Wednesday 14 September 2011

Pesan Akak untuk adik2..

Assalamualaikum..sahabat2 dan adik2 yang dikasihi,,Bk gagahkan jua jari jemari untuk mengetuk papan kekunci,,untuk menitipkan beberapa pesanan buat adik2 khususnya..

awal lagi nak ckp psal SPM ?
tak lah..ok lah nie..jangka masa trial negeri to REAL spM ADALAH tempoh masa yang paling sesuai nak refresh niat kite..hmmm..

kenapa skarang tulis entry pasal nie?
..oo..sbb tak sempat nak jenguk adik2 for da last time,lagipun entry nie special edition..hehe..kot2 tak igt nak tulis…mklumlah ilham tu dtg mase nie..tulis je la..hehe..lagipun tak rse nanti kat urdun dapat mengupdate blog..*ade la kekangan skit bila dah smpai sana..mungkin..harapnya kekangan tu dapat diatasi*

Adik2,
Cepat sungguh masa berlalu,dalam tempoh ini..luang masa untuk menjejak kaki ke bumi waqafan terasa begitu cemburu sekali..alhamdulillah,sempat jua pergi secara tidak sengaja pada bulan ramadhan lalu..huh!walaupun sorang2,rasenya sangat berbaloi..dapat berjumpa dengan adik2 buat kali terakhir sebelum fly,entah bila lagi dapat bersua..hidup kita anugerah,masa kita adalah nikmat,usia kita hanya pinjaman..tak siapa tahu..mungkin kita akan berjumpa lagi,atau mungkin tidak..hanya Allah yang tahu..

Adik2,
Macam yang akak2 pesan…ingat study elok2,apa yang paling penting ikhlas,jaga keberkatan..itu rahsia sebenar..akak pun bukannya terror sangat,bukan stret A+ pun(jeling2 kat sahabat A+)..tapi dik,kebahagiaan setiap orang tu berbeza-beza..ade yang dapat stret A  pun dah cukup membuatkan seseorang itu gembira,adapun stret A tanpa  A- sekalipun mungkin ade yang tidak bahagia dengan keputusan itu..terpulang kepada seseorang menerima atau melihat keputusan SPM tuu..hmmm

Adik2,
SPM,merupakan satu medan terbaik untuk adik2 mendekatkan diri kepadaNya,meletakkan kebergantungan kepada Allah sepenuh-penuhnya..tiada lain tempat adik2 bergantung melainkan kepada Allah..percayalah adik2..ikhlaskan niat adik2,kenapa adik2 nak berjaya dalam SPM..adakah sebab nak megah ? atau bagi adik2 result SPM gempak adalah kepuasan yang nyata selepas berusaha dengan gigih..?..mungkin ada sebab lain..terpulang lah masing2 mempunyai sebab masing2..tapi dengan syarat,kejayaan yang diimpikan kan itu hendaklah di sandarkan kerana Allah..

Contohnya,jika adik2 nak result SPM yang gempak sebab nak hadiahkan kat mak ayah yang dah banyak berkorban untuk adik2,niat adik2 nak redha mak ayah..kenapa nak redha mak ayah ? sebab nak redha Allah..bukankah redha Allah terletak pada redha mak ayah ?begitulah signifikannya..akhirnya niat kita itu membawa adik2 kepada pencarian mardhotillah..ameen..semoga Allah permudah segala urusan..

Adik2,
satu lagi benda penting yang adik2 kena ingat..apa2 yang kita dapat hari nie,bukanlah semata kerana jerih payah usaha kita,tetapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah..REZEKI ALLAH..apa2 pun result Trial adik2..fokus utk SPM yang sebenar..mohon Allah murahkan rezeki..

Adik2,
Ilmu itu cahaya,dan cahaya Allah tidak menunjukki orang yang maksiat.Adik2,kita nie manusia yang lemah,kekadang terlalu banyak salah..sedar mahupun tidak sedar..hakikatnya,menjaga hubungan dengan Allah itu sangatlah penting seterusnya menjaga hubungan dengan  manusia..jangan segan2 nak mintak maaf..berlapang dada dengan sahabat2,jaga hati..jaga perasaan..mase nie syaitan cam cucuk jer..macam2 bleh jadi dalam keadaan yang tertekan,stress nie..moga tenang menghadapi cabaran..=)

Adik2,
SPM itu sangat mempengaruhi dunia seorang pelajar sejujurnya,kerana ia mampu membuatkan kite dekat dengan Allah,ia juga mampu membuatkan kita mempertuhankan akademik semata..mampu mengeratkan ukhwah adik2 dengan sahabat2,juga mampu mengoncang iman adik2 dalam bersilaturrahim..
Pesan akak,even dengan mak cik DM pun adik2 kena berlapang dada,berbuat baiklah dengan orang sekeliling.. banyakkan bersabar..jangan pentingkan diri sendiri..jika adik2 rasa adik2 mampu berjaya sorang2,percayalah walaupun adik2 berjaya,kejayaan itu sekali pun tidak terasa manis sepertimana adik2 berjaya setelah sama2 berganding bahu,bantu membantu dalam mencapai kejayaan..

