'inilah hari guru terbaik sepanjang saya mengajar kat bumi waqafan',kata cikgu pk1...
seingat saya,semasa hari guru nie lah first time saya kenal lagu 'kiss the rain' by yiruma..masa tu budak2 muslimin berlakon pasal hari guru..bermuzik latar dengan lagu kiss the rain..
seriusly,menangis...cikgu2 menangis tengok lakonan form5 masa tu... masa tu saya ingat lagi.. sangat dekat,kalau tak silap memang fatrah exam pertengahan tahun....
tapi batch akk2 form 6 dan jgk f5 masa tu sungguh siapkan banner dalam pelbagai bahasa...siap masuk sinar harian lagi...sahabat2 ingat tak ?[walaupun masa hujung minggu tu saya balik rumah,tapi terkejut dengan persiapan sahabat2 semua.. sanggat terrbaiIKKK !siap cover pintu dewan kertas surat khabarmtak bagi orang nampak... masa tahun tu saya kena incharge bahagian SPA-D KISAS... masa tu saya ingat lagi,,,punyalah survey siapa2 yang nak volunteer jadi tukang urut cikgu2...aceehh...
seingat saya,cikgu sangat suka dengan konsep spa yang first time dibuat.. bahkan,sangat laku....sehingga dalam buku catatan lawatan tu ada cikgu2 tulis supaya buat lagi tahun depan,sangat bagus..dan paling best sekali,ada cikgu yang selitkan duit.... subhanallah.... rezeki tukang2 urut tahun tu...
dan saya ingat jugak,saya jugak join team muslimat yang lawan futsal dengan cuikgu2 perempuan.... waaah..waah... yang klakarnya..kitaorang memang pakat supaya cikgu2 menang...hehe... dah emmang cikgu menang pun.. happy sangat tengok cikgu2 semangat duk sepak2 bola... rasa semua awet muda !.....dan akhirnya kami dikalahkan oleh cikgu2.... pengalaman yang sungguh best....
dah antara benda yang osem jugak yang sampai sekarang saya ingat,konsep Anugerah ,nie idea budak2 muslimin laa... diorang bawak meja jepun kat bilik bahasa..susun kat tengah2..pastu buat macam laluan Red Carpet kat tengah dewan... kat tepi2 tu ade kolam2 yang kononya kluar asap2 berkepul2...aceehh...
rasa macam kat Anugerah Skrin bila gimik menjadi... Cikgu2 masuk berjalan di atas pentas..bermuzikkan muzik anugerah Skrin.. dengan muka pengetua tersenyum lebar melambai2...waaah...gembira semua cikgu....
best sangat..seriusly best sangat... dan yang saya ingat jugak masa tu.....lama sangat KU menyanyi...haha...
ok..dah..itu ja yang saya ingat... itulah,,cerita zaman sekolah...
sejak dari sekolah rendah,saya sangat menantikan hari guru,semangat nak bagi hadiah kat hari guru,,kalau dulu pergi mydin beli pen berkotak2..pastu balut cantek2,print nama2 cikgu dan tampal kan pen...ade jugak musim bagi bunga ros yang ada air wangi kat dalam tu... korang ingat tak ? hehe... itu jelah yang saya ingat tentang hari guru...
dan last sekali kenangan saya pasal cikgu ini adalah temuduga hari guru...
masa tu part kena interview sorang2,,ada sorang aunty nie tanya saya..
kenapa mintak nak jadi cikgu ?
jawapan saya: sebab saya nak jadi pengetua KISAS.lols
aunty tu tanya balik:aik.,peliknya..kenapa mesti KISAS ? cuba cerita kenapa nak jadi PENGETUA KISAS ?
jawapan saya:erk..erk..[alamak,tersalah ckp plak....apasal la bagi reason mcm nie...huhu]
maka perbualan seterusnya dirahsiakan...haha
maka.saya rasa sebab itulah saya tidak diterima untuk menjadi salah seorang bakal penuntut maktab perguruan...
tapi seriusly,pengalaman interview maktab sangat mencabar bahkan interview JPA lagi senang... alhamdulillah...sekarang dah sambung belajar sebagai dental student dah pun..
sempena hari guru esok,saya ingin mengucapkan kepada SEMUA GURU DAN PENDIDIK ANAK BANGSA,SELAMAT HARI GURU...
dan kepada bakal2 GURU,SELAMAT MENDIDIK ANAK BANGSA MENGENAL TUHAN MANUSIA DAN MENGENAL AGAMA TAK KIRA SUBJEK APA YANG DIAJAR<KERANA TUGAS GURU ITU BUKAN SKADAR MENGAJAR TAPI MENDIDIK AKHLAK DAN BUDI PEKERTI ANAK BANGSA DAN MENGENAL TUHANNYA..
saya sendiri,sesungguhnya..sangat terhutang budi dengan seorang insan yang bernama GURU...
"..3 perkara yang tidak akan putus setelah matinya anak Adam,antaranya..ilmu yang bermanfaat yang diamalnya.."
saya pernah bercita2 mahu menjadi seorang guru kerana mulianya kerja seorang guru itu jika bertepatan dengan niat dan syara3nya....
p/s:rindunya nak sambut hari guru,entah bila pulak boleh nak sambut hari guru... tunggu zaman anak2 ??entah zaman anak2 nanti semua pkai edit gambar,pastu post kat wall cikgu masing2..[eh3,bukan skrg pun dah masuk zaman tu ka ?]..entahla... yang penting bagi saya,adat dan budaya ziarah menziarai guru2 disekolah seharusnya digalakkan walaupun zaman kita zaman berteknologi,dan zaman maya tanpa sempadan ~~
4.41pm
15 Mei 2013
Irbid,Jordan
1 comment:
nostalgik akak!
mungkin sebab pernah berada di bumbung sama walaupun tahun tidak serupa.. huhu
Post a Comment