Assalamualaikum…alhamdulillah..dikurniakan kesempatan juga utk mengupdate blog..tak biasa cuti lama2 membuatkan Bk terasa agak lama tidak mencoret di sini..^^
Semoga mendapat sesuatu daripada entry kali ini..
Hari2 dilalui..meneroka dunia dan daerah baru.bumi syam yang diberkahi.angin bertiup.terasa dingin udara menyapa.udaranya sejuk nan gersang.terik2 panas akan tetapi segar udara terasa bayu bumi ambiya’ yang dirahmati..
Qalam-Nya berbunyi..
“..Dan Dialah yang menjadikan untuk kamu yang mudah dijelajahi,maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya.Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan…”(al Mulk 29:15)
Alhamdulillah..memikirkan nikmat Allah yang tidak pernah memutus..membuatkan hati kita terpujuk kembali..bertuah menjadi insan yang terpilih untuk belajar dan mengenali Negara orang..hakikatnya jika dihitung dan dikira keadaan di bumi Malaysia jauh lebih baik daripada bumi kita berpijak pada saat ini..kata orang,hujan emas di bumi orang..hujan batu di bumi sendiri..namun apa yang dicari bukanlah material dan kemodenan serta keselesaan hidup semata,namun mutiara keberkatan yang ada di bumi ini..
Dan..aku dan kau percaya,mutiara itu bukanlah sebarangan,bertaburan di pesisir pantai kehidupan kita di sini..akan tetapi perlu dicari,diselami lautan hikmah sedalam-dalamnya..
“..inginkan yang berharga,mahal..satu hakikat yang tidak mudah..”
Di sini kita berdiri berpijak di bumi..menjunjung langit yang luas..pernahkah kita terfikir alam penuh rahsia..anugerah yang Maha Esa..
Sahabat2,fikirkanlah ke mana arah kita..berjalanlah dan bermusafirlah untuk melihat kebesaran-Nya..diciptakan untuk mereka yang berfikir..dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaan-Nya nilai harganya iman dan taqwa bagi hamba-Nya yang setia..
Renungilah hikmah kembara menuju kasih..buktikan CINTA kita kepada-Nya..
Bagaimana ?
Ambillah ruang masa ini sebagai turning point terbaik untuk kita sama2 menjadi hamba-Nya yang lebih baik..jangan sesekali lepaskan peluang yang ada di depan mata,jika bukan sekarang bila lagi..?jika bukan di sini di mana lagi ?..masa semakin cepat,singkat menuju saat itu..rugi,sangatlah rugi seandainya hidayah itu dilepaskan begitu sahaja,hilang..terbang bersama bayu angin ambiya’..di mamah masa2 yang ditinggalkan..genggam erat2..suburkan azam..teguhkan iltizam..mohonlah kekuatan-Nya..
“..aku tak baik,tapi aku nak jadi baik dan aku nak kita sama2 jadi baik..syorga itu bukan untuk individu(aku sorang) sahaja tetapi jemaah(kita)..”
sahabat2,syorga itu bukan memilih tetapi hanya insan yang terpilih yang selayak untuknya..
kita nie,walau berbeza warna kulit,keturunan,latarbelakang hidup,sekolah agma bukan sekolah agama,dahulu hebat tarbiah,dulu kurang solehahnya..hakikatnya masing2 tiada beza warna kulit atau rupa,yang ada hanya insan yang lemah dengan satu tujuan mencari keredhaan-Nya..lantas berfikirlah..
“..aku nak kita sama2 kejar syorga,bukan neraka..kau bantu aku,aku tolong kau..deal ???”
kita sama2 buang yang lagha tu skit2,campakkan yang buruk2 tu skit2..insyaAllah...(:
Tutup segala kekurangan,positifkan segala keburukan..pandanglah dengan mata hati..pedoman segala kebaikan..tambahkan segala kelebihan..^^
hati masih kosong,mencari2 mutiara untuk diperhiaskan..tak senang,bukan mudah..
p/s:best! Melihat panorama dan keindahan tanah gersang si padang pasir on the way balik dari university ke Irbid..sambil2 layan lagu Hikmah Kembara dan Freedom..(:..one way of refleksi dan koreksi diri..
No comments:
Post a Comment