Thursday 13 October 2011

Menempah SYURGA (:

ibrah itu indah~entry ini khas utk sahabat2 yang sedang memegang taklifan,baru memegang taklifan,bakal memegang taklifan,telah memegang taklifan dan khas juga untuk semua pembaca kerana kita juga punya taklifan yang telah diamanahkan oleh Allah..



Sekiranya kami turunkan Al Quran kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.(Al Hasyr 21;59)





(penulis bukan orang yang bidang dalam menghuraikan makna2 al Quran,sekadar memetik ayat2 cinta-Nya untuk sama2 diibrahkan)

JAWATAN.

kata senior:

persepsi harus diubah.ianya AMANAH,bukan JAWATAN..amanah yang dipikul merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat.. Dari sekecil-kecil amanah sehinggalah sebesar-besar amanah..
ramai orang tak nak pegang jawatan sebab takut terbeban,memang amanah itu berat,semakin berat bila kita sendiri yang memandang amanah itu sebagai beban.cuba kita positifkan,amanah tu sebagai peluang untuk kita menempah syurga Allah.

kita sentiasa digemburkan tentang kesan tidak menjalankan amanah dengan sebaik mungkin,sehinggakan dikatakan fobia dengan jawatan…cuba kita bayangkan hasil yang bakal kita dapat jika kita menjalankan amanah dengan baik,bukankah lebih indah ? tetapi jangan sesekali lupa,kita juga bisa rebah dipintu syurga itu.Cuma pandanglah akan syorga Allah,bayangkanlah Firdaus-Nya agar amanah itu dapat dipikul dengan sebaik mungkin dalam menuju syurga Allah..

Kata senior lagi:

“..jangan memandang JAWATAN sebagai jawatan tetapi anggaplah ia sebagai amanah daripada Allah.memang benar ramai yang tidak sanggup memikulnya lantaran takutnya tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah…tetapi insyaAllah,inilah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah,memohon semoga kita diberi kekuatan untuk menjalankan amanah dengan sebaik mungkin dan…

...percayalahlah adik2..amanah merupakan ladang pahala yang terbaik untuk kita menempah syurga Allah..”

Amanah,
Satu tanggungjawab yang sangat berat,
Sehinggakan gunung pun tidak mampu menanggungnya,
Sehingga terpecah lantaran tak mampu menakungnya,
Terbelah dek pikulan yang membebankan..

Amanah,
Seberat-berat perkara didunia,
Kerananya kita bisa menjadi tetamu syurga Allah,
Bisa juga rebah dipintu sana..

LA TAHZAN.Dia bersama Kita.

sahabat,terimalah dengan hati yang terbuka siapa kita,adapun menjadi orang yang memegang amanah ataupun bukan.tetapi percayalah kita tidak akan pernah lari daripada amanah yang sedia ada yang terpikul di bahu kita sebagai pemimpin di muka bumi,hamba Allah dan da’ie Allah..

dan janganlah engkau berduka lama atas amanah yang dipertanggungjawabkan.cukup sekadar menghisap diri supaya tidak rebah di pintu Firdaus.

Percayalah engkau mampu melakukannya.bukankah suatu ketika dahulu engkau menghadapi situasi yang sama.dan akhirnya..bukankah Allah mengurniakan sebaik-baik rezeki kepadamu..lantaran kesabaran dan ketabahanmu itu..yakinlah dengan janji-janji Allah..jangan bersedih,Dia sentiasa dekat di sisi kita..

“..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.(Mereka berdoa ) Ya Tuhan kami,jangan engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami jangan Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan keapda orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkan kami,ampunkan kami dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir..”
(Al Baqarah 281:2)

Sahabat,jika engkau lemah,hilang semangat dan berputus asa..kembalilah kepada Allah..

bagaimana ?
Amalkan komunikasi dengan Allah..yang telah sekian lama kita lupakan..
bukankah Allah itu sentiasa bersama kita.dekat di sisi.di mana-mana.mana mungkin Allah tidak mendengar rintihan kita…?

Jika kita sakit,

“ Ya Allah,sakitnya  ya Allah..jika ini ujianMu ya Allah,maka tambahkanlah keimananku padaMu ya Allah..aku tahu ya Allah engkau sedang uji aku ya Allah..tabahkan aku  Allah ya Allah..”

Jika kita berwuduk@mandi,

“..ya Allah,moga dengan air yang mengalir membasahi kulit2 ini,dapat menyuburkan semangat aku yang lesu nie ya Allah,moga air yang menyentuh pipi mukaku ini dapat menghilangkan kedukaan diwajahku dan di hatiku ini ya Allah,moga2 air yang menyimbah kaki ini dapat menguatkan aku untuk terus berjalan  mencari redhaMu ya Allah..”

Makin banyak komunikasi kita.makin dekat kita denganNya.makin terasa nikmat ujian Allah..

“..Jangan diminta diperkecil ujian,namun pintalah diperbesar keimanan untuk menghadapinya..”

p/s: AKHIR KATA,
JAGA MULUT,JAGA MATA,JAGA HATI (:




4 comments:

D-SIM said...

thanks for sharing !

nusai said...

AMNAHH!!!!really2 miss u....thanks a lot...:'(

eyefanadhyra said...

ya Allah,,akhirnya Amnah muncul kembali dgn entri terbaru nya,,betul2 tepat dgn apa yg dirasakan sekarang,,:) rindu Amnah,,^^

Wann Syada said...

nice post, amnah. really love it :D