tak banyak perkara yang dekat kat hati saya sepanjang keberadaan saya di tanah syams ini..bahkan seringkali saya merasakan Malaysia jauh lebih baik daripda pelbagai sudut..
tetapi Ramadhan di sini sangat special.Terutama terawihnya.semakin lama makin terasa jiwanya,sehingga saya jauh berfikir..in sha allah,jika Allah izin,saya mahu berterawih di bulan ramadhan di masjid jamiah tahun2 terakhir saya nanti ameen..
bercakap berkenaan ramadhan,setiapkali ramadhan,menyelak dan membaca halaman2 al quran,tidak dapat tidak... akan menggamit rindu pada sekolah dan kehidupan asrama,tempat saya jatuh,yang sehingga sekarang dikenang2...
disampaikan pada ayat "fastaqim kama umirt" pada bacaan s.makmum pada malam ini..sudah cukup menyentap memori,menyingkap rasa,memuhasabahkan diri yang sudah lama tidak di sapa salam istiqamah..
membuatkan saya terfikir2,apakah isi hati dan hasrat yang saya kira benar2 tulus dari pengasas kolej yang sehingga menggunakan ayat ini sebagai motto sekolah..masya Allah... ikhlasnya asas pembinaan sebuah institusi yang mereka mahu dirikan dan lahirkan..
zaman telah berlalu,generasi berganti generasi.. hakikatnya,warga kolej seluruhnya,pastinya menjadikan ayat ini sebagai the best inspirasi untuk kembali bertaut pada jalan yang sepatutnya...
benar,saat kita bebas dilepaskan dari sebuah dunia fantasi yang serba biahnya solehah,hanya diri kita sendiri mampu memahami,betapa tuntutan istiqamah itu satu tuntutan yang tersangatlah berat...
Allah... sekalipun begitu sahabat,bukan tujuan saya untuk kita kembali thabat dengan 'jiwa' seperti mana kita di bumi tarbiah,tetapi...semoga kita sedar dan celik,bahawa tuntutan istiqamah itu bukan pada apa yang kita perolehi di bumi waqafan,bahkan lebih ajuh dari itu..
istiqamah bermujahadah untuk menajdi hamba Allah yang terbaik di sisi-Nya..
istiqamah bermuajadah mengajak nafsu kembali tunduk setelah sekian lama hanyut..
perhatikanlah,semoga ibrah ayat fastaqim kama umirt bukan menjadi beban yang memberatkan,bahkan menjadi motivasi untuk kita memanifestasikan nilai dan akhlak islam,sekalipun dimana jua kita berada..
sekalipun jua di mana2 kita belajar,semua itu hanya wasilah.. rugi jika kita tidak menghitung pengajaran dan memanfaatkan peluang di depan mata,dan beruntung bagi yang berusaha mencari sekalipun peluangnya tersembunyi...
bukan mahu menyanjung bumi tempat kita ditarbiah,tetapi semoga kenangan pahit dan manis di sana menjadi kekuatan dan pengajaran buat kita di luar sini..
ketika kalian bertadabbur dan bertilawah di bulan ramadhan,pasti kalian akan disampaikan pada ayat "fastaqim kama umirt".. semoga mampu membuat kita kembali ingat dan bermuhasabah.. betapa jauhnya kita dari Tuhan pada hari ini,semoga ayat ini ayat yang menjentik hati kita untuk kembali berpaut dengan ranting2 keimanan..jangan biarkan ia terus rapuh..sucikan dan suburkan dengan air siraman keinsafan dan kesedaran...
moga Allah redho.ameen.
Ketaqwaan bukan diukur pada tempat belajar,
Bukan juga dinilai betapa tingginya pangkat dan darjat..
Bukan juga ditentukan siapa kita suatu ketika dahulu..
Tetap beristiqamah wahai diri dan sahabat2,
Hatta diceruk mana sekalipun kaki kalian berpijak..
Hatta setinggi mana langit yang kalian junjung...
Kita masih manusia bertaraf hamba..
Dan selamanya kita tetap seorang hamba..
Ya Allah,letakkan dunia dalam genggaman tangan2 kami,bukan beraja di hati2 kami..ameen.
Ramadhan kareem..
Bukan juga dinilai betapa tingginya pangkat dan darjat..
Bukan juga ditentukan siapa kita suatu ketika dahulu..
Tetap beristiqamah wahai diri dan sahabat2,
Hatta diceruk mana sekalipun kaki kalian berpijak..
Hatta setinggi mana langit yang kalian junjung...
Kita masih manusia bertaraf hamba..
Dan selamanya kita tetap seorang hamba..
Ya Allah,letakkan dunia dalam genggaman tangan2 kami,bukan beraja di hati2 kami..ameen.
Ramadhan kareem..
No comments:
Post a Comment