Friday 29 July 2011

Hati yang lupa kita Jaga

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian?bagaimanakah agaknya hati kita kita?

adapun teringat BK satu pesanan...sentap!tiba2 mendapat satu massage daripada akak usrah:

"..Kolej Islam Sultan Alam Shah (Official) Semoga anak-anak didik yang datang ke KISAS juga diberi kekuatan untuk menzahirkan diri sebagai pewaris generasi ulama' dan umara' yang kian hari kian senja..."
adapun hanyalah forward massage..jujur ingin BK katakan,terasa 'ini' merupakan teguran-NYA!huhu..alhamdulillah,terasa Allah masih ingin menjaga..tatkala hati yg keliru dengan prinsip diri..ditambah pengaruh sekeliling yang tak menduga..seakan-akan lemas dalam arus yang mengejut,mengalir laju..kekadang terasa terkapai-kapai..hilang arah tuju prinsipnya..
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
ketika Allah datangkan sahabat2 yang meminta bantuan untuk menjaga hati,untuk sentiasa mengingatkan mereka dengan tazkirah-tazkirah,nasihat2 serta massage2 rohani..maaf jika BK tidak mampu..kerdilnya terasa diri ini,kekadang kekangan masa itu juga membataskan..kekadang terlupa..adapun Bk sendiri sibuk menjaga hati sendiri..
hati manusia itu pinjaman dari Allah,adapun Dia lah yang berkuasa atas hati itu..sahabat,jagalah hati mu..jangan biarkan ketidakjagaan hatimu itu menyebabkan hati orang lain juga tidak terjaga..
adapun kita hendaklah berpesan-pesan dalam menjaga hati,namun aku juga mempunyai hati yang perlu dijaga,lantaran itu minimumkan penggunaan masa ku dalam menjaga hati mu,kerana aku juga perlukan lebih masa untuk menjaga hatiku sendiri..
pendek kata,jagalah hati mu,aku menjaga hatiku..
kenapa perlu jaga hati..?
hati yang di dalamnya penuh perkara haram,baik dari segi makanan mahu pun perbuatan,akan menjadi hitam dan gelap,lantas keras dan tidak mampu berfungsi untuk bergetar apabila mendengar nama Allah,tidak mampu tersentuh tatkala berbicara tentang-Nya..cuba tanya pada hati..bila kali terakhir kita sebak mentadabbur ayat-ayat cinta-Nya?bilakah kali terakhir pipi kita dibasahi air mata kekesalan?
rasailah hati anda sekarang.Adakah ia hidup?
sahabat-sahabat,
di manakah letaknya perasaan bahagia apabila kita bahagia?dari manakah kita merasai rasa lapang dan tenang apabila kita merasainya?
dari 'hati'.Itulah sumber yang mengalirkan segala perasaan,keluar mengharumkan kehidupan kita.Atas sebab itu,hendak menjadi manusia yang bahagia hendak atau tidak,penjagaan hati perlu menjadi prioriti.Maka suka BK bertanya.."Sahabat..Apa Khabar Hati?.."
sifat manusia itu lupa,maka tidaklah hairan kita lupa menjaga hati,tetapi jangan biarkan keterlupaan kita itu dibiarkan begitu sahaja,ia perlu di Top-up dengan usaha-usaha untuk menjaga hati..semoga dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ini..sedikit sebanyak memberi sumber kekuatan untuk kita menjaga hati..pohonlah kepada Allah..padaNya sumber kekuatan sebenar untuk menjaga hati..untuk terus istiqamah.. 
Maka suka BK bertanya..sekali lagi.."Duhai Sahabat..Apa Khabar Hati?.."
sama-sama kita perhati dan koreksi diri..
 
 
p/s:sejak dua menjak nie,kerap didatangi mereka2 yang bertanyakan soal hati..

 
kakak BK selalu pesan suruh baca doa nie....
"thabbit qulubana Ya Allah! "

Thursday 21 July 2011

USTAZAH jatuh cinta..

 assalamualaikum sahabat-sahabat..apa khabar iman?insyaAllah..moga baik segala..tangan2 agak gatal nak menari-nari menekan kunci-kenci keyboard..lantaran ada yang lebih penting yang perlu didahulukan..Bk hadir dengan satu post yang dicopy(Oh!..sekali lagi copy n paste..)...
post ini ialah PRE_ENTRY sebelum BK sempat menyiapkan entry yg sebenar..insyaAllah..dalam masa yang terdekat dalam usaha mengerjakan entry tersebut..
mungkin sedikit sebanyak diinspirasikan daripada Thursday Talk.."andai ini wasiatku"..oleh Ustaz Ridha dan Kak Ar khusnya..berupa pesanan-pesanan buat kita semua..
selamat membaca,khas untuk sahabat-sahabat dan akak2 yang menjadikan BK sebagai "rujukan"..(ceehh..huhuhu..hehehe..)..
 
