Friday, 1 April 2011

SPM~oh!..perjalanan masih panjang..

assalamualaikum.sahabat-sahabat sekalian.walaupun sudah terlambat untuk entry pasal SPM.namun Allah yang memberi ilham..dan ilham itu datang pada saat ini.moga langkah jari ini sentiasa dipandu oleh fikiran waras tatkala hati sedang kesumat mengenang hari-hari lalu..benarlah kata-kata sahabat..air mata memang setia bersama diri ini..

"..ummi,nie hadiah untuk ummi..siti tak nak request apa-apa..hanya untuk ummi dan ayah..cukuplah segala kepercayaan yang diletakkan kepada siti selama ini..",aku hulur slip peperiksaan kepada ummi..

jauh ummi termenung..jauh juga aku mengenang kisah hidup aku sepanjang perjalanan menjadi seorang pelajar.senyuman ummi itu..

UPSR.
alhamdulillah..dapat 5A..bonus!tidak diduga..termasuk antara pelajar cemerlang UPSR negeri..maka pergilah aku ke majlis kecemerlangan ditemani atuk sedara lantaran kesibukkan ummi dan ayah yang tidak dapat menemani..selalu begitu..sendiri..

"..awak nak apply mana selepas nie..??",tanya seorang kawan..
"..entah,tak tau lagi..ummi saya suruh mintak SMAP Kajang atau SMAP Labu..",aku menjawab kekeliruan kerana aku sendiri tidak pasti sekolah apakah itu..
"..OH!awak nak gi sekolah agama ker..??hmm..susah sikit sekolah agama nie..susah nak cemerlang..baik awak mintak SBP lain..",si kawan menambah..
"..SbP??..apa tuu..??SPBT..??..",aku masih mentah ketika itu..terdetik dalam hati..betul ker sekolah agama tak cemerlang..?..kenapa ummmi hantar anak-anak semua ke sekolah agama..??..hmmm..

maka aku menyambung pengajian di sek.men keb agama..lantas aku menghubungi rakan-rakan ke mana mereka..oh!hancur hati aku..semuanya ke sekolah elit,sekolah cemerlang..mrsm..sbp..sedih bukan kepalang di hati aku yang saat itu melihat ilmu dunia sebagai matlamat segala-galanya..hanya tinggal aku seorang yang masih setia menuntut ilmu di daerah aku..semuanya sudah pergi,mula kembara..aku juga yang masih setia di sini..lantaran kekecewaan itu,aku ubat dengan semangat dan azam yang bersungguh-sungguh..aku cemburu buta..butakah??aku sendiri tidak pasti..

sebetulnya..aku mendapat tawaran ke sebuah sekolah agama terbaik di negeriku..oh!perancangan Allah Maha Hebat..kerana masalah pengurusan..aku akhirnya tetap di sekolah itu juga.aku pasrah dan redha..mungkin hikmahnya nanti..setianya aku menunggu..

di bumi ini..Allah limpahkan sebegitu banyak nikmat,oh!tuhan aku bersyukur padaMu..sendainya terbit rasa riak dan ujub.maka ampunkanlah dosa-dosaku..aku mula aktif dalam seni pengucapan awam..dan segala macam benda aku sertai...kekadang terasa beban yang dipikul seberat gunung hingga terbit rasa takut seandainya apa yang dilihat pada mata mereka terhadap diriku,bukanlah seindah dibayangan mata..kerana aku juga insan biasa-biasa..

suatu hari dalam sebuah kereta.
"siti,awak tahu tak kenapa saya bersungguh-sungguh dalam bidang syarahan ini..?",soalan ustaz aku yang merupakan bekas pelajar KIK..
"..kenapa ustaz..?"aku bertanya kembali.minat.
"..sebab saya nak bila awak dah besar awak boleh berdakwah dan bercakap tentang Islam,tak kiralah awak jadi apa,yang penting awak mampu menyampaikan risalah dakwah..walaupun siapa kita suatu hari nanti..",bersungguh-sungguh ustaz menerangkan kepada aku...terbit rasa kagum akan fikrah ustaz aku yang begitu faham tentang perjuangan dalam dakwah ini..aku lihat beliau tidak pernah jemu meningkatkan thaqafah di bumi ini..Oh!apakah kekuatan yang ustaz miliki sehingga sanggup berkorban sebegitu sekali atas nama dakwah..??

