Tuesday 15 March 2011

Shoutul Mujahideen

salam ukhwah sahabat semua,
tajuk post nie mmg tak ada kena mengena ngn isi post nie..saje nak wujudkan connection..
ok lah tu kan..??yer dak..??

seorang budak kolej nie nak kongsi pengalaman,
bagaimana dia boleh minat nasyid,

katanya:

bagi ana semuanya bermula tarbiah di rumah dan di sekolah rendah..
dulu,akak(ex:kkj) selalu beli kaset(..dulu mana ade mp3,mp4,kaset la..paling mantap pun beli cd)
ingat lagi akak wat balik kaset Raihan..(mse tu Raihan mula2 keluar..femes tul..)
kalau balik kampung mesti pasang kaset tu..nyanyi ramai2..(maklumlah satu kete sumbat tujuh beranak..he3)
pastu dah minat sangat,dulu kecik2 susah nak hafal,
salin la lirik nasyid yang lagu doa taubat tu..

dosa2ku bagaikan pepasir,,di pantai,,,
dengan rahmatMU ampunkan daku oh tuhanku..
ana sangat bersyukur kerana masa sekolah rendah dulu,
sorang BFF ana nie,selalu tukar2 lirik nasyid..
dulu minat sgt UNIC..mmg semua album beli lah..huhu..
siap buat buku log nasyid lagi..
sbb dah minat nasyid,mula la dengar IKIM,
masa stay up PMR,
malam2 mesti dengar IKIM..
 begitulah ana nak simpulkan,
bagaimana connection itu berlaku,
daripada minat nasyid membawa kepada minat dengar radio IKIM,
daripada IKIM dan seterusnya..

begitu juga hidup kita..
setiap pilihan yang kita buat pada awalnya...
akan membawa kita kepada penghujungnya..
jika baik permulaan,
insyaAllah penghujungnya..
tetapi,
jika buruk permulaannya,
penghujungnya hanya Allah yang tahu,
sesungguhnya masih belum terlambat..


p/s:nasyid boleh mendidik jiwa yang gersang dan kontang dengan roh2 islami..menyiram batin yang keras layu dimakan anai2 kegelisahan..

No comments: