Thursday 20 March 2014

SPM setelah 3 tahun...

Moment paling indah masa ambil result SPM adalah tengok nama terpampang dalam slides senarai straight As. Alhamdulillah, jerit perih struggle untuk straight As dah berlalu, kerana terlalu sebak memikir kesusahan dan kehidupan yang dilalui sepanjang keberadaan di kisas, air mata tak berhenti mengalir ketika sendirian pulang menaiki komuter dari Klang ke Hentian Bandaraya sejurus mengambil result SPM.

Dan sekarang Saya terfikir, kalaulah usaha nak score macam SPM seperti dulu, mesti result tu macam cemerlang terbilang.

Tapi itulah kehidupan selepas SPM, segala bermula dengan diri kita sendiri, pilihan terbentang luas Dan semuanya terletak dI tangan kita.

Tetapi ingatlah Satu prinsip. Buatlah sesuatu bukan semata Nak Kejar As, cita cita, Sebab yang menjadikan usahakan Dan pengorbanan kita Tak kira dalam apa jua urusan pun adalah untuk mencapai redha Allah.

Moga Allah kurniakan kita Hari yang ikhlas, jiwa yang tenang.

Dunia ini mungkin menuntut deretan As, tetapi yang dinilai Dan berharga di sisi Allah adalah keikhalasan Dan ketaqwaan.

Kejarlah cita cita bukan kerna habuan pangkat Dan duit yang lumayan. Jika Nak jadi dentist,doktor, engineer dll hanya kerana masyhur nya status pekerjaan itu atau Sebab lain,

Percayalah, kalian silap. Silap yang besar.


p/s: Nak berjaya susah, nak maintain kejayaan tu lagi susah. Hidup ini bagaikan roda, belajarlah bersyukur ketika anda di atas, agar hati kita juga tetap tenang ketika di bawah. Pesan hukama', ingatlah Allah sewatu senangmu, in sha Allah Allah ingat kamu ketika kamu susah.

bercita-citalah untuk menjadi rantai yang membina ummah yang faham dan beramal dengan ISLAM <3

Jumpa lagi!