Monday, 24 October 2011

Siapa Kita di Jordan ?

Siapa kita di Jordan.Entry kali ini.nukilan sorang pelajar JUST.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
ada seorang sahabat bertanya..

siapa kita di bumi Jordan ?

Kedengaran soalan agak mudah dijawab.namun tatkala jari2 mula giat meluncur di papan kekunci.langkahku seakan-akan terhenti..hati aku di ketuk gema..


Siapa aku ?

Siapa aku ?

Aku ialah pelajar perubatan..yang sedang bermujahadah dalam mencari keikhlasan untuk menjadi seorang doctor perubatan yang perjalanan hidup yang aku pilih ini bukan semata-mata kerana diri ku sendiri..

Aku ialah seorang pelajar tajaan JPA..yang sedang menghitung,apakah bayaran yang setimpal yang harus aku berikan kepada masyarakat yang telah melabur seberapa banyak duit semata untuk aku pergi menuntut ilmu jauh di bumi ambiya’..

Aku juga seorang pemudi..yang sedang sedang dalam kemelut mencari identiti diri dalam mengharungi arus pemuda pemudi yang mengujakan dan penuh dengan prasa keghairahan..

Aku juga seorang perempuan…anak perempuan ummi dan ayah yang banyak berjasa,adik perempuan akak dan abang yang sudah matang pengalamannya, kakak kepada adik2 yang masih muda jiwanya..

Aku juga seorang sahabat..yang ingin menjadi sahabat yang setia kepada sahabat-sahabatnya..sahabat yang sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka..sahabat yang sentiasa mendoakan  sahabatnya walaupun jauh berpisah beribu batu,sahabat yang berukhwah kerana Allah..

Aku seorang wanita..yang ingin menjadi seorang wanita solehah,seorang isteri solehah,dan ibu mithali kepada anak-anak yang soleh dan penyejuk mata..

Dan hakikat yang pasti..

aku ialah hambaNya..

yang menginginkan setiap perjalanan hidup ini adalah ibadah kerana Allah..
yang mengimpikan setiap langkah ini adalah ibadah kepada Allah..
yang mengharapkan bait bicara yang keluar dari lisanku ini adalah ibadah kepada Allah..
yang mengharapkan syurga Allah sebagai perhentian terakhir dalam pengabdian hidup kita sebagai hamba Allah yang kerdil dan hina ini..


aku juga ialah seorang dai’e Allah

yang hidupnya bukan sekadar sebagai seorang hamba yang mengimpikan syurgaNya
tetapi juga sebagai penyampai sebuah seruan yang hak..
sebagai penyeru kearah kebaikan..
sebagai pencegah kearah kemungkaran..

dan aku juga seorang khalifah

yang bakal memakmurkan dunia ini..
menghidupkan dan menyemarakkan roh kebenaran di atas tanah yang ku pijak,
mengangkat syariat Allah tatkala diri menjunjung langitNya yang luas..

namun,
aku masih lagi seorang pemimpin yang kerdil..
pemimpin kepada nafsu diri sendiri yang tidak pernah mengenal erti puas,
pemimpin kepada diri sendiri yang seringkali mengikut hasrat hati yang buta,
pemimpin kepada diri sendiri yang genap tewas dalam perjuangan mempertahankan iman yang semakin goyah..

aku yang mengaku khalifah..
hanya takat ini yang aku mampu untuk waktu ini..
menjadi pemimpin untuk diri sendiri..

siapa aku di Jordan..???

aku yang pura-pura dan mengaku sibuk untuk memimpin diri sendiri,dalam perjalanan untuk meneruskan langkah perjuangan di bumi Allah ini....itulah aku di Jordan..

seorang yang berazam untuk memperkemaskan potensi diri,keikhlasan hati,keazaman matlamat dalam memenuhi impian yang lebih besar suatu ketika nanti..doakan aku..ameen..

“kita mempunyai potensi yang BESAR untuk bermimpikan impian yang KECIL"

p/s:manusia seringkali mengaku sibuk,tidak punyai masa..walhal manusia itu tidak pernah sekalipun sibuk melainkan dalam urusan dunia semata-mata..satu soalan untuk aku dan engkau fikir bersama..


SEJAUH MANA KITA SIBUK MENGEJAR URUSAN AKHIRAT NAK DIBANDING SIBUKNYA KITA MENGEJAR URUSAN DUNIA??

By:aku yang mengaku sibuk(-.-)

3 comments:

hamba-Dia said...

exam bio

"..usah dpinta diperkecilkan ujian,tapi pintalah diperbesarkan iman menghadapinya.."

sama2 muhasabah dan koreksi diri..
perbetulkan niat di hati..
siapa sebenarnya kita di sini..
dan siapakah kita suatu hari nanti..

kekadang kita di atas,kekadang kita kat bawah..

tak selamanya kita akan berada di atas..dan
tak selamanya juga kita akan kat bawah..

sungguh..

"..maka beruntunglah bagi mereka yang bersabar itu.."

man_hakimi06@yahoo.com said...

:-)

DawudHawariy said...

jadilah diri kamu, jgn jadi diri org lain...