wahwah...tak sangka betul penulis menulis entry pasal benda2 nie..
tetiba jer dapat idea..nie semua gara2 abangku yang tgah sibuk duk kumpul dinar emas,pastu terbaca la plak entry kat blog seorang sahabat nie..DINAR EMAS???
KOTA BAHARU, 1 Dis (Bernama) -- Emas Dinar Kelantan yang dilancarkan sejak 20 Sept lepas sehingga kini telah mencatatkan penjualan hampir RM1 juta, yang menurut kerajaan negeri merupakan satu keadaan yang sangat memberangsangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata dengan jualan sebanyak itu, sekali gus menolak tanggapan serong terhadap dinar yang diperkenalkan itu.
"Kita berasa gembira kerana sudah menjual lebih sembilan kilogram emas yang bernilai lebih RM900,000, dan ini satu perkembangan yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas majlis akad nikah pasangan pengantin yang menggunakan emas dinar itu sebagai mas kahwin, di Kampung Belukar, Pendek di sini, hari ini.
Pasangan Nurul Jalal Abdul Wahaib Mujahid dan Shuhaida Hanim Mohamed Sunahe yang diijabkabulkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ialah pasangan pengantin pertama di Kelantan yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin.
Nurul Jalal, 26, seorang guru agama menyerahkan 15 keping emas dinar yang berharga lebih RM5,000 kepada pasangannya yang juga berusia 26, seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pasangan pengantin itu turut dihadiahkan suku dinar yang bernilai kira-kira RM80, oleh kerajaan negeri yang sebelum ini mengumumkan akan memberikan hadiah itu kepada 10 pasangan pengantin pertama yang menggunakan dinar berkenaan.
Husam juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan seminar kebangsaan di Kuala Lumpur tahun depan, khusus untuk membincangkan isu emas dinar itu.
"Tahun depan juga sempena sambutan Keputeraan Sultan Kelantan, kerajaan negeri akan mengeluarkan emas dinar khas iaitu dua dinar," katanya.
Dinar emas yang dijual kepada umum kini dalam tiga timbangan iaitu seberat 1.06 gram (suku dinar), 2.12 gram (setengah dinar) dan 4.25 gram (satu dinar) dengan ketulenan emas sebanyak 91.7 peratus yang dijual mengikut harga emas semasa.
Sementara itu, Nurul Jalal ketika ditemui gembira kerana hasratnya mahu menggunakan dinar itu untuk perkahwinannya tertunai.
"Ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan merealisasikan hasrat kerajaan negeri dan saya rasa sangat gembira hari ini," katanya.
Dinar emas itu diedarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad yang boleh didapati di 10 rangkaian pajak gadai Islam ar-Rahn di Kelantan.
Kerajaan negeri menggalakkan penggunaan dinar itu sebagai simpanan, mas kahwin, bayaran zakat dan hadiah.
mula2 dengar pasal dinar emas nie,sebab sepupu penulis bernikah dengan menggunakan dinar emas nie..(pasangan yang disebut dalam berita bernama di atas)..masa tu tak tau apa lagi,,,
kenapa guna dinar emas??
kenapa kerajaan kelantan memperkenalkan dinar emas??
apa kelebihan guna dinar emas nie..??
tiada riba,tiada inflasi
sistem mata wang kertas diperkenalkan yahudi,
untuk mengawal aliran mata wang dunia,
kalau ikutkan bleh jer koyak wang kertas tuu..
xdaq nilai pun..sekadar kertas..
yang diprint dgn dakwat khas..
ditulis not2 dan nilai tertentu..
hakikatnya nilainya hanya sekeping kertas..
akan tetapi,
kenapa bila rusuhan,
isteri perdana menteri tunisia bawak lari emas berjongkong2,
kenapa bila darurat,
orang2 kaya bawak lari emas ke keluar negeri..
bila bencana,
hartawan semua cabut lari dengan emas2 berbukit2..
bila perang,
pemerintah bawak lari emas buat bekalan di luar negara..
oh!duit kertas kat bank ditinggal begitu saje,,
tak rasa rugi ker..??
kenapa mesti emas??
mesti emas sbb emas tidak akan susut harga,
emas tetap berharga,
walau perang ker,,
rusuhan ker,,
bencana ker,,
nilai emas tidak akan susut,,
malah emas makin mahal..
seluruh alam semesta nie tau,,
emas memang berharga,,
ade nilainya..dari dulu hingga sekarang..
tak gitu..??
Duit syiling ini mempunyai satu komposisi berlogam emas 22 karat.
seorang budak mentah macam penulis bertanya:
kenapa tak setuju guna dinar emas???
boleh tolong jelaskan??
p/s:(Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar...")
Oh!abangku,cepat2 la kumpul dinar mas bnyak2..jgn tunggu lama2..(masa first time abang beli dinar emas harganya dalam RM3++...sekarang??...RM6++...FUH!kaya2..pelaburan yang baik,,,(jom beli mas banyak2..)
post kali nie xde kaitan langsung ngn KKJ,so,nak kaitkan jgk la ngn KKJ nie..abangku nie pernah dapat tawaran g KKJ..tapi dia tolak..huhu..(ade kaitan tak..??merepek jer kan..)
~TAMMMAT~
ramai orang kawin cuti sekolah nie..
hmmm..khabarnya seorang sahabat nie tak lama lagi nak kawin..
hah!..boleh la mula kumpul dinar emas..jgn lupa plak jemput sahabat2 semua..
harapnya masjid2 yang dibina secara pesat terutama cuti sekolah nie..
akan tetap teguh dan utuh..
tidak mudah hancur dan runtuh..
dek gelombang tsunami nafsu amarah yang menerjah..
sekian..
2 comments:
baitul muslim....
dawud:
hmm..betul2...setuju sgt..
Post a Comment