PMR
Allah masih setia mendengar rintihan hati ini.diberinya rezeki melimpah ruah.alhamdulillah 9a..sungguh itulah kekuatan aku untuk aku tetap di sekolah lama..berbakti dan berbudi atas segala amanah yang dipikul..tetapi pernah dalam sujud terakhir solat hajatku..aku meminta..

"Ya Allah,seandainya KKJ yang terbaik untukku,maka takdirkanlah aku di sana,jika bumi ini yang terbaik untukku..maka tetapkan lah aku untuk terus menyambung amanah di bumi ini..sungguh aku cinta pada bumi ini..dan sungguh juga aku tahu yang Engkau lebih mengetahui masa datang ku nanti.maka aku berserah kepadaMU.."

Mendapat Tawaran ke KKJ.

".siti,tak payah la pindah..duduk jer sekolah lama..senang pun senang..kalau pindah nak kena suai dengan sekolah lagi,study lagi..macam-macam lagi..lagipun nie jer masa nak duduk kat rumah..nanti masuk universiti la baru duduk jauh-jauh..",semacam ada halangan dalam kata-kata ummi..

aku sendiri tidak pasti..mampukah aku hidup di bumi waqafan yang sangat mendidik jiwa dan emosi itu..??kerana aku tahu..susah dan senang hidup di sana..hanya mereka yang tegar hati,kukuh pendirian diri,mapan kekuatan rohani sahaja yang bisa hidup di sana..namun aku masih ingat lagi doaku dalam sujud terakhir itu..hanya itu menjadi pegangan aku untuk aku berhujah untuk membulatkan tekad,menyahut seruan bahawa..aku perlu kembara dan musafir di bumi Allah..kerana aku percaya.."kembara itu satu tarbiah"..
..tetapi aku juga tidak hairan jika aku berpatah balik ke bumi ini..kerana semacam aku kelompongan kekuatan.namun aku abaikan.maka bergelar lah aku sebagai budak kolej berkat restu ummi dan ayah..

"kalau siti nak patah balik,ummi tak kisah..",bicara ummi kepada aku.
"ummi,siti tahu hidup di bumi waqafan sangatlah mencabar,,hanya doa dan keyakinan ummi dan ayah siti minta..hanya itu..moga-moga anak ummi diberi kekuatan..doakan siti selalu..",maka jejak kaki ku melangkah ke bumi tarbiah ini..

selepas beberapa bulan.aku mendapat tahu seorang sahabat yang berhijrah bersama-sama aku ke SBP..telah kembali ke sekolah lama..oh!apakah Allah ingin mengoncang keyakinan aku yang ketika itu semakin goyah..??..oh!kelirunya..sempitnya pandangan mata hati..aku buntu..lantas aku merayu-rayu untuk berpindah..ummiku menasihati supaya cuba lagi untuk bertahan..aku ulang kembali..cukuplah di sini sahaja..aku menyerah kalah..lantas ummi memberi kata putus..akhir tahun nanti jika masih tak tahan ummi uruskan..

kekadang juga aku dihimpit pandangan mereka..oh!janganlah kalian memandang aku terlalu tinggi..aku insan biasa-biasa bukan luar biasa..kecemerlangan di sekolah lama menghantui diri..khabar guru dan teman2 lama yang ingin mengetahui prestasi aku di bumi ini..amatlah tidak mnyenangkan..aku bukan seperti yang mereka sangkakan..aku percaya sahabat2 yang seperti aku juga merasakan apa yang aku rasakan..

aku bicara kepada mereka...
"..ustaz saya tak tahan la duk KKJ nie,saya nak patah balik..",air mata aku mengalir membasahi pipi.
"..kami di sini sangat gembira menerima awak kembali,tapi awak fikir lah betul-betul..tahan lah,sana kan sekolah bagus..",oh!..aku buntu..
"..cikgu!saya nak pindah..saya dah tak tahan lagi..saya rasa SPM saya hancur kalau saya masih di sini..",mata ku berkolam lagi..
"..kenapa nie..??janganlah macam nie..orang lain teruk lagi..awak ok lah..abang awak pun dulu macam nie..last2 SPM ok jugak..",cikgu memujuk..
".cikgu..abang saya lain..abang saya laki..saya perempuan tak sama..oh!",aku yang hilang semangat..

maka aku teruskan hidup di bumi sana.benar.hidup di sini sangatlah dekat di hati.aku bahagia walaupun ada derita yang menghimpit.namun memikirkan harapan ummi dan ayah yang terlalu tinggi kepada diriku..membuatkan aku terfikir..bahawa aku tidak mungkin memenuhi impian mereka lantaran hidupku di sini..aku sayang dan cinta akan bumi ini..namun sayang lagi aku kepada ummi dan ayah..

berkat Inayah dan hidayah Allah.sebelum cuti panjang sekolah.aku ketemu satu kekuatan.aku semai kembali harapan dan keyakinan diri yang lemah dan lesu.lantas aku berazam untuk memulakan satu impian baru.ketika itu.aku mengenal matlamat sebenar aku di bumi waqafan.sungguh aku rasa aku telah temui apa yang ustaz aku ketemu.alhamdulillah..

TETAPI..sebelum cuti sekolah juga keputusan akhir tahun.oh!itulah penanda aras..kayu ukur..

maka bermulalah cuti.ummi berkata kepadaku.."siti,minggu depan ikut ummi gi Klang,ambik surat keluar..tahun depan pindah sekolah lama..tanpa bantahan,tanpa bangkang..kata putus satu keluarga..tak boleh ubah..tak tahan tengok siti..ummi pun dah tak tahan lagi nak dengar masalah siti kat sana..",terkedu aku.sepatutnya aku gembira melompat-lompat,keriangan kerana itu permintaan aku.itu dulu.sebelum aku mengenal diri.oh!sedih bukan kepalang.Allah uji aku.dulu aku yang minta.sekarang aku juga yang menolak.aku merayu lagi..bukan untuk berpindah tetapi untuk STAY..sampai habis SPM..

aku paksa ummi aku solat istikarah.ummi aku enggan.katanya istikarah bagi orang yang tak tahu nak pilih yang mana.tapi pilihan yang ummi dan keluarga buat nie adalah telah dipilih tak perlu istikarah..oh!..ujian apakah ini ya Allah..bantulah aku..berilah aku petunjuk..aku memujuk Dia dalam solatku..supaya ummi diberi hidayah untuk membuat keputusan yang terbaik kepada diri aku..lantas jika itu takdirMu..aku pasrah..aku akan kembali ke sekolah lama..pesan seniorku,'pujuklah' selama 3 hari berturut-turut lantas letakkan segala keputusan di tangan Allah...

Allah Maha Membolak-balikkan Hati..akhirnya ummi berubah hati..kuasa Allah..tapi dengan BERSYARAT:..aku pun bersetuju..

form5:tak seindah seperti yang disangkakan..terlalu banyak perkara.suka dan duka.best tak best..kekadang rasa gusar akan pilihan yang aku buat..betulkah tindakkan aku nie..??..boleh ker SPM aku nie..??oh!..aku keliru kembali..syaitan menerjah..membisikkan bisikkan yang menyesatkan.."itu la..siapa yang suruh stay sampai f5..kalau ikut apa yang ummi cakap kan tak jadi macam nie..kalau..kalau..kalau.."

..argh..!!persetan kau iblis..aku di sini kerana petunjukNya..dan aku yakin dengan takdirNya baik atau buruk pengakhiranku..aku terima..kerana semuanya daripada ALLAH..dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya..aku memujuk diri..melawan bisikan sesat itu..

oh!hakikatnya..aku makin jatuh dan jatuh..terasa lambat..melihat teman-teman sekelas..cemerlang bukan kepalang..melihat diri..layakkah aku di sini..??oh!malunya..aku meminta-minta..tapi aku sendiri yang belum cukup mujahadah melawan nafsu..air mata ku sudah kering hendak menangisi masalah nafsu ku itu..maluku pada guru sudah hilang..maluku pada teman-teman makin pudar..kerana sudah terbiasa..kekadang terasa mahu meraung-raung,menjerit sekuat hati..kenapa susah sangat nie oh! tuhan...oh!aku masih ingat lagi prinsip pelajar2 yang cemerlang.."kefokusan dalam kelas rahsia kejayaan.."..oh!aku tak mampu..

sahabatku memujuk diri lagi..
"..sabarlah..setiap orang itu..lain ujiannya,mungkin ujian sekecil ini Allah bagi kat siti....orang lain Allah uji bermacam-macam lagi..lebih teruk..maka beryukurlah atas nikmat2 Allah yang tak terhitung..masih banyak lagi nikmat yang perlu disyukuri nak dibanding ujian sekecil cuma ini..",kata-kata sahabat yang meredakan gusar di hati,aku semat hingga sekarang..benar..selama ini terlalu banyak nikmat yang Allah bagi..aku yang selalu nampak kesusahan yang menimpa diri..butanya mata hati aku..

maka bermulalah perjuangan dalam SPM..oh!aku mengaku..itulah bukan yang terbaik..apalah sangat usaha aku..kefahaman aku masih lagi samar2..kefaqihan aku masih lagi cetek..namun hanya itu yang termampu..dan hanya itu yang sempat aku khadam..tidak seperti UPSR dan PMR..seakan tiada kepuasan setelah habis SPM..semacam ada yang kurang..ya!usaha aku tak seperti aku berusaha semasa UPSR dan PMR..maka aku biarkan kegusaran itu..pergi bersama-sama angin lalu..aku menantikan hari keputusan..

sebelum kembali ke bumi tarbiah setelah 3 bulan tidak jejak ke bumi sana..
"..ummi,siti minta maaf sangat2 kalau tak dapat apa yang ummi harapkan..minta maaf juga jika keyakinan yang ummi letakkan kepada siti selama ini..terkubur..tapi percayalah ummi,nilai hidup yang siti dapat di dumi waqafan ini..jauh bernilai daripada keputusan SPM yang cemerlang..ummi,jika bukan kerana hidup di bumi waqafan,tidak mungkin.....",ummi menundukkan pandangan mata..mungkin sayu mengenang segala keperitan hidup anaknya di bumi waqafan..itulah seorang ibu...

"apa pun,redha dengan apa yang siti dapat..insyaAllah itu yang terbaik..setakat usaha yang kita dah buat..yang penting SPM bukanlah segala-galanya..",ummi cuba menenangkan hati aku yang kecuakkan..

hari yang dinantikan..
bagaikan terasa Allah itu sangat dekat..mendengar bisikan hati..syukur tak terkata..tidak sabar rasanya ingin bersujud kepadaNya..oh!Allah masih setia mendengar..malahan memperkenankan pula..alhamdulillah..

...menolak ajakkan teman-teman untuk ronda-ronda seketika..ikutkan hati mahu.ikutkan fizikal..terasa terlalu penat..kaki ini lenguh..maka aku batalkan sahaja niat di hati..kasihan kepada diri..

di dalam KTM..sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur..sendirian..aku bersandar..sambil melihat pemandangan..fikiran aku jauh melayang..ingatan aku kembali..oh!..peritnya hidup di bumi waqafan..itulah hakikat..aku rasa semua orang rasa apa yang aku rasa..memang perit..penat..letih..namun satu sahaja: apa yang kita dapat belajar lebih daripada nilai2 diri seorang pelajar..benarlah bait-bait lirik lagu evergreen KKJ..
"..di bumi ini aku mula mengenali,matlamat hidup sebagai abdi.."..air mataku bercucuran..lajunya seperti KTM yang sedang meluncur perlahan ke Kuala Lumpur..air mata itu tidak dapat ku tahan lagi..telah lama rasanya tidak ada air mata yang sebening itu gugur membasahi pipi..terasa malu dengan nikmatNya..ada mata yang memandang..oh!malu..

oh!cukuplah sekadar ini..jangan membuatkan aku terasa kufur dengan nikmat Allah.cukup di sini.terima lah.itulah yang terbaik untukku walaupun tidak sehebat mana..alhamdulillah..

-CATATAN KHUSUS UNTUK ADIK2 USRAH

pesanan abang:
sudah2 mengenang hidup di sana,perjalanan masih panjang..hidup kat luar.universiti jauh lebih panjang..

pesanan ummi:cukuplah STAY sampai f5..ummi tak sanggup lagi..tutup buku.buka buku baru..

alhamdulillah ada yang mengingatkan..oK.cukup sekadar antara catatan terakhir ini untuk mngenang kembali...sungguh!.....PERJALANAN MASIH PANJANG...dan KKJ akan melabuhkan tirai seusai genap satu bulan KKJ ditubuhkan..dengan izin Allah..



SEJUTA PENGHARGAAN:
ummi dan ayah yang setia dengan keyakinan mereka terhadap diri ini,
tidak jemu menolong dan memberi:
kismis,sabun hilang mengantuk,termos,susu HiGoat,gula2..
kakak2 dan abang2 yang setia memberi nasihat dan dorongan serta pendengar yang baik..
guru2 sekolah rendah dan sekolah menengah smka wataniah serta guru2 KKJ yang mendoakan kejayaan diri ini..
sahabat2 lama di bumi wataniah yang dirindui.
sahabat2 di bumi waqafan yang tidak jemu2 memberi kata2 semangat..
sahabat2 usrah:nadrah zulfa,syifa'hana,yang sudi menasihati hati ini dikala kegersangan..
sahabat2 402:murshidah,aifa,diyana,yang sentiasa menyokong di belakang
sahabat2 506:atheefa sufeena,yana,sahira kanuri,syazwani izzati
sahabat2 502:fathin,nadrah,aimi,nurul,yanie,kak imah,farhana,najwa huda,'aqilah,sabiha,izzati,syahirah hanizam,amirah,auji,amal,nusaibah dan tidak dilupakan juga aliah...kerana setia mengubat hati ini dikala duka..
sahabat2 yang lain:siti salwa,anis syazwani,hamizah MK,hanna,asyiqin aiman,
e-man,fadhilah,nisa',ainur,insyi,anis amirah,raihan najwa,sarah BITAN,amalina omar..
naqibah seusrah:Fatin Nada serta adik2 usrah yang sentiasa berkongsi segala-galanya..
senior:kak tasnim,kak ieda,kak anis nadyra,kak aisyah,kak fatin,kat ekun,kak dayah yang sudi mengirimkan kata2 semangat dan nota2 cinta yang mendidik jiwa..
ahli2 dorm yang menceriakan..
dan yang lain2..







 kini hanya tinggal kenangan..
jazakillahu khairan kathiran ya ukhti..

p/s:Allah tak bagi sana sebab Allah nak bagi KKJ..cantiknya aturan Allah..
dan moga kita masih dikurniakan ketabahan untuk menghadapi perancangan Allah yang seterusnya,yang pasti lebih mencabar iman dan rohani..

11 comments:

hamba-Dia said...

*kisah 'aku' ada unsur2 penambahan dan tokok tambah yang terlampau...berhati2,membacanya boleh mempercayainya..terpulang.~~

nisa' asyiqin said...

mengenalimu juga merupakan satu tarbiah utk aku, am.. thnx 4 everything.. x kan lupa sume yg kita dh lalui bersama.. terus membina kekuatan amnah!! doakan juga buat shbtmu ini.. :)

hamba-Dia said...

wah~~dlm byk2 org yang baca entry nie..semua komen kat FB..nisa; jer ar yg bertuah..he3..

sama ar nisa'..
suka duka..
~~ukhwah kita baru nak bermula..untuk satu frasa baru..~

nisa' asyiqin said...

insyaAllah.. ukhwah ni kekal hingga ke syurga.. bergaduh dan bergelak dgn amnah suatu memori yg x kan dpt dilupakan.. :)

hamba-Dia said...

gaduh..~~???hehe3

DawudHawariy said...

sedih nya bla baca entry nie...
boleh menitiskan air mata.......

hamba-Dia said...

berat mata yg memandang berat lagi bahu yang memikul~~

hanyaAllah yang tahu~~

DawudHawariy said...

Sabar je la Ya Ukhti......
tu sajo yg mmpu ana katakan......

anis nadyra az said...

lawak la amnah
grad jugak kan...

hurmm btaw,, nasib awak tak post sume isi letter tu kat sini.. haihh..
hmpir lupa suda isi letter tu.. haha!

hamba-Dia said...

akhirnya akak baca gak entry nie..

thanx la for da "lirik langkah tercipta"
kena sgt b=ngn masa tu..

syukran2..
agak ar..akak..
surat tu..simpan agi tau..hehe3

Anonymous said...

akak...mengenali akak satu rahmat...nikmat...hidayah terbesar dalam hidup saya...kata2 akak membuatkan saya masih disini..nasihatmu penuh hikmah..saat ini air mata ini mengalir bukan kerana sedih akan perpisahan y kita tempuhi...tetapi betapa hebatNya anugerah ukhuwah ini...Ya Allah semoga ukhuwah ini akan terus terbina malah semakin utuh kerana hati kita telah terpaut padaNya..sungguh akak murabbi dalam hidup saya...terlalu banyak mengajar saya akan erti kehidupan...pengorbanan...erti ukhuwah itu sendiri..betapa bermaknanya diri akak dalam hidup saya...akak...hati ini akak sentiasa bertaut pada ukhuwah yg terbina atas dasar iman...dirimu pasti mengenali diri ini...syukran kak.....keramat azimat....UHIBBUKIFILLAH JIDDAN2