Thursday 31 March 2011

Inayah dalam berhibur(~__*)

assalamualaikum..
this post-->kredit to 'gogo'..
entah sape la BK pun tak kenal..
he3,yang pasti dia follower KKJ..

sebenarnya..lagu inayah nie..BK sangat suka..sejak sekolah rendah lagi..siap salin lirik lagu lagi..dalam buku log nasyid...kelakar..dulu siap buat buku log nasyid lagi..kenapa suka dengan lagu nie..??mungkin sebab liriknya..dan mungkin juga sebab tajuk lagunya:INAYAH..tak tau pun apa maksud inayah..agak2 je masa tuu..

inayah=petunjuk=nur=kurniaan Allah semasa darjah rendah...alhamdulillah dengannya..mula berjinak2 untuk mengenali hiburan Islam..hanya melalui nasyid..masa tuu sangat famous dengan in-team(semua tajuk lagu mase tuu ada perktaan 'kasih'..sebab tu selepas in-team diberi peluang untuk buka syarikat sendiri selepas bernaung di bawah hijjaz record.in-team muncul dengan nafas baru dengan album:TIADA LAGI KASIH...sungguh significant sekali tajuknya..)

dulu mana ada mp3..kalau ada pun mesti mahal..tak mampu..internet..??lagi la..huh!..Maher zain tak 'glamour lagi masa tuu..terhad.sekarang..??macam2 ada..pandai2 la kita tapis apa yang patut..yang mana halwa telinga yang baik untuk ubat hati..atau sekadar halwa yang masuk daripada telinga kanan dan keluar telinga kiri..

BERHIBUR TIADA SALAHNYA--->KERNA HIBURAN ITU INDAH

***

"...tak ternilai air mata dengan permata,yang bisa memadamkan api neraka..andai benar mengalir dari nasuha nurani..takkan berpaling pada nafsu duniawi.." -Destinasi Cinta-Mestica..

"..hanya yang terpilih antara yang berjuta mendapat rahmatnya..harus ada rasa bersyukur setiap kali ujian melanda..itu jelas membuktikan Allah mengasihi mu setiap masa..diuji tahap keimanan..sedangkan ramai terbiar dilalaikan.."-Rahmat Ujian-Mestica
***
melalui lirik nasyid mendapat ilham untuk berkarya..

salam inayah untuk semua pembaca..

Rahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas
Nikmat yang Kau berikan
Tak kan dapat untukku menghitunginya
 Oh Tuhan yang Esa
Berilah petunjuk-Mu
Rahmatilah kami
Oh Tuhan

Oh Tuhan yang Esa
Berilah inayah-Mu
Ampunilah kami
Oh Tuhan

Selamatkan kehidupan kami
Tenang damai tiada resah
Di bumi bertuah milik-Mu
Oh Tuhan

Moga diperkenan segala permintaan
Pandangailah kami
Dengan kasih sayang-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas

Moga diperkenankan segala permintaan
Kau pandangilah kami
Dengan kasih sayang

p/s:Allah sentiasa memandang hamba2-Nya..hanya kita kkdang lupa bahawasanya kita sedang diperhatikan.

Nasyeed Musolla:
pelayaran mujahid..

secarik calar terukir,
menyerlah titisan darah,
merah pekat mengalir,
tumpah ke bumi Allah..

setetes air mata mengalir,
hangat di bibir mata,
seorang mujahid sejati,
di lautan perjuangan..

Arus mehnah gelombang fitnah,
badai syaitan taufan nafsu
padu menderu memesong arah perjuangan
namun mujahid tetap cekal tabah
meneruskan perjuangan 
menuju perlabuhan 
pulau impian 
daulah keimanan mahligai ketaqwaan..

Puisi buat Teman:


“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Doa.wanita.

"...ya Allah jadikan kami wanita solehah,ibu mithali,anak yg solehah yang mana taat kepda kedua2 ibu bpanya,sahabat yang setia kepada sahabatnya,orang yg disenangi oleh orang yang disekelilingnya..kurniakan lah kami rasa cinta kepda kebaikkan dan membenci keburukkan..sungguh kami kaum yang lemah..hadirkan rasa cinta kami terhadap diriMu.."

kredit to murshidah..:)..
i think of this when i read your FB status..
(many poeple 'like' it..)
i love this so much..
cause we're "WANITA"..
short.simple.nice.good to said.to remember.
it was really touching.all the memories.
murshidah..

p/s:tangan yang menghayun buai..tak siapa sangka mampu menggongcang dunia..

Wednesday 30 March 2011

1 April..Jom Muhasabah!

assalamualaikum..

rekaan dan idea semata2
ilham daripada Allah..

post by:otak_udang_meen

AMARAN!penggunaan bahasa yang agak tegas dan sinis!

kebodohan demi kebodohan.kejahilan demi kejahilan..(..nie memang melalut nie..)
bukan kempen jom heboh.bukan juga bual bicara agama.bukan entry kutuk mngutuk.bukan nak bercerita hukum menyambut april fool..bukan nak marah2..bukan nak menghukum..tapi nak mengajak..sama2 kita betolkan otak kita balik..cuba MUHASABAH balik..yes!that's the point..MUHASABAH!..(sesaje buat gempak..)