Ustazah jatuh Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.
 
...Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. 
Namun sebaliknya.
 
Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
 
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
 
Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
 
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
 
Alangkah kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. 
Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
 
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia..
 p/s:BK,terjebak jua dalam post "cintan-cintun"(hasil catatan tazkirah/pgisian cintan-cintun di INTEC mungkin..adeyh..)..huhu..maaf BK tak ANGAU!.. 

"..di mana Allah..?letakkan Allah di hatimu.."

Saturday 16 July 2011

NISFU SYA'BAN..kita 'prasan' sibuk!

assalamualaikum...
tetiba rase terpanggil untuk share artikel ni..mungkin sebab diri sendiri yang 'diingatkan' bukan 'mengingatkan'...ramai jugak yang bertanya..OH!malunya...sungguh kita nie manusia yang 'prasan sibuk'..

Disediakan oleh :

1. Ustaz Salman Maskuri
2. Ustaz Syed abdul Kadir al joofre
3. Ustaz Abu Muhammad
4. Ustaz Elman Syud
5. Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin


Apakah Kelebihan sya'ban

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟

ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa."
(Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan sya’ban:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:
كان يصوم شعبان كله


"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban."
(Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا


" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban."
(Hr Nasaie)

Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان


"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan."
(Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا


"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa."
(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه


"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

1. Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

2. Nabi saw bersabda:

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن


"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah."
(Hr Ibnu Majah - hasan)

3.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ
رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan)Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu(atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan(malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
4.


عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah)dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

5.

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ
شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :“Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.


Malam Nisfu Sya’ban adalah antara malam yang dikabulkan doa

Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."


Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Cara Salafussoleh menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban :

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid. Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.”

Imam Ibnu Taymiah juga berkata:

"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik."
(Majmu'ul Fatawa 131/23)


Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Apakah dibenarkan membaca Surah Yasin 3 kali di Malam Nisfu Sya’ban ?

Jawapan yang diberi oleh Mufti Mesir (Dr Ali Jum’ah) :

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod(menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" -
متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-tamat


kesimpulan:

Oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.


Rujukan:

1. Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily
2. Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim.
3. Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

p/s:sejauh mana kita KUAT untuk RAMADHAN,bermula dari PERANCANGAN di bulan SYA'BAN..jom!saling berpesan,sungguh kita manusia lupa..= )

Thursday 14 July 2011

MERAJUK mesti PUJUK

assalamualaikum...alhamdulillah,akhirnya..dapat kembali ke KKJ..setelah melalui beberapa frasa yang BK kira banyak mengajar erti kematangan dan membuka mata dan hati..

p/s:post ini untuk mereka yang 'mahu'..bukan yang nak 'tahu'..untuk kupasan yang berat seiring dengan level diri anda,sila ke blog lain..hehe..=P(sejujurnya KKj adalah tempat untuk menimbulkan rasa "mahu",bukannya "tahu")

BERTEMU dan BERPISAH kerana Allah..

..kerana aku antara mereka yang meletakkan ukhwah sebagai asas ikatan,kerana aku antara mereka yang menemui 'turning point' melalui ikatan sinergi..maka duhai sahabat2 jangan kau uji diri ini dengan bibit perpecahan..

malang amatlah kepalang..kecewanya bagai air di dalam bekas,yang telah lama diam..tiba2 digongcang bagai mahu terpecik segala...sungguh,lantaran sifat air yang walaupun dicincang tidak akan putus..maka tetap molecule2 H2O itu kukuh dengan ikatan hyrogen bond..

kerana apa?kerana dasarnya akidah,hanya kerana Allah..dan kerana matlamatnya arasyh-Nya..moga kita antara yang mendapat syafaatnya..

sahabat..?apa kau kira aku ini kuat?..dari luar mungkin itu yang engkau nampak.. jangan tertipu..diamnya aku bukan bermaksud aku setuju,diamnya aku kerana berfikir,tentang kita..perjalanan kita..kehidupan kita...

