Thursday, 7 April 2011

bukan sekadar CITA-CITA..

"assalamualaikum ustaz,free tak hari ni..??"

"waalaikumussalam,free..mai la sini.."

aku capai halmet hitam dan jaket KKJ..lantas aku menunggang motorsikal dengan kelajuan kira2 100 km/j..Fuh!..kalau jadi apa2 nie..Ya Allah semoga selamat sampai dan selamat tiba..

sepanjang perjalanan..aku terkenang2 memori lalu,,beliau lah yang telah membuka jalan bagi aku dalam jalan yang aku pilih sekarang..tanpa kesedaran beliau tak mungkin kefahaman yang aku dapat membawa aku sehingga aku menjejak kaki ke bumi ini..beliau lah yang mendorong aku,,barulah aku tahu,,betapa pesanan beliau sebelum aku meninggalkan sekolah lama ada maksudnya di situ,,yang hanya akan difahami apabila jejak kaki aku melangkah ke bumi ini..tetapi belum cukup sekadar jejak kaki,,tetapi lebih daripada itu..alhamdulillah..Allah membuka jalan melalui beliau..

assalamualaikum ustaz..apa khabar..??ustaz sihat..??hehe..tersenyum..
tak best la..ana tau result enti daripada orang lain..kenapa ana hantar mesej tak balas..??..telefon tak angkat..??
(alamak ustaz..maaf la...)                                                    
oh!ustaz,ana tukar nombor baru la ustaz..patutla..huhu~~..
lorh..patutla..mai sini no enti..
lalu bersapa,,dan bertanya khabar..

"..jadi lepas ni nak sambung apa..??..hmmm..."

"..erk..entah la ustaz..ana tak pasti..setakat nie ana apply jaa.."

"mana boleh..kena fikir betul2 nak jadi apa..kalau enti ada cita-cita dalam bidang ni..enti mestilah pilih jalan yang sepatutnya.."

"ana cadangkan enti sambung dalam bidang ni jugak..tak ramai orang yang faham nak sambung bidang ni..fikir betul2..ana hanya tunjukkan jalan..enti yang akan pilih.."

"entah la ustaz,ana pun dah fikir lama ustaz,,tapi..."

"jangan pula mak ayah enti cakap yang ana yang dakyah enti..enti tukar keputusan sebab ana..haha.."

"eh,eh..tak ada la ustaz..betul la apa yang ustaz cakap tapi setakat nie ana tetap dengan plan A n plan B ana..yang seterusnya..tunggu dan lihat ya ustaz..oh!ustaz,serius..ustaz buat ana berfikir panjang..huhu~~..ustaz oh! ustaz..ana tak tahu..hmmm..terima kasih la ustaz sebab buka jalan nie  untuk ana..ana syukur sangat-sangat.."

"..tugas ana hanya mengesan potensi..ana hanya mampu memberi motivasi..selebihnya atas diri individu itu sendiri..".

tangan aku asyik menyusun buku2 di atas meja ustaz yang sememangnya sudah tersusun.khayal ku jauh..sejauh pandangan menembusi buku2..masuk ke dalam benak fikiran yang keliru..

"kalau enti nak jadi doktor,,enti kena tahu..cabaran untuk terus kekal dalam jalan ini amatlah mencabar..doktor sangat sibuk..ana tahu la..menantu ana pun doktor..ish..susah..susah..hmm..tapi lain lah jika enti mampu menjadi 1 dalam seribu..cabarlah diri enti dengan melihat kemampuan enti..mampukah..??"

"huh!ustazz...".

"kalau enti nak jadi cikgu pun susah..karenah birokrasi yang mencengkam..huhu...tengok ana la..setakat nie jaa yang termampu..sekadar menjadi guru penasihat BADAR..warden asrama..terasa tidak ada kepuasan..boleh tuu memang la boleh..tak dinafikan jalan nie,,kat mana-mana pun boleh tak kiralah siapa..tapi jika ada peluang yang lebih cerah lagi..grab the opportunity..insyaAllah..selagi enti diberi masa untuk memilih..."

"ustaz suka kan buat ana fikir..huhu~~..".aku tersenyum dalam kekeliruan.masih jauh khayalku..

"ana saje je  nak provok enti..".ustaz menambah lagi..

"..dalam memilih kerjaya..pastikan jalan yang kita lalui nie akan lebih lebar dan luas selagi ada masa untuk memilih dan membuat keputusan..tetapi ingat bila kita dah tak ada pilihan,dan tiada lagi kesempatan untuk membuat keputusan..maka jalankan visi kita selagi kita termampu..".

cita-cita=kerjaya yang kita ingin penuhi
matlamat=mencapai redha Allah
visi=menjadi hamba yang beriman dah soleh
misi=pastikan setiap jalan yang kita pilih memandu ke arah matlamat..destinasi..

maaf jika entry ini membuat anda keliru kerana ditulis dalam keadaan yang keliru.

p/s:sahabat2..mampukah kita..??

***
itulah seorang guru,bukan sekadar mengajar..tetapi juga mendidik..mencampakkan fikrah2 islami..buat bekalan pemuda pemudi harapan agama di hari kelak yang mencabar..

***
ummi:senang-senang mintak jaa cikgu..perempuan kalau jadi doktor sibuk..
ayah:jadi lah doktor..ikut abang..ambik la doktor..
abang bukan ex-KKj:ambik farmasi..senang..perempuan sesuai..susah kalau ambik doktor..
abang ex-KKJ:...(no komen..)
kakak ex-KKj:jadilah doktor..
kakak bukan ex-KKJ: jadi cikgu senang citer..jangan lupa isi borang maktab..

ni la padah kalau dah ramai sangat abang dan kakak..masing2 dengan teori dan hypothesis masing2..
(apa pun bersyukur..sebab banyak membantu sebenarnya..)

lagi panjang laa nak kena fikir..masa depan bukan sekadar cita-cita..bukan sekadar minat,bukan sekadar kebolehan..tetapi jauh mana pengorbanan..di dunia kelak..yang semakin ruwat dan tenat..

***
ummi,senang-senang jadi je ar ustazah..keluarga kita tak ada lagi jadi ustazah..siapa lagi nak ikut jejak langkah tok ayah ibrahim arawi..kalau bukan anak,cucu lah jawabnya..huhu~~

***
merepek kah..??oh!..maafkan ana..

***
sekadar pengubat hati..merawat kekeliruan diri..=(

ya ALLAH.. betapa rendahnya dan hinanya diri ini.... budak sbesar ini dpt mengalunkan ayat2 suci al-quran.. bukakanlah pintu hati kami2 yg masih jauh ditegelami dgn dunia2 hiburan... semoga golongan2 kami yg sebegini mendapat hidayahmu ya ALLAH-antara komen mereka yang menonton vid ini..

8 comments:

Anonymous said...

so, ana cadangkan wat la 'conclusion'.. 'conclusion' tu akan membunuh segala hypothesis...:)

hamba-Dia said...

hidup nie macam experiment..

tunggu dan lihat..
adakah hypothesis diterima..
BERANI..???cubalah...

oh!

hamba-Dia said...

conclusion yang terbaeK..
insyaAllah dipandu oleh..

SOLAT ISTIKARAH~~

en mystery said...

cakap mak ayah adalah yg terbaik..

hamba said...

Istikharah adalah pemutus keputusan yg terbaeeeeeeeeekk..jd wat la solat Istikharah ye amnah~ Insyaallah sume akn brjlan ngan lancar.. :)

hamba-Dia said...

to en mystery:

dgr ckap mak ayah is my stand..~~

to hamba:

insyaAllah..doakan yg terbaeeKKK jugak..

DawudHawariy said...

bkn encik misteri la..... Haikal Farweez....

DawudHawariy said...

klu ana duk di tempat nti pun ana keliru jgak.....
mmg berat betul mehnah dan tribulasi.......