Wednesday 25 May 2011

Ciri2 Sahabat Pilihan HATI

alhamdulillah..hidayah Allah dtg jua akhirnya..

cukup2lah melagha wahai diri..

.fullstop.

jaga hati+hiasi peribadi

CUKUP SUDAH!

CIRI2 SAHABAT PILIHAN DLM PROSES MENJAGA HATI:

1.DENGAN MEMANDANG WAJAHNYA MENGINGATKAN DIRI KEPADA ALLAH

2.KATA2 DAN UCAPANNYA MENAMBAHKAN ILMU/THAQAFAH

3.SETIAP PERBUATAN DAN AMAL KEBAJIKANNYA SENTIASA MENGINGATKAN DIRI TENTANG HARI ESOK(HARI KIAMAT)..


SEARCHING FOR THE BEST COMPANIONS!
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."-HAB
Imam Syafi'e
"..aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati..
apabila aku tidak ketemu sahabat yang tidak bertaqwa,lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang2 jahat.
duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspadai..
selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.."




p/s:berehat untuk merawat hati..moga2 berjumpa lagi...

Saturday 21 May 2011

i'm trying..~

kadang2 bila kita melihat manusia,riak wajahnya gembira,terlihat susunan gigi yang memancar senyuman,terserlah gelak ketawa..tetapi dalam hatinya,tak siapa tahu..ombaknya kencang lantaran menahan sebak..

"..serendah2 ukhwah adalah  bersangka baik .."

terkadang terasa penat,hidup bermujahadah dalam bersangka baik dengan manusia.

bukan senang untuk memegang prinsip:

APA YANG PENTING BUKAN APA YANG KITA LIHAT TETAPI BAGAIMANA CARA KITA MELIHAT

maafkan diri kerana mengharapkan sesuatu yang sukar  untuk dilakukan...sesuatu yang tidak dapat engkau berikan dlm kesempitan waktu ini..sungguh,hingga kini dan selamanya..diri ini masih setia menunggu hikmahnya..kerana diri ini  percaya selagi mana kita bersangka baik dengan manusia,pasti pengakhirannya indah..

SATU pintaku,hargai apa yang telah terbina .jangan biarkan retak seribu menanti belah.
KOTA apa yang dirimu KATA.cukuplah sekadar mencuba..itu sudah pun memadai..

p/s:..maafkan diri..terasa sekian lama,makin hari makin lama..ingatan itu hilang ditelan masa.TERIMA KASIH atas ukwah itu.Terima KASIH atas SINERGI lalu..

~dalam hal2 usrah adalah urusan yang sangat bermakna,kerana dengan usrahlah bermula segala-galanya..it's the turing point of life~

Monday 16 May 2011

5 pesanan SEBELUM berangkat T__T

pesanan 1:

KHAS BUAT SAHABAT2 YG DISAYANGI KRN ALLAH~~

"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku..

~revolusion~



pesanan 2:


Stay itu Tarbiah..Kembara itu Tarbiah..semuanya bukan matlamat..hanya wasilah~

pesanan 3:

 Wahai sahabatku sayang,
 
Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.
 
Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
 
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
 
Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia.
 
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.
 
Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.
 
Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.
 
Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.


Walau dimana juapun kita semua kan tercampak jauh,
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu Islam,
dan serikanlah ukhuwah kita selama-lamanya :)
whatever u're, All the best !


pesanan 4:
"Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkan. Samada di dlm sukar mahupun sng. Teman yg terbaik juga adlh teman yg sntiasa mntrbiahkn diri dn shbtnya kpd Allah. Wahai sahabat,sesungguhnya diri ini hnyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dgn tarbiah2 dn janji2 syurga Allah agr kita dpt brsama menuju ke syurgaNya jika diIzinkanNya. Ameen.."


pesanan 5:


"apabila menjejakkan kaki di bumi waqafan, kita umpama biji benih..dan ianya akan berkembang menjadi bbrp keadaan.
1)layu di sini, subur diluar. 

 2)subur di sini, layu di luar.  

3)layu disini, layu di luar. 

4)subur di sini, subur diluar...

p/s:maka bermula lah perjalanan kita dalam proses menjadi bijih2 benih di atas..pilihan di tangan anda..

Sunday 15 May 2011

BEST jadi Cikgu..

assalamualaikum..


tepat pukul 12 mlm..berdering2 hanset ..waaaaahh..bgus betul anak2 murid nie...

"..tapi betul lah..budak2 yg selalu buat usrah dulu kat musolla dgn kite,takde sorang pun yg hantar mesej ucapan..adeyh..budak2 yang bermasalah la plak rajin duk hantar mesej2 nie..hairan btol lah.."

"..spe cakap jadi cikgu tak best..?..bila anak2 murid igt kite time2 camnie rasa berbunga-bunga betol..mse nie lah nak tau mne anak murid yg bgos dan yg tak bgos.."

luahan hati seorang insan bergelar pendidik pada 16 Mei 2011..


xde mood nk tulis panjang2..sila baca entry kat bawah..hehe..


apa pun SELAMAT HARI GURU!!

khususnya kepada:

ummi,ayah,akak,pak cik,mak cik,atuk sepupu,bakal2 guru..hehe.ramainya jadi cikgu...=)

serta

cikgu2 di:

SK Paloh Rawa
SMKA Wataniah
KISAS

walaupun kemungkinan mereka2 di atas untuk membaca ucapan ini sgt tipis..moga2 usaha ini dipandang olehNya..

saya tak pernah sesekali lupakan jasa cikgu2!

p/s:semua no hilang sbb sim hilang..takpe2..ade mase serbu sekolah terus..


kisah.BUDAK KOLEJ

assalamualaikum sahabat2.cerita MIMPI BK adalah rekaan semata2.BK nak kongsi balik antara entry2 terawal BK kat KKJ nie dgn sahabat2.jom try test baca.komen sangat2 dialu-alukan..

episode 1 nie pendek ja..


 teruskan..


dah start merepek?


komen BK..


P/S:ilham seakan2 tersekat dek kekangan masa yg kian mendesak..eh?

LATEST SCHOLARSHIPS UPDATES MUSLIMAT GEN55

khas untuk akak2 senior.insyaAllah semuanya adalah benar,xde yg main2.xde yang tipu..doakan kami Batch 55!!

1.diyana amalina:
biasiswa nasional/medic/UK

2.amalina omar:
petronas/mechanical engineering/AUSMAT

3.hamizahMK:
TM scholar/actuary science/AUSMAT

4.syafiqah:
JPA/INStitut bahasa Jepun

5.nora:
islamic banking/jpa/jordan

6.sarah:
medic/mesir/jpa

7.amnah:
dentistry/jpa/jordan

8.amalina mustafa:
medic/jpa/mesir

9.fathin shalihah:
medic/jpa/mesir..petronas/petroleum enggineering/US

10.najwa huda:
us/physics/JPA

11.nusaibah:
medic/mesir/jpa..medic/mesir/zakat kedah

12.nadrah:
medic/mesir/jpa

13.asyiqin aiman:
medic/mesir/jpa

14.asyikin jazman:
medic/india/jpa

15.aina mardiah:
us/econs/jpa

16.hadaina:
petronas/accounting/AUSMAT

17.raihan najwa:
medic/mesir/jpa

18.sabiha:
medic/mesir/jpa

19.adila
medic/jordan/jpa

20.wanis:
medic/india/jpa-twinning melaka-india

21.amirah shaha
medic/ireland-twinning-penang

Friday 13 May 2011

LANGKAH TERCIPTA selepas SPM

assalamualaikum sahabat2 yang ana kasihi kerana Allah..sungguh tidak lah ana kasih melainkan kerana Allah...

BLOGGING

pertama-tamanya ana rase bersyukur kerana diberi kekuatan untuk terus menulis,jari2 masih bisa menari laju di atas keyboard untuk sedikit perkongsian.ana teringat kembali saat2 ana menubuhkan Kolej Kampung Jawa..tidaklah ana menulis melainkan untuk dibaca oleh sahabat2,di ambil apa yang baik,di buat pengajaran apa2 yang kurang baik.kenapa ana tubuhkan KKJ?tidaklah selain untuk catatan2 nasihat untuk diri sendiri di hari muka dan juga untuk sahabat2 mengenang kembali,asal usul tempat kita ditarbiah.YA,ana sangat bersemangat kalau berbicara tentang KKJ,kerana bagi ana kita perlu izzah dengan nama Kolej Islam itu sendiri.bukan bererti kita mulia atau bajet mulia,bukan bererti kita lebih berilmu dan lebih terdidik..tetapi ketahuilah sahabat2 izzah dengan nama kolej Islam,bererti anda juga izzah dengan Islam,dan juga sebagai lepasan sekolah agama..izzah itu perlu sebagai benteng,sebagai sumber kekuatn dan sumber inspirasi untuk mentarbiah diri setelah bergelar sebagai bekas pelajar sekolah agama.

