Tuesday 27 December 2011

Akulah hamba yang lemah Iman

assalamualaikum..alhamdulillah..masih diberi ruang dan masa(curi masa walaupun skrang tgh study week utk final exam)..huhuhu..

sebenarnya dalam fasa penulis 'berehat' sebentar,atau lebih suka penulis menggunakan istilah beruzlah..banyak mengetuk minda yang sekian lama diam tanpa zikir dan fikir..

bagaimana iman ?? bertambah ?? berkurang ??? 
ya,kita memang manusia yang lemah imannya..
penulis ingin berkongsi sedikit..
mungkin cara atau tips untuk menjaga iman mungkin ??
hmm..

kenapa nk share benda nie??
hmmm..

sebab bila penulis masuk kat bilik sahabat2,
penulis nampak masing2 ada Daily Checklists..
entahlah,bagi penulis benda nie suatu yang sangat menarik..

nice C: 

pernah tak buat DAILY CHECKLISTS ???

jadi untuk adik2 yang khususnya baru fresh habis SPM tuu..

jom kita wat checklist harian kita..

1.Bacaan Mathurat
2.Surah ar Rahman
3.Solat dhuha

4.Surah al Waqiah
5.Surah al Mulk
6.Tahajjud
7.Solat Sunat Rawatib
8.Solat sunat Hajat
9.Solat sunat taubat
10.Witir

11.lain2

banyak sangat ??xde masa ??ok..try sikit2 tapi buat secara istiqamah ok ??
hmm susah..???

ok..cuba tanya pada diri ??
betul ker xde masa atau malas ??
kuatkan sikit mujahadah..insyaAllah boleh!

gunakan masa cuti sekolah dan masa lapang adik2 nak amalkan sebanyak mungkin amalan,dan cuba untuk istiqamah...bila dah sibuk nanti(sibuk lah sgtkan,.hehe..senang skit nak wat,sebab dah biasa buat..)


"..banyak masa bukan untuk dibuang dik,tapi untuk diguna.."
(nie ckp utk diri sendiri jgk nie)
jadi selongkarlah apa2 yang patut kat KKJ nie..
klik mana2 entry lama yang berkenan..heh

hehe.gurau ja.banyak lagi benda bermanfaat yg boleh dibuat..

apapun segala perubahan tu kena mintak kat Allah,supaya Allah bagi kekuatan,
permudah segala urusan..supaya dapat istiqamah dalam setiap amalan..

jadi ???

mohonlah kekuatan dengan banyakkan berdoa dan meminta kepada Nya..
Dia Yang Maha Kuat dan daripada Dia segala kekuatan..

p/s:moganya,harapnya..entry kali ini dapat menyentuh iman pembaca sekalian

sudikah pembaca sekalian membuat checklists harian anda ??
tepuk dada tanya IMAN!


"apabila menjejakkan kaki di bumi waqafan, kita umpama biji benih..dan ianya akan berkembang menjadi bbrp keadaan.
1)layu di sini, subur diluar.
 2)subur di sini, layu di luar. 
3)layu disini, layu di luar. 
4)subur di sini, subur diluar..."





''..kita nie sama2 lemah,makin lemah jika tak saling kuat-menguat..kita nie pelupa,makin pelupa jika tak saling mengingatkan..kita nie sama2 menggelepar,makin menggelepar jika tidak diikatkan dengan sumber2 peringatan..


..rajin2lah mencari,kerana kehidupan kita pada hari ini memerlukan kita untuk mencari,kebaikkan itu datang setelah kita berusaha,mengeluarkan sedikit usaha;





rajin2 lah ke majlis ilmu tatkala usia masih lagi muda,cukup tenaga..sedekahkan sedikit pahala buat kakimu,minyak keretamu..rajin2lah mendengar tazkirah tatkala telinga masih mampu mendengar ,adapun keburukkan itu datang tanpa usaha.tak perlu dicari.ia akan tetap dating,malah bertimbun2.





kita nie manusia biasa,bukan insan luar biasa,hakikatnya kita akan lemas,cepat atau lambat..sbb ujian kita berbeza2..tetapi jangan biarkan diri kita lemas lama dalam kelaghaan itu..pautkan kembali pada ranting2 peringatan.


..oleh itu jika kita mengaku kita bersahabat kerana Allah,maka ayuh kita saling mengingati..jangan sesekali segan kerana kejahilan diri dan kekerdilan diri,itu semua bisikan syaitan yang menjatuhkan keyakinan kite untuk saling kuat menguat,yang benci melihat kita saling menasihati ke arah kebaikkan.."

copy paste dari entry Catatan Terakhir Di Intec



cuba hayati lirik lagu dibawah..




Astaghfirullah robbal baroyaa 
Astaghfirullah minal khothooya 
Robbiy zidniy ‘ilman naafi’aa 
Wawaffiqnii ‘amalan soliha 2x 



Allah Tuhanku Ampuni Hamba 
Dari Segala Salah dan Lupa 
Akulah Hamba yang Lemah Iman 
Harap Ampunan Engkau Curahkan 2x 
Ya Allah 

Astaghfirullah robbal baroyaa 
Astaghfirullah minal khothooya 
Robbiy zidniy ‘ilman naafi’aa 
Wawaffiqnii ‘amalan soliha 2x 

Setulus Doa Aku panjatkan 
Semoga rahmat Engkau limpahkan 
Pada ibuku juga ayahku 
Yang melahirkan membesarkanku 
Bagi mereka guru-guruku 
Jasa tercurah selalu untukku 
Ya Allah 

Astaghfirullah robbal baroyaa 
Astaghfirullah minal khothooya 
Robbiy zidniy ‘ilman naafi’aa 
Wawaffiqnii ‘amalan soliha 2x

Berilah hamba ilmu berguna 
Untuk pelita di dalam jiwa 
Kuatkan iman di dalam dada 
Tunduk patuh pada-Mu semata 2x 
Ya Allah 

Astaghfirullah robbal baroyaa 
Astaghfirullah minal khothooya 
Robbiy zidniy ‘ilman naafi’aa 
Wawaffiqnii ‘amalan soliha 2x

Monday 26 December 2011

Alhamdulillah~

assalamualaikum..

alhamdulillah..kini KKJ kembali dibuka..


Wednesday 16 November 2011

Maaf!saya dah penat..

assalamualaikum..
jemput membaca entry sahabat saya..
(maaf sahabatku sbb tak mintak izin,rasanya benda yg baik,penulisan yg baik harus dikongsi bukan ? )
hehe..


Saya dah penat!penat sangat..='(

"awak, saya dah penat. saya tak tahu apa yang saya buat nih betul ke tak."
"maksud awak ?"
"saya selalu cakapkan pada diri, duit yang saya pegang nih duit tajaan. saya tak boleh belanja sesuka hati."
"betul."
"tapi, dalam masa yang sama diri saya berperang. ni duit aku, aku ada hak. aku tak akan membazir, cuma aku nak beli barang yang aku nak, walaupun aku tahu, tanpa duit nih aku tak akan pernah terfikir pun nak beli barang mahal macam ni (apparels dll.)"

"awak, saya dah penat. dah macam-macam cara saya buat."
"buat apa?"
"saya dah cuba kawal duit keluar. tapi duit tetap keluar macam air mengalir."
"hurmp."

"awak, saya dah penat. sampai bila saya kena hidup macam nih? bila saya nak hidup senang?"
"hurmp."
"saya tak boleh nampak bila saya akan hidup senang lenang."

"awak, saya dah penat. saya dah tak tahan dengan seorang makhluk ini"
"siapa?"
"kawan sayalah. saya dah banyak kali bertolak ansur dengannya. apa yang dia buat saya setuju. saya akur. tapi pada masa yang sama hati saya memberontak. saya tak suka dengan caranya."
"hurmp."