Cuba Kita Fikir Dan Renung..Sepanjang Hidup Kita Yang Lalu..

terlalu banyak nikmat kurniaan Allah..Allah bagi kita mak dan ayah..mereka didik kita hingga kita jadi apa yang kita jadi sekarang..budak kolej bukan..?tak pun ex-kolej..ayah kita hantar kita masuk tadika..belajar ABC..ayah kita ajar pakai tudung..ajar solat..dan macam2 lagi..masuk umur 10 tahun ayah kita pernah rotan kita sebab tak solat..kita marah..kita geram kat ayah kita bukan..?terasa macam nak lari rumah bukan..?..masuk darjah 6..mula la cinta2 monyet..dah pandai walau masih budak2..siapa yang ajar..??bukan ayah yang ajar...pengaruh media yang mendidik..UPSR..tak ada perasaan punn..habis2..masuk la sekolah menengah..dah mula matang..dah pandai macam2..dah pandai mintak handphone..pandai dah mesej2 laki2 dan perempuan..saje2 nak gurau..isi masa lapang...semuanya sebab kawan yang ajar..buat frindster..tambah lagi facebook dan twitter..bukan ayah yang ajar..tapi..edaran masa yang merangsang....tapi alhamdulillah..kita semua masih lagi dikurniakan kekuatan untuk berusaha dalam PMR..lantas masuklah kita ke kolej..

sepanjang hidup kita yang lalu ini juga kita diajar untuk mencintai ilmu,,kena dapat 5a UPSR..nanti mak ayah bagi hadiah..PMR..dapat straight a's mak beli itu dan ini..janji!..huh!..bukan salah mak nak merangsang..tapi salah anak yang terangsang..mula la fikiran menjadi sempit..matlamat menjadi sudip..kenapa..??sebab materialistik menguasai minda..segala2 kerana itu dan ini...kerana cita2 yang belum pasti..kerana visi dan misi hidup yang ingin dikecapi..lantas menadah ilmu setinggi-tingginya..diploma.sijil,,ijazah,,master dan PHD..itu menjadi matlamat..

bukan salah ayah dan ibu mendidik supaya mencintai ilmu..tetapi hakikat dunia didedahkan supaya mencintai ilmu dunia..melebihi ilmu akhirat..atau dalam erti kata lain..ilmu farhu kifayah dikejar bersungguh-sungguh..ilmu fardhu ain dipipiskan ke tepi sahaja..yang sempat dirangkul sambil berlari memang lah bijak mereka itu..tetapi yang slow..??..mungkin lupa dan tak nampak ketika berlari ilmu fardhu ain disisi kanan dan kiri..

OH!muhasabah la..kita memang lupa..tujuan hidup kita..sebab kita sendiri tidak tahu.aku,kamoo,awk,saya,mereka...untuk siapa matlamat hidup kita,,,

mungkin buat bekalan sebelum mati..bagi kat anak bini kemewahan..rumah banglo kat lereng bukit..tanah berbidang2..projek mega lagi perdana..syarikat utuh lagi kukuh..tapi untuk selepas mati..??hanya amalan secicip cuma..itu lah kita..bila kita muhasabah balik..kita dibesarkan dengan keseronokkan..hiburan menjadi lumrah pelengkap hidup..

aku...kamoo...anda..kalian..memang sedar,,inilah hakikat kehidupan..ummat akhir zaman..diajar untuk tidak berfikir untuk ummat diawal usia..tapi hanya diajar tentang ilmu dunia..ada pun kaitannya dengan agama..cumalah sisa2 isi utama..kita juga diajar untuk mengenal agama..tapi bukan mengamal agama..ada pun diamal..lagi ditokok tambah..salah siapa..??

dunia oh dunia..kekadang kita sedar..kekadang kita lalai..ada pun yang lalai dan leka itu lagi banyak dari ingat..kerana kita dididik oleh orang yang jahil..diprogram oleh mereka yang tiada fahaman..siapa mereka..?..mereka ialah diri kita sendiri..maka..dalam muhasabah diri kali ini..cuma pandang diri kita..adakah kita dilandasan yang betul..??..apa matlamat kita sekarang..??..adakah semuanya bersandarkan dunia semata-mata..

aku mahu menjadi profesor dalam bidang kajian bioteknologi..aku menjadi datuk yang jutawan lagi hartawan..aku mahu graduate dari universiti terkemuka..aku mahu bangunkan negara dengan teknologi canggih dan moden..wah!memang hebat..tetapi..kerana siapa semua itu ditujukan..??..

hakikatnya kita memang telah dididik sejak dari awal lagi bahawa dunia adalah segala2nya..sedar atau tidak..hanya kita sendiri tahu jawapannya..jom mengenal matlamat hidup sebagai abdiNYA..tak kira lah siapa dan apa yang kita lakukan...suatu hari nanti pasti kita akan sesat juga..jika tak dipandu niat suci di hati..kerna dunia hari ini sesat dan menyesatkan..

salah siapa..??..salah kita semua..tunding jari kat hidung sendiri..sentiasa..jangan sesekali ke arah lain..

ana,nta.nti,awak,saya,kamoo,anda,kalian,kita semua sama jerk..
jahil dalam kejahilan..
kenapa entry ini ditulis..??kerana ana pun insan biasa2..bukan luar biasa..
sebab ana jahil lah ana tulis..supaya kalian pun tidak ikut jahil macam ana...

p/s:bangau oh bangau kenapa kau kurus,..??macam mana aku tak kurus..hormon lambat sangat..hormon lambat sangat..hormon oh! hormon kenapa lambat sangat..??macam mana aku tak lambat..trafic jam la..banyak sangat hormon nak masuk..huhuhu..(..patutla ayam2 sekarang cepat besar,cepat jugak diorang busuk..)

mood:lesu dan layu
11.15 pm
dihadapan laptop
di dalam bilik
dirumah flat
ditengah2 kota
yang penuh dgn manusia2 yang "sibuk"..
***

jom mulakan hari esok dengan sedikit demi sedikit,,cuba kita buat balik amalan yang kita buat kat KI dulu..yang dah lama kita tak buat..sempena hari Khamis esok..jom puasa grand..??he3..dah lama bukan..??ana nie lemah kalau sorang2..tak kuat..

Rindu Tak..??(..the places in bumi waqafan..)

assalamualaikum..??

untuk muslimat sahaja..

really miss the 'environment' called:
BIAH SOLEHAH

aku rindu akan tangisan sahabat2 di italk aras khalid..
aku rindu bilik basuh..tempat kita basuh baju sama2..
aku rindu bilik study..tempat kita stay up sama2..
aku rindu dorm..tempat kita baca al-mulk sama2..

aku rindu dewan makan..tempat kita kena marah sama2..
aku rindu pentas dewan makan..tempat kita wish birthday sahabat2..
aku rindu meja KP..tempat kita berjual beli barang lelong..
aku rindu court aspuri..tempat kita main game sama2..

aku rindu musolla..tempat kita mengubat rohani..
aku rindu bilik iron..tempat kita kumpul kertas nak recycle..

aku rindu rumah ustazah..tempat kita kacau OMAR HAZIQ
aku rindu gazebo f1..tempat kita kumpul ramai2..
aku rindu bangku depan musolla..tempat kita melihat bintang..
aku rindu BAU..tempat kita bergotong-royong sama2..

aku rindu kantin..tempat kita pinjam duit sama2..
aku rindu COE..tempat kita kumpul pagi2..
aku rindu dewan besar..tempat kita dengar tazkirah dan ceramah..
aku rindu bilik mak cik Bertuah..tempat kita beli kuih sama2..

aku rindu kelas..tempat kita prep sama2..
aku rindu tangga..tempat muslimeen muslimat jadi 'cicak'..

aku rindu pintu dan dinding..tempat kita 'berbalbu liqa'(btol tak ejaan nie..??he3..)
aku rindu DUA..tempat kita berebut dan chops! kerusi hijau..
aku rindu pagar dekat rumah pengetua..tempat kita shortcut ke dewan besar..
aku rindu gazebo tepi kantin..tempat "penunggu" sedang memerhati..(huhu..seram,..)

aku rindu bilik KP..tempat pgumuman barang hilang..
aku rindu pejabat..tiket bas,,ustaz ismail..outing..
aku rindu KSK..tempat lepak layan nasyid..
aku rindu jambatan M..tempat kita study sama2..

aku rindu waqaf tepi dewan makan..tempat kita makan bubur ustaz sheikh..
aku rindu board KP..tengok markah inspection..xoalan spot..

aku rindu bilik guru..tengok cikgu2 yang sgt2 busy..

aku rindu gazebo depan pejabat..tempat kumpul sebelum naik bas kolej..
aku rindu DAR dan makmal,,tempat kita baca buku sebelum exam..
aku rindu bus stop..tempat kita tunggu bas nk gi outing..
aku rindu Mydin...tempat kita beli barang sekolah dan kelas..he3(nie pun rindu gak..??agak2 ar..huhu)

p/s:..rindu itu manis..benci itu pahit..
maaf kalau ana merepekk!!(version Solehah)



Monday 28 March 2011

Masjid sultan Sulaiman..??

assalamualaikum..
mungkin bagi sahabat2
muslimat sekalian khususnya..

terlalu sedikit,
sekecil cuma kenangan kita..
warga aspuri di masjid ini..
pernahkah sahabat2 jejakkan kaki sendirian di masjid ini..
mungkin ada yang pernah singgah masa mula2 nak daftar ke KKJ..
lantaran tiba dari jauh..
tumpang musafir d masjid SS


lagi2..mereka yang sesat..
masjid inilah yang menjadi
'mark place'..

pak cik tau ke kolej islam kat mana..?
tanya seorang sahabat
kepada pak ciknya
yang sudi menyewakan kereta untuk menghantar..
tak pa lah..nanti sampai klang kita tanya orang..kata pakciknya..
maka sesatlah mereka..berpusing2 dalam bandar klang..
hah!tu dia..dah nampak dah masjid SS..
bagi kaum muslimeen pula..
Masjid nie pot yang menduduki tempat teratas 
bagi mereka yang fly..
he3..
maklumlah budak kolej..
fly g masjid je punn..
tak pun wak kanang..
huhu..

 ***
masjid SS..
ada ketenangan di situ,,
rindu pada dinginnya udara dhuha di sana..
semua ini kerana seorang sahabat..
dhuha di sana..

saat2 warga kolej mula pulang ke kampung..
tinggallah mereka yg terakhir..
yg terakhir di bumi sana..
sayu..
kolej sepi,sunyi..
tiada lagi kelibat pelajar2..
lalu lalang di dewan besar..
jejantas sudah kehilangan pengguna tetap..
oh!sayunya nk tinggalkan KI..
sisa masa terakhir..
dihabiskan dengan meneroka masjid SS..
pertama kali menjejak kaki ke dalam bahagian tengah..
membaca catatan penubuhan masjid..
sungguh bersejarah..
masih kekal struktur binaannya..
dihias marmar import..
kayu2 luar negeri yg berkualiti..
ukiran khat di dinding masjid..
bertuahnya kolej islam
berjiran dengan masjid ini..
alhmdulillah..

sungguh masjid inilah..
menjadi saksi..
lahirnya sebuah kolej..
yang subur dengan tarbiah..
sejak 56 tahun yang lalu..

di sini bekas2 budak kolej..
dari satu generasi ke generasi..
bertemu menadah ilmu..
ada yang pernah diberi peluang berkhutbah..
diberi peluang menjadi imam..
menjadi bilal..
sungguh..tempat ini
juga antara lokasi
yang menjadi saksi..
pentarbiahan benih2 waqafan..
rindukah kalian pada rumah Allah ini..??
mungkin ada yang rindu..

mungkin juga tidak ada perasaan..
lantaran itu..
titipkan secebis kenangan mu duhai sahabat
dengan solat dhuha di rumah Allah ini..
tatkala dirimu jejak kembali ke bumi waqafan..

rasakan lah dingin bayu dhuha di masjid ini..
ada ketenangan di sana..
yang pasti akan dirindui..

p/s:jika dikau melihat dengan cermin mata kehidupan..segala2nya dirasakan tarbiah daripadaNYA..