"aku dulu belajar semua nie,semua nie slah..so aku takkan buat semua nie..malu la nama budak sekolah agama..nanti orang pandang slack budak2 agama.."

"aku budak sekolah agama,terdidik dengan tarbiah islamiyyah,mana mungkin aku menjadi fitnah,apa lagi membawa fitnah..bahawa budak sekolah agama,,begitu,begini.."

apabila mula2 berblogging,syiar yang ana bawa..

"..bukan mengharap untuk mengumpul sebanyak2 stayers,tetapi cukuplah sekadar menyentuh hati2 yang bertandang ke kolej ini..walaupun untuk seketika cuma...."
 
ya!blog ana bukan blog dakwah sepenuhnya,bukan blog untuk nuffangs,bukan blog diari on9(walaupun kkg ade terselit kisah2 peribadi..maaf)tetapi:

ana sangat2 lah terharu,bersyukur sekiranya mereka2 yg bertandang ke Kolej Kampung Jawa ini,terkenang2 kembali KKJ tercinta.ana nak sentuh hati2 mereka terutamanya yang sudah bergelar bekas pelajar..agar sentiasa sedar tempat mereka ditarbiah dan didik..kerana bila kita sedar dari mana kite datang,kita akan cuba menjaga nama baiknya,,akan berasa malu untuk menjadi panahan  fitnah..kerana apa?kerana kita,ana juga sahabat sendiri tidak tahu siapakah kita suatu hari nanti..begitu juga ana..mungkin suatu hari nanti ana tersasar,jauh menyimpang.mungkin dengan nota2 tazkirah dan memori di KKj nie mampu menyentuh kembali hati ana yg saat ketika itu semakin lupa asal usul ana.walaupun untuk seketika cuma,walau sekecil2 usaha ana ini..ana yakin akan penilaian Allah..bukan sekadar penilaian manusia.

Ya.mugkin ade yang pernah bertandang ke KKJ tetapi tidak'terasa di hati mereka'..ana pasrah kerana ana hanya meletakkan sedikit usaha,hanya sekecil emosi yg ikhlas,lantaran sesungguhnya..HIDAYAH itu MILIK ALLAH..ana hanya wasilah yang dipandang dibelah mata,kecuali jika ada yang memandang dengan mata hati,kecilnya bagai antara ribuan pepasir di pantai..oh!siapa lah ana..hanya bekas budak_kolej..

FACEBOOK
facebook.ana sangat leka..ana banyak membuang masa menghadap MUKA BUKU ini.ana dan facebook memang tak bleh berenggang.kerana ana dah jatuh cinta dengan facebook.facebook telah menjadi wasilah ukhwah yg paling berjasa kepada ana.kerana facebook ana mendapat pelbagai pengalaman..terutamanya berdakwah di alam maya.jika tidak pernah buat salah,tersasar bukan manusia lah namanya,jika masih membuat salah,memang sepatutnya tidak layak digelar manusia yang mempunyai akal fikiran.kerana facebook ana mendapat turning point untuk terus istiqamah dlm amal kebajikan..bagaimana?ya,semuanya kerana sahabat2 yang tak jemu2 memberi peringatan..USRAH ON9..amat bermakna sekali..tazkirah yang ditulis dengan hati amat menyentuh jiwa..lantaran itu,ana jatuh cinta pada FB.banyak perubahan yang berlaku.biarpun sahabat2 ana jauh di mata tetapi dekat di hati..ana harap selepas nie..kita masih istiqamah dengan kebajikan kite di FB ya sahabat2..?sungguh..nasihat sahabat2 memang ana nantikan...ana perlukannya..FACEBOOK medium PEMANTAPAN ukhwah yg REALISTIK jika diguna sebaik mungkin.cuma perlukan sedikit usaha..