oh!.......sahabat,apakah kau lupa,siapa yang mengurniakan nikmat?apa kau bisa menidakkan semuanya datang daripada Allah...?maka carilah sumber kekuatan daripada Allah..sejauh mana kau meletakkan "tali gantung" mu kepada Allah....jangan engkau tenggelam dalam nikmat..seperti mana setelah aku hanyut dan hampir lemas dalam fikiran dan nafsu akal logikku suatu ketika dahulu..jangan engkau ulangi kesilapan yang telah aku lakukan..hilang arah,lantaran lambatnya aku melakukan proses mencari turning point itu..

sejauh mana kamu meletakkan cinta kamu kepada Allah..?tatkala kamu kesedihan,lemah..tidak ada yang lain kamu fikirkan melainkan untuk bertemu denganNya..

mohonlah kepada Allah..bukankah sudah terlalu banyak permohonanmu telah diterima?jangan ragu2...


MERAJUK?Mesti PUJUK..

mahu merajuk..?merajuklah..tapi ingatlah hati mu itu perlu segera dipujuk..layanlah rajukmu itu sekadarnya,buat ketenangan..tetapi ingat!jangan lambat-lambatan..pujuklah hati mu dengan mencari hikmah,pujuklah diri dengan memandang nikmatNya..terlalu banyak bukan?insyaAllah..pujukkan mu itu akan mematahkan ego rajukmu...

aku merajuk..?kalau nak ikutkan rajuk di hati..mati hati dimakan sumpah..keras hati berhias titik2 hitam..rajuk itu dari syaitan,pujukan itu dari hati..maka

sahabat2,JAGALAH HATI dengan MENJAGA HUBUNGANMU dengan Allah..sungguh,di sepanjang perjalanan ini yang masih jauh...insyaAllah..akhirnya SYAITAN yang akan MERAJUK..


p/s:tidak aku temui bidang yang lebih aku minati setelah bidang kajian hidup melainkan bidang ini..

Monday 11 July 2011

KEMENJADIAN MUSLIMAT GEN55 [Latest Update 2012]

USIM




  1. Syahirah Illyanee [Perubatan]
  2. Aimi Syairah bt. Ismail [Perubatan]
  3. Nisa' Asyiqin bt Jamal [Perubatan]
  4. Muna Tasnim Bt. Khairuddin [Pergigian] JPA
  5. Nur 'Afifah Zarime [Pergigian] JPA
  6. Putri Nur Sarah Syahirah Binti Sulaiman [Pergigian]
  7. Nur 'Aqilah Abd Rahim [Pergigian]
  8. Nor Insyirah Hamdan [Sains and Teknologi]
  9. Sri Nur Athirah [Sains dan Teknologi]
  10. Nur Syafiqah Zakaria [Sains dan Teknologi]
  11. Nur Laila [Sains and Teknologi]
  12. Anis Syazwani binti Abdul Halim [Sains and Teknologi]
  13. Nur Ili Asilah [Perakaunan dan Muamalat] JPA
  14. Nur Atiqah Azmi [Prakaunan dan Muamalat] JPA
  15. Izzah Syahirah [Perakaunan dan Muamalat]
  16. Asyikin Azman [Perakaunan dan Muamalat]
  17. Anis Amirah Binti Zakaria [Syariah dan Undand-Undang]
  18. Nur Atheefa Sufeena binti M.Suaree [Syariah dn Undang-undang]
  19. Nor Sahira Kanuri [Syariah n Undang-undang]

UM
  1. Fadlin Sakina
  2. Aliah Jalil / Fd. Biological Science (Pharmacy?) / pasUM / JPA
  3. Kamilah Hanani Kamin / Asasi Sains Fizikal / UM
  4. Liyana zain / asasi sains hayat
  5. ROBIATON ADAWIYAH BINTI ABD LATIF/ asasi Pend Islam/ APIUM/ JPA
  6. Nur Syamimi Zawani / asasi pengajian islam dan sains / UM nilam puri
  7. NOR SAKINAH BT KAMARUDIN/ASASI PEND ISLAM/APIUM
  8. Nor Syafiqah Samsudin / Persediaan Engineering ke JEPUN / JPA