Sunday 27 March 2011

BEGINIKAH aku..??Dakwah atau..

 assalamualaikum..
untuk entry kali nie..
permintaan daripada seorang sahabat..
hanya ini yang termampu..
selongkarlah..
moga2 ketemu apa yang dikau kehendaki..

bermula kisah dua budak kolej:

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah


Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
 
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. 
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<<Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama’ yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, “Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah?” Saya menjawab, “Ini dia!” Katanya, “Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian” . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.


Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.



Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, "Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds" (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

satu lagi..

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Qala Allah:

"Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "



p/s:moga roh kita kembali kuat..
buka diari baru..
tekadkan azam!..
bertemu lagi di dunia luar..
salam kembara..
si musafir di perjalanan.. 
sungguh!kembara itu tarbiah!! 

Thursday 24 March 2011

segenggam TABAH

assalamualaikum..
alhamdulillah syukur kepada Allah..
ana diberi kekuatan dan ilham..
untuk satu entry
yg mana setelah agak keletihan
jiwa dan perasaan..
masih kita dapat bertemu..
dengan izin ALLAH..
kredit to  UKHTI AIMI..
kerana mengigatkan ana untuk kembali ke KKJ..

sebelum sahabat2 membaca entry nie..
ana nak buat satu permintaan..
sila 'klik" lagu segenggam tabah
kat singing box.
...
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
mungkin ada sahabat kita yg mengalami kemalangan jiwa
gelodak hati dan perasaan..
tatkala pulang ke kampung jawa
tempoh hari lalu..

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
jadilah kita seperti camar..
walau patah hati..
hilang daya dan usaha..
tapi percayalah rezeki Allah
kepada kita selama ini
masih terlalu banyak untuk disyukuri..
nak dibanding musibah..
yang menimpa diri..

Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
sungguh..
Allah mencintai diri kita...
lantas diberinya ujian..
untuk menjahit kembali
keimanan dan cinta kita kepadaNYA
yg telah lama terkoyak..
dek kealpaan dan kelalaian diri kita..

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
mungkin mereka tidak memahami..
mungkin mereka cuba memahami..
yang pasti mereka juga pernah melaluinya..
pandanglah dengan mata hati..
tunggu dan lihatlah dengan sabar..
nescaya..
bahagia dan hikmahnya menanti..

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 
mungkin bukan hari ini..
mungkin juga suatu hari nanti..

Hari esok tak siapa tahu milik siapa..
hanya Dia yang Maha Mengetahui..
keruh di hulu..
mungkin jernih di muara..
alangkah bahagianya jika orang2 disekeliling kita turut bahagia..
tiada lagi suka dalam duka..
walaupun perjalanan kita
penuh ranjau..

sesungguhnya..
dalam kepahitan di bumi tarbiah
ada kemanisan yang dirasai..
p/s:
moga mata hati yang buta kembali melihat..
moga telinga yang pekak kembali mendengar..
semoga hati yang lalai kembali mengingat..
moga tangan yang lemah kembali menggenggam.. 


moga2 kita menjadi hamba Allah yg bersyukur atas segala nikmatNya..
tak kira lah ..kejayaan atau kegagalan..semuanya nikmat dariNya..
dtg dari Allah..


Monday 21 March 2011

CuTi BerMula~~

assalamualaikum..
kepada sahabat2 semua..
selamat kembali ke bumi tarbiah..
balik ke 'kampung jawa' tuh hati2 tau..
pengetua pun nak balik cuti..
budak-budak kolej yang dah beli tiket atau 'balik' ngn parents 
kena hati2..
moga selamat pergi dan balik..
cuti-cuti jgk..
jgn lupa buat "..holiday package.." ..
nanti KKJ akan bukak balik
mungkin ada byak lagi kisah2 menarik..

maklumlah bila cuti..
banyak pengalaman kat 'kampung'..
leh la kita share2 kat sini..
kalau panjang umur n murah rezeki..
aminnn..


apa pun..Bk nak mintak maaf sepanjang penggal pertama nie BK ade wat salah ker..
tak lulus "program" ke..
marah2 ker..
banyak membebel ker..
maaf la..
pengetua pun manusia biasa
insan biasa-biasa..

~~3..2..1..cuti bermula..~~

p/s:moga calon2 'stayer' bertambah selepas cuti..hehe

Sunday 20 March 2011

Sabarlah..Kita Insan Biasa-Biasa..

assalamualaikum..sahabat2 kolej sekalian..
seringkali kita ditanya..

apa khabar iman??
menaik ke menurun...
sungguh..
iman manusia biasa2 seperti kita
naik dan turun..


seringkali kita ingin mengubah diri..
namun ujian Allah datang silih berganti..
kenapa..??
kerana bukan mudah nak jadi insan luar biasa..
perlu kawan..perlu teman..
perlu peringatan perlu sahabat..
perlu SABAR..

untuk menjadi:
"..orang yang hari ini lebih baik daripada semalam,hari esok lebih baik dari hari ini.. "

perlu kekuatan jiwa..
kekuatan hati..
kekuatan ukhwah..

Cerita di Bumi Tarbiah:
suatu hari..

"teett..teett.."
mesej diterima..
inbox dibuka:

esok balik KKJ..
doakan ana..
supaya sentiasa kuat dan SABAR..
atas segala mehnah..
ana akui ana bukan seorang yang kuat..
terkadang rasa lemah putus asa menyapa diri..
terkadang riak kata yang menunjukkan kita bahagia.
tiada masalah..
tetapi hakikatnya..
hanya Dia yang tahu..
harapan ummi dan ayah satu tanggungjawab..
rasa cemburu dengan kawan banyak masa untuk study..
sedangkan ana..??
sedih bukan kepalang..
tapi ana tetap berpegang pada janji Allah..
tak lama lagi SKK..
insyaAllah ana akan buat yang terbaik..

semua ini tarbiah..
sungguh..
aku memahami dirimu..
sebagaimana yang telah kami alami..
peritnya jalan yang kita pilih..
tiada siapa yang mengerti..

"..secarik calar terukir..
menyerlah titisan darah..
merah pekat mengalir
tumpah ke bumi Allah..
setetes air mata mengalir..
hangat dibibir mata..
seorang mujahid sejati..
di lautan perjuangan.."

tapi ingatlah..
kerana jalan ini kita bertemu dan berpisah..
keranamu aku sedar..
ukhwah ini bukan kerana hati dan perasaan semata-mata..
tapi kerana Allah..
moga kita menjadi orang yang mendapat perlindungan arasyhnya di hari kelak..
termasuk antara 7 golongan itu..

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

aku tatap diarimu duhai adik..
alangkah sayunya hati ini..
engkau sendiri sekarang di sana..

10/10/10..7.40am
YA Allah..
bersyukur padaMu atas segala nikmatMu..
atas segala ujianMu..
Ya Allah sungguh Engkau Maha Pengasih..
Ya Allah peliharalah ukhuwwah ini..
jangan pisahkan hati2 kami..
kasih kami ikhlas mencari cintaMu..
Engkau tanamkanlah rasa kasih..
dalam taman hati2 kami..
ya Allah yang Maha Mendengar..
rintihan hati hambaMu ini..
Ya Allah aku lemah..
kami lemah..
tanpa rahmat dan kasihMU..

p/s:maafkan aku kerana..
tidak mampu memberi sebanyak-banyaknya..
tapi..
aku hanya mampu mendengar sebanyak-banyaknya..
hanya itu yang aku mampu..
kerana..
aku insan biasa-biasa..

moga bertemu lagi..
pasti bertemu lagi..

menGhitunG Hari Nak starT PuasA Fb..KKJ nak mula cuti~~~..
sebelum spm:doa supaya Allah mudahkan blaja..cari ilmu..fhaman..
semasa spm:doa moga dipermudah apa yg keluar,keluar apa yg di baca..igt apa yg lupa..
selepas spm:doa supaya Allah lembutkan hati pemeriksa..
sebelum result keluar:doakan Allah bgi yang terbaik..dan hati redha dengan apa ujian Allah..
selepas result keluar:doa supaya Allah tmbah iman;kalau baik moga kita jdi org yg beryukur..kalau tak seperti yg diharapkan moga kita jadi orang yang tabah n SABAR..
sebelum interview scholar~~:...bla..bla..
oh!hidup masih panjang..
panjang lagi masa..
banyak lagi masa menuntut kita
supaya sentiasa berdoa..

sesungguhnya..
doa itu senjata orang mukmin..
HE'S ALWAYS BE THERE..

Saturday 19 March 2011

khas UNTUKmu IBU,UMMI,MAK..

ASSALAMUALIKUM..
rasenya sblum KKJ start cuti..
ana nk letak satu copy n paste punyer citer darpda iluvislam..
(lame tak selongkar web nie..)..
ntah lah..bila dah makin dekat ngn result SPM nie..makin sayu plak..
bgai terasa mau deactive FB,puasa FB,puasa internet..
oh!kalau bleh tak mau kontek sape2 lantran kecuakkan yg mnghantui diri..
bila tgok harapan ummi,ibu2,mak2..apakah kita semua bisa membahagiakan mereka..?
oH!sungguh sayu hati ini..
bacalah dgn mata hati,moga masuknya dilubuk hati:
Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...

Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...

Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...

Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...

Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

p/s:sampai kita semua masuk kolej..jadi budak kolej..

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut anniversary.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku

Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

pesan Ibu dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima
ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah
tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit..
lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu

anak:leh tak kite puasa nanti exam SPM??
ummi:tak payah la..biar ummi je yang puasa..

minta izin lagi..

anak:ummi..bleh la..kite nak puasa masa exam SPM..??
ummi:tak payah..biar ummi jer yang puasa..hmmm..

sesungguhya kejayaan kami dalam SPM hanyalah untuk membahgiakan ibu dan ayah kami yang telah byk berkorban..sbgai tanda terima kasih juga kepda cikgu2 n juga sahabat2 yang telah banyak berkorban..disepanjang perjalanan kita dalam mengharungi SPM..aminn

Friday 18 March 2011

Ada Apa dengan Negeri 5 Menara..??

assalamualaikum!sahabat2 kolej sekalian..
pertama2..mugkin persoalan yang timbul dalam benak hati dan fikiran kalian:
Ada Apa dengan Negeri 5 Menara..??

di mana-mana group kat FB(yang sangat banyak tuu..)ana giat mempromosikan buku tersebut.
buku ini ana beli kat POPULAR JUSCO KLANG
selepas didesak oleh kakak ana yang sudah membacanya..
lantaran gaya ulasannya yang begitu mengujakan,
terdetik di hati:
Ada Apa dengan Negeri 5 Menara..??
maka dicarilah buku tersebut berharga kira-kira rm20..
wah~mencabar iman nampaknya..
poket sudah kering,nak hutang dengan sahabat dulukah..??
oh!akhirnya beli jugak..
dah la duit tak ada,kad ATM plak ditelan mesin..
amboi..kad pun nak telan..??igt nak telan duit jaa..
maka dibaca satu bab..
oh!amat menarik sekali..
terkenang pula novel 'LASKAR PELANGI'..
samakah..??
sebab sibuk sangat dengan program SBT..
oh~!tak sempat jugak nak baca habis..
lalu tanpa sengaja..

sila rujuk entry ini..

novel habis dibaca setelah tamat SPM..
novel yang dibeli sendiri telah dihadiahkan kepada Cikgu Nani(warden KKJ yang minat membaca novel)
mujurlah akak ada beli satu lagi..

ULASAN:

pada pendapat ana,sahabat2 KKJ akan dapat melihat unsur-unsur persamaan dengan kehidupan di negeri 5 menara dengan KKJ..
N5M,merupakan sebuah pondok moden di kepulauan Jawa,
yang sangat masyhur dengan kehebatannya yang telah melahirkan tokoh2 yang berjasa kepada bumi jiran negara  kita sejujurnya..
keperitan,suka dan duka yang dilalui penulis dan lima sahabatnya dalam meneruskan hidup yang sangat mencabar di sana,menjadi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis sebuah naskah yang penuh dengan nilai-nilai motivasi dan identiti diari dan hakikat hidup seorang pelajar sekolah agama yang belajar di sekolah agama akibat desakkan ibu bapa yang meminta..

akhirnya berkat kesungguhan dan keazaman masing2 telah berjaya lulus dengan tuntasnya..
masing2 membawa diri..bertebaran di sepolosok dunia..
mencari,menuntut ilmu Allah..
yang sememangnya sangat luas..

*sangat sesuai dibaca oleh guru atau bakal guru..
*para pelajar KKJ khususnya kerana ana yakin sahabat-sahabat akan terbayang realiti hidup kita semua di KKJ..dan kalian pasti tersenyum meratah bait-bait cerita dan peristiwa yang seakan-akan kita semua pernah lalui..sungguh menggamit memori..percayalah..
ubatlah rindu sahabat dengan menjadikan buku ini sebagai koleksi atau senarai yang akan dibeli ketika KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR nanti..

*para pelajar sekolah agama yang terasa nak pindah daripada sekolah agama..(he3)

*mesej yang dibawa jika diteliti ada makna,ada ingatan di situ:
"MAN JADDA WA JADA"

*sesuai dibaca bagi adik2 yang baru nak masuk asrama atau sekolah agama..hadiahkan kepada mereka,moga mereka ketemu nilai dan motivasi..

TRIVIA:
*Buku ini merangkul anugerah buku pilihan pembaca indonesia..
*N5M merupakan sebuah novel Trilogi..
*trilogi ke-2 bertajuk Ranah 3 Warna sudah diedarkan pada 23 Januari
(tak pasti kat Malaysia dah diedarkan belum)
*merupakan kisah benar penulis ketika menuntut di pondok Madani moden Indonesia

nak tahu lebih lanjut,senang2 ada masa free,try test tengok link nie
http://negeri5menara.com/
tak pun tanya Haji Google..
 mesti dia tahu..
hehe3

*SEJUTA IMPIAN*
-rancangan realiti tv3 yang akan muncul tak lama lagi
-sekarang giat dijalankan ujibakat

maka dikatakan pergilah seorang budak kolej untuk mencuba nasib..
"impian saya ialah saya nak kumpulkan bekas budak kolej yang berminat dan ada bakat dalam bidang penulisan dan saya nak suruh diorang hasilkan sebuah Trilogi..berkenaan KKJ..
pastu saya yang akan menjadi penerbit sepenuhnya..dengan menggunakan wang/sumbangan yang SEJUTA IMPIAN berikan,saya akan menguruskan segala-galanya..
dan saya yakin sekiranya Sejuta Impian merealisasikan impian saya ini,Sejuta impian juga akan merangsang  mereka di luar sana untuk memiliki Sejuta Impian lantaran nilai2 motivasi yang akan ditonjolkan melalui novel Trilogi KKJ..
yang akan pasti membasahi jiwa yang kekeringan semangat dan nilai diri,yang pasti mengubat kembali semangat yang lesu kembali gemuruh..
khususnya dalam kalangan pelajar kita hari ini..
dan remaja khususnya.."

jika anda panelnya,adakah anda akan menerima budak kolej di atas sebagai peserta SEJUTA IMPIAN..???WOHA!

akhir kata daripada ana,selamat menikmati Negeri 5 Menara..!!
dah kenyang tuu..jangan lupa syukur..
alhamdulillah..
rohani,mental,spiritual dah kenyang..

p/s:suatu hari nanti..mungkin kah akan muncul Trilogi KKJ..???




Malu TAPI Mahu~~

assalamualaikum,
cuti sekolah dah nak habis,
tapi kat KKJ tak start cuti lagi..
mungkin dua tiga hari lagi cutilah..
pegetua nak balik kampung..he3

sebelum cuti ada wat Liqa' G(.usrah..onenight..)

suatu sudut.di musolla aspuri.sunyi.syahdu..
adekku yang aku cinta kerana Allah:

"Ada hijab yang lebih utama dari hijab muka kamu...hijabkanlah hati kamu dengan rasa malu kepada Allah, pasti Allah akan memelihara kamu."
aku malu sangat,
siapalah aku,
layakkah aku,
untuk meminta2 kepadaMu..
sedangkan aku selalu lupa padaMU,
seringkali aku leka akan kehadiranMU,
oh!malunya aku..
hinanya aku,
sebesar mana usahaku,
nak dibandingkan sebesar-besarnya rahmatMu..
sekecil cuma kesungguhanku,
nak dibandingkan dengan segala nikmatMu,

apakah tibanya masa untuk ujianMu itu..??
setelah sekian lama Engkau limpahkan aku kenikmatan..??
oh!berikan aku kekuatan..
kerana tiada kekuatan melainkan dgn kekuatanMu..
berikan aku ketabahan,
kerana tiada ketabahan melainkan dengan izinMU..

malunya aku..
tetapi aku tetap mahu..
kerana aku yakin..
Engkau Tuhan Yang Maha Mendengar..

p/s:meskipun kita seringkali lupa..
namun sifatNya tetap sama..
masih setia mendengar..
walaupun kita berjuta-juta..

hari itu akan menjadi saksi..
maafkan aku,
sekiranya aku mungkir pada janji2 kalian..
maafkan aku..
maafkan aku..
kerana aku malu pada kalian.. 
sungguh!aku malu!oh!..