ALHAMDULILLAH
genap 5 bulan Allah bagi nikmat masa lapang..terlalu banyak sebenarnya yg kosong.walaupun kita/ana semua usahakan daya yang tidak setimpal dengan nikmat yang Allah bagi,namun nikmat Allah tak pernah putus..Dia sememangnya Pemurah..alhamdulillah,belum keluar result SPm dah dapat laptop sendiri,result SPm yang tidak diduga.lesen kereta yang akhirnya digenggaman setelah penat 5 bulan belajar.sebijik Android...kasut berjenama..ah,semacam nikmat yang tidak terhitung,baru nikmat lahiriah..belum termasuk nikmat batiniah..

MATRIK PERLIS
alhamdulillah.ana dapat matrik perlis.matrik pilihan pertama.sepupu2 pun dapat matrik perlis.bahagia seluruh keluarga Al Arawi.=)

USIM
alhamdulillah sekali lagi ana bersyukur,ana dapat pilihan pertama.."TAHMIDI PERGIGIAN".dah siap print dan terima surat tawaran sebab memang tidak mengharapkan JPA,sebetulnya ana bimbang kalau dapat JPA..kerana apa?kerana:

"YA Allah tidaklah aku ini ingin sgt belajar di luar negara,cukuplah jika sekadar di dalam negara,ya Allah berikanlah aku yang terbaik..jika JPA adalah yang terbaik untukku,maka berilah ya Allah..jika JPA bukan yang terbaik,sememangnya itulah petunjuk bahawa aku memang tidak kuat untuk ke luar negara.aku bahkan redha dan gembira dengan ketentuanMu kerana Engkau yang lebih mengetahui hari esokku..jika betul aku dapat JPA,akan akan terima kerana aku yakin semuanya daripada Mu,dan aku tahu Engkau tahu apa yang terbaik untukku.."

dalam hati sudah ada USIM.manakan tidak,ramai sahabat2 ana yang dapat USIM.sahabat karib sekolah lama pun USIM.sahabat Mahaad Tahfiz Sains pun USIM.sahabat2 KKJ?lagi la..semuanya yang ana kenali yang amat..terasa bersemangat kembali untuk meneruskan hidup baru di USIM.siap dah cop nak duk satu bilik lagi..hehe..kelakar..seronok..group Tahmidi Usim pun dah siap ta'ruf lagi..bersemangat betol...=)..seronok sangat bila dapat USIM..tak sabar rasenya nak gi USIM..

MAAFKAN ANA.

atheefa sufeena.anis amirah.muna khususnya..ana minta maaf sgt2..perancangan Allah itu jauh lebih baik..kita hanya mampu merancang.bukankah Allah sebaik-baik perancang?niat untuk kita bertemu kembali di USIM tampaknya tinggal perancangan semata2..insyaAllah suatu hari nanti kita akan ketemu hikmahnya..=(

JPA PILIHAN ANA
sebetulnya.nak apply MARA.entah la macam mana abg suh apply JPA.apply ja..sebenarnya tak nak sebab JPA kan tough..tapi takpe lah..tawakkal usaha jaa..

hari semakan:
alhamdulillah setelah penat menunggu untuk memnyemak permohonan.akhirnya selepas 10 jam baru dapat masuk ESILA..

TAHNIAH!
PERGIGIAN TIMUR TENGAH.
NEGARA:JORDAN

dlm hati:"alhamdulillah..masyaAllah...ya Allah,sungguh rezeki mu tidak pernah putus untukku.."

kenape ana pilih JORDAN?JPA pilihan ana?
-Imam Shafi'ei-
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.


Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang


Singa jika tak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran


Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang


Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa
jika di dalam hutan


itu rahsia ana dengan ALLAH..yang penting ana dah niatkan.jika dapat JPA,ana akan anggap itu satu petunjuk/turning point/revolution untuk diri ana.walaupun jujur ana cakap,ana sgt cuak sebenarnya nak sambung study oversea nie..for me..dlm negara pun ok..tak de beza sgt punn..
tapi insyaAllah,ana yakin semua ini daripada Allah..

