Friday, 15 March 2013

Tentang 3 Perkara

..buat ashabul menara di mesir,kak imah di iskandariah..

..dan buat pencinta bahasa syurga di perkampungan hulu indiana amareka..
hamizah khusairi..

..dan buat teman2 sengaja aku tidak nukilkan..kerana kalian sudah lekat dalam ingatan..

3 IMPIAN ZAMAN SEKOLAH YANG TAK JADI KENYATAAN:

1.nak sambung belajar kat MRSM TAIPING
2.nak jadi wakil hoki negeri
3.nak jadi wakil student ke Bangkok

[bajet sungguh!]

ringkasnya..alhamdulillah... Allah nak bagi benda lain kat saya rupanya.. benda yang lebih bernilai dari semua kata atas..

3 IMPIAN YANG JADI KENYATAAN :

1.alhamdulillah..dapat straight As SPM
2.dapat sambung degree kat Jordan dalam bidang pergigian.
3.alhamdulilah dapat merasa salji dan masuk salam perantauan[heh]

IMPIAN YANG MASIH LAGI IMPIAN

1.Menjadi tetamu Allah di Baitullah
2.Menjadi Suri Rumah Tangga
3.Kawen dengan seorang lelaki yang mempunyai ciri2 yang didoakan

3 PERKARA YANG TIDAK DISANGKA BERLAKU DALAM HIDUP

1.masuk kisas
2.masuk bertanding pilihanraya kampus
3.pergi melancong ke Turki dan Mesir sebelum usia 20 tahun.

3 PERKARA YANG BEST SEBELUM MASUK ZAMAN UNIVERSITI

1.Asrama
2.Kawan2 sekolah
3.Kenal erti tarbiah,ukhwah,dan dakwah seusia 17 /18 tahun..alhamdulillah..

3 PERKARA OH SEM ZAMAN UNIVERSITI

1.im one of  Doctors of Middle East punya batch.
2.jujur saya cakap,zaman universiti zaman saya melihat diri dan dunia dan akhirat dari perspektif yang jauh berbeza nak dibandingkan zaman2 sebelum 20 tahun..[cehh,bajet matang..]
3.belajar memaknakan hidup untuk masyarakat dan bukan untuk diri sendiri...[ingat senang ka..hehe..nie masih nak merangkak nak blja nie..moga Allah mudahkan.. :)]

3 PERMINTAAN SAYA KEPADA YANG MEMBACA ENTRY NI:

1.komen kat bawah nie.[keh3...]
2.buat list macam saya buat nie..[heh ??]
3.Bersyukurlah!see..banyaknya nikmat2 ,rezeki yg kita nak,kite tak sangka2..yang Allah limpahkan untuk kite...baru suruh senaraikan 3 perkara.. sedangkan banyak..terlalu banyak nikmat dan kurniaan Allah yaang tak terhitung kita dah dianugerahkan... alhamdulillah..terima kasih ya Allah..

4.ok terbuat 4 permintaa plak..[huhu]..lastly..doakan Impian2 saya dan awak2 yang belum jadi kenyataan menjadi kenyataan.

entry sempena ulang tahun KKJ.
*saya rasa entry nie sgt poyo*
maaf klau bajet sgt..tapi nie ikhlas dari hati :)

kabulkan permintaan kami ya Allah..ameen ya Allah.



3 comments:

D-SIM said...

erm, soalan yang memerlukan masa buat berfikir apa yang dibuat, tercapai, terlepas. . . .

whatever it is, syukur lah dengan kejayaan yang kita miliki sekarang kan ? Semoga kejayaan degree pun turut berjaya sama, amin !

Hamizah said...

Amnah, nak nangis :'/

fatimah said...

yey..ade nama ak..hehe
byknye impian amnah :D