Thursday 19 April 2012

Menjadi Penyejuk Mata..



Seorang lelaki datang kepada Ameerul Mukminin Ali Ibn Abi Talib (Karramallahu wajhah) dan berkata: 

kehidupan saya sangat terhad ... 

dia bertanya kepadanya: adakah anda menulis dengan pen diikat,?
lelaki itu berkata tiada .. 

maka dia bertanya: melakukan rambut sikat dengan sikat patah?
lelaki itu berkata tiada ...

maka dia berkata: mungkin anda berjalan di hadapan orang-orang yang lebih tua daripada anda ...
lelaki itu berkata tiada ... 

Adakah anda tidur selepas Subuh?
lelaki itu berkata tiada ... 

mungkin anda meninggalkan doa ... dia kata tidak ....

mungkin anda meninggalkan doa untuk ibu bapa anda ... lelaki itu berkata YA ...

kemudian Ammerul Mukminin berkata: berdoa untuk ibu bapa anda kerana saya telah mendengar Rasulullah berkata:

"Meninggalkan doa untuk ibu bapa menghalang mata pencarian"

Anak-anak yang soleh dan solehah adalah penyejuk mata ibu dan ayah.Pernah waktu zaman sekolah dulu,seorang senior,berkongsi satu tazkirah ringkas bagaimanakah cara yang terbaik untuk mendoakan ibu dan ayah.Katanya:

bacalah doa "YA Allah,ampunilah dosa kedua-dua ibubapa kami,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diri kami sewaktu kami kecil..." sebanyak 3x setiap kali selepas azan..

subhanaAllah..awesome!

kalau 5 kali azan=15
belum termasuk doa selepas solat..

kita kan selalu doa "Ya Allah kurniakan Kami anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami)dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.[al furqan;74]

matlamat kita bukan ingin menjadi penyenang hati pasangan kita sahaja bahkan kita juga perlu menjadi penyejuk mata ibu dan ayah kita..jadi jangan lupa doakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat..saya sayang ummi dan ayah saya..awk ?

bila jauh lagi rasa sayang itu Allah campakkan dalam hati saya..Alhamdulillah,masih dikurniakan ummi dan ayah..yang masih lagii mampu mendoakan anaknya walaupun jauh di mata..tapi insyaAllah dekat dalam doa..

masa dulu-dulu,saya masih ingat..saya pernah call ikim sebab nak ucapkan selamat hari lahir ummi!dulu boleh la call ikim.beli kek..bila dah berjauhan ni hanya doa yang mampu dititipkan..


"YA Allah,Engkau mudahkanlah urusan kedua-dua ibubapa ku..panjangkanlah dan berkatilah umur mereka..dan murahkan rezeki yang Engkau berkati buat mereka..ameen"

moga kita menjadi anak yang solehah,yang taat kepada ibu dan ayah..

esok.20 April.birthday ummi saya.
dah rindu sangat.





Tuesday 3 April 2012

Sahabat,saya sayang kamu!

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)


Salah satu doa yang mustajab di sisi Allah SWT adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata-mata.

Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.


....

"apa rahsia kejayaan kamu ?",soal cikgu kehairanan,berkerut dahi kerana pelik,juling mata memandang slip peperiksaan si dia.

si dia..bukanlah pelajar target,bukan juga pelajar cemerlang,bahkan keputusan peperiksaan nya sebelum ini sangatlah tidak memberangsangkan.namun alhamdulillah..

"sebenarnya cikgu,setiap kali selepas solat saya tak pernah lupa untuk mendoakan sahabat-sahabat saya,dan saya tak pernah lupa menyebut nama setiap daripada rakan-rakan kelas saya..."

kisah ini saya kreditkan kepada sahabat saya ZAFIRAH(dentist1styearJUST)yang sudi berkongsi kisah benar ini ketika liqa' akhowatJUST1styear ketika pelancaran kempen "sahabat,saya sayang kamu.."
...



Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)




...
p/s:jom kita sama-sama doakan sahabat-sahabat tidak kira ikhwah mahupun akhowat..kerana kita adalah mukmin yang bersaudara...moga kita peroleh kejayaan di dunia dan akhirat dan semoga dengan mengamalkan sedikit penghayatan kita terhadap hadis ini menjadi senjata buat kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik..serta sahabat yang sejati kepada sahabat-sahabatnya..

syukran wa jazakumullahu khairan kathiran!