Showing posts with label trytolovelive. Show all posts
Showing posts with label trytolovelive. Show all posts

Thursday, 7 April 2011

bukan sekadar CITA-CITA..

"assalamualaikum ustaz,free tak hari ni..??"

"waalaikumussalam,free..mai la sini.."

aku capai halmet hitam dan jaket KKJ..lantas aku menunggang motorsikal dengan kelajuan kira2 100 km/j..Fuh!..kalau jadi apa2 nie..Ya Allah semoga selamat sampai dan selamat tiba..

sepanjang perjalanan..aku terkenang2 memori lalu,,beliau lah yang telah membuka jalan bagi aku dalam jalan yang aku pilih sekarang..tanpa kesedaran beliau tak mungkin kefahaman yang aku dapat membawa aku sehingga aku menjejak kaki ke bumi ini..beliau lah yang mendorong aku,,barulah aku tahu,,betapa pesanan beliau sebelum aku meninggalkan sekolah lama ada maksudnya di situ,,yang hanya akan difahami apabila jejak kaki aku melangkah ke bumi ini..tetapi belum cukup sekadar jejak kaki,,tetapi lebih daripada itu..alhamdulillah..Allah membuka jalan melalui beliau..

assalamualaikum ustaz..apa khabar..??ustaz sihat..??hehe..tersenyum..
tak best la..ana tau result enti daripada orang lain..kenapa ana hantar mesej tak balas..??..telefon tak angkat..??
(alamak ustaz..maaf la...)                                                    
oh!ustaz,ana tukar nombor baru la ustaz..patutla..huhu~~..
lorh..patutla..mai sini no enti..
lalu bersapa,,dan bertanya khabar..

"..jadi lepas ni nak sambung apa..??..hmmm..."

"..erk..entah la ustaz..ana tak pasti..setakat nie ana apply jaa.."

"mana boleh..kena fikir betul2 nak jadi apa..kalau enti ada cita-cita dalam bidang ni..enti mestilah pilih jalan yang sepatutnya.."

"ana cadangkan enti sambung dalam bidang ni jugak..tak ramai orang yang faham nak sambung bidang ni..fikir betul2..ana hanya tunjukkan jalan..enti yang akan pilih.."

"entah la ustaz,ana pun dah fikir lama ustaz,,tapi..."

"jangan pula mak ayah enti cakap yang ana yang dakyah enti..enti tukar keputusan sebab ana..haha.."

"eh,eh..tak ada la ustaz..betul la apa yang ustaz cakap tapi setakat nie ana tetap dengan plan A n plan B ana..yang seterusnya..tunggu dan lihat ya ustaz..oh!ustaz,serius..ustaz buat ana berfikir panjang..huhu~~..ustaz oh! ustaz..ana tak tahu..hmmm..terima kasih la ustaz sebab buka jalan nie  untuk ana..ana syukur sangat-sangat.."

"..tugas ana hanya mengesan potensi..ana hanya mampu memberi motivasi..selebihnya atas diri individu itu sendiri..".

tangan aku asyik menyusun buku2 di atas meja ustaz yang sememangnya sudah tersusun.khayal ku jauh..sejauh pandangan menembusi buku2..masuk ke dalam benak fikiran yang keliru..

"kalau enti nak jadi doktor,,enti kena tahu..cabaran untuk terus kekal dalam jalan ini amatlah mencabar..doktor sangat sibuk..ana tahu la..menantu ana pun doktor..ish..susah..susah..hmm..tapi lain lah jika enti mampu menjadi 1 dalam seribu..cabarlah diri enti dengan melihat kemampuan enti..mampukah..??"

"huh!ustazz...".

"kalau enti nak jadi cikgu pun susah..karenah birokrasi yang mencengkam..huhu...tengok ana la..setakat nie jaa yang termampu..sekadar menjadi guru penasihat BADAR..warden asrama..terasa tidak ada kepuasan..boleh tuu memang la boleh..tak dinafikan jalan nie,,kat mana-mana pun boleh tak kiralah siapa..tapi jika ada peluang yang lebih cerah lagi..grab the opportunity..insyaAllah..selagi enti diberi masa untuk memilih..."