"Ada hijab yang lebih utama dari hijab muka kamu...hijabkanlah hati kamu dengan rasa malu kepada Allah, pasti Allah akan memelihara kamu."

Thursday 17 March 2011

Dr Faisal Tehrani: Catatan Tiga Kali Seminggu

Dr Faisal Tehrani: Catatan Tiga Kali Seminggu: "SETELAH Sehari Dalam Perang, Safari Gilgit, Perempuan Anggerik, dan Kekasih Sam Po Bo, kini saya tampilkan pula kumpulan cerpen saya yang ke..."

UMNO VS PAS(Futsal..)

assalamualaikum!

mesej dihantar kpd kawan:
maaf,malas la nk join..
mesej dterima:
cik adek!cepat siap,nanti teacher tunggu..
dibalas:
ok2..jap..nak siap..(..huhu..gi jer ar..)

dalam kereta:
kita nak lawan orang PAS nie..
(..dlm hati berkata:sejak bila saya UMNO..??kih3..)
note:teacher saya adalah KETUA PUTERI UMNO daerah
HAH!..nape plak kena mngena ngn PAS nie teacher..??cecite-ceciter..
game nie anjuran PAS DUN Kemuning..
owh..
sampai kat court:
HAHAHA!
sgt mengejutkan apa yg terfikir..tidak seperti apa yg dilihat!
subhanaAllah!
rase cam balik KKJ jer..
serius tak sngka lak lawan ngn diorang..
saya melihat ramai muslimat memakai baju t-shirt n tudung labuh..
duk borak2..sembang2..
terasa semacam ade yg kenal jerp..

assalamualaikum!akak,he3..akak sihat..??
akak main jgk ker..??
akak study kat mana skrg..??
DQ..
(..owh..)..
akak ambik diploma..tahun kedua..
(..owh..)

(..keadaan yg sgt blurr..memikirkan percaturan Allah..)
(..apakah yg aku byangkan haritu Allah nak tunjuk hari ini..??)
sila rujuk entry..ini

sesi penyampaian hadiah:
ustaz zulkifli exco Dun menyampaikan sedikit ucapan..

anak2 nak tau tak..
masa kerajaan kelantan nk anjurkan nisa' game lebih krang 5 thun lalu
saya adalah antara orang yg membantah permainan futsal untuk muslimat..
semasa mesyuarat exco..Tuan Guru bertanya kepada saya:
kenapa tak nak bagi muslimat main futsal???
(..lebih kurg camtu lah ayat TG..)
saya bangun..mmikirkan sebabnya..saya keliru jgak nak jawab apa..pastu saya cakaplah:
sebab tak pernah dibuat orang!
(..lagipun agak kasar muslimat duk sepak2 bola..lari2..)
Tuan Guru lalu menjawab:
yang tak PERNAH dibuat orang tak semestinya tak BOLEH!
zaman nabi dulu..org wanita diajar untuk memegang tombak di atas kuda..

owh..gitu citernya..

pastu..byk lagi pengisian..bla..bla..(lupa..letih sgt nk pindah sgla memori dlm otak nie..)..
pastu beliau ckap pasal leader nie mesti jd leader bukan follower..
leader nie kena buat keputusan..
beliau analogikan mcm main futsal la..
(..byk lagi analogi yg dberi..)
main futsal mesti ada matlamt iaitu nk sumbat gol!
dalam satu team mesti ade ketua..dan semua kena ikut ketua kalau nak menang..
bgitu juga hidup kita..
(..lebih kurang camtu lah..FUH!..penat nk pikir,nk igt balik n nak tulis..)
tetiba masuk satu cerita nie...

ustaz zulkifli tu ckap:
saya nak semua muslimat kat kelantan nie semua orang berebut nak sunting..!
(..alamak,sy memandag ke kiri dan ke kanan 
melihat geng 'umno'(geng sayalah) yg 'muslimah'..FUH!tersipu2 diorang..)
pada zaman revolusi Iran 1979..
kbyakkan kaum wanita keluar untuk berjihad bersama2..
lalu disuruh pulang kembali untuk mendidik anak2..
kerana tgn2 mereka nie lah yg akan melahirkan pejuang2 Islam!
(..FUH!...amacam sahabat ana di luar sana..??)

nota penting:
keadaan 'geng umno' saya semacam agk malu2 dan terkejut melihat peserta2 futsal yg kebanyakkannya bertudung labuh n berbaju labuh!
sesungguhnya begitulah saya rasa msa saya tgok diorang for the first time..
rasa mcm salah tempat jerp..
btw,saya rase nie adalah satu bentuk dakwah..
tak sangka kiteorang leh main dgn ukhwahnya..