"awak, saya dah penat."
"masalah apa lagi nih?"
"saya tak faham apa yang diajar tadi. lecturer tu cakap arab semua waktu. cakap inggeris bila baca text dari buku je."
"hurmp."
"dah tu, saya dah bosan komunikasi satu hala. saya nak participate juga perbincangan dalam kelas. asyik2 kawan arab saja yang lercturer tanya"

"awak, saya dah penat. hati saya sesak. susah saya nak jaga hati saya."
"maksud awak, jaga yang bagaimana?"
"saya tak nak jatuh suka pada orang yang tak halal bagi saya. kadang, hati saya kuat, kadang hati saya mudah juga jatuh suka. saya dah penat lawan."
"hurmp."
"saya nak hafal ayat Allah pun rasa berat. hati saya sesak."

"awak, saya dah penat. saya dah banyak kali pujuk hati ni."
"kenapa dengan hati sampai kena pujuk?"
"saya tak tahan tengok dia lebih di sini, hebat di situ, cantik di sana, pandai di sini, bla bla bla..."
"hurmp."
"saya tahu nih perasaan tak baik dengki2 jeles2 tapi saya cuba lawan, tapi saya dah penat..."


p/s:saya sedang bermujahadah.saya ada satu misi utk dilaksanakan.hanya diberi masa 2 minggu utk melihat hasilnya.doakan saya berjaya..

apakah misi saya itu ?
nantikan jawapannya 2 minggu lagi..


assalamualaikum..
jemput membaca entry sahabat saya..
(maaf sahabatku sbb tak mintak izin,rasanya benda yg baik,penulisan yg baik harus dikongsi bukan ? )
hehe..




p/s:saya sedang bermujahadah.saya ada satu misi utk dilaksanakan.hanya diberi masa 2 minggu utk melihat hasilnya.doakan saya berjaya..

apakah misi saya itu ?
nantikan jawapannya 2 minggu lagi..


Sunday 13 November 2011

Overseas from coast to coast..

An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

[Chorus:]
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

I try to read, I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking. (oh no)
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again...

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take its there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

Say it in a prayer (my sweet love)
Dreams will take it there
Where the skies are blue (woah yeah), to see you once again my love. (oh my love)
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again.... My Love.








 Alia Amirah...=,='

Friday 11 November 2011

Arts of Urdun.

ibrah itu indah~
arrive as visitor,leave as a guest!
KLIA.before.FLY

SAKANSAHAWNEH.senja.di.irbid.

SAKAN.YARMOURK.menjelang.dinihari.

SAKANSAHAWNEH.irbid.magrib.

JUST.petang.yg.berawan.berkepul-kepul.

LIBRARY.senja.di.JUST.

bayu.senja.sepoi2kedinginan.

JUST.handasah.

jaricinta.newlibraryjust.

ummuqais.jaulahjordan.

ummuqais.JJ

nur 'ala nur.

ummuqais.







laut mati



p/s:belum siap sempurna.

Thursday 10 November 2011

Kembali Pasak.

ibrah itu indah~benda yang sama,diulang-ulang..kerana apa ?kerana kita sifatnya pelupa..






Wahai sahabatku..
Selamat berjuang di tempat baru..
Walau di mana kta berada,
Matlamat perjuangan kta tetap sama,
Iaitu meletakkan Islam di tempat yg teratas..
Semoga kta trus istiqomah di jln yg pnuh pancaroba..
Bkn senang nak berjuang,
Tp inilah hakikatnya jalan juang..
Bukan kemuliaan dari manusia yg kta mahukan,
Tp kemenangan Islam yg kta dambakan…


Sama2lah kta menjaga hati,Krn hati itu pusat iman…
Jika hati itu bersih,bersihlah seluruh badan,
Jika hati itu kotor,maka kotorlah seluruh jasad…استغفرالله…..
Pjuang Islam yg mempunyai hati yg kotorhny melambatkan kemenangan Islam…نعوذ بلله من ذلك….
Akhir sekali…walau kta x bertemu mata,
Tp harapnya doa antara kita x pernah putus..
Insyaallah…SALAM SELAUTAN RINDU DARIKU..

"Jwa manusiapd hakikatnya pnuh dgn cinta…Ia harus memiliki muara yg menjd labuhan cintanyaku tdk melihat seorg punyg lbih mulia bg emosi cintaku selain seorg sahabat yg ruhnya menyatu dgn ruhku,sehingga dgn sepenuh hatiku berikan cintaku pdnya & kuutamakan dyutk menerima persahabatanku ini.."






