Saturday, 9 April 2011

MUTIARA ke-3..sinarnya masih samar..

assalamualaikum sahabat2 terutama yang bakal bergelar guru..
mood:reunion dan melawat sekolah lama.

klik vid di bawah: 




BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.




Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
 





Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979










antara 5 mutiara KKJ ialah Teachers..alhamdulillah,,sepanjang bergelar pelajar sekolah..ana diberi peluang untuk mengenali seberapa banyak guru yang amat 'luar biasa'..menyingkap satu frasa hidup yang baru..meninggalkan momen2 sepanjang persekolahan..antara peninggalan yang ana rasa sahabat2 dan juga ana sendiri akan kenang sampai bila2 ialah insan yang bergelar guru,,yang dipanggil 'cikgu','ustaz','ustazah','teacher','sir'...ana pasti lewat hari.semalam atau hari ini.esok atau lusa.kelak atau nanti.pasti akan datang saat kita merindukan pada satu nama keramat.."cikgu"..

masih ingatkah lagi..
cikgu ajar kita ABC
ustazah ajar kita alif,ba,ta..
ustaz ajar kita kelas agama..
cikgu marah sebab kita buang sampah merata-rata..
cikgu bagi kita 5 bintang sebab kita siapkan semua kerja sekolah..
cikgu bagi kita hadiah sebab dapat no.1
cikgu doakan kita semasa exam..
cikgu menangis melihat kita berjaya..
cikgu rindu anak2 didiknya..
dan semacam-macam lagi banyaknya..

wahai sahabat,,kembalilah kepada tempat kamu mengenal tulis baca..
sampaikan salam 'TERIMA KASIH CIKGU"
kenang mereka dalam doa kita sentiasa..
hanya itu yang mampu kita bayar..

p/s:sama2 lah muhasabah balik sambil2 melihat poll di tepi birai blog.."apakah yang paling unik..??"..fikir2kan..

siapa pun kita hari esok,,
sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA..

teringin nak jadi cikgu..

3 comments:

DawudHawariy said...

wow, hilir nyo entry nie.....
teruja betul.........

. said...

i want more please ^.^

hamba-Dia said...

to hanna:

jadi stayer la..
insyaAllah mutiara ketiga itu anda akan terserlah pancarannya..

hehe~~