bangga.alhamdulillah.. duit JPA masuk lebih sikit bulan nie..baki duit dalam bank tak pernah mencecah angka sebegini banyak . riak mungkin..bercampur kufur... entah berapa banyak duit banyak mengalir pada yang tidak perlu,,,.. buat berjoy-joy..heh..
lalu,hari ahad yang lalu..[sedar dompet hilang hari selasa malam]..kali terakhir memori bersama purse di dental anat lab.. akhirnya membuahkan satu solusi.ya..sekian lama tak teruji.. rasmi kehilangan purse kesayangan,seyes kesayangan,kerana purse tu pemberian sahabat tersayang ketika saya menziarahnya di cairo cuti winter yang lalu..Allah...
ok.fine.saya menangis.sedeyh kerana kehilangan,sedeyh kerana risau duit,risau kad debit diguna orang,menangis sambil call kak syifa'.. entah kenapa ,menangisnya lain macam..lama tak menangis mungkin (?)...
subuhnya esok,berViber dengan Nadrah... Allah,,,, teringat cerita Nadrah.. dan Nadrah cerita la kisah seorang akhowat kat Tanta Mesir, hampir nak kena r****,tapi lpas ipad dia jatuh,terus penjenayah tu wat lari ipad tuu.. Allah....
betulllah,, kita baru hilang harta,bukan hilang jiwa.. Terima kasih ya Allah...
dan Nadrah jugak komen kat status facebook.."oarng beriman,bahagia bila diuji"..
Nak Jadi Orang Beriman?
caranya,bahagiakan dirimu dengan ujian2 kecil,dan tabahkan dirimu dengan ujian2 besar..
dan paling terkesan dan nampak hikmah bila hilang purse, hakikat kita terhadap hak saudara2 kita yang lain sperti sedekah... mungkin Allah nak sucikan harta, balasan ditarik rezeki kerana sudah lama tidak menginfakkan sedikit daripada duit tajaan kepada orang awam..ya,mungkin kita dah secara berkala menyumbang dalam pelbagai bentuk tabung taawun.. tetapi.. musibah nie seriusly mengingatkan saya kepada pesan usatz masa di SMKA Wataniah dulu.. ustaz pesan..
"..hakikatnya,dalam rezeki dan harta kita, ada hal orang lain yang perlu kita berikan.."
Allah.. ampuni daku.. saya mengaku,kadang2 kita memberatkan tangan untuk menderma lebih...bahkan kadang2 kita berkira-kira....oh..itulah saya.. insan bernama manusia.. bila dicampakkan dalam lautan rezeki dan nikmat,mudah sekali hanyut.. bila diuji dengan sedikit ujian,terasa bagaikan beratnya setinggi gunung...
saya percaya.Tarbiah dari tangan(kuasa) Allah itu paling menyentuh jiwa.Terima kasih ya Allah... semoga Engkau tambahkan bagiku yang lebih baik,sucikan segala yang mengotorkan hati,jiwa serta tindakan ini..dan Engkau gantikan sesuatu yang lebih baik dan bernilai..
dan alhamdulillah.. semasa on da way ke bank untuk terminate kad,,dalam hati bercuak-cuak..
"..ya allah,tolonglah jgn ada orang buat transactions... saya fikir lagi,ok.sangat tak patut,,biarlah apa nak jadi dengan duit dalam akaun tu,berapa banyak jumlahnya..yang penting ya Allah, tabahkan hati aku,besarkan hati aku untuk terima segala kemungkinan.."
dan alhamdulillah.akaun masih lagi berbaki yang sama.syukur :))))
dan bila Allah dah jawab doa kita,Allah uji balik saya..
situasi 1: ada orang pekak mintak sedekah kat library.. masa dia letak kertas,saya geleng2 kepala secara automatik..heh..
punyalah saya bentak diri sendiri,, ya Allah,baru ja Allah tunjukkan hikmah,dah nak kufur balik ?..huhuhu..
saya pejam mata,cari duit.. saya kepilkan 1 JD.. [bahkan still saya rasa 1Jd tu masih banyak untuk satu sedekah kepada orang awam] Allah... didiklah diri ini supaya tidak culas memberi sedikit infak dan sedekah..
dan hari ini jugak ramai pulak mak cik2 kat mujama33 jamiah datang menghampiri...kali ini,tangan lebih ringan,hati pun bahagia bila memberi :)
Alhamdulillah,saya kira..inilah hikmah yang paling besar setelah Allah tarik sedikit dari rezeki duit dan purse kesayangan saya.bahkan saya jauh lebih bersyukur,Allah sememangnya menggantikan sesuatu yang lebih bernilai,iaitu nilai yang hanya orang yang pernah merasa dan melaluinya lebih mengetahui...
p/s:teringin nak tulis sedikit panjang tentang ibrah dari Liqa batch 1 mei 2013.. really make me ponder,apakah jenis kehidupan yang sedang kita jalani ini?dan apakah kehidupan yang bakal kita tempuhi kelak?
moga Allah redha.ameen.
1.34am.
1 comment:
ALLAHU RABBI... post yang sarat dengan hikmah yang menjentik hati2 mereka yang beriman... karat bakhil itu sememangnya sukar dihakis namun hati itu mudah dididik.. perlukan sedikit dorongan dan usaha... ummah pasti terjentik dengan cerotan ini..
Post a Comment