Wednesday 12 September 2012

Renew.



peringatan bersama..

sebelum ana nak titipkan perkongsian dan peringatan bersama ini, ana nak bawakan satu 
analogi dalam kita nak mengajak orang lain sama-sama menuju kebaikan, 

" mencuci kain buruk "


bila kata kain buruk, lazimnya pasti kotor tak pun dah lusuh. tiba-tiba ada orang datang bagi 
tau kita utk cuci kain buruk tersebut. tapi bila kita nak pi cuci, tangan kita pun kotor.
 lalu kita pun cakap pada orang tersebut,

" maaf. tangan saya kotorlah, xleh cuci kain ni, bagi rang lain lah yea "



dia rugi menolak tawaran utk mencuci pakaian tersebut. mungkin dia melihat tindakannya
dah bijak dengan menolak, alasannya tangan dia pun kotor, takot mengotorkan lagi pula kain tu.

ya, dari satu sudut dia mmg seorang yg perihatin dan bijak. tapi dia cuma bijak sini, dia tidak bijak sana.bijak sini tu mcm mn?


bijak sini maksudnya, dia rasa bersalah dan dia melihat jika dia mencuci pakaian tersebut dia
akan menambah kotorkan lagi. dia hanya melihat kesan yg terdekat sahaja. jadi dia kesian pada org tersebut, dia pun menolaknya..




sedangkn orang yg bijak sana. dia akan memiliih utk mencuci pakaian tersebut. kerana apa? 
kerana jika dia mencuci pakaian tersebut, bkn kain tersebut sahaja akan tercuci tapi tangan 
kita pun akan TERcuci dan bersih sama dengan kain tersebut sedangkan kita tidak niat pun utk mencuci tangan kita yg kotor itu.air yang kita cuci bersama-sama dengan kain itu, akan membawa kotoran-kotoran tersebut ,mengalir berpisah dari kain mahupun tangan kita.


" betui ka tangan kita akan tercuci sekali, ana RASA tak kot? "
 jika ada org kata mcm ni, tanyakan kembali.

" anda pernah mencuci pakaian tak? "
org yg mencuci pakaian pasti akan melihat pakaian dan tangannya akan turut bersih.
begitulah dalam kita nak mengajak seseorang ke arah kebaikan,
hakikatnya kita juga kotor dan tidak sebersih mana, tapi jgnlah disebabkan itu kita 
menjadikannya sebegai alasan supaya tidak mahu mengajak org lain ke arah kebaikan dan membaiki diri.




kepada sahabat-sahabat di perantauan khususnya di bumi syam ini, ingatlah matlamat anda kembali datang ke sini,


kita bukan nak datang ke sini utk berdamping dengan laptop,

bukan nak tengok filem korea .
dan kita BUKAN DATANG KE SINI UTK BERSUKA RIA...duit yg ibu dan ayah kita amanahkan kepada kita bukan utk semua itu.masa yg Allah berikan bkn utk dilakukan pada perkara yg sia-sia..



ruang dan peluang yg Allah izinkan kita utk datang sini bkn utk di persia-siakan. gunakanlah 
peluang yg ada dengan menelaah semua kitab dan mencari ilmu dan manfaatkan kesempatan yg ada.ramai tidak mensyukuri yg ada dan sering mengisi apa yg tiada...Allahhhh.....
ayuhlah teman-teman dan shabat ana...kita tajdidkan semua niat kita datang sini..


Apakah niat anda ??



tepuk dada tanya iman, tanya hati

" BEGIN WITH THE END IN MIND "



by : Akram Afifi

No comments: