assalamualaikum pembuka bicara..
apa khabar iman semua..??
*chat
"awak,nanti kita sama2 masuk Maahad Tahfiz Sains tau..teringin sangat nak sekolah sama2..",bicara seorang sahabat di alam maya.
maka ditakdirkan kedua-duanya diterima masuk ke sebuah sekolah agama yang sama,namun salah seorangnya telah pula diberi tawaran ke MTS.rezeki Allah..
***
"saya tak nak pindah la,saya tak ada kawan..sini awak ada..",keluh si sahabat.
"pergilah,Allah dah bagi kan..dulu kan nak sangat masuk sana,tetapi rezeki saya je tak ada..tak apa,saya kat sini,awak kat sana..kita masih sahabat bukan..??lagipun rugi sangat kalau awak tolak,jangan sebabkan saya awak tolak..besar harapan mak ayah awak nak suruh anak dia jadi hafizah..",pujuk Harir.
"tapi janji nanti lepas SPM masuk DQ sama-sama..saya tunggu awak kat sana..kita jadi hafizah sama-sama..kita doakan sama-sama tau..",pinta si sahabat.
kerana Allah itu lebih mengetahui..ukhwah mereka tergendala lantaran masing2 menukar nombor telefon.maklumlah ukhwah di alam 'wireless'..
"..assalamualaikum sahabat!apa khabar..??lama kan kita tak borak-borak macam dulu..hehe3..",sapa Harir di alam maya..
"waalaikumussalam,sahabat!subhanALLAH,jumpa jugak akhirnya FB awak..dah lama cari..hehe,,alhamdulillah...saya sihat..",jawab si sahabat.
"apa cerita sekarang..??..",soal Harir.
"owh..sekarang saya kat DQ..hermm..saya tunggu awak..",si sahabat bicara sedikit pasrah.mungkin terlalu rindu.terkenang ukhwah yang terjalin secara tidak sengaja.benarlah..Allah yang Maha Mengetahui.
***
"..sahabat,kenapa menangis nie..??ada masalah cerita lah kat saya,saya sudi mendengar..",tegur Harir seorang sahabat yang sedang menangis..
"saya tak suka lah orang paksa saya buat macam-macam..suruh berubah..saya tahu saya budak nakal,tak jaga batas pergaulan..gurau dengan budak-budak lelaki..tapi..",keluh sahabat.
dipegang erat tangan.digenggam kuat.
"awak..kita nie manusia biasa,awak,saya,insan biasa-biasa..kita lemah..saya faham perasaan awak..sabarlah..mungkin diaorang sayang kat awak,sebab tu diorang cakap macam tuu..lagipun awak ada potensi yang besar..",pujuk Harir dalam kelembutan.
"mungkin awak tak biasa ditegur..jadi susah nak menerima,tapi percayalah jika kita ditegur maksudnya masih ada yang menyayangi kita,sungguh bertuah lagi bagi mereka yang ditegur itu nak dibanding dengan mereka yang tak ditegur,terbiar dilalaikan..itu teguran Allah untuk awak melalui mereka..saya nampak dalam mata awak..awak nak berubah bukan..?awak nak jadi lebih baik bukan..??awak rasa tak mampu buat sorang2..??ok.kita sama-sama ingatkan masing2 tau...awak tegur saya,saya tegur awak..adil bukan..??",sambil tersenyum Harir berbicara.ada kolam yang berkaca di mata si sahabat.sungguh luar biasa bait bicara Harir pada hemah si sahabat.hakikatnya..bait kata itu hanya biasa-biasa..sungguh Allah sedang menyentuh hati hambanya.
pertemuan mereka di kem Tarbiah daerah membawa satu titik permulaan kepada perubahan si sahabat untuk menjadi insan yang lebih baik.menjadi insan luar biasa..ukhwah yang terjalin dalam waktu yang seketika cuma dibawa hingga ke alam maya..mereka meneruskan hubungan dengan saling menziarahi di alam maya(calling2..)
tak siapa tahu.hanya Allah yang tahu.ukhwah mereka kekal sehinggalah sekarang..
***
"maafkan saya,saya tak memohon pun untuk DQ,mungkin waktu itu saya keliru..saya pun kurang jelas kenapa saya tidak memohon..saya hilang kekuatan..maafkan saya,tak dapat memenuhi janji kita dulu..kita hanya merancang Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..",ada sayu di situ.
"..saya percaya,suatu hari nanti mesti kita akan jumpa hikmahnya..nak buat macam mana dah tak ada rezeki..",si sahabat membalas.
KEPUTUSAN SPM
"tahniah sahabat keputusan yang sangat cemerlang!",mesej dibuka dalam peti inbox.
"oh!sahabat..syukran..sahabat pula apa cerita..??",mesej dibalas.
"hmmm..seganlah lah nak bagi tau..tak sama macam awak..hu3..",hantar lagi.
"kalau awak tak nak bagitau saya tak paksa..tapi saya nak tau sangat..boleh..??",ada kesungguhan di situ.
"malu lah..segan..redha dan syukur..Allah bagi setakat apa yang kita usaha..terima dengan berlapang dada..",jawab si sahabat.
"ok2..saya tak tanya lagi..awak nie,saya lagi segan dengan awak,30 juzuk di dada,saya nie jauh sekali..yang pendek2 pun belum tentu lagi..sekangkang cuma di dada..bertuah jadi hafizah nie..senang mak ayah..dunia akhirat..",ada sedikit kecewa di situ.
"alhamdulillah Allah yang bagi hidayah,wasilahnya awak..kalau bukan kerana awak..saya tak mungkin kat sini hari ini..",syukur.
"dapat tumpang aura sahabat pun jadilah..hmmm..cemburu dengan awak..malu pun ada..siapalah saya..insan
biasa-biasa..",ada gurauan di situ.
"awak nie,dari dulu dengan insan biasa-biasa tuu..hmm..tak pa lah kan..nanti ada la rezeki kan..Allah tu Maha Adil,diberi satu kenikmatan di kanan,ditarik satu nikmat di kiri..betul tak.,.?yang penting sentiasa bersyukur dan redha..saya bersyukur ada sahabat seperti awak..alhamdulillah..tak siapa tahu ukhwah kita sejauh ini.. di alam maya kita menyemai kasih..terima kasih sahabat!..".
"..tak siapa tahu hari esok milik siapa,hanya Allah yang tahu..dulu saya yang nasihatkan awak..sekarang awak pula yang nasihatkan saya..kalau hari ini keputusan SPM saya lebih baik daripada awak,mungkin suatu hari nanti awak insan yang lebih luar biasa daripada saya..hehehe..",bermadah lagi.
"tak lah..kita doakan sama-sama,kita sama-sama jadi yang luar biasa..ok..??",kemanisan ukhwah bersemi lagi.
"..moga bertemu lagi..ukhuwwah sampai bila-bila..".
"..sampai syorga!".noktah.elektrik putus.PC shutdown dengan sendirinya.
***
tammat:ilham daripada Allah:3.00am:3/4/11
***
p/s:jika Hani yang buta matanya boleh menghafal 30 juzuk..kita yang celik ini bila lagi..???oh..aku malu pada mu duhai sahabat..
"...ya Allah jadikan kami wanita solehah,ibu mithali,anak yg solehah yang mana taat kepda kedua2 ibu bpanya,sahabat yang setia kepada sahabatnya,orang yg disenangi oleh orang yang disekelilingnya..kurniakan
6 comments:
cemburunya boleh msk MTS wktu ting 1.....
ana dlu minx jgak MTS..tpi x leh...sedihnyo...
wktu, SPM minx DQ pun x leh jgak...lgi bertmabah kecewa...... cemburu nyo.....
sob3....
tahu tak pe..
huhu~~mungkin ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita..
serius..
malu sgt dengan sahabat2 MTS..
oh!
ad ko sahabat di MTS????
entry ni , kisah benar ko???????
erk..huhuhu...
ado la..
ramai plop tuu..
doh la pakat gi DQ blako..
oh~!!..
dop la kisah benar..
reka2 jah..
huhu..
ilham daripada Allah..
dh pkat gi DQ, bakpo x minx jgak ari tu?????
x po la...bnde dh lpas nk wat gano......
Reka2 pun mantop......huhuhuhu
Post a Comment