Sunday 31 August 2014

Jujur

jujur aku katakan,
apa yang aku rasa perlu dirahsiakan,
demi sebuah kejujuran..

jujur aku katakan,
aku punya rahsia yang tak bisa aku luahkan,
kerana rahsia itu boleh jadi dua perkara..

boleh jadi angan-angan,
atau sekadar bisikan syaitan..

jujurlah dengan aku,
segera kamu harus jujur..
aku tidak punya waktu lagi..

Tuesday 12 August 2014

[Puisi : Beda Dua Zaman ]

[Puisi : Beda Dua Zaman ]

Ajari aku menggunakan pena,
Akan ku tulis gemercik air,
Udara dingin,
kabut senja,

Sampai daun gugur....

bila fikir balik,
dulu zaman sekolah lagi banyak susah dan payah
nak dibandingkan dengan kehidupan kat zaman universiti..

kadang2 naik bas awal pagi lepas subuh,
kadang2 terlepas bas, mengejar teksi,
kadang2 juga naik motor buruk,
kadang2 juga naik kereta usang,

balik dengan bas,
jarang2 sekali  orang datang ambik,
kekadang tumpang kereta orang,
kekadang juga tidur di rumah kawan..

sampai rumah lewat senja,
lepas zohor study groupnya,
lepas asar berlatih hokinya,
kekadang berkawat kaki dan beraktiviti kurikulumnya...

malamnya kembali ke sekolah,
kelas tambahan,
hingga malam larut..

sesibuk mana pun dulu,
tapi tak pernah mengantuk dalam kelas,
sepenat mana pun dulu,
tak pernah ponteng kelas..

mungkin dulu lain, material dan tahap pengajiannya lain.
ya mungkin.
mana mungkin sama zaman sekolah dengan zaman universiti..

zaman universiti,

zaman kendiri, mengenal diri,
pilihan bukan pada yang lain,
tapi pada tangan sendiri..

ya, beda si cikgu dengan seorang penyarah..
nama pensyarah kekadang ingat,
kekadang juga tidak tahu,
seringkali juga kita lupa..

di dewan kuliah,
kekadang kita sedar,kekadang kita mamai,
jarang fokus keseluruhan,
paling lama pun sampai terlelap..

musim sejuk,
kekadang malas dek beratnya hirom yang mengulit,

musim panas,
kekadang malas dek panasnya bahang mentari,

oh,si malas makin sebati..

suatu pagi,
terhalang dek aral melintang yang sedikit,
terus beralasan berbagai-bagai,
buat hujjah pertahankan diri..

lewat ke kelas tidak mengapa,
itu biasa...

berhabis berteksi ke universiti,
semata mengejar kuliah di awal waktu,
itu luar biasa...

kata aku,
"biarlah lewat sedikit,
daripada langsung tidak hadir."

balas dia,
"biarlah berhabis sedikit,
daripada menggadaikan nilai.."

mungkin itulah beza kehidupan dulu dan sekarang.

bezanya pada berkat.

Astaghfirullahal3zim...terima kasih kepada dua insan yang bersama-sama ke kuliah pagi tadi , kalianlah inspirasi~

Monday 4 August 2014

ummi dan ayah

kita adalah apa yang kedua-dua ibu bapa kita doakan..
sewaktu kecil kita,
dan sepanjang kita membesar...

doa mereka itu berkatnya berlipat-lipat,
doa mereka itu luar biasa kekuasaannya..

bahkan,
redha mereka terdahulu sebelum redha Allah..

kalian percaya ?

maka berimanlah,


Amnah
10.18 pm
4 Ogos 2014