SITUASI YANG SAMA
dulu ana tak de la nak sgt masuk KKJ..tapi alhamdulilah hidayah Allah..setelah result PMR keluar,hati tetiba terbukak nak pergi KKJ,maklumlah dah syg sgt sekolah lama..seperti asyiqin aiman yang sayang sgt mahaad hamidiah..hehe..=)..serius..tak pernah terfikir pun nak sambung KKJ..cukuplah abg n kakak dah blaja kat KKJ..ana tak nak jadi generasi ketiga..apa pun..last2..mmg jatuh hati la denga KKJ..tambah2 dengan 5 unik things..eh2 silap 6 unique things..apa mutiara ke-6?..mestilah USRAH..benar..usrah tunjang tarbiah..alhamdulillah,berkat pujukan senoir yg pada mulanya ana tidak mahu menjadi naqibah.(maklumlah siapalah ana..)akhirnya ana nampak hikmahnya.Allah hadiah kan sebuah usrah yang sangat mantap!adik2 usrah yang ana kasih kerana ALLAH..sungguh..satu halaqah kecil mampu melahirkan dai'e2 yang berjiwa besar.jika kita benar2 berusrah kerana Allah..kerana mutiara ke-6 juga kkdg ana gagahkan diri untuk menjejakkan kaki ke KKJ,,walaupun sendirian...alhamdulillah..nikmat yang amat..

situasi berulang kembali.ana tidak mengharapkan sangat untuk ke Jordan.sudah cukup jika hanya dalam negara.tetapi ana masih igt.mase 10 hari terakhir ramadhan pernah call ummi:

"ummi tolong doakan.."
"nak suh ummi doa gapo..?'
"doa supaya nanti bleh gi tempat abe"
"insyaAllah"

mase ramadhan lepas.ade jgk perasaan nak gi oversea.tapi lepas ja result Trial SBP n Negeri yang sgt teruk..mmg tak mgharap langsung..serius..belajar semuanya kerana ummi dan ayah..tak nak hampakan kepercayaan ummi dan ayah.hanya stret A yang dimohon untuk redha ummi dan ayah..

TETAPI..
setelah pergi satu program di Rawang.mendengar tazkirah dan nasihat seorang ustaz,masuknya sangat dalam.tetiba terbuka azam.."aku nak gi timur tengah,,insyaAllah kalau ada rezeki.."..lagi2 bila mendengar khutbah Sheikh Sudais..lagi2 bertambah sayu..hmm..

semua yang ana nyatakan di atas hanyalah sisi tepi sahaja..yang lain biarlah hanya ana yang tahu,kekal menjadi simpanan..sumber kekuatan diri

BARU BERMULA
ana yakin.cabaran akan datang jauh lebih hebat daripada yang telah ana lalui.tidaklah ana harapkan apa2 melainkan doa sahabat2 untuk kejayaan kita di dunia yang fana ini dan di akhirat yang kekal abadi....moga dipermudah segala urusan..moga ketemu di syorga!doakan yang terbaik untuk ana..semoga kita bertemu lagi..


khas untuk sahabat2 ana..hayati sejenak lirik di bawah:
kasihmu mekar di hati,tarbiah di bumi ini dengan keindahan perkerti seindah pelangi
....
indahnya ukhwah tanpa terpalit rasa sifat mazmumah antara kita
setelah singgah sekejap di bumi waqafan,,moga aku ketemu lagi mutiara2 lain  di luar sana





jika tak suka entry ini..atau terlalu peribadi.niat hanya untuk berkongsi.ana mintak maaf.mungkin ini antara yg terakhir sebelom melangkah ke dunia baru..



"..aku wanita biasa yang ingin berusaha menjadi wanita solehah,isteri solehah,ibu mithali..anak solehah..aku tiada daya,aku hanya ada usaha..maka kuatkan kami,para wanita akhir zaman ini yaAllah.."

 kredit to kak anis nadyra kerana bgi lirik lagu nie sebagai pembakar semangat semasa mula2 jadi EXCO Badar dulu..haha..tampaknya kurang berkesan jgk,kalau tak takkan diletak jawatan itu...sobs2x..
apa pun lirik dia memang terBaek!

rutin harian mula sibuk.
sayang nak biar KKJ nie bersawang..
hmm..ade orang nak tolong jaga tak?
ade artikel nak kongsi..bleh bgitau ana..
ok?
wasalam..