_HASSAN AL-BANNA_ukhuwah fillah,cinta sahabat lillahi taala_

Thursday 3 November 2011

cukupkah Pengorbanan kita ?


bacalah.moga bertambah iman!
Bagaimana perasaan kita jika suami ingin meniggalkan kita di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ??
Sudah lah tiada “sebab-sebab” untuk hidup (air,rumah,pasar dsb), malah hanya ada “sebab-sebab” kematian sahaja ….(panas yg terik, tiada air, tiada bekalan makanan)
Ya Allah~~~~



Begitulah agaknya perasaan Siti Hajar…Pada mulanya, Siti Hajar berasa sangat sedih..sehingga ada riwayat yang mengatakan Siti Hajar menarik-narik baju Nabi Ibrahim bertanya “mengapa” dan “mengapa??”….Sehinggalah, Siti Hajar bertanya, “adakah ini perintah ALLAH swt?”, maka suaminya Nabi Ibrahim a.s mengangguk..Lantas, Siti Hajar terus terdiam..dan dia redha & taat pada keputusan Allah swt…dan dia bersedia untuk melakukan PENGORBANAN ini...dia sedia untuk ditinggalkan suami yang diperintahkan oleh Allah swt untuk berdakwah..
Siti Hajar yakin, sekiranya Allah swt yang memerintahkan perkara ini, maka pasti dan pasti Allah swt lah yang akan menjaga dirinya dan bayinya….
Tidak berapa lama kemudian, iman Siti Hajar diuji lagi…Anaknya, Nabi Ismail a.s yang ketika itu masih bayi menangis-nangis kerana susu ibunya sudah mulai kering…Siti Hajar mulai risau..dia berlari-lari dari bukit Safa kemudian ke bukit Marwah dengan harapan ada bekalan air atau ada manusia yang lalu di kawasan tersebut untuk meminta pertolongan….
Setelah penat berulang alik ke sana ke mari, barulah Siti Hajar berhenti sejenak…Dan kali ini, beliau telah melepaskan segala pergantungan kepada makhluk…tidak mengharap lagi kepada air..tidak mengharap lagi kepada manusia...Tetapi, harapannya hanya satu…hanya kepada ALLAH swt sahaja.
Apabila keyakinan Siti Hajar sudah bulat hanya kepada Allah swt 100%, maka barulah Allah swt turunkan pertolongan. Allah swt telah keluarkan air daripada tanah yang tandus (yang kita panggil air zam-zam)…yang tidak pernah terlintas dalam fikiran manusia, bagaimana air boleh keluar di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang…Allah Allah…Allah Maha Kuasa..Allah mampu buat apa sahaja…
MasyaAllah, bukan itu sahaja…air tersebut masih ada sehingga kini…dan insyaAllah sampai ke hari kiamat..Allahuakbar!
**********
Moral of the story:
  1. Apabila seorang manusia buat pengorbanan demi agama, maka IMAN dan keyakinannya pada Allah akan meningkat. 
  2. Allah swt akan turunkan pertolonganNya, bilamana kita melepaskan pergantungan kepada makhluk, dan mengharap&meminta dengan penuh yakin kepada Allah 100%
  3. Apabila seorang wanita sanggup berkorban untuk membantu usaha dakwah suaminya, maka usaha dakwah akan maju dan Allah swt akan lahirkan daripadanya anak-anak dan zuriat yang soleh.
******
Cerita ini bukanlah cerita pengorbanan biasa. Ia adalah satu pengorbanan yang sangat agung..Pengorbanan untuk agama Allah swt. Oleh kerana itu, Allah swt telah muliakan mereka dengan merakamkan peristiwa ini di dalam ibadah Haji.
Marilah sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar..Gunakan diri, harta dan masa kita untuk dikorbankan demi membantu agama Allah.


