Friday 21 June 2013

|LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN|

|LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN|

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan. 

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut : 

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.

Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.

Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera. Apa-apa perkembangan akan kami update dari semasa ke semasa.

Sama-sama kita mendoakan mangsa yang terlibat terutamanya saudara Shukri Alias yang masih dalam keadaan kritikal. Al-Fatihah.

::Satu PERMAI Satu Hati ::

Thursday 20 June 2013

pascaUMRAH

too much ...smpai tak tertulis,setiap kali nak tulis mesti bercampur2 nak cerita itu dan ini..

at last,biarlah kenangan dan segala pengalaman di tanah suci ini melekat lama dalam ingatan,sekalipun tak tertulis di sini..

jika Allah izinkan,in sha allah ... one day ;) may Allah bless.

bumi madinah dan bumi makkah.
dua tanah haram yang pasti dirindui.

semoga bertambah kecintaan kepada Rasulullah,dan bertambah kuat mujahadah untuk mengikut sunnah baginda..semoga Allah terima segala amalan dan ibadah :)

"..setiap orang pengalaman mereka berbeda,tetapi tujuan kita sama..mardhatillah in sha allah.."