UIAM
  1. Nurul Atiqah binti Mansuruddin / Asasi Sains Hayat / CFS IIUM, Petaling Jaya 
  2. Nur Aliah bt Saad / Asasi kejuruteraan dan sc komp / UIAM PJ
  3. Syahirah binti Hanizam / Asasi kjtraan n sc komp /UIAM PJ / JPA
  4. Nurain Fazlini bt Ilias/Asasi b.arab/UIAM
  5. Nurul Nazihah bt Khairuddin/Asasi Sains Hayat/UIAM
  6. Syazwani Jamal Abidi- Asasi bahasa arab/ cfs iium nilai
  7. Nurbaihah Syafika Mohamad Basri-Asasi sains hayat-uia pj
  8. Siraj Munirah bt Ahmad Fauzi/Fd. Allied Health Sciences/UIAM, Petaling Jaya/-
  9. Siti salwa binti arshad/Asasi sains fzikal/uiam petaling jaya..
  10. Nur Suhadah Abu Naim / Asasi bahas Arab / UIAM
  11. Nur Sakinah Najihah Mahmud / Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan / CFS IIUM Nilai
  12. Sairatul najieha saharudin/asasi ilmu wahyu (IRK)/UIAM NILAI
  13. Noor Nabilah bt Sahaumi/asasi kejuruteraan dan sc komp / UIAM PJ
  14. Ulfa humairah/AHS/CFS IIUM PJ
  15. Sarah aizuddin/ AED / CFS IIUM PJ
  16. Ain fatihah/asasi ilmu wahyu (IRK) /UIA NILAI
  17. Najwa naim /BIO SC /CFS IIUM PJ
  18. Hanis auni liyana / ECONS / UIA NILAI
  19. Fatimah abdul / eCONS / UIA NILAI
  20. Shahira ammar / econs / uia NILAI
  21. Shahida yaakob /econs/ uia nilai..
  22. Farah rozi / BENL /UIA NILAI
  23. 'Asyura binti mohd. reza/bio scince/UIAM PJ
  24. Husna salsabila mahayudin/law/uia pj

UITM
  1. Nur Amirah bt Nurazizi/ Dip. Sains Aktuari/ UiTM Perak, Kampus Tapah/ -
  2. Amirah bt Idris/ Dip. Sains Aktuari/ UiTM Perak, Kampus Tapah/ -
  3. Syazwani Izzati Mohd Nasir/ Dip. Perakaunan/ UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah/
  4. Asna Nabila Binti Rosli /CBA - CIMA/UiTM Shah Alam/MARA
  5. Shamila Binti Mansor / Dip. Farmasi / UiTM Kampus Bertam /
  6. Aifa Nadhirah bt Muhammad Sazri/Asasi Sains/UiTM Kampus puncak alam
  7. Syafiah binti Jaafar /Asasi Undang-Undang / UiTM Kampus Kuantan 
  8. Adilah Rosli / Asasi Sains / UiTM Puncak Alam
  9. Nor Asyikin binti Kamarudin/Asasi Sains/UiTM Kampus Puncak Alam
  10. Nurul Ain binti Badrul Hisam / Asasi SC / UITM Puncak Alam
  11. Nurezzati Nabihah binti Abdull Latip/Asasi SC/UITM puncak alam
  12. Siti Aiyshah binti Shahid/Asasi SC / UITM Puncak Alam
  13. Farah Razak - CIMA (accounting) / UiTM Shah Alam/ MARA
  14. Nabila Huda - CIMA (accounting) / UiTM Shah Alam/ MARA
  15. Dir Rathna Athirah Kamarudin/Asasi Sains / UITM Puncak Alam
  16. Ainishahirrah Khosidi/ asasi sains / uitm puncak alam
  17. Nurul shahirah bt Mohd Hussin / asasi sc / uitm puncak alam
  18. Siti tasnim makhtar / asasi sains / uitm puncak alam
  19. Nur Amirah Hajidah bt. Said /dip. fisioterapi /uitm puncak alam
  20. Nik Nur Adnin Binti Karim/ Asasi Undang-undang/ uitm shah alam
  21. Nor Hidayah Rosli / Asasi Undang-Undang / UiTM Shah Alam
  22. Nor Liyana Harun / asasi undang-undang / uitm shah alam
  23. Zatusy Syamam - UiTM ( asasi sains )
  24. Norfatina bt Mustaffa/Dip Farmasi/UiTM Pulau Pinang/JPA
  25. Nik Norhasmaniza bt Nik Hassan/Dip Farmasi/UiTM Pulau Pinang
  26. Aqielah Rabbaniyah Abdul Rashid / Dip Sains / UITM Kuala Pilah

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
  1. AINUR ADHWA BT ABD RAHAMAN / TESL
  2. Nor Solehah Baharudin/IPG Kampus Islam(KI)/Bahasa Arab
  3. NUR JANNAH ABD RAHMAN / TESL