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga”
(Surah At Taubah: Ayat 111)

Semoga kita dapat ambil iktibar..dan ceritakan kisah ini pada anak-anak kita..
Selamat Hari Raya Aidil Adha ;)

kredit:Anaksoleh


selamat Hari Raya Qurban

kullu 'am,wa antum bi khair insyaAllah..

semoga dapat mengambil ibrah daripada nukilan seorang sahabat ..

hayati sebaiknya..


p/s:malu sangat bila mulut yang bercakap berlebih bicara nak dibanding amal yang kurang amal buatnya.=.='

Tuesday 1 November 2011

Mengejar Cinta C:

ibrah itu indah~


Si Dia ialah MAHA..
Ini untuk si Dia..
Yang sentiasa di sisi aku dan kau..

Mengejar cinta ILLAHI,
Bayarannya bukan sekadar kemanisan nikmat,
Bahkan diberinya nikmat ujian yang berlipat,
Agar kita bertambah dekat..

Mengejar cinta ILLAHI,
Semakin dekat kita di sisi,
Semakin kuat iman kita diuji,
Agar cinta itu makin kukuh bersemi..

Mengejar cinta ILLAHI,
Perlu pengorbanan masa dan raga,
Kekuatan hati dan jiwa,
Kerana cinta ini satu anugerah yang tercipta…

Mengejar cinta ILLAHI,
Dukanya terasa nikmat berharga,
Dalam derita terselit bahagia,
Kerana yang dikejar bukan cinta biasa,
Bukan pandangan mata manusia,
Bukan pujian dan kata-kata,
Bukan pangkat dan harta,
Tapi keredhaan si Dia yang Esa..


Mengejar cinta ILLAHI,
Langkahnya tidak sekali mudah,
Kekadang tersungkur dalam melangkah,
Tidak bisa berpaut pada iman yang patah..
Kerana hati manusia itu lemah..

Mengejar cinta ILLAHI,
Moga sampainya hingga ke syurga,
Sebaik-baik tempat bersua,
Tidak ada lagi duka,
Melainkan anugerah cinta,
Menatap si Dia yang Maha…
26102011
1224pmmalaysia/0630amjordan
Irbid;subuh yang dingin
FA


p/s:malu mengaku cinta kepada si Dia,tetapi seringkali kita kecewa dan bersedih dengan cinta manusia..

biarkan pintu hatimu tertutup dari cinta manusia yang tidak harus bagimu,agar terbuka jalan menuju redha Allah..

nota kaki:


Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah..

~Menunaikan sebaik-baik amalan iaitu ibadat haji dan umrah
~Berpuasa pada hari Arafah

~Memperbanyak Dzikir dan Takbir

~Perbanyakkanlah bertahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

~Sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah dan menjauhi larangan-Nya serta mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

~Mengerjakan amalan korban pada hari raya haji dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah)..

malam 10 muharram..antara malam yang insyaAllah akan dimakbulkan doa..

selamat beramal yer sahabat sekalian..jumpa lagi..

Monday 24 October 2011

Siapa Kita di Jordan ?

Siapa kita di Jordan.Entry kali ini.nukilan sorang pelajar JUST.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
ada seorang sahabat bertanya..

siapa kita di bumi Jordan ?

Kedengaran soalan agak mudah dijawab.namun tatkala jari2 mula giat meluncur di papan kekunci.langkahku seakan-akan terhenti..hati aku di ketuk gema..


Siapa aku ?

Siapa aku ?

Aku ialah pelajar perubatan..yang sedang bermujahadah dalam mencari keikhlasan untuk menjadi seorang doctor perubatan yang perjalanan hidup yang aku pilih ini bukan semata-mata kerana diri ku sendiri..

Aku ialah seorang pelajar tajaan JPA..yang sedang menghitung,apakah bayaran yang setimpal yang harus aku berikan kepada masyarakat yang telah melabur seberapa banyak duit semata untuk aku pergi menuntut ilmu jauh di bumi ambiya’..

Aku juga seorang pemudi..yang sedang sedang dalam kemelut mencari identiti diri dalam mengharungi arus pemuda pemudi yang mengujakan dan penuh dengan prasa keghairahan..

Aku juga seorang perempuan…anak perempuan ummi dan ayah yang banyak berjasa,adik perempuan akak dan abang yang sudah matang pengalamannya, kakak kepada adik2 yang masih muda jiwanya..

