Monday 20 January 2014

Short Simple Sharing from a dentist-to-be:#1Kenapa nak jadi dentist?

Alhamdulillah, sekarang hampir 2 tahun satu semester keberadaan saya di Jordan sebagai pelajar pergigian di Jordan Universiti Science dan Technology.Sekarang saya hampir menamatkan semester satu bagi tahun 3 pergigian.Moga Allah mudahkan baki 3 peperiksaan lagi untuk melunaskan semester yang agak mencabar ini.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit catatan ringkas berkenaan bidang yang sedang saya jalani ini.

Kenapa nak jadi Dentist ?

Terdapat banyak sebab kenapa kerjaya doktor gigi dipilih sebagai laluan pengajian.Antara alasannya adalah:

1.Minat.

Alhamdulillah, saya kira jika seseorang itu mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian kerana minat ,alasan ini cukup strong untuk anda berjaya dalam bidang ini.Apa-apa bidang sekalipun, jika minat didahulukan, saya yakin anda boleh membina satu laluan pengajian yang 'full of passion'.Sekalipun anda tidak minat, in sha allah by the time minat itu boleh dipupuk . Percayalah!

2.Pendapat yang lumayan di samping bertaraf profesional.

Pada pendapat saya, selain doktor perubatan kerjaya doktor gigi adalah kerjaya yang baik serta menjamin masa depan yang stabil.Selain di pandang tinggi masyarakat umum, kerjaya doktor gigi juga antara kerjaya yang boleh menjana pendapat lumayan khususnya bagi yang melibatkan diri dalam sektor pergigian swasta[nantikan perkongsian selanjutnya].Tetapi, untuk menjadi jutawan, kerjaya ini bukanlah kerjaya yang paling sesuai untuk anda!

*Nota:Jika anda adalah pelajar tajaan, anda dikehendaki menghabiskan atau melunaskan perjanjian mengikut penaja masing-masing.Saya sebagai pelajar tajaan JPA contohnya perlu melunaskan perjanjian bekerja selama 10 dengan hospital kerajaan. Syarat ini mungkin berubah mengikut status ekonomi serta dasar kerajaan.

3.Kerjaya yang bekerja mengikut office hour.

Ramai orang berminat untuk menjadi doktor.Tetapi menyedari hakikat doktor perubatan memerlukan komitment yang jauh luar biasa khususnya bagi seorang wanita, ada yang berpendapat kerjaya dentist adalah kerjaya yang paling sesuai bagi seorang wanita. Anda masih boleh menjadi doktor, dan ada juga mempunyai masa hadapan di bidang kerjaya yang lebih 'relax' untuk seseorang yang bakal bergelar seorang isteri dan ibu.Tetapi anda harus ingat, tokoh-tokoh doktor yang tampil dengan perkhidmatan sosial dan kemasyarakatan pada hari ini masih kurang dalam kalangan dentist, bahkan kebanyakkan tokoh-tokoh ini adalah dalam kalangan doktor perubatan.

Menjadi seorang dentist bukan jaminan untuk anda meluangkan lebih banyak masa dengan perkara selain bidang kerjaya anda tetapi bakal-bakal dentist harus bijak mengambil peluang ini untuk merancang masa depan mereka . Mungkin juga nisbah dentist adalah lebih sedikit dari doktor perubatan, tetapi saya yakin kedua-dua bidang ini mampu melahirkan doktor yang mampu mengubah serta mendidik masyarakat secara umum jika masing-masing mengenal dan menggunakan serta memanfaatkan kelebihan bidang masing-masing.

4.Pilihan ibu bapa.

Kebanyakkan ibu bapa mengharapkan anak mereka menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai pekerjaan yang stabil.Seperti bidang lain juga, bidang pergigian juga menjadi pilihan 'hot' ibu bapa untuk merealisasikan impian mereka.Bagi yang mengambil bidang ini kerana pilihan ibu bapa, pupuklah diri untuk minat mendalami bidang pergigian. In sha Allah, apabila kita mencari redha ibu bapa kita, Allah akan campakkan keredhaan dalam setiap langkah kita. Mungkin ada yang merasa terpaksa kerana lebih minat dengan  bidang lain, tetapi keep positive dan tanamkan minat. in sha Allah boleh! yosh!