Tuesday 10 May 2011

aku.dan.HEDONISME

post merapu~maaf..tetiba putus ilham..ambil apa2 yg patut,buang apa2 yg lagha..

terima kasih ibu dan ayah hantar aku ke kelas tarian sejak kecil lagi..
kelas tambahan piano masa umur 5 tahun pun best jgk..
pastu ayah ajak gi audition TOM TOM YAM..
waah,excited kowt..kecik2 dah rasa glamour..
make up sana sini..
lompat ke sini ke mari..
terima kasih ibu dan ayah..

bila dalam kelas cikgu tanya.."kamu nak jadi apa bila besar ?"
saya pun jawab "artis cikgu!"
cikgu pun kagum dengan aku kerana mempunyai cita2  sejak kecil lagi..
waah..sekali lagi aku rasa bangga dengan didikan mak ayah aku..

lepas SPM aku terus masuk AKADEMI FANTASI
alhamdulillah,berkat sokongan mak ayah yg sanggup bersengkang mata menunggu giliran hingga pagi..
akhirnya terubat setelah aku berjaya masuk ke stage terakhir..
terima kasih ibu dan ayah..

tanpa ibu dan ayah..
tak mungkin hari ini aku berjaya sebagai seorang ARTIS YANG BERJAYA

p/s:sebenarnya nak post pasal benda lain..tak de mood nak buat citer panjang,so cerita pendek jaa..

Fastakim kama umirt!
sahabat-sahabatku..
kadangkala manusia sering tersasar dek arah, 
dek gelombang nafsu duniawi yang membarah, 
dek arus modenisasi yang menerjah, 
dek kelalaian budaya hedonisme yang menjengah..

Tetapi dek kerana Tabiyah Islamiyah, 
Kita terus membina Ukhwah Fillah, 
Antara Mudarris dan Mudarrisah, 
Membina batasan antara Muslimin dan Muslimah, 
Bersama kita berada dalam Biah Solehah,
Untuk kita bersama menerajui Daulah Islamiyah...! 
Itulah yang dikatakan 5 unit di Kisas... 

Indah, sungguh islamik...mudah-mudahan kamu akan tetap utuh wahai kebanggaanku..."

p/s:BAWALAH bersamamu benih2 tarbiah dan biah solehah,agar dunia baru kalian nanti subur dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah..lantas,taburkan benih2 itu agar tumbuh melata disegenap bumi Allah yang kalian jelajahi..salam perantauan..

Sunday 8 May 2011

TEARFUL?I'm Grateful..

 assalamualaikum,alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

"diberi nikmat di tangan kananmu,ditarik kekuatan di tangan kirimu"
hari2 yang penuh dengan kisah2 suka,ceria dan gembira,tak juga kurang ceria,tragedi,musibah..
hanya "alhamdulillah" sebagai ubatnya..

 ..setitis air mata yang mengalir,
hangat di bibir mata..
seorang mujahidah sejati di lautan perjuangan~


ingatan,ukhwah,persahabatan,TERIMA KASIH,kasih dan sayang,cinta,kenangan dan perpisahan..


tak ternilai air mata dengan permata,yang bisa memadamkan api neraka..


kenapa sedih nie?


senyum..tak perlu kata apa-apa,cool..
bagus!baru ceria skit,,,

hehehe




telah datang saat sempit setelah lapang~

Monday 2 May 2011

Bangau OH! Bangau vs Anak Derhaka

assalamualaikum sahabat2..amboi!jom layan satu lagu nie..BK dapat ilham tetiba ja..jom!


dulu igt tak masa kite budak2,kite selalu dengar orang nyanyi,kite pun ikut nyanyi sama kan ?:
 
bangau oh! bangau kenapa engkau Kurus ?
macam mana aku tak kurus,
ikan tak timbul-timbul
 
ikan oh! ikan kenapa tak timbul timbul ?
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat..
rumput panjang sangat..


...skrang mungkin kite leh tukar lirik:
 
anak oh anak kenapa engkau derhaka ?
macam mana aku tak derhaka,
mak ayah aku derhaka..
 
mak ayah oh! mak ayah kenapa kau derhaka ?
macam mana kami tak derhaka..
mak ayah kami derhaka..2x
 
*think* 

comel camni ada muka cam anak derhaka tak?nauzubillah.. 
yang nie camne ?
antara balasan Allah yg dipercepatkan di dunia ialah balasan untuk anak derhaka!
antara balasan:dicabutnya ketenangan sepanjang hidup di dunia.


anak derhaka anak seorang yang derhaka,lahir daripada anak derhaka.mungkin ?

anak derhaka kaa..ibu derhaka kaa..ayah derhaka kaa..yang paling penting jangan sampai kita dapat anak derhaka...so,nak tak nak antara cara paling selamat tak nak anak derhaka,kita janganlah jadi anak derhaka..

p/s:JOM KEMPEN ANTI BUDAYA "BANGAU oh!BANGAU"

3 Tips camne nak baca MAJALAH SOLUSI dgn efektif..

assalamualaikum..dah baca solusi isu 31 ?

suatu hari di bilik KP

"HUh!akak,fuyoo..baca apa tu kak ?Ralik nampak.."

"owh,tengah baca solusi nie..best!dah baca ? ".

"belum..hehe3..sibuk la akak,nak baca SOLUSI?tunggu jumpa SOLUSI untuk addmath dulu la akak..amboi akak,baca SOLUSI bagai baca novel bestseller kowt..hihi,siap highlight segala lagik..caya lah akak.."

"agak la,akak kalau baca SOLUSI memang tak sah kalau tak guna highlighter,bagi akak setiap kata2 dia sangat menarik.."

"makan dalam ker akak ?"

"hmm..lebih kureng la,masuk dalam hati laa..yer la,nak tunggu nak menadah kitab macam lambat lagi,sikit2 dik,manfaat apa yg ada..hehe..ok.dah la..sibuk ja,gi buat latihan addmath..cari SOLUSI awak tuu.."

"ok.tapi esok akak exam kan ? hehe..mantap ah akak,sempoi habis..orang lain duk bengkak mata duk baca buku akademik,akak sempat lagi baca SOLUSI ?tabik spring!"

"sebab dah bengkak mata lah akak baca SOLUSI,dah hampir buta dah duk ngadap buku2 tu..hehe3..nak rehatkan mata dengan menelaah nota2 rohani adik oii..mata pun nak jugak dapat pahala(memang la baca buku akademik dpt pahala jugak),nak jugak pengisian rohani..kata orang dari mata turun ke hati,bila mata dah puas nengok ayat2 tarbiah dalam SOLUSI nie,insyaAllah hati juga tenang,cerah..baru rasa 'up' skit nak belajar..baru sambung study balik..hehe3.."

"..oo..pasni saya pun nak tiru akak la..hehe..nampaknya pasni kena beli banyak highlighter la kan ? hehe..ok.pergi dulu.SBP akak...jumpa lagi..assalamualaikum!"


Tips yang BK nk kongsi leh jgk nk guna bila nak baca buku apa2 pun,novel kaa..majalah kaa..buku apa2 je..senag yg amat,mudah pun mudah,tapi manfaatnya banyak~

1.sediakan HIGHlighter


2.atau sticker notes




3.tandakan quotes2 yg menarik/penting dengan menggunakan highlighter atau stcker note



p/s:nampak senang ja..3 tips je pun,tapi belum cuba belum tahu~huhu~
cer try tengok kosisten ke tak.. ? hehe

Sunday 1 May 2011

5 Hours In KL International Book Fair '11

5 Hours + RM1++ = hasilnya~





assalamualaikum!..setelah bersesak dalam ratusan manusia yang kelihatan sungguh berminat dengan dunia buku,akhirnya,berjaya jugak mendapatkan buku2 ini..




1.hadis 40 Imam Nawawi(USTAZ ZAHAZAN)
2.impuls roh(SRI RAHAYU)
3.ranah 3 warna(A.FUADI)
4.sebongkah batu di kuala berang(FAISAL TEHRANI)
5.nasib melayu di bumi melayu(M.RIDHUAN TEE ABDULLAH)
6.batu bata kehidupan(HILAL ASYRAF)
Bersama-sama seorang sahabat kami meredah lautan manusia itu.Moga pelaburan dan penat lelah berbaloi dengan hasilnya.

pujuklah diri,
tarbiahlah hati,
 agar jangan sesekali berasa rugi,
melabur membeli buku,
kerana ilmu itu perlu dicari,
kekadang juga perlu dibayar,

tanyalah diri,
berapa banyak telah engkau melabur untuk ilmu..??
dan berapa banyak engkau telah korbankan untuk keseronokkan duniawi..??
hanset baru,iPad,iPhone dan semacam jenis lagi..

apakah engkau berasa rugi ?
percayalah..
tak rugi walau sedikit pun,
kerana sungguh!
"Membaca Jambatan Ilmu"

apakah ilmu sudah penuh menghiasi dada ?
apakah ilmu sudah setinggi gunung ?
ayuh,sahut seruan wahyu pertama..

"    Iqra'  "