"ustaz suka kan buat ana fikir..huhu~~..".aku tersenyum dalam kekeliruan.masih jauh khayalku..

"ana saje je  nak provok enti..".ustaz menambah lagi..

"..dalam memilih kerjaya..pastikan jalan yang kita lalui nie akan lebih lebar dan luas selagi ada masa untuk memilih dan membuat keputusan..tetapi ingat bila kita dah tak ada pilihan,dan tiada lagi kesempatan untuk membuat keputusan..maka jalankan visi kita selagi kita termampu..".

cita-cita=kerjaya yang kita ingin penuhi
matlamat=mencapai redha Allah
visi=menjadi hamba yang beriman dah soleh
misi=pastikan setiap jalan yang kita pilih memandu ke arah matlamat..destinasi..

maaf jika entry ini membuat anda keliru kerana ditulis dalam keadaan yang keliru.

p/s:sahabat2..mampukah kita..??

***
itulah seorang guru,bukan sekadar mengajar..tetapi juga mendidik..mencampakkan fikrah2 islami..buat bekalan pemuda pemudi harapan agama di hari kelak yang mencabar..

***
ummi:senang-senang mintak jaa cikgu..perempuan kalau jadi doktor sibuk..
ayah:jadi lah doktor..ikut abang..ambik la doktor..
abang bukan ex-KKj:ambik farmasi..senang..perempuan sesuai..susah kalau ambik doktor..
abang ex-KKJ:...(no komen..)
kakak ex-KKj:jadilah doktor..
kakak bukan ex-KKJ: jadi cikgu senang citer..jangan lupa isi borang maktab..

ni la padah kalau dah ramai sangat abang dan kakak..masing2 dengan teori dan hypothesis masing2..
(apa pun bersyukur..sebab banyak membantu sebenarnya..)

lagi panjang laa nak kena fikir..masa depan bukan sekadar cita-cita..bukan sekadar minat,bukan sekadar kebolehan..tetapi jauh mana pengorbanan..di dunia kelak..yang semakin ruwat dan tenat..

***
ummi,senang-senang jadi je ar ustazah..keluarga kita tak ada lagi jadi ustazah..siapa lagi nak ikut jejak langkah tok ayah ibrahim arawi..kalau bukan anak,cucu lah jawabnya..huhu~~

***
merepek kah..??oh!..maafkan ana..

***
sekadar pengubat hati..merawat kekeliruan diri..=(

ya ALLAH.. betapa rendahnya dan hinanya diri ini.... budak sbesar ini dpt mengalunkan ayat2 suci al-quran.. bukakanlah pintu hati kami2 yg masih jauh ditegelami dgn dunia2 hiburan... semoga golongan2 kami yg sebegini mendapat hidayahmu ya ALLAH-antara komen mereka yang menonton vid ini..

Monday, 28 March 2011

Masjid sultan Sulaiman..??

assalamualaikum..
mungkin bagi sahabat2
muslimat sekalian khususnya..

terlalu sedikit,
sekecil cuma kenangan kita..
warga aspuri di masjid ini..
pernahkah sahabat2 jejakkan kaki sendirian di masjid ini..
mungkin ada yang pernah singgah masa mula2 nak daftar ke KKJ..
lantaran tiba dari jauh..
tumpang musafir d masjid SS


lagi2..mereka yang sesat..
masjid inilah yang menjadi
'mark place'..

pak cik tau ke kolej islam kat mana..?
tanya seorang sahabat
kepada pak ciknya
yang sudi menyewakan kereta untuk menghantar..
tak pa lah..nanti sampai klang kita tanya orang..kata pakciknya..
maka sesatlah mereka..berpusing2 dalam bandar klang..
hah!tu dia..dah nampak dah masjid SS..
bagi kaum muslimeen pula..
Masjid nie pot yang menduduki tempat teratas 
bagi mereka yang fly..
he3..
maklumlah budak kolej..
fly g masjid je punn..
tak pun wak kanang..
huhu..

 ***
masjid SS..
ada ketenangan di situ,,
rindu pada dinginnya udara dhuha di sana..
semua ini kerana seorang sahabat..
dhuha di sana..

saat2 warga kolej mula pulang ke kampung..
tinggallah mereka yg terakhir..
yg terakhir di bumi sana..
sayu..
kolej sepi,sunyi..
tiada lagi kelibat pelajar2..
lalu lalang di dewan besar..
jejantas sudah kehilangan pengguna tetap..
oh!sayunya nk tinggalkan KI..
sisa masa terakhir..
dihabiskan dengan meneroka masjid SS..
pertama kali menjejak kaki ke dalam bahagian tengah..
membaca catatan penubuhan masjid..
sungguh bersejarah..
masih kekal struktur binaannya..
dihias marmar import..
kayu2 luar negeri yg berkualiti..
ukiran khat di dinding masjid..
bertuahnya kolej islam
berjiran dengan masjid ini..
alhmdulillah..

sungguh masjid inilah..
menjadi saksi..
lahirnya sebuah kolej..
yang subur dengan tarbiah..
sejak 56 tahun yang lalu..

di sini bekas2 budak kolej..
dari satu generasi ke generasi..
bertemu menadah ilmu..
ada yang pernah diberi peluang berkhutbah..
diberi peluang menjadi imam..
menjadi bilal..
sungguh..tempat ini
juga antara lokasi
yang menjadi saksi..
pentarbiahan benih2 waqafan..
rindukah kalian pada rumah Allah ini..??
mungkin ada yang rindu..

mungkin juga tidak ada perasaan..
lantaran itu..
titipkan secebis kenangan mu duhai sahabat
dengan solat dhuha di rumah Allah ini..
tatkala dirimu jejak kembali ke bumi waqafan..

rasakan lah dingin bayu dhuha di masjid ini..
ada ketenangan di sana..
yang pasti akan dirindui..

p/s:jika dikau melihat dengan cermin mata kehidupan..segala2nya dirasakan tarbiah daripadaNYA..




Sunday, 27 March 2011

BEGINIKAH aku..??Dakwah atau..

 assalamualaikum..
untuk entry kali nie..
permintaan daripada seorang sahabat..
hanya ini yang termampu..
selongkarlah..
moga2 ketemu apa yang dikau kehendaki..

bermula kisah dua budak kolej:

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah


Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
 
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. 
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<<Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama’ yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, “Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah?” Saya menjawab, “Ini dia!” Katanya, “Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian” . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.


Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.



Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, "Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds" (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

satu lagi..

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Qala Allah:

"Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "



p/s:moga roh kita kembali kuat..
buka diari baru..
tekadkan azam!..
bertemu lagi di dunia luar..
salam kembara..
si musafir di perjalanan.. 
sungguh!kembara itu tarbiah!! 

Sunday, 20 March 2011

Sabarlah..Kita Insan Biasa-Biasa..

assalamualaikum..sahabat2 kolej sekalian..
seringkali kita ditanya..

apa khabar iman??
menaik ke menurun...
sungguh..
iman manusia biasa2 seperti kita
naik dan turun..


seringkali kita ingin mengubah diri..
namun ujian Allah datang silih berganti..
kenapa..??
kerana bukan mudah nak jadi insan luar biasa..
perlu kawan..perlu teman..
perlu peringatan perlu sahabat..
perlu SABAR..

untuk menjadi:
"..orang yang hari ini lebih baik daripada semalam,hari esok lebih baik dari hari ini.. "

perlu kekuatan jiwa..
kekuatan hati..
kekuatan ukhwah..

Cerita di Bumi Tarbiah:
suatu hari..

"teett..teett.."
mesej diterima..
inbox dibuka:

esok balik KKJ..
doakan ana..
supaya sentiasa kuat dan SABAR..
atas segala mehnah..
ana akui ana bukan seorang yang kuat..
terkadang rasa lemah putus asa menyapa diri..
terkadang riak kata yang menunjukkan kita bahagia.
tiada masalah..
tetapi hakikatnya..
hanya Dia yang tahu..
harapan ummi dan ayah satu tanggungjawab..
rasa cemburu dengan kawan banyak masa untuk study..
sedangkan ana..??
sedih bukan kepalang..
tapi ana tetap berpegang pada janji Allah..
tak lama lagi SKK..
insyaAllah ana akan buat yang terbaik..

semua ini tarbiah..
sungguh..
aku memahami dirimu..
sebagaimana yang telah kami alami..
peritnya jalan yang kita pilih..
tiada siapa yang mengerti..

"..secarik calar terukir..
menyerlah titisan darah..
merah pekat mengalir
tumpah ke bumi Allah..
setetes air mata mengalir..
hangat dibibir mata..
seorang mujahid sejati..
di lautan perjuangan.."

tapi ingatlah..
kerana jalan ini kita bertemu dan berpisah..
keranamu aku sedar..
ukhwah ini bukan kerana hati dan perasaan semata-mata..
tapi kerana Allah..
moga kita menjadi orang yang mendapat perlindungan arasyhnya di hari kelak..
termasuk antara 7 golongan itu..

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

aku tatap diarimu duhai adik..
alangkah sayunya hati ini..
engkau sendiri sekarang di sana..

10/10/10..7.40am
YA Allah..
bersyukur padaMu atas segala nikmatMu..
atas segala ujianMu..
Ya Allah sungguh Engkau Maha Pengasih..
Ya Allah peliharalah ukhuwwah ini..
jangan pisahkan hati2 kami..
kasih kami ikhlas mencari cintaMu..
Engkau tanamkanlah rasa kasih..
dalam taman hati2 kami..
ya Allah yang Maha Mendengar..
rintihan hati hambaMu ini..
Ya Allah aku lemah..
kami lemah..
tanpa rahmat dan kasihMU..

p/s:maafkan aku kerana..
tidak mampu memberi sebanyak-banyaknya..
tapi..
aku hanya mampu mendengar sebanyak-banyaknya..
hanya itu yang aku mampu..
kerana..
aku insan biasa-biasa..

moga bertemu lagi..
pasti bertemu lagi..

menGhitunG Hari Nak starT PuasA Fb..KKJ nak mula cuti~~~..
sebelum spm:doa supaya Allah mudahkan blaja..cari ilmu..fhaman..
semasa spm:doa moga dipermudah apa yg keluar,keluar apa yg di baca..igt apa yg lupa..
selepas spm:doa supaya Allah lembutkan hati pemeriksa..
sebelum result keluar:doakan Allah bgi yang terbaik..dan hati redha dengan apa ujian Allah..
selepas result keluar:doa supaya Allah tmbah iman;kalau baik moga kita jdi org yg beryukur..kalau tak seperti yg diharapkan moga kita jadi orang yang tabah n SABAR..
sebelum interview scholar~~:...bla..bla..
oh!hidup masih panjang..
panjang lagi masa..
banyak lagi masa menuntut kita
supaya sentiasa berdoa..

sesungguhnya..
doa itu senjata orang mukmin..
HE'S ALWAYS BE THERE..

Friday, 4 March 2011

Al-kisah Abangku Ex-KKJ,Abang Iparku Suami Ex-KKJ..

assalamualaikum..credit to murshidah(ana tulis penuh nie..he3) sebab memberi inspirasi kepada BK untuk menulis entry ini..wahWahwah.hebat.hebat..hebat!

suatu ketika dulu..
murshidah:muslimeen,ana nak mintak sgt jangan panggil nama ana,panggil muslimat k...(serius kenangan sgt!)..muslimeen dah buat muka dah..hahahaah..(..sape la muslimeen tu..)ok dah!diteruskan dengan cerita yang BK nak citer..

suatu ketika kini..
nama budak kolej nie BIBI.dia nie budak kolej..biasa2 jer..tak lah baik sangat tak jugak jahat sangat..masuk lah dia ke KKJ mengikut jejak langkah si abangnya Mamat..(he3)..tapi nie bukan kali pertama dia melangkah ke bumi waqafan..
 kali pertama pada tahun 2001..masa tu dia dan abang dia datang ke aspuri kisas..sebab nak ambik kakak diaorang yang baru jer habis SPM..hu3..siapa sangka selang beberapa tahun kemudian abangnya pula menjadi pelajar KKJ..seterusnya diikuti oleh dia..

penghujung 90-an.disebuah kampung.dalam sebuah rumah kecil.di dalam sebuah bilik.di cermin meja belajar.
 "..SELAMAT BELAJAR RAJIN2,nanti jumpa akak di kolej kampung jawa.."
..si adik berdua tidak tahu apakah KKJ??..malah..tak pernah perasan pun akan catatan tersebut sehinggalah mereka akhirnya tahu..apa itu KKJ...hu3
                                                            *       *         *
suatu ketika BIBI mendengar perbualan antara abang dan maknya..