Aku juga seorang sahabat..yang ingin menjadi sahabat yang setia kepada sahabat-sahabatnya..sahabat yang sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka..sahabat yang sentiasa mendoakan  sahabatnya walaupun jauh berpisah beribu batu,sahabat yang berukhwah kerana Allah..

Aku seorang wanita..yang ingin menjadi seorang wanita solehah,seorang isteri solehah,dan ibu mithali kepada anak-anak yang soleh dan penyejuk mata..

Dan hakikat yang pasti..

aku ialah hambaNya..

yang menginginkan setiap perjalanan hidup ini adalah ibadah kerana Allah..
yang mengimpikan setiap langkah ini adalah ibadah kepada Allah..
yang mengharapkan bait bicara yang keluar dari lisanku ini adalah ibadah kepada Allah..
yang mengharapkan syurga Allah sebagai perhentian terakhir dalam pengabdian hidup kita sebagai hamba Allah yang kerdil dan hina ini..


aku juga ialah seorang dai’e Allah

yang hidupnya bukan sekadar sebagai seorang hamba yang mengimpikan syurgaNya
tetapi juga sebagai penyampai sebuah seruan yang hak..
sebagai penyeru kearah kebaikan..
sebagai pencegah kearah kemungkaran..

dan aku juga seorang khalifah

yang bakal memakmurkan dunia ini..
menghidupkan dan menyemarakkan roh kebenaran di atas tanah yang ku pijak,
mengangkat syariat Allah tatkala diri menjunjung langitNya yang luas..

namun,
aku masih lagi seorang pemimpin yang kerdil..
pemimpin kepada nafsu diri sendiri yang tidak pernah mengenal erti puas,
pemimpin kepada diri sendiri yang seringkali mengikut hasrat hati yang buta,
pemimpin kepada diri sendiri yang genap tewas dalam perjuangan mempertahankan iman yang semakin goyah..

aku yang mengaku khalifah..
hanya takat ini yang aku mampu untuk waktu ini..
menjadi pemimpin untuk diri sendiri..

siapa aku di Jordan..???

aku yang pura-pura dan mengaku sibuk untuk memimpin diri sendiri,dalam perjalanan untuk meneruskan langkah perjuangan di bumi Allah ini....itulah aku di Jordan..

seorang yang berazam untuk memperkemaskan potensi diri,keikhlasan hati,keazaman matlamat dalam memenuhi impian yang lebih besar suatu ketika nanti..doakan aku..ameen..

“kita mempunyai potensi yang BESAR untuk bermimpikan impian yang KECIL"

p/s:manusia seringkali mengaku sibuk,tidak punyai masa..walhal manusia itu tidak pernah sekalipun sibuk melainkan dalam urusan dunia semata-mata..satu soalan untuk aku dan engkau fikir bersama..


SEJAUH MANA KITA SIBUK MENGEJAR URUSAN AKHIRAT NAK DIBANDING SIBUKNYA KITA MENGEJAR URUSAN DUNIA??

By:aku yang mengaku sibuk(-.-)

Thursday 13 October 2011

Menempah SYURGA (:

ibrah itu indah~entry ini khas utk sahabat2 yang sedang memegang taklifan,baru memegang taklifan,bakal memegang taklifan,telah memegang taklifan dan khas juga untuk semua pembaca kerana kita juga punya taklifan yang telah diamanahkan oleh Allah..



Sekiranya kami turunkan Al Quran kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.(Al Hasyr 21;59)





(penulis bukan orang yang bidang dalam menghuraikan makna2 al Quran,sekadar memetik ayat2 cinta-Nya untuk sama2 diibrahkan)

JAWATAN.

kata senior:

persepsi harus diubah.ianya AMANAH,bukan JAWATAN..amanah yang dipikul merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat.. Dari sekecil-kecil amanah sehinggalah sebesar-besar amanah..
ramai orang tak nak pegang jawatan sebab takut terbeban,memang amanah itu berat,semakin berat bila kita sendiri yang memandang amanah itu sebagai beban.cuba kita positifkan,amanah tu sebagai peluang untuk kita menempah syurga Allah.

kita sentiasa digemburkan tentang kesan tidak menjalankan amanah dengan sebaik mungkin,sehinggakan dikatakan fobia dengan jawatan…cuba kita bayangkan hasil yang bakal kita dapat jika kita menjalankan amanah dengan baik,bukankah lebih indah ? tetapi jangan sesekali lupa,kita juga bisa rebah dipintu syurga itu.Cuma pandanglah akan syorga Allah,bayangkanlah Firdaus-Nya agar amanah itu dapat dipikul dengan sebaik mungkin dalam menuju syurga Allah..

Kata senior lagi:

“..jangan memandang JAWATAN sebagai jawatan tetapi anggaplah ia sebagai amanah daripada Allah.memang benar ramai yang tidak sanggup memikulnya lantaran takutnya tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah…tetapi insyaAllah,inilah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah,memohon semoga kita diberi kekuatan untuk menjalankan amanah dengan sebaik mungkin dan…

...percayalahlah adik2..amanah merupakan ladang pahala yang terbaik untuk kita menempah syurga Allah..”

Amanah,
Satu tanggungjawab yang sangat berat,
Sehinggakan gunung pun tidak mampu menanggungnya,
Sehingga terpecah lantaran tak mampu menakungnya,
Terbelah dek pikulan yang membebankan..

Amanah,
Seberat-berat perkara didunia,
Kerananya kita bisa menjadi tetamu syurga Allah,
Bisa juga rebah dipintu sana..

LA TAHZAN.Dia bersama Kita.

sahabat,terimalah dengan hati yang terbuka siapa kita,adapun menjadi orang yang memegang amanah ataupun bukan.tetapi percayalah kita tidak akan pernah lari daripada amanah yang sedia ada yang terpikul di bahu kita sebagai pemimpin di muka bumi,hamba Allah dan da’ie Allah..

dan janganlah engkau berduka lama atas amanah yang dipertanggungjawabkan.cukup sekadar menghisap diri supaya tidak rebah di pintu Firdaus.

Percayalah engkau mampu melakukannya.bukankah suatu ketika dahulu engkau menghadapi situasi yang sama.dan akhirnya..bukankah Allah mengurniakan sebaik-baik rezeki kepadamu..lantaran kesabaran dan ketabahanmu itu..yakinlah dengan janji-janji Allah..jangan bersedih,Dia sentiasa dekat di sisi kita..

“..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.(Mereka berdoa ) Ya Tuhan kami,jangan engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami jangan Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan keapda orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkan kami,ampunkan kami dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir..”
(Al Baqarah 281:2)

Sahabat,jika engkau lemah,hilang semangat dan berputus asa..kembalilah kepada Allah..

bagaimana ?
Amalkan komunikasi dengan Allah..yang telah sekian lama kita lupakan..
bukankah Allah itu sentiasa bersama kita.dekat di sisi.di mana-mana.mana mungkin Allah tidak mendengar rintihan kita…?

Jika kita sakit,

“ Ya Allah,sakitnya  ya Allah..jika ini ujianMu ya Allah,maka tambahkanlah keimananku padaMu ya Allah..aku tahu ya Allah engkau sedang uji aku ya Allah..tabahkan aku  Allah ya Allah..”

Jika kita berwuduk@mandi,

“..ya Allah,moga dengan air yang mengalir membasahi kulit2 ini,dapat menyuburkan semangat aku yang lesu nie ya Allah,moga air yang menyentuh pipi mukaku ini dapat menghilangkan kedukaan diwajahku dan di hatiku ini ya Allah,moga2 air yang menyimbah kaki ini dapat menguatkan aku untuk terus berjalan  mencari redhaMu ya Allah..”

Makin banyak komunikasi kita.makin dekat kita denganNya.makin terasa nikmat ujian Allah..

“..Jangan diminta diperkecil ujian,namun pintalah diperbesar keimanan untuk menghadapinya..”

p/s: AKHIR KATA,
JAGA MULUT,JAGA MATA,JAGA HATI (: