Wednesday 15 February 2012

setelah 18 tahun berlalu semangat Al Fateh 1453 kujejaki

Catatan Al Fateh 1453:Maulidurrasul 2012


Al Fateh,
Agungnya satu nama,
Seorang pemuda yang mulia di sisi Allah,
Seorang pemuda yang hebat di mata manusia,
Dan beliaulah pemuda yang disebut nabi..
Sebaik-baik pemimpin,
pemimpin sebaik-baik tentera..

Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar

Hingga kini menjadi inspirasi,
Buat warga syabab sejagat,
Untuk kembali membuka dunia..

Sungguh, janji Allah itu pasti!
Sabda baginda itu benar!

Jika bukan kita pemudanya,
Jika bukan kita generasi syababnya,
Pastikan kita menjadi salah satu rantainya,
Rantai yang akan menjalinkan generasi-generasi al Fateh era baru,
Pastikan generasi anak-anak kita yang akan menjadi saksi,
Kemenangan Islam yang telah sekian lama kita tunggu-tunggu..


Sebagaimana ayahanda Al Fateh,
Berusaha dan berjuang untuk menakluk kota Konstantinopel,
Perit keringat tak pernah lekang,
Semangat jihad yang tidak pernah malap,
Hingga akhir hayatnya..

Misi merealisasikan sabda baginda diteruskan,
Menjadi amanah terbesar buat Muhammad Al Fateh,
Yang sedari dari buaian lagi telah dimisikan,
Untuk menjadi Si Penakluk Kota,

Al Fateh..
Diberi didikan agama semenjak kecil,
Sejak berusia 5 tahun lagi,
Masih lagi kanak-kanak kecil,
Ketegasan ulama’ mendidik,
Menghilangkan kemanjaan si putera raja,

Inilah bukti..
Bahawa hidup seorang syabab Islam,
haruslah dibentuk semenjak dari rebung,
Barulah menjadi panahan Islam yang berbisa di usia syababnya..
Diajar ilmu peperangan berserta teknik-teknik strategi melawan musuh,
Kerana misi ini bukan sekadar memerlukan ilmu agama,
Bahkan jua ilmu-ilmu lain yang semestinya dikuasai,
Ditanam,dibaja,dan dijaga dengan baik..



Setelah sekian lama diperjuangkan,
Setelah Panji-panji Islam bertukar ganti,
Dari usaha awal Saidina Ali,Muawiyah,Umar Abdul Aziz..
Akhirnya Sultan Muhammad Al Fateh jua,
yang merealisasikan sabda junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Al Fateh..
Si Putera yang gemilang itu,
akhirnya berjaya menakluk kota Konstantinopel..
hari penaklukan yang ditunggu-tunggu,
oleh seorang sahabat Nabi Muhammad..
Ayub Si Ansori…

Beliau..
Si Tuan rumah,
yang menjadi pilihan unta baginda,
Ketika Rasulullah berhijrah ke madinah,
Dan beliau juga..
Si tua yang gigih,
Yang mantap iman dan amalnya,
menuntut suruhan jihad walaupun di lewat usia..
kerana mimpinya ingin menjadi saksi,
pembukaan Kota yang dijanjikan Nabi Muhammad..

Mimpi tetap mimpi,

Syahid beliau kerana sakit ketika di medan perang,
Bukan ketika berpedang dengan musuh di medan jihad,
Lantas diwasiatkan satu impian,
Dimakamkan dibawah kubu Kota Konstantinopel,
Hanya kerana satu impian..


Untuk mendengar derap tapak kaki kuda,
Derap tapak kaki sebaik-baik tentera,
yang dipimpin sebaik-baik pemimpin,
iaitu Al Fateh dan bala tenteranya..

Begitulah kisah generasi yang paling dirindui Nabi Muhammad..

Mata mereka tidak pernah melihat wajah suci Rasulullah,
Lidah mereka tidak pernah berbicara dengan baginda,
Bibir mereka tidak pernah mengucup tangan baginda,
Bahkan,
Telinga mereka juga tidak pernah mendengar bicara baginda…

Sekalipun begitu,
Merekalah umat yang paling dirindui oleh baginda,
Kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W,
sepenuh jiwa raga mereka,
sekalipun tidak pernah bertentang mata,
cinta mereka tersusuk di hati,
teguh!berkarang iman di jiwa mereka..

Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Merekalah generasi syabab yang dirindui Rasulullah,
subhanaAllah..subhaAllah…subhanaAllah..



cinta mereka cinta sempurna,
cinta hakiki.
Kerana mereka mencintai baginda melebihi diri mereka sendiri,
Itulah cinta yang sempurna,
Cinta yang dilengkapi iman..

Sahabat-sahabat,
Bagaimanakah dengan kita ?
Di manakah kita meletakkan cinta Rasulullah ?
Adakah sekadar dilafaz dibibir semata ?
Adakah di hati kita yang bersirat dengan cinta dunia?

Rasulullah SAW bersabda,

Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

dan

Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. 

(riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?

Alhamdulillah,pertama-tamanya penulis ingin merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah,Dialah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih…
Jika bukan kerana rezeki Allah,tidak mungkin penulis mampu menjejak kaki ke bumi Turki..jika bukan kerana kasih sayang Allah,mana mungkin penulis masih diberi peluang hidup dalam  kenikmatan Islam dan Iman..



"..setelah 18 tahun,kujejaki jua bumi Al Fateh..
Alhamdulillah..alhamdulilah..alhamdulillah..
Alhamdulillah akhirnya mampu jua memegang pena maya..
satu catatan menghirup kembali semangat Al Fateh yang kian hilang..
moga bertambah cinta kita kepada baginda Rasulullah..
ketika berusia 16 tahun al Fateh sudah dilantik sebagai pengganti ayahanda beliau,
dan ketika di usia 21 al Fateh telah menawan Kota Konstantinopel,

semoga di usia segar Al Fateh,
genap usia 19 tahun ini,
aku dan kalian sedar akan tanggungjawab dan misi kita,
untuk mem'Fateh'kan dunia,
dengan dimulakan gerakan mem'Fateh'kan diri kita terlebih dahulu..
moga Allah berkati masa yang telah berlalu,
usia remaja emas yang kita terlepas pandang..
masa yang berbaki manfaatkan sepenuhnya..
percayalah pada diri sendiri,
yakinlah..
Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sebelum Allah ubah nasib kita sendiri,
ayuh pemuda!gerakan dirimu menjadi Al Fateh II..
doakan misi penulis untuk mem'fateh'kan diri penulis dipermudahkan jalan,perubahan menuntut mujahadah,sahabat menuntut sebuah doa..doakan tahun-tahun yang mendatang lebih baik dari 18 tahun yang lalu..."


nota kaki^^
1.Sunnah diikuti,akhlak nabi dicontohi~
2.Kepada sahabat2 yang ada rezeki lebih,jgn lupa jejak kaki tanah suci dulu,pastu kembaralah ke bumi2 sejarah Islam seperti Turkey,Sepanyol dan lain-lain,pastu barulah UK,Ireland,US..hehe..


p/s:catatan sajak ini bersempena Maulidurrasul dan sedikit ibrah setelah kembali dari kembara ke bumi Turki(23 Jan-1 Feb 2012),bersempena juga bermulanya akademi Al Fateh PERMAI Paksi Komuniti 16 Februari 2012,bersempena juga transfomasi diri setelah genap 18 tahun hidup sebagai pemudi yang lena dalam fantasi..moga Allah berkati umur yang telah berlalu dan umur yang akan mendatang..
SELASA 15/02/2012
Irbid,Jordan