UMNO VS PAS
siapa yg menang game??
rahsia..

p/s:ustaz zulkifli juga pesan,kite nie kena rajin meneroka,tgok dunia luar,tgok orang,pastu buat ksimpulan apa yg kita lihat,stimulate keadaan sekeliling agar setiap hari kita akan mendapat pgjaran yg bermakna dalam hidup..jgn takut untuk mencuba sesuatu yg baru..
so,sahabat semua,jom kita tgok2 dunia luar..masih byk yg boleh dijadikan pgajaran..bergaul dgn sekitar kita..insyaAllah..kita akan melihat dan mengenal diri dan juga mengenal Allah..

yg baik tu susah nk dapat dan perlu dicari dan diusaha..
rupa2nya ada jgk geng muslimah yg main futsal..
masih ada lagi..
tersorok,terpencil,istimewa..
sesungguhnya..
ALLAH MAHA ADIL..
dan ALLAH MAHA MENDENGAR
(..syukur kpd Allah,bg pentunjuk!..)
maaf seandainya gaya tulisan kurang difhami dan berbelit2..

Wednesday 16 March 2011

Sweet memori ngn Cikgu Nani..serius!

assalamulaikum...
meh nak citer nie..
kenangan terhebat ngn cikgu nani..
hoho..bak kata exkkj..
hubungan ngn cikgu kena jaga..
huhu...

masa f4..
terlelap a.k.a tertido
hah!..bangun..
(..huhu..terkantoi lagi ngn cikgu nani..alamak habis la..)

masa main hoki kena denggi duk bilik sakit a.k.a F1..
cikgu masuk tetiba
tu la sakit2 main jugak..
(..sambil tgn menyentuh dahiku yg panas..)
cikgu pun selimut kan..
(..serius msa tu blurrr..lupa nak ckap trima kasih cikgu..)




F5..
cikgu2.. panggil la nama real saya cikgu..
apa plak..maksud nama tu baikkan..??
ok2 cikgu..ikut cikgu lah nk panggil saya apa..hehe3..
(,,tersengeh2..actly cuak sbnrnya..)
untuk pengetahuan..cikgu panggil ana ngn nama special..
hoho..
cops!cikgu jer yg leh paggil ngn nama tuh!
orang lain??NO!NO!NO!..
hehehe

sebelum SPM..
makin nasi lemak kat DM..
tetiba cikgu mai duk makan kat depan..serius cam nak lari n makan cepat2 jer..
(..sbnarnya ana cuak lau ngn cikgu nani nie..)
punyalah cari modal nk borak ngn cikgu..
huh!..

cikgu2..saya ade buku baik punyer cikgu..
best cikgu..huhu..
(ala2 promoter jamu kecantikkan ana cite kat cikgu..)
tajuk dia negeri 5 menara..
ala2...laskar pelangi cikgu..
saya baru baca skit..
akak saya yang suruh beli..
dia cakap best..
cikgu nak try baca tak..??
sya rasa tak sempat nak baca kowt sbb busy..
cikgu leh baca dulu..
(..mula memasukkan jarum..ngeEE~~)
nanti saya bagi kat cikgu..
cikgu pun setuju..DEAL!
sebelum riadah pagi tu..lari gak g ambik buku tu kat bilik study..

cikgu2..nie bukunya..cikgu ambik la..
erk..bukan ambik pinjam yer cikgu..
he3..(terkantoi la plak kat situ..dah cuak dah..)
ala saya pinjam je..bukan nak ambik buku awak pun..
dush!ambik..terlepas cakap lagik..huhu..adeyh..takpe2..

ade ke patut ckap camtu..hahaha.."pinjam yer cikgu.."
hehehe



Masa SPM..
kat DM..
dah siap makan dah semua..
tinggal la yg masih duk borak2..

 tetiba terdengar..
mane XXXXX2x???fathin!cari XXXXX saya nak jumpa segera!
bergema segemanya nama ana dalam DM tuh!
semua orang dalam DM kecuakkan..
apa kes ngn XXXXX nie..kenapa cikgu marah2 nie..
wowowow..serius mse tu cikgu lalu btol2 depan ana..
cikgu tak prasan..
kecuakkan melampau..
sahabat semua..turut cuak..
seorang sahabat bertanya..
nti,apa nti dah buat..??
cepat2x..pegi la kat cikgu..cikgu cari tuh!
ok2,,nak g la nie..

erk..erk..cikgu2..knapa..??
nah!baca nie..
cikgu bagi 2 biji novel,
siap masih berbalut..semuanya RM40..
wah2..terkejut kowt..
lalu cikgu dgn pantas segera berlalu..
lalu ana pun mngejar cikgu..
cikgu2..kenapa nie..tak faham..
(..keblurran...)
orang dah bagi ambik la..huhu..
ok2..terima kasih cikgu..!
serius happy sgt mse tuh!..berbunga2 rasanya..

semua orang kat Dm terus menerjah ana,
lalu bertnya ..'pe hal..??'
entah..
ana pun tunjuk..
cikgu bagi ana novel..huhu..
masing2 melihat bagaikan tak percaya..
diorang tak percaya..ana lagi la..hoho..

best kan..??..kita tak pernah sangka apa yang Allah aturkan untuk kita..
selama nie kalau bleh cuba elak daripada jumpa cikgu..sebab takut sgt kat cikgu..huhu..
tapi tu dulu..sekarang happy plak bila igt kat cikgu..
byk kenangan sgat!

tak sangka lak cikgu suka sgt buku tuh!..
cikgu ckap nak suruh bakal TKU baca tahun depan..

p/s:kalau nak ambik hati cikgu2..kena tau apa yg cikgu minat..cikgu nani suka baca novel..so,jom share2 novel ngn cikgu..he3..

novel yang cikgu bagi tak habis baca lagi..
sebab..
akak2 dah kebas dulu..
huhu..
satu agi..
cikgu!terima kasih sbb bagi nasi lemak mase raya qurban aritu..
maaf byk2 cikgu sy makan skit jer..
sbb dah kenyang sgt mase tuh!..
terharu habes...
ngeEE~~
sayang cikgu!