Tuesday 9 February 2016

KUASA

Cinta itu memerlukan komitmen. perlukan usaha. jangan putus asa, mulai dengan doa. Begitulah cinta kita kepada rasul. Jika hanya kesedaran, semua orang punya kesedaran, tetapi selepas sedar, perlu diusahakan dengan doa untuk bertindak. Doa awal permulaan sebuah kuasa bertindak, doa juga keperluan sebelum kesudahan, doa juga satu tuntutan sepanjang proses cinta tersebut, tiada akhir, melainkan terpisahnya nyawa dari jasad. Berdoa lah kepada Allah, moga dialirkan kesedaran dengan kuasa beramal dengan sunnah baginda. Beramal yang pada mulanya kita berjinak-jinak, pertengahannya diperbaiki, ditambahi, dan diberikan kuasa mujahadah hingga kita mati. yup. sehingga mati. 

Jika hari ini, kita hanya bisa tertarik untuk mengenal baginda, kita tertanya-tanya bagaimanakah baginda menjalani kehidupan seharian, kita terfikir, bagaimanakah keindahan akhlak baginda yang bisa membuatkan sesiapa sahaja yang punya iman dan hati yang jernih bisa menilai sebaik-baik manusia yang diqudwahkan kepada ummat ini, apatah lagi secara fizikalnya.. bagaimana susuk tubuh baginda ketika berjalan, makan, bercanda dll serta yang dikatakan wajahnya lebih indah dari sang purnama.. moga akhirnya, semakin kita mula mengenal fiziknya, kita makin jatuh , dan terus jatuh hati untuk mengamalkan segala urusan seharian berdasarkan sunnah baginda. 

Awal sunnah itu adalah berbudi pekerti mulia. mulai mengamalkan sunnah baginda dengan menjadi 'manusia'. Common Sense. Kejujuran. Manusia yang senang pada mata manusia, dan juga senang pada hati manusia. dan diteruskan dengan mengamalkan sunnah baginda dari segi ibadah. Terlalu banyak dalam perihal ibadah yang terkait dengan akhlak. Sebetulnya, ibadah membina jiwa yang luhur akhlaknya. Sepatutnya.Tetapi ujiannya pada hari ini kita melihat, ramai orang yang menjalani ibadahnya, namun akhlaknya seperti orang yang jauh daripada tuhan. Ibadah buahnya akhlak, maka harus diselarikan, moga terus menaik dan selari antara ibadah dan akhlak.

***
TIGA KUASA yang mampu mengubah sebuah kehidupan,
1.Kuasa Allah
2.Kuasa Kasih Sayang
3.Kuasa Doa
Adapun, kadang-kadang untuk mendapatkan keajaiban dua kuasa yang di atas, terlebih dahulu harus dimulai dengan kepercayaan tentang kemustajaban kuasa sebuah DOA.
Keep calm and pray.