Mamat:mak,mat tak tahan lagi duk kat sini..tolong mak,nak pindah!
Mak:sabar..cuba la duduk sana,kejap jer..2 tahun jer..

"..teruk sangat ker kolej tuuu??..kalau aku,dah lama aku tak pindah dari awal lagi..baik duk sekolah lama..senang bahagia..semua stabil jerk..tak susah2 nak suai dengan tempat baru..",getus BIBI dalam hati sambil memasang telinga mendengar sesi rayuan abangnya kepada maknya..
 ALLAH MAHA MENGETAHUI..tahan punya tahan maka akhirnya berjaya jugak si abang menghabiskan "masa" untuk terus hidup di KKJ..

BIBI ketika first time masuk ke asrama abangnya..asrama muslimeen yang warna warni tuu..hahaah..(abang dia kan dah abis SPM..so dia masuk la dengan family dia nak tolong angkat barang..termasuk barang yang diwaqaf..pak cik bibi tu pun sempat ambik dua dozen "hanger waqaf"..leh bayang la kan kalau lepas SPM..macam2 barang waqaf..pak cik bibi:..best la kalau camni tiap2 tahun..tak payah beli baldi lagi..kasut waqaf pun banyak nie..gayung n macam2 la..maka pak cik bibi mula 'meneruskan operasi" mencari waqafan yang berkenan di hati di dalam gerabak floor rumah omar yang bagai tongkang pecah itu..serius..sepah sangat!!..)..semasa masuk ke bilik abangnya..lupa la no bilik tuu..tapi yang pasti betul2 tingkat atas musolla..boleh dengar pelajar2 lelaki duk baca alquran.. masuk jer dalam bilik tuu..bibi tengok ada dua katil double daker..4 meja study kat tepi tingkat..Fuyo!..bibi rasa kagum la jugak..terbayang kalau macam nie lah asrama KKJ..boleh tahan best jugak nie.."

itulah BIBI.generasi ketiga bumi waqafan..siapa sangka kunjungan BIBI untuk kali kedua semasa mengambil abangnya yang juga baru habis SPM,sebenarnya satu 'petanda' bahawa dia pun bakal bergelar budak kolej..satu perancangan Allah yang Maha Kuasa..

 maka di takdirkan juga hati BIBI berubah untuk cuba menyahut cabaran si abang supaya berpindah ke KKJ..(sebelum nie bibi fobia dengar masalah abang dia tentang KKJ..)..

"..kalau ko dah rasa ko hebat ko stay jer kat sekolah lama..tapi kalau ko nak dapat 'nilai tambah' ko duk la kat KKJ...",kata mamat..lagi..."..kalau ko dapat KKJ,ko pindah r,tapi kalau SBP lain..baik yah pindah..",
bermula hidup di KKJ..Bibi dapat merasakan kolej itu tidak sesuai untuknya..Fuh!..bibi pun mengadu nak pindah jugak..hahaha..abang borek,adik rintik btol!..

TRIVIA

*mamat tidak pernah sesekali menceritakan kehidupannya di KKJ kecuali masalah yang dihadapinya kepada maknya..

*rupanya mereka berdua satu rumah sukan!Rumah OMAR!..

*rupanya bibi baru prasan yang abangnya kaki 'fly'..gini taktiknya..konon2 kaum muslimeen pergi la solat berjemaah di masjid sultan sulaiman.sebelum solat asar abang bibi call suruh ayahnya datang ambik kat masjid..maka perancangan maha hebat berlaku..kerana ukhwah yang mantop!maka abang bibi menyuruh sahabat baiknya cover line kalau ada roll call..hahaha..maka pergilah ayah bibi membawa abangnya makan seafood..kat tanjung harapan..pelabuhan klang..subuh esoknya ayah dia hantar kat masjid konon2 g masjid solat subuh berjemaah.pastu balik la asrama..baru tak ada orang prasan!(patutla bibi pelik kadang2 hujung minggu jer..abang dia mesti balik rumah..nie kerja dia rupanya..ishk2..mamat2)..pernah jugak abang bibi terkantoi fly kat cc..haha..nakal abang bibi nie..kalau setakat fly kat Wak Kanang sebab dah tak tahan nak melantak Nasi Telur Dadar atau tengok bola malam2 lepas prep..itu perkara biasa..tak tahu la macam mana buleh lepas..tamat kisah si abang!

abang ipar bibi suatu hari menegur...(dalam nada bergurau)..
"..Bibi oh Bibi..baru sebulan keluar KKJ..tudung dah singkat..makin lama makin pendek...kalau dah 10 tahun keluar KKJ jadi macam kakak Bibi yang sorang nie lorh jawabnya..",..bibi gelak sakan...
abang ipar bibi perli dan pelik.."..kenapa tak pakai jer tudung labuh yang dah buat tu,kalau dah pakai tu pakai la..membazir jer buat,tapi tak pakai....kata budak KKJ..",Fuh!sungguh tersusuk di hati bibi apabila abang iparnya buat statement tuh!..hahaha..TAPI..TAPI..TAPI..apa yang penting,abang ipar Bibi pun kawin dengan budak KKJ jugak..WOHA!..bertuahnya Bibi dapat abang ipar yang sangat prihatin..

nak tanya skit.. apa pendapat korang tentang abang bibi dan abang iparnya..??WOHA!

  p/s:Dalam sinis-sinis diorang,sebenarnya mentarbiyah diri kita untuk berfikir dan menilai mana yang baik dan buruk..betul tak??

SBT(sekolah budak tido)

assalam..sesungguhnya post nie ditulis dalam keadaan yang sangat down..yer ker/?buleh la..
  bila mendengar khabar berita terbaru dari Kisas,dah agak!mesti byak yang berlaku walaupun baru jer 2 bulan lebih kita semua meninggalkan Kisas..

pesanan:POst ini hanya sesuai untuk mereka yang ada masalah TIDO!huhu

 nak tanya satu soalan???sahabat semua pernah tak tidur dalam kelas??pernah je kan..kalau tak pernah,buleh tak nak mintak petua skit??huhuhu..

macam2 kita buat kalau kita ngantuk..ade yang makan kismis,beli sabun tahan ngantuk..berdiri la..suruh kawan tepuk or urut kat belakang..ade yang siap bawa botol penyembur air..pastu sembur kat muka sapa2 yang mengantuk..pastu segar la sape2 yang ngantuk tu..tapi semua tak berkesan kecuali satu jer ubat mujarab dia..TIDO kan??

cerita bermula..
  mamat nama aku.aku dulu budak luar masa kat sekolah..smk jer..bukan smka..aku selalu gelak kat kawan aku sebab dia selalu tido dalam kelas..cikgu2 pun selalu tegor..aku relek jer..xpernah ngantuk..kalau ngantuk sgt pun aku buleh tahan,tapi aku tak faham la kenapa budak2 asrama nie tido jerk kerja nya..cikgu mula cakap terus tido..kalau cikgu keluar,segar la plak..aku tak faham betoi masa tuu..

itu dulu..sekarang aku kat SBT school(sekolah budak tido)..mase first time tak lah ngantuk sgt..tapi lepas jer satu bulan kat SBT tu,kepala mula "meradang"..asyik nak tido..aku ingat biasa jer..aku pun aktifkan diri jugak dalam sport..main hoki la..futsal la..ping pong..(he3)..kat sekolah lama ok jerp..maybe tak biasa duk asrama kowt..

setahun berlalu..
 penyakit SBT nie makin menguasai diri aku..maklumlah tahun nie nak exam SPM..mana buleh nie...rahsia kejayaan seseorang bergatung kepada kefokusan dalam kelas..macam mana aku nak fokus!asal cikgu mula cakap jer..tetiba rasa ngantuk..tahan!ngantuk jgk..makan kismis sorok2..ngantuk jugak..(tolong la fham keadaan aku nie)..last2 gi la tandas..basuh muka dengan sabun tahan ngantuk..fuh!segar..tak lama..kejap ngantuk balik..

sian kat kawan2 aku yang prihatin tu.. masa aku ckap ngn dia pun aku buleh tertido..hahaha kami pun gelak..jap aku tetibo senyap balik..la tido lagi..kuliah/lecture kat ulul albab tu lagi la..tak payah citer la..
time ujian bulanan kalau jadual petang tu..huhu..tido jer semua orang..hoho.. tapi satu jer aku pelik..kalau dengar tazkirah ker,ceramah ker,main ker,buat aktiviti usrah..tak lah aku mengantuk..tapi..kalau dengar jer orang mengajar subjek akademik..mmg la..huh!..rase nak menagis pun ada sebab tahan ngantuk..kepala pun bingung!..Allah jer tahu..tapi laki nangis dalam hati jer r..fuh!tak macho la kalau laki nangis..
 
disebabkan masalah tido terlalu serius..aku merancang nak pindah..tak buleh hidup la kalau camni..SPM is around da corner!tup tup..tak jadi plak aku nak pindah sebab dah daftar..cikgu2 pun nasihatkan supaya jgn pindah..go on jer..

pebualan di italk:
mak:doa banyak2..solat hajat mintak jauh syaitan tuu..mujahadah skit
mamat:insyaAllah mak..mat cuba..

sampai di situ saja.kredit habis.

sahabat:
mungkin nie ujian untuk ko,kalau orang lain Allah bagi ujian bentuk lain..tak cukup duit la...itu la,ini la..terimalah seadanya..yang penting ko dah cuba kan??..sekarang fokus nak SPM,jgn fikir buleh ke tak buleh..sahabat semua kat sini ada..kita stay up sama2 ok??..ko tido aku kejut..aku tido jgn la plak biarkan aku..he3..

SPM.habis.merdeka!


dua tiga hari sebelum keputusan SPM..

mamat:mak..mak..(sambil mengurut kaki ibunya)
mak:ye kenapa??
mamat:mamat takut la kalau hancurkan harapan mak..
mak;....(diam membisu kerana terlalu mengharapkan kejayaan anaknya dalam SPM)
mamat:mak,..mat dah cuba buat yang terbaik..
mak:..yang penting sekarang mak tengok mat dah banyak berubah..

sesungguhnya orang yang mengalami masalah macam mamat jer yang faham perasaan mamat..sahabat..tolong lah faham..!cuba Allah uji sahabat dengan masalah yang sangat kecik nie..TIDO..tapi..besarnya cabaran dia,hanya orang yang lalui jer yang faham!

apa pun,dapat tidur dengan lena adalah salah satu jgk daripada nikmat yang jarang kita syukuri..ada orang tak leh tido sebab takut hantu akan makan diaorang kalau diorang tido..ada yang tak leh tido sebab sahabat tutup semua lampu dorm..sebab fikir banyak lagi tak study untuk exam..teringat kat kekasih la..macam2..petua untuk tak membuang masa sambil tunggu mata nak pejam--->

ambik tasbih..pastu istigfar seberapa banyak yang boleh sambil tutup mata..sehinggalah sahabat2 semua akan tertido dengan sendirinya..

ini petua ustaz BK yang kasik..dia ckap.."..amalan nie sangat sesuai bagi insan yang mengaku "sibuk",tak sempat nak zikir...n bla..bla..bla.."..cubalah!
 ______________________________________________________________________________

"...jangan sesekali jemu menolong sahabat yang dalam kesusahan.."

p/s:terima kasih kepada hamba Allah itu kerana memberi inspirasi untuk BK menulis entry yang "entah apa2" nie..terima kasih jugak kerana telah membuat BK mengenang kembali kisah hidup di KKJ..mmg la..aish!!
kredit to all kisasians!sebab jadi sahabat yang sangat baik..