MATRIK
  1. Noranisa binti Muhamad / program perakaunan / Kolej Matrikulasi Selangor / 
  2. Nor Sa'adah bt Mamat / program sains / Kolej Matrikulasi Perlis
  3. Siti Zuhairah Zulkepli / kolej matrikulasi selangor / sains
  4. Norliyana bte suleiman / kolej matrikulasi selangor/sains
  5. Hanis Aliaa Hidzir / Sains / Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  6. Nor Fadhilah Binti Meor Yusof/Kolej Matrikulasi Selangor/Sains
  7. Ummi Nadhirah
  8. Afiqah Amnani - Matrik Penang
  9. Shafiqah Supangat - Matrik Johor
  10. Najhah-kolej matrikulasi pahang/ sains
  11. Wan Nurul Hakimah- kolej matrikulasi pahang/sains
  12. Fatin Hanani bt Adlan / Kolej Matrikulasi Selangor
  13. Nur Zafirah Azmy - Kolej Matrikulasi Perak
  14. Ana Afifah Ibrahim - Kolej Matrikulasi Pahang
  15. Siti Nur Athirah Ibrahim - Kolej Matrikulasi Johor / Asasi Sains
  16. Nurul Hanna adzhar - kolej matrikulasi selangor / prog sains
  17. Ili nadhirah - kolej matrikulasi selangor / prog sains
  18. Ruhi Najjua Shahira Ramli - Kolej Matrikulasi Perlis - Sains
  19. Nur Shasharina 
  20. Nor Fadhilah Juhari / Kolej Matrikulasi Perlis
  21. Siti Syahirah Razali - Kolej Matrikulasi Perak

STPM/STAM
  1. Imraatul Azizah - Raja perempuan Ipoh (aliran Sains)
  2. Ain Zuhaili Mat Nuar-kolej islam sultan alam shah

UNIMAS
  1. Nooraina bt Assan/Asasi Sc Hayat/Unimas
  2. Nur Huda mOhd zin/asasi sc hayat/unimas
  3. Nor Eizzah Alia bt Mohd Nafi/Asasi Sains Hayat/ unimas

UNISZA
1.Aferatul Abidah Azuddin- Dip Pengajian Islam n Teknologi Maklumat/UniSZA T'ganu,Kampus                                           Gong Badak
2.Nor Syahirah Nordin- Dip Undang2/ UniSZA T'ganu

UPNM
 1.Raja Asilah Hazwani/upnm/sc tech pertahanan

UPSI
1.  Raja Rusma Ayuni Binti Raja Bungsu- Dip. sains(matematik)

UNIKL
1. Halimaton Saadiah binti Rachmad Aris-diploma of engineering technology in avionics maintenance/UNIKL

UPM
1. Nurul Nabihah Ismail / asasi sains pertanian


MSU
1. Noor Aqeela binti Othman Talib / foundation medic / MSU / MARA

INTEC
  1.  Hamizah Mohd Khusairi / ADFP (Econs US)/ Intec/ MARA
  2.  Adlin Izyana Jaafar/ADFP(Econs US)/ Intec/ MARA
  3.  Siiti Amnah Deraman/ Middle East Programme (Dentistry Jordan)/ Intec/ JPA
  4.  Siti Sarah Ahmad / Middle East Programme(Medic Mesir) /Intec / JPA
  5.  Farhana Azmi/ Middle East Programme (Dentistry Jordan) / Intec/ MARA
  6.  Nur Farhanah Rakbi /Middle East Programme (Dentistry Jordan)/ Intec / MARA
  7.  Nora Maizura Ahmad / Middle East Programme (Islamic Banking Jordan)/ Intec/ JPA
  8.  Fathin Shalihah  / ADFP,ACTP (Petroleum Engineering US) / INTEC / PETRONAS
  9.  Nur Amalina Mustaffa / Middle East Programme (Medic Mesir) / INTEC / JPA
  10.  Nadhrah Zulfa Abdul Aziz / Middle East Programme (Medic Mesir) / INTEC /JPA
  11.  Nusaibah Abdullah / Middle East Programme (Medic Mesir) / INTEC /JPA
  12.  Siti Nur Sabiha Ahmad Fadzil / Middle East Programme (Medic Mesir) / INTEC / JPA
  13.  Nurul Firdaus Hanafee / Middle East Programme (Medic Mesir) / INTEC / JPA
  14.  Raihan Najwa Mat Napi / Middle East Programme (Medic Mesir) / INTEC / JPA
  15.  Nur Adila Mohd Shukri / Middle East Programme (Medic Jordan) / INTEC / JPA
  16.  Najwa Huda Shaharil / ACTP (Physics USA) / INTEC / JPA
  17.  Nur Hadaina Binti Abdul Jalil / AUSMAT (Accounting Australia) / Intec / PETRONAS
  18.  Nur Amalina Omar / AUSMAT (Mechanical Eng.) / Australia / INTEC / Petronas
  19.  Nurasyikin Jasman/ A Level (medic india)/ INTEC/ JPA
  20.  Asyiqin Aiman binti Nordin/Middle East Programme (Medic Mesir)/INTEC/JPA
  21.  Nur Syazwaniss / A Level (medic india)/ INTEC/ JPA
  22. Amirah Shaharuddin / A Level (Medic Ireland) / INTEC / JPA
  23. Nur Fatin Shahrom / Middle East Programme / INTEC / MARA

KOLEJ MARA BANTING
  1.  Nurul Iman Al Ameen / Medic/ IB / KMB/ MARA
  2. Auni Farzanah / IB/ perubatan / KMB / MARA
  3. Hanifatin Saiduikhwan / Medic/ IB / KMB/ MARA

KOLEJ MARA SEREMBAN
  1.  Najihah Haron / IB / Math / KMS / MARA
  2. Jazilah Amira / TESL / A- Level / KMS / MARA

KOLEJ MARA KUALA NERANG
  1. Murshidah Mohd Razali / Foundation Biological Science (Medic) / KMKN / MARA

TAYLORS COLLEGE
  1. Aina Mardhiah / ACTP (Econs US) / Taylors College / JPA
  2. Nurul Aiza Amira / AUSMAT (Special Education) / AUSTRALIA / IPG (PPC)

KYUEM
  1.  Nor Diyana Amalina Nor Khalid / A level (medic UK) / KYUEM / Biasiswa Nasional

KBU
  1. Nur Dienna Mahadzir / KBU / a level / UK / KBU sship

KTT
  1. Fatimah Az- Zahrah Tuan Abdul Wahab/MEP (Medic Mesir/ KTT / MARA

JAIS
  1. Dzaty 'Adlin Md Jalil / (Pendidikan Islam Jordan) / JAIS

GMI
  1. Siti Auji Ashari / A-Level (Engineering) / GMI / MARA

DQ

1.   Nur Fatin Nada binti Ab Hamid/ DQ -> UIA (allied health sciences)

PRIVATE


1.    Sayyidah Taqiyyah-Usuluddin (Jordan)
2.    Syifa' Hana - Pengajian Islam (Morocco)
3.    Ieman Fadzil - Dentistry (Mesir)
4.    Nur Emilin binti Jeprizin - Medik (Mesir)




INSTITUT BAHASA TEIKYO

1.   Farah Aqilah Azmi / economics and finance / JPA 

local=117
overseas=39
jumlah=156
batch=157
jumlah belum kemaskini=1


Monday 4 July 2011

Dakwah itu cinta..



Memang seperti itu dakwah.
Dakwah adalah cinta...
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Sampai fikiranmumu...
Sampai perhatianmu..
Berjalan, duduk, dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. 

Tentang umat yg kau cintai..
Lagi-lagi memang seperti itu..
Dakwah. Menyedut saripati tenagamu..
Sampai tulang belulangmu. 
Sampai daging terakhir yg menempel ditubuh rentamu. 
Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. .. 
Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari... :(
Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. .
Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah....

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. 
Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat dalam kerahmatan 
Tidak ada lagi orang miskin yg meminta sedekah. 
Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Terpanar membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. 

Tubuh yang segar bugar itu sampai lunyai.
Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. 
Adakah memang itu yang diharapkannya;
mati sebagai jiwa yang tenang.

Dan di diemukan akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasapun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legenda di sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… 

justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke manapun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. 

Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka...

Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik. 
Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeria! 
Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. 
Bukannya tidak cinta pada Abu Bakar.
Tapi seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. 

Dan menjadi semacam tonik bagi iman..Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memperkayakan amalnya adalah mujahid yang telah berjaya. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. 

Karena tidak setiap saat mereka memproduksikan karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka menjadi tumpuan untuk didoakan mewarisi para mujahid sejati, 

“Ya Allah, berilah Kami petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh . Jasadnya di koyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta…Mengajak kita untuk terus berlari…!

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

"Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunyaharus mengalah."

In memori.. Almarhum K.H Rahmat Abdullah


by:kak yati..=)