin hari yang paling bahagia untuk dia. Tetapi entah kenapa juga, sebak tiba-tiba menyapa. :'D

Kasih seorang adik kepada seorang abang, yang tumbuh perlahan-lahan, di bumi yang penuh kenangan ini, satu nikmat yang paling disyukuri selama empat tahun di sini. Terima kasih Tuhan!


***

Kesimpulan: Ramai mereka di luar sana yang sedia rapat dengan adik beradik lelaki khususnya abang, tetapi percayalah bagi yang mempunyai abang, rugi sangat kalau tak cuba usaha untuk rapat dan belajar kenal abang sendiri. Pastinya usaha itu dengan DOA dan SABAR bukan ? Hehe..

tipulah kalau kata tak rasa 'kehilangan' tu. *kesat air mata*




Monday, 18 May 2015

#‎MOM‬ ‪#‎MMJ‬


Sembang dengan kakak, dia cerita kalau kat UNIKL lecturer yang akan buat lecture note(dulu la, masa awal-awal UNIKL dibuka). Saya tanya kenapa bukan student yang buat ? kiteorang kat sini record lecture doc, pastu tulis lecture note berdasarkan record(sebab tu kadang-kadang doc tak bagi sebab mungkin akan salah fakta dan sebagainya).
Katanya, of course lah lecturer yang kena buat lecture note, prepare dan bagi sebelum lecture(mungkin) antara salah satu sebabnya nak jaga prestasi ataupun tahap sistem pembelajaran yang mapan(lebih kurang gitu lah). Ye lah, kalau student yang buat lecture note, mestilah tak sama kualitinya dengan doktor sendiri yang mengajar subjek tersebut.
Ala kulli hal, selama belajar di JUST bertahun-tahun hidup atas jasa lecture note, saya kira tanpa lecture nota, mungkin nak survive memang susah. Tetapi bila tengok orang yang baca buku ni(ada kawan yang jenis baca buku) memang ilmu yang mereka dapat hadam tu lagi power dan awesome.Lekat lama.
Persoalannya di sini, antara MASA, KESEMPATAN, KUALITI, KUANTITI dan KEBERKESANAN serta KEFAHAMAN seringkali membuat kita akhirnya memilih untuk membaca lecture notes. Bukan tak nak baca buku (buku rujukan yang sangat tebal, banyak dll), tetapi atas faktor yang dinyatakan di atas, kadang-kadang kita terpaksa mengenepikan sebentar niat untuk membaca buku. Sesetengahnya ada menyebut, 'tak pa lah, nanti cuti kita baca buku.. exam ni kita bacalah lecture note..at least kita dapat point apa yang doktor nak kita faham dan dapat catch up exams...'
Ironinya, bila cuti tiba, dek 'dibelasah' oleh sistem selama satu semester yang sangat pack dengan jadual yang bermacam-macam aktiviti, maka tibalah masanya untuk melunaskan segala kepenatan selama satu semester. "cuti cutilah betul2, buat apa nak study... dah penat kot study sebelum exam.. "bak kata orang moden, " time belajar belajar betul-betul, time main, main betul-betul'.....
Kesimpulan, jom kita enjoy!

ps:hakikat seorang penuntut ilmu,atau lebih tepat orang yang diberikan rasa nikmat menuntut ilmu, mereka akan senantiasa menghargai masa lapang mereka....... T_T

Tuesday, 5 May 2015

Petanda kasih yang abadi

Petanda kasih yang abadi adalah apabila
dalam senang jua dlm kesempitan, seseorang itu memberikan
kasihnya tanpa sempadan..

Begitulah kasihnya Allah kepada hambanya, sentiasa ada dalam sempit mahupun senang.

Allah wujud,
malah dekat.

Kita pelupa,
bahkan menjauh.

Allah tidak pernah menjauh, tetapi kitalah yang selalu lalai berusaha mendekatiNya


Thursday, 30 April 2015

Tunduk Sat,Tenung dan Renung



FAQ:
Soalan:Kenapa namakan blog ni KKJ ? dan kebanyakkan entry berkisar tentang kehidupan di KKJ ?

Jawapan:Kalau saya lukis graft kehidupan saya sampai sekarang, graft yang paling banyak jatuh dan naiknya tentang iman dan paling penting tentang jatuh dan bangunnya saya mengenal erti hidup adalah ketika saya berada di KKJ.

Too much stories kalau nak cerita, apapun kenangan pahit di bumi waqafan dan manusia-manusia yang Allah izinkan saya jumpa di bumi inilah yang banyak mempengaruhi dan menuntun hidup saya. sampai hari ini. sampai saat saya menulis pada nokhtah ini. titik.

di bumi itu saya rasa makna,
"Ana Uhibbukifillah"

bahkan rasa itu tetap subur sampai sekarang.
masakan saya bisa melupakan manusia-manusia yang pernah hadir mengubah cara fikir, cara berkomunikasi, cara hidup dan makna sebagai seorang individu muslim.




Tunduk sat, tenung dan Renung tentang masa silam kita yang lalu, tentang masa yang kita jalani sekarang dan masa depan yang kita ingin lukiskan kelak, bukan mudah bukan ? 

Saturday, 25 April 2015

tertampar

saat lecture note surgery masih tidak berganjak dari m/s pertama, air mata bercucuran jatuh...berderai derai, tak mampu nak tahan...
hiba dan sayu bukan kepalang, mengenangkan bahawa 'kita hanya mampu merancang, Allah jua sebaik baik perancang... '
Allahu, jika air mata ini mampu membersihkan hati ini yang kotor dan penuh dosa, aku terima seadanya dan seikhlas mungkin tarbiah dan ujian ini.....
mungkin kecil pada mata manusia, tapi aku tahu ada rahsia besar yang sedang menanti........

allahu, seriously... im tired to keep move on with all the situations... alhamdulillah for His wills, the only reason......................................