Kesimpulan:

Kenal pasti sebab anda untuk menjadi seorang dentist. Niat dan  sebab inilah yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi prestasi anda ketika berada di bidang ini. Niat yang baik pastinya akan dipermudahkan sekalipun anda diuji di tengah-tengah jalan.

Akhir kata dari saya, Allah dah aturkan 'lukisan' yang terbaik untuk kita dan saya percaya, setiap lukisan yang 'indah' itu pastinya bukan dari garis-garis yang lurus semata[tanpa menafikan ada lukisan yang cantik terhasil dari hanya garis-garis lurus]. Pastinya 'lukisan' tersebut dipenuh corak-corak yang menarik serta titik yang menyambung setiap garis yang bengkok ataupun yang berlingkaran.

Teruskan berdoa, semoga 'lukisan' kita adalah yang terbaik untuk kita tebus kembali dengan nilai syurga-Nya!

Tuesday 14 January 2014

berselawatlah:2 pengalaman sepanjang berada di bumi urdun..

kisah 1

ketika menemani kak Izah HAz menguruskan urusan 'cucuk darah' di klinik[?]
masa fatrah SPB yang lalu...

kak izah membacakan nama-nama passport pelajar malizi untuk memudahkan urusan ammu untuk mengisi borang setiap pelajar...

"...... binti Muhammad...",kata kak izah kepada ammu yang sedang asyik menulis nama-nama junior dalam borang tersebut.

"..Allahuma solli 3la muhammad...",dengan spontan ammu tersebut berselawat sambil terus menulis nama-nama pelajar mazli yang akan mengambil darah sebentar lagi...

"..izah...pak cik tu selawat la... ",bisik aku kepada kak izah.
terpegun[baca:tersentap] seketika.

"..pok cik duo oghe nie meme juruh pun, dia akan selawat kalau setiap kali nama "Muhammad" di sebut.. namo ayoh oghe pun dia selawat jugok..",balas kak izah ala-ala seorang murabbi agung dengan loghat kelantannya.hiks...hehe

kisah 2

seharian berpenat mencari kedai pengurut wang di balad Amman,dah la esoknya raya aidil adha pertama kami di bumi jordan.. kami memutuskan untuk pulang ke Irbid sahaja..lagipun seorang kawan dah terpaksa berbuka puasa dek keletihan berulang alik mencari pengurut wang yang mahu menerima tarvel check kami.

mencari teksi untuk pulang.sekali di sapa seorang ammu menawarkan harga teksi ke Irbid dengan harga yang sedikit mahal daripada harga kami datang dari Irbid ke Amman.

puas bernego.kami bergaduh.ketika kami berpaling dari ammu tersebut dia memanggil sekali lagi menawarkan teksi pada harga yang sama.

"..aku dah bagi harga yang paling murah nie,kamu nak atau tak nak ? ",kata pak cik tu..
"..aku tak nak!tadi aku boleh dapat harga yang lagi murah dari harga kamu bagi...!",balas aku.geram.

at one point...

"...sollu ala nabiyy ammuu..!..",balas pak cik tu.

"..Allahuma solli ala muhammad...",balas aku.sentap. suasana yang tegang antara kami bertukar reda.tenang.

Allah.Allah.Allah... dalam hati aku yang sedang kesumat marah dengan pak cik yang tak faham yang kami memang tak nak naik teksi dia tiba-tiba aku rasa jantung aku seakan-akan perlahan-lahan berdegup. kencang bertukar perlahan.

Alhamdulillah... one of pengajaran kejadian tersebut yang masih segar diingatan aku... adalah kalau kita rasa nak marah sangat, cubalah untuk berselawat ..in sha allah hati akan tenang, rasa nak marah akan redha.. dan semenjak hari itu, setiap kali aku 'bergaduh' dengan ammu tak kira pak cik teksi atau sesiapa... aku menggunakan teknik yang sama..hehe...

tengah-tengah mana-mana ammu marah aku pun cakap.."..Sollu ala nabiyy ammu!..".Alhamdulillah setakat nie memang berkesan.ammu tersebut akan tersentap seketika.berselawat dan kembali tenang.hehe...

btw,last sekali kami tak naik pun teksi pak cik tadi...heh.

sekian.
Salam Maulidurrasul.
Perbanyakkan selawat.Ayuh kita bina minda separa sedar yang sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah dan berselawat dalam apa jua keadaan sekali pun.. ameen.

resolusi praktikal sempena maulid.

sedang berazam nak perbanyakkan selawat dan menggalakkan orang berselawat dengan menulis selawat dalam setiap entry,status,tweet[?].kita try.kita try. moga Allah redha...

AmnahArawi
 اللهم صل على سيدنا محمد

Monday 6 January 2014

saya is a dental student..

baru saya menjenguk halaman blog ustaz hasrizal,

lastest entry yang cukup dekat.i do feel the same thing.feeling like... hurmp.i wanna my life without facebook.seriously,i wanna it..but i get to stay with it....for some reasons,works,persatuan,lec note update, and every thing,almost everything i need to log in to get daily info and notis.............

i dont know,maybe ujian kecil untuk diri yang mudah culas dan tewas dengan scrolling out all the news,update,stories and pic..............................

i hope the only one 'diary' will not contribute much to all my sins that , yeah ,creating a good reason,or searching the good reason to stay with mr.fb... i dont know... but i hope the people can figure out somthin better in the future..

im tired enough with my ownself.

im a dental student.but i play much with the 'stuff' compare to the 'books' or 'ilmu'....

sincerely,admitted.


Saturday 4 January 2014

kenapa aku menulis ?


"..aku menulis...dan semoga tulisanku meMOTIVASI akal untuk berfikir,mengINSPIRASI hati untuk sedar dan mengAJARKAN anggota untuk bertindak.."-amnah

Wednesday 1 January 2014

2014 Jordan dan Malaysia.

Hari ini 1 Januari.

hari tahun baru,kerajaan Jordan mengumumkan kenaikan harga petrol dan minyak.

kenaikan umur secara tak langsung.berfikir tentang duit poket dan tajaan. Mungkin sudah tiba masanya bersungguh-sungguh menyimpan. demi masa depan. demi sikap yang perrlu diluruskan dari nafsu yang tidak kenal erti syukur.

pantas kenaikkan harga petrol ini membuatkan akubterfikir tentang beberapa perkara.

1.kelumit dan terdesaknya golongan pertengahan yang hidup di Jordan ini.pak cik teksi.alahai,nampaknya kena banyakkan berjalan dan bercoaster,latih untuk turun program awal jangan lewat.supaya anda tidak eprlu untuk menaiki teksi kerana lewat. kurangkan teksi,banyakkan berjalan.

2.ubah gaya hidup lenang.kurangkan berusrah di luar,masak lebih,rajinkan diri,tambah skill memasak pupuk rasa tanggungjawab.air tangan sendiri lebih memikat hati dari air tangan kedai.heh.

3.manage duit tajaan,mulakan sampul pembahagian.jimat.saving tetap.membudayakan menabung amalan mulia.serapkan dalam gerak kerja persatuan,hidupkan amalan sistem kutu.

4.read.think.and write some idea dan konklusion.istiqamah reading,think and write.gunakan medium facebook dan blog untuk improve skill membaca,berfikir dan menulis.

5.ikhlaskan diri belajar untuk faham.bukan untuk exam.fikir tahun depan dah nak masuk klinikal.really need good basic of knowledge,kurangkan pemakanan tak sihat.

6.jaga tahajjud,jangan tido lepas subuh,mengaji al quran,dhuha,tazkirah daily,kurangkan tidur,berpenat menuntut ilmu,jaga ukhwah,doakan ummi dan ayah.sayangi sahabat dan keluarga.

next:list to do in Malysia.one month lagi~