Friday 31 July 2015

Permisi dulu.

31 Julai 2015

Pertama-tamanya Alhamdulillah atas nikmat tuhan yang tidak terhitung khususnya sepanjang keberadaan di sini.

Menyaksikan satu persatu sahabat sahabat pergi meninggalkan bumi anbiya’ini, membuatkan hati aku terfikir fikir tentang empat tahun yang telah aku lalui di sini.

Jika ditanya tentang apa yang mahu aku lukiskan untuk baki dua semester (in sha allah) pastinya memanfaatkan masa dengan mereka mereka yang pernah mengesani hati ini. Antara dua fav, yang kini jarang pula aku amalkan berbunyi,

“ Ya Allah, jadikan aku orang yang sabar, orang yang bersyukur dan orang yang kecil pada pandangan ku dan besar pada pandangan orang lain”

Sejujurnya, setelah ‘pencen’ dari kerja kerja persatuan, aku seakan-akan tenggelam dalam dunia lain, nak jumpa orang pun ,kalau boleh nak kurangkan, kalau nak sapa orang pun, kalau boleh nak jauhkan diri, syndrome orang yang ‘turun persatuan’ mungkin.

Cuma, apa yang aku perhatikan pada diri aku, rupanya semakin aku busy dengan dunia luar semakin banyak aku berusaha untuk memberi penghargaan kepada manusia. Apabila jauh dari dunia luar, aku merasa hidup cukup tenang, tenang untuk melunaskan kehendak kehendak yang aku tidak mampu lakukan dua tahun lalu yang hampir sepenuhnya hidup aku berfikir untuk kerja kerja luar selain study dan klinik. Kepenatan dahulu berbeza dengan kepenatan sekarang.

Jika dahulu kepenatan itu di selang selang dengan kejutan kejutan istimewa dari tuhan, kini.. kepenatan itu bisa diurus mengikut kehendak sendiri… sepertinya, banyak masa masa tenang, tetapi kadang kadang rindu zaman zaman sebelum ini, serik tu perit. Mungkin sebab itu kejutan gaya hidup barangkali, rasa macam terputus terus dari dunia sebelum ini.Maafkan aku.

Di ketika dua semester yang berbaki ini, aku bergelut untuk melimpahkan perhatian kepada masa akan datang dan juga dalam masa sama terusan menghargai apa apa yang bakal menjadi kenangan.

Sahabat. Teman. Juniors.Seniors. Kenalan. Dekat, mahupun jauh. Demi Allah, aku rindu mereka, aku rindu untuk menyantuni mereka dengan perhatian perhatian seperti dahulu tetapi maafkan aku, kerana semakin banyak masa yang terlapang, semakin culas pula aku memberi sedikit luang masa walhal dahulu saat masa yang sempit, banyak perkara yang menyempat , ada sahaja ruang untuk menyantuni.

Apapun, terima kasih untuk cinta kalian. Kata orang, jika kita ingat kat orang, orang pasti akan ingat kita walaupun mereka tak sebut atau sapa. That’s how we trust our relationship.

Salam ukhwwah fillah. Moga Allah pelihara dan tambah kasih sayang ini.Ameen..

mohon permisi, untuk mengisi sisa sisa hidup di sini dengan apa yang sepatutnya, minta maaf, walaupun aku tahu, dalam banyak masa yang terluang semakin aku diuji, bahkan sekarang aku telah pun merasakan tuhan sedang menguji aku dengan kata-kata ku sendiri.

ini sahaja pinta aku.
aku permisi dulu. 

yang sedang merindui mereka yang tidak mampu disantuni terus,
yang jauh di mata, moga terus dekat di hati,
dan senantiasa dalam doa, in sha allah

Amnah
00.26am

1 Ogos 2015

Friday 10 July 2015

Berkocak darah

".. tanpa jerih payah baginda, sehingga berkocak darah dalam kasut baginda, tidak mungkin pada hari ini kita dapat menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam....."

begitulah permulaan tazkirah yang kebiasaannya meniti dibibir pelajar kisas.Bahkan jika ada orang bagi tazkirah dengan memulakan kata-kata ini pasti terus dicop sebagai kisas. peh. peh. peh. ataupun, belum sempat pentazkirah memulakan isi tazkirah, mesti ada yang akan cakap..'ni mesti kisas ni...'.

hari ni malam 24 ramadhan. entah kenapa terasa lama pulak solat teraweh dengan syeikh makmum hari ni. tambahan ada beberapa teman mengadu, tak larat nak ikut teraweh kat masjid jamiah sebab panjang. satu rakaat 3 m/s pun boleh kadang-kadang tu. satu malam sejuzuk.

entah kenapa duk teringat kisah nabi solat baca surah al baqarah, pastu sahabat yang ikut ingat nabi nak berhenti bila habis surah al baqarah rupa rupanya nabi sambung sampai surah an nisa'. bukan setakat sejuzuk ni, dah berjuzuk juzuk kalau sampai surah an nisa'....

sebenarnya malam ni jugak rasa kaki ni lenguh, tapak kaki rasa macam tak larat nak berdiri lama seperti hari sebelum ni. Teringat cerita Aisyah kisah nabi solat sampai bengkak kaki.

huh. logik la sampai bengkak, saju juzuk dengan syeikh makmum pun dah rasa kebas kebas kadang-kadang tu. Allahu, lemahnya iman =='

Sungguh, baginda sebaik baik qudwah sepanjang zaman...

" Ya Allah, jadikan aku orang yang mencintai orang yang mencintai Mu..."

Sedikit perkongsia dari status yang naik di newsfeed:

^^2 syarat Allah tidak mengazab kita di dunia:
1) nabi Muhammad bersama kita.
Syarat ini telah terbatal kerana Rasulallah telah lama meninggalkan kita. Sollu AlanNabiy
2) Selagi manusia beristighfar kepada Allah.
Rasulallah setiap hari beristighfar 1000x sedangkan kita tahu baginda telah dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita yang masih belum tahu penghujungnya. Teruskan istighfar.

^^Pesanan Umar Abdul Aziz
Tutuplah ramadhan kamu dgn 2 perkara
1) zakat
2) istighfar

^^4 Rukun Mujahadah menurut Said Hawwa:
1. Lapar (الجوع)
2. Diam (الصمت)
3. Berjaga Malam (السهر)
4. Mengasingkan Diri (العزلة)

Semoga Allah makbulkan doa kita semua. ameen. Ramadhan kareem!