Tuesday 14 January 2014

berselawatlah:2 pengalaman sepanjang berada di bumi urdun..

kisah 1

ketika menemani kak Izah HAz menguruskan urusan 'cucuk darah' di klinik[?]
masa fatrah SPB yang lalu...

kak izah membacakan nama-nama passport pelajar malizi untuk memudahkan urusan ammu untuk mengisi borang setiap pelajar...

"...... binti Muhammad...",kata kak izah kepada ammu yang sedang asyik menulis nama-nama junior dalam borang tersebut.

"..Allahuma solli 3la muhammad...",dengan spontan ammu tersebut berselawat sambil terus menulis nama-nama pelajar mazli yang akan mengambil darah sebentar lagi...

"..izah...pak cik tu selawat la... ",bisik aku kepada kak izah.
terpegun[baca:tersentap] seketika.

"..pok cik duo oghe nie meme juruh pun, dia akan selawat kalau setiap kali nama "Muhammad" di sebut.. namo ayoh oghe pun dia selawat jugok..",balas kak izah ala-ala seorang murabbi agung dengan loghat kelantannya.hiks...hehe

kisah 2

seharian berpenat mencari kedai pengurut wang di balad Amman,dah la esoknya raya aidil adha pertama kami di bumi jordan.. kami memutuskan untuk pulang ke Irbid sahaja..lagipun seorang kawan dah terpaksa berbuka puasa dek keletihan berulang alik mencari pengurut wang yang mahu menerima tarvel check kami.

mencari teksi untuk pulang.sekali di sapa seorang ammu menawarkan harga teksi ke Irbid dengan harga yang sedikit mahal daripada harga kami datang dari Irbid ke Amman.

puas bernego.kami bergaduh.ketika kami berpaling dari ammu tersebut dia memanggil sekali lagi menawarkan teksi pada harga yang sama.

"..aku dah bagi harga yang paling murah nie,kamu nak atau tak nak ? ",kata pak cik tu..
"..aku tak nak!tadi aku boleh dapat harga yang lagi murah dari harga kamu bagi...!",balas aku.geram.

at one point...

"...sollu ala nabiyy ammuu..!..",balas pak cik tu.

"..Allahuma solli ala muhammad...",balas aku.sentap. suasana yang tegang antara kami bertukar reda.tenang.

Allah.Allah.Allah... dalam hati aku yang sedang kesumat marah dengan pak cik yang tak faham yang kami memang tak nak naik teksi dia tiba-tiba aku rasa jantung aku seakan-akan perlahan-lahan berdegup. kencang bertukar perlahan.

Alhamdulillah... one of pengajaran kejadian tersebut yang masih segar diingatan aku... adalah kalau kita rasa nak marah sangat, cubalah untuk berselawat ..in sha allah hati akan tenang, rasa nak marah akan redha.. dan semenjak hari itu, setiap kali aku 'bergaduh' dengan ammu tak kira pak cik teksi atau sesiapa... aku menggunakan teknik yang sama..hehe...

tengah-tengah mana-mana ammu marah aku pun cakap.."..Sollu ala nabiyy ammu!..".Alhamdulillah setakat nie memang berkesan.ammu tersebut akan tersentap seketika.berselawat dan kembali tenang.hehe...

btw,last sekali kami tak naik pun teksi pak cik tadi...heh.

sekian.
Salam Maulidurrasul.
Perbanyakkan selawat.Ayuh kita bina minda separa sedar yang sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah dan berselawat dalam apa jua keadaan sekali pun.. ameen.

resolusi praktikal sempena maulid.

sedang berazam nak perbanyakkan selawat dan menggalakkan orang berselawat dengan menulis selawat dalam setiap entry,status,tweet[?].kita try.kita try. moga Allah redha...

AmnahArawi
 اللهم صل على سيدنا محمد

No comments: