Thursday 24 March 2011

segenggam TABAH

assalamualaikum..
alhamdulillah syukur kepada Allah..
ana diberi kekuatan dan ilham..
untuk satu entry
yg mana setelah agak keletihan
jiwa dan perasaan..
masih kita dapat bertemu..
dengan izin ALLAH..
kredit to  UKHTI AIMI..
kerana mengigatkan ana untuk kembali ke KKJ..

sebelum sahabat2 membaca entry nie..
ana nak buat satu permintaan..
sila 'klik" lagu segenggam tabah
kat singing box.
...
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
mungkin ada sahabat kita yg mengalami kemalangan jiwa
gelodak hati dan perasaan..
tatkala pulang ke kampung jawa
tempoh hari lalu..

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
jadilah kita seperti camar..
walau patah hati..
hilang daya dan usaha..
tapi percayalah rezeki Allah
kepada kita selama ini
masih terlalu banyak untuk disyukuri..
nak dibanding musibah..
yang menimpa diri..

Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
sungguh..
Allah mencintai diri kita...
lantas diberinya ujian..
untuk menjahit kembali
keimanan dan cinta kita kepadaNYA
yg telah lama terkoyak..
dek kealpaan dan kelalaian diri kita..

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
mungkin mereka tidak memahami..
mungkin mereka cuba memahami..
yang pasti mereka juga pernah melaluinya..
pandanglah dengan mata hati..
tunggu dan lihatlah dengan sabar..
nescaya..
bahagia dan hikmahnya menanti..

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 
mungkin bukan hari ini..
mungkin juga suatu hari nanti..

Hari esok tak siapa tahu milik siapa..
hanya Dia yang Maha Mengetahui..
keruh di hulu..
mungkin jernih di muara..
alangkah bahagianya jika orang2 disekeliling kita turut bahagia..
tiada lagi suka dalam duka..
walaupun perjalanan kita
penuh ranjau..

sesungguhnya..
dalam kepahitan di bumi tarbiah
ada kemanisan yang dirasai..
p/s:
moga mata hati yang buta kembali melihat..
moga telinga yang pekak kembali mendengar..
semoga hati yang lalai kembali mengingat..
moga tangan yang lemah kembali menggenggam.. 


moga2 kita menjadi hamba Allah yg bersyukur atas segala nikmatNya..
tak kira lah ..kejayaan atau kegagalan..semuanya nikmat dariNya..
dtg dari Allah..


No comments: