Friday, 18 March 2011

Malu TAPI Mahu~~

assalamualaikum,
cuti sekolah dah nak habis,
tapi kat KKJ tak start cuti lagi..
mungkin dua tiga hari lagi cutilah..
pegetua nak balik kampung..he3

sebelum cuti ada wat Liqa' G(.usrah..onenight..)

suatu sudut.di musolla aspuri.sunyi.syahdu..
adekku yang aku cinta kerana Allah:

"Ada hijab yang lebih utama dari hijab muka kamu...hijabkanlah hati kamu dengan rasa malu kepada Allah, pasti Allah akan memelihara kamu."
aku malu sangat,
siapalah aku,
layakkah aku,
untuk meminta2 kepadaMu..
sedangkan aku selalu lupa padaMU,
seringkali aku leka akan kehadiranMU,
oh!malunya aku..
hinanya aku,
sebesar mana usahaku,
nak dibandingkan sebesar-besarnya rahmatMu..
sekecil cuma kesungguhanku,
nak dibandingkan dengan segala nikmatMu,

apakah tibanya masa untuk ujianMu itu..??
setelah sekian lama Engkau limpahkan aku kenikmatan..??
oh!berikan aku kekuatan..
kerana tiada kekuatan melainkan dgn kekuatanMu..
berikan aku ketabahan,
kerana tiada ketabahan melainkan dengan izinMU..

malunya aku..
tetapi aku tetap mahu..
kerana aku yakin..
Engkau Tuhan Yang Maha Mendengar..

p/s:meskipun kita seringkali lupa..
namun sifatNya tetap sama..
masih setia mendengar..
walaupun kita berjuta-juta..

hari itu akan menjadi saksi..
maafkan aku,
sekiranya aku mungkir pada janji2 kalian..
maafkan aku..
maafkan aku..
kerana aku malu pada kalian.. 
sungguh!aku malu!oh!..

"Ada hijab yang lebih utama dari hijab muka kamu...hijabkanlah hati kamu dengan rasa malu kepada Allah, pasti Allah akan memelihara kamu."

2 comments:

musheh said...

Ada hijab yang lebih utama dari hijab muka kamu...hijabkanlah hati kamu dengan rasa malu kepada Allah, pasti Allah akan memelihara kamu.

ayat tu sangat menyentuh sy. jzkk sahabat.

hamba-Dia said...

murshidah razali:

..jika kamu tida perasaan malu maka buatlah apa saja..

moga doa kita semua tidak terhijab..