Adik2,
akak tidak berhajat untuk menulis panjang dek kekangan masa dan waktu..insyaAllah,ingat pesan akak2 ,cikgu2,ingat harapan mak ayah…masih belum terlambat untuk tajdidkan niat..dan ingatlah adik2 SPM bukanlah segala2nya..namun SPM yang menentukan segala2…siapa adik selepas ini,bidang apa pilihan adik selepas ini..jangan lupa,kena ingat sekarang usaha setakat yang mampu..bijak mengatur masa dan strategi..
bertawakkal setelah berazam dan berusaha bersungguh-sungguh..jika adik2 rasa masih banyak belum cover,selama nie busy dengan tugas2,amanah dan tanggungjawab..insyaAllah..doa banyak2 Allah permudah segala urusan..ingat adik2..doa  senjata orang mukmin!..

Adik2,
Maafkan akak2 sebab tak mampu jadi contoh yang terbaik,hanya sedikit nasihat yang mampu diberikan..moga2 menjadi ubat,dalam kelesuan adik2 struggle utk SPM..insyaAllah akak2 doakan adik2 berjaya dalam SPM,dan dapat melakar perjalanan hidup adik2 selepas ini dalam menuju matlamat kita yang terakhir ..walaupun jalan kita berbeza selepas ini insyaAllah akhirnya nanti kita berjumpa lagi di syorga sana!

Catatan khusus untuk adik2 usrah,adik2 omar,adik2 lain..maaf akak mampu merancang..Allah jua yang mengatur..kita manusia,hanya mampu membuat jadual,adapun kita hanya ada satu pilihan..iaitu mengikut jadual Allah..

insyaAllah,sape2 yang nak pi Jordan tuu..akak tunggu kat sne yer..hehe…(:

tak lupa buat akak2 STAM yg dah nak dekat exam tuu..wat elok2..nanti c u in middle east..(:

p/s;byk senanya nk kongsi…tapi gagahkan jua tulis entry desakkan sahabat2 yang meminta untuk update KKJ,terasa mahu cuti satu tahun..hehe..xpe lah..macam tak jadi jer..hehe..tengoklah..selagi Allah bagi ilham insyaAllah…terima kasih kepada sahabat2 yang setia memfollow blog nie..

*sape2 yang rase nak update blog tapi xde idea,jom buat entry nak boost semangat junior2 yang dah nak SPM ..hehe..ok tak ?..

Sekian.assalamualaikum…=) 4.10 ptg.dlm kereta.on.da way nak pi kuala lumpur.esok pagi bertolak ke Jordan.doakan!Rabbi Yassir Wala Tuassir..

Tuesday 13 September 2011

Ibrah itu indah~preview

baru blaja edit guna picnic~tak memuaskan hati,tapi saje nak share~

Friday 2 September 2011

My Last post :Maybe..=,=

assalamualaikum ustaz ustazah yang sedang membaca entry terakhir BK...terima kasih untuk masa anda.moga  mendapat manfaat yang berbaloi..insyaAllah..syukur kepada tuhan yang mengurniakan ilham untuk terus menjadikan KKJ sebuah 'kolej' yang berprestasi tinggi..selamat membaca..bait2 terakhir dari aku yang lemah dan hina ini....bismillahirrohmanirrohimmm...

"USTAZ,BAGAIMANA JIKA KITA SUKA KAT PEREMPUAN..?"

Pernah suatu hari,aku bulatkan tekad berbicara kepadanya.Aku sudah berdiri di hadapan laptop, siap menari-narikan tanganku yang sudah mengapung di udara.Bagaimana riaksinya jika melihat sapaan salamku diruang chat room mukabuku?Bagaimana kalau dia tidak suka?aku ragu-ragu kembali dan menarik kembali.Tidak jadi menari-narikan jari jemari di papan2 kekunci,aku menyandarkan badan kebelakang.Rapat ke kerusi.Tanpa kawalan,perasaanku selalu berbolak-balik,antara malu dan berani menghadapinya.Terlalu banyak andaian di mindaku dalam urusan yang aku kira satu urusan yang serius.bukan main-main.Ah,betapa penakutnya aku.

Kenapa aku takut ?takut ditolak ?jangan-jangan bukan sebab takut,tetapi sebab aku tidak tahu apa yang aku harapkan.Oleh itu aku tanyakan diriku sendiri.Sebenarnya apa yang aku mahukan ?

Si dia menjadi teman wanita ku ?Entahla.Aku cuba melihat semula setiap rujukanku mengenai konsep berteman-teman wanita begini.Apa yang paling aku ingat adalah nasihat guru kelasku di Kolej Kampung Jawa.

"Ustaz,bagaimana sekiranya kita bertemu dan SUKA pada seorang gadis..?"..

Ustaz tersenyum lebar seakan-akan mengusik kami."..SUKA DENGAN PEREMPUAN ?saya juga mengalami perasaaan begitu.Dan itu ertinya kamu sihat dan normal.Memang sudah kudrat kita sebagai manusia,saling suka jantina berlawanan..."Ustaz diam sejenak.seakan-akan menghembuskan nafas yang dalam selepas dalamnya hirupan udara.

"tetapi kamu tahu,suka itu datang dari sana,jadi kita perlu ikut aturan yang di sana,"katanya sambil menunjukkan ke langit.

"suka dan cinta itu datang daripada Allah"

"jadi maksud ustaz ?"...

"suka memang boleh tetapi jangan sampai berdua-duaan,sebab banyak mudaratnya.nanti kalau berdua-duaan ada makhluk yang ketiga yang diam-diam berada di antara kamu berdua.Dia adalah syaitan yang membisikkan bermacam-macam hal buruk yang dapat membuatkan kamu terbawa arus dan melanggar aturan agama.Jadi berteman boleh sahaja,tetapi jangan BERPACARAN.Bila boleh berteman tu ?Ya,apabila tibanya masanya nanti,umur kamu cukup dan ada kemampuan,barulah kamu berpasang-pasangan menjadi sebuah keluarga,melalui PERNIKAHAN.percayalah,itu semua adalah lebih baik dan selamat untuk kamu semua.."

sibukkan diri dalam menjadi apa yang "dicari",bukan sibuk "mencari"..=)
(ok.malas la plak nak sambung.sambungan cerita boleh lah beli novel Ranah 3 Warna..endingnya menarik~haha..jahat tak ?)

PESAN USTAZ lagi..

tiba-tiba fikiranku melayang ke Kolej Kampung Jawa,ustaz memberi petua mengenai memancing kepada kami para murid yang bakal tamat peperiksaan dari KKJ;


"Ingat,anak-anakku yang aku cintai,kami tidak memberi ikan kepada kamu semua,tetapi kami memberi pancing,kamu sendirilah yang akan mencari ikan dengan pancing ini.Pancing ini adalah semua ilmu,semua pengalaman,semua bahasa,semua disiplin,semua air dan udara yang kamu hirup selama di sini.selamat berjuang anak-anak.Selamat memancing baik-baik..."

anak-anakku..
akan tiba masanya ketika kamu dihadang badai dalam hidup.Badai itu boleh jadi di luar diri kamu,boleh jadi badai dalam diri kamu.Hadapilah dengan tabah dan sabar,jangan lari.Badai pasti berlaku.

anak-anakkku..
badai paling dasyat dalam sejarah manusia adalah BADAI JIWA,BADAI ROHANI,BADAI HATI.inilah badai dalam perjalanan menemui dirimu yang sejati.Inilah badai yang mampu membongkar dan menghempaskan iman,logik,kepercayaan diri dan tujuan hidup.Akibat badai ini boleh jadi lebih hebat daripada badai fizikal.

menangilah badai rohani dengan IMAN dan SABAR,kamu akan menjinakkan dunia akhirat.

anak-anakku..
apabila badai datang.hadapi dengan iman dan SABAR.laut yang tenang adalah untuk dinikmati dan disyukuri,sebaliknya laut yang ribut adalah untuk ditakluki,bukan ditangisi.

Bukankah karakter pelaut handalan ditatah oleh badai yang silih berganti,ketika melintas lautan tak bertepi..?



p/s:alhamdulillah.siap juga menghadam Novel Ranah 3 Warna yg merupakan Trilogi Negeri 5 Menara-satu2nya novel yang akan ku bawa bersama ke bumi urdun.bersama bekalan doa ibu dan ayah dan juga teman2..

sahabat2...izinkan diri ini permisi sekejap dari dunia alam maya ini..izinkan aku untuk menyulam kembali cinta aku pada hobi aku yang telah sekian lama aku tinggalkan..perginya aku bukan membawa diri,perginya aku untuk muhasabah diri..untuk persiapan diri yang lebih 'berisi'..sungguh..hendak menulis,hendaklah membaca sebanyak-banyaknya..aku mohon doa kalian mengiringi pemergian ini bersama doa agar aku dikurniakan KESABARAN DAN IMAN sepanjang perjalanan aku di bumi sana...hanya itu aku pohon.tiada yang lain.DOAMU untuk DIRIKU.

-sisipan entry dia atas merupakan petikan novel Ranah 3 Warna yg telah diedit serba sedikit
jgn lupa baca tau!kena baca Negeri 5 Menara(klik utk komentar Bk tntang buku ini) baru baca Ranah 3 Warna..baru zouq!..=)..selamat membaca..bangsa membaca bangsa berjaya..
rugi tak baca~


p/s;syukran kepada pengunjung2 KKJ yang tidak pernah jemu bertandang,terimakasih juga kepada sahabat2 dan blogger2 yg sentiasa memberikan semangat untuk Bk terus mempertahankan KKJ ini..

BK akan kembali..<3


BK tinggalkan bait2 coretan terakhir BK di KKJ ini dengan syair yg sangat terkenal oleh IMAM SYAFIE'(suka sgt syair nie)


Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.



Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang



Singa jika tak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran



Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang



Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa 
jika di dalam hutan