Friday 29 July 2011

Hati yang lupa kita Jaga

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian?bagaimanakah agaknya hati kita kita?

adapun teringat BK satu pesanan...sentap!tiba2 mendapat satu massage daripada akak usrah:

"..Kolej Islam Sultan Alam Shah (Official) Semoga anak-anak didik yang datang ke KISAS juga diberi kekuatan untuk menzahirkan diri sebagai pewaris generasi ulama' dan umara' yang kian hari kian senja..."
adapun hanyalah forward massage..jujur ingin BK katakan,terasa 'ini' merupakan teguran-NYA!huhu..alhamdulillah,terasa Allah masih ingin menjaga..tatkala hati yg keliru dengan prinsip diri..ditambah pengaruh sekeliling yang tak menduga..seakan-akan lemas dalam arus yang mengejut,mengalir laju..kekadang terasa terkapai-kapai..hilang arah tuju prinsipnya..
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
ketika Allah datangkan sahabat2 yang meminta bantuan untuk menjaga hati,untuk sentiasa mengingatkan mereka dengan tazkirah-tazkirah,nasihat2 serta massage2 rohani..maaf jika BK tidak mampu..kerdilnya terasa diri ini,kekadang kekangan masa itu juga membataskan..kekadang terlupa..adapun Bk sendiri sibuk menjaga hati sendiri..
hati manusia itu pinjaman dari Allah,adapun Dia lah yang berkuasa atas hati itu..sahabat,jagalah hati mu..jangan biarkan ketidakjagaan hatimu itu menyebabkan hati orang lain juga tidak terjaga..
adapun kita hendaklah berpesan-pesan dalam menjaga hati,namun aku juga mempunyai hati yang perlu dijaga,lantaran itu minimumkan penggunaan masa ku dalam menjaga hati mu,kerana aku juga perlukan lebih masa untuk menjaga hatiku sendiri..
pendek kata,jagalah hati mu,aku menjaga hatiku..
kenapa perlu jaga hati..?
hati yang di dalamnya penuh perkara haram,baik dari segi makanan mahu pun perbuatan,akan menjadi hitam dan gelap,lantas keras dan tidak mampu berfungsi untuk bergetar apabila mendengar nama Allah,tidak mampu tersentuh tatkala berbicara tentang-Nya..cuba tanya pada hati..bila kali terakhir kita sebak mentadabbur ayat-ayat cinta-Nya?bilakah kali terakhir pipi kita dibasahi air mata kekesalan?
rasailah hati anda sekarang.Adakah ia hidup?
sahabat-sahabat,
di manakah letaknya perasaan bahagia apabila kita bahagia?dari manakah kita merasai rasa lapang dan tenang apabila kita merasainya?
dari 'hati'.Itulah sumber yang mengalirkan segala perasaan,keluar mengharumkan kehidupan kita.Atas sebab itu,hendak menjadi manusia yang bahagia hendak atau tidak,penjagaan hati perlu menjadi prioriti.Maka suka BK bertanya.."Sahabat..Apa Khabar Hati?.."
sifat manusia itu lupa,maka tidaklah hairan kita lupa menjaga hati,tetapi jangan biarkan keterlupaan kita itu dibiarkan begitu sahaja,ia perlu di Top-up dengan usaha-usaha untuk menjaga hati..semoga dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ini..sedikit sebanyak memberi sumber kekuatan untuk kita menjaga hati..pohonlah kepada Allah..padaNya sumber kekuatan sebenar untuk menjaga hati..untuk terus istiqamah.. 
Maka suka BK bertanya..sekali lagi.."Duhai Sahabat..Apa Khabar Hati?.."
sama-sama kita perhati dan koreksi diri..
 
 
p/s:sejak dua menjak nie,kerap didatangi mereka2 yang bertanyakan soal hati..

 
kakak BK selalu pesan suruh baca doa nie....
"thabbit qulubana Ya Allah! "

4 comments:

aizat al jauhari said...

susah la nak jaga hati.. tp ana dapat satu pesanan yg berharga dr seorang sahabat "jgn penjara hati sbb skali ia terlepas segala benda ia inginkan tp belai la ia dgn belaian iman sbb ia akan lembut walau di mana ia berada.. sbb tu kita tgk knapa time kat kisas baik tp kat luar sebaliknya.. sbbnya dia penjara hati bukan belai dgn iman.." semoga dapat hati yang dalamnya hanya Allah..

hamba-Dia said...

maaf tak fhm sgt..

aizat al jauhari said...

baru perasan.. ramai org x faham ble aizat al jauhari cakap.. x pe la.. lama2 faham kot..

Miss teddY said...

terima kasih, ada kebenarannya disaat diri ini terumbang ambing berperang dengan diri untuk kembali kejalannya....