Wednesday 30 March 2011

1 April..Jom Muhasabah!

assalamualaikum..

rekaan dan idea semata2
ilham daripada Allah..

post by:otak_udang_meen

AMARAN!penggunaan bahasa yang agak tegas dan sinis!

kebodohan demi kebodohan.kejahilan demi kejahilan..(..nie memang melalut nie..)
bukan kempen jom heboh.bukan juga bual bicara agama.bukan entry kutuk mngutuk.bukan nak bercerita hukum menyambut april fool..bukan nak marah2..bukan nak menghukum..tapi nak mengajak..sama2 kita betolkan otak kita balik..cuba MUHASABAH balik..yes!that's the point..MUHASABAH!..(sesaje buat gempak..)

Cuba Kita Fikir Dan Renung..Sepanjang Hidup Kita Yang Lalu..

terlalu banyak nikmat kurniaan Allah..Allah bagi kita mak dan ayah..mereka didik kita hingga kita jadi apa yang kita jadi sekarang..budak kolej bukan..?tak pun ex-kolej..ayah kita hantar kita masuk tadika..belajar ABC..ayah kita ajar pakai tudung..ajar solat..dan macam2 lagi..masuk umur 10 tahun ayah kita pernah rotan kita sebab tak solat..kita marah..kita geram kat ayah kita bukan..?terasa macam nak lari rumah bukan..?..masuk darjah 6..mula la cinta2 monyet..dah pandai walau masih budak2..siapa yang ajar..??bukan ayah yang ajar...pengaruh media yang mendidik..UPSR..tak ada perasaan punn..habis2..masuk la sekolah menengah..dah mula matang..dah pandai macam2..dah pandai mintak handphone..pandai dah mesej2 laki2 dan perempuan..saje2 nak gurau..isi masa lapang...semuanya sebab kawan yang ajar..buat frindster..tambah lagi facebook dan twitter..bukan ayah yang ajar..tapi..edaran masa yang merangsang....tapi alhamdulillah..kita semua masih lagi dikurniakan kekuatan untuk berusaha dalam PMR..lantas masuklah kita ke kolej..

sepanjang hidup kita yang lalu ini juga kita diajar untuk mencintai ilmu,,kena dapat 5a UPSR..nanti mak ayah bagi hadiah..PMR..dapat straight a's mak beli itu dan ini..janji!..huh!..bukan salah mak nak merangsang..tapi salah anak yang terangsang..mula la fikiran menjadi sempit..matlamat menjadi sudip..kenapa..??sebab materialistik menguasai minda..segala2 kerana itu dan ini...kerana cita2 yang belum pasti..kerana visi dan misi hidup yang ingin dikecapi..lantas menadah ilmu setinggi-tingginya..diploma.sijil,,ijazah,,master dan PHD..itu menjadi matlamat..

bukan salah ayah dan ibu mendidik supaya mencintai ilmu..tetapi hakikat dunia didedahkan supaya mencintai ilmu dunia..melebihi ilmu akhirat..atau dalam erti kata lain..ilmu farhu kifayah dikejar bersungguh-sungguh..ilmu fardhu ain dipipiskan ke tepi sahaja..yang sempat dirangkul sambil berlari memang lah bijak mereka itu..tetapi yang slow..??..mungkin lupa dan tak nampak ketika berlari ilmu fardhu ain disisi kanan dan kiri..

OH!muhasabah la..kita memang lupa..tujuan hidup kita..sebab kita sendiri tidak tahu.aku,kamoo,awk,saya,mereka...untuk siapa matlamat hidup kita,,,

mungkin buat bekalan sebelum mati..bagi kat anak bini kemewahan..rumah banglo kat lereng bukit..tanah berbidang2..projek mega lagi perdana..syarikat utuh lagi kukuh..tapi untuk selepas mati..??hanya amalan secicip cuma..itu lah kita..bila kita muhasabah balik..kita dibesarkan dengan keseronokkan..hiburan menjadi lumrah pelengkap hidup..

aku...kamoo...anda..kalian..memang sedar,,inilah hakikat kehidupan..ummat akhir zaman..diajar untuk tidak berfikir untuk ummat diawal usia..tapi hanya diajar tentang ilmu dunia..ada pun kaitannya dengan agama..cumalah sisa2 isi utama..kita juga diajar untuk mengenal agama..tapi bukan mengamal agama..ada pun diamal..lagi ditokok tambah..salah siapa..??

dunia oh dunia..kekadang kita sedar..kekadang kita lalai..ada pun yang lalai dan leka itu lagi banyak dari ingat..kerana kita dididik oleh orang yang jahil..diprogram oleh mereka yang tiada fahaman..siapa mereka..?..mereka ialah diri kita sendiri..maka..dalam muhasabah diri kali ini..cuma pandang diri kita..adakah kita dilandasan yang betul..??..apa matlamat kita sekarang..??..adakah semuanya bersandarkan dunia semata-mata..

aku mahu menjadi profesor dalam bidang kajian bioteknologi..aku menjadi datuk yang jutawan lagi hartawan..aku mahu graduate dari universiti terkemuka..aku mahu bangunkan negara dengan teknologi canggih dan moden..wah!memang hebat..tetapi..kerana siapa semua itu ditujukan..??..

hakikatnya kita memang telah dididik sejak dari awal lagi bahawa dunia adalah segala2nya..sedar atau tidak..hanya kita sendiri tahu jawapannya..jom mengenal matlamat hidup sebagai abdiNYA..tak kira lah siapa dan apa yang kita lakukan...suatu hari nanti pasti kita akan sesat juga..jika tak dipandu niat suci di hati..kerna dunia hari ini sesat dan menyesatkan..

salah siapa..??..salah kita semua..tunding jari kat hidung sendiri..sentiasa..jangan sesekali ke arah lain..

ana,nta.nti,awak,saya,kamoo,anda,kalian,kita semua sama jerk..
jahil dalam kejahilan..
kenapa entry ini ditulis..??kerana ana pun insan biasa2..bukan luar biasa..
sebab ana jahil lah ana tulis..supaya kalian pun tidak ikut jahil macam ana...

p/s:bangau oh bangau kenapa kau kurus,..??macam mana aku tak kurus..hormon lambat sangat..hormon lambat sangat..hormon oh! hormon kenapa lambat sangat..??macam mana aku tak lambat..trafic jam la..banyak sangat hormon nak masuk..huhuhu..(..patutla ayam2 sekarang cepat besar,cepat jugak diorang busuk..)

mood:lesu dan layu
11.15 pm
dihadapan laptop
di dalam bilik
dirumah flat
ditengah2 kota
yang penuh dgn manusia2 yang "sibuk"..
***

jom mulakan hari esok dengan sedikit demi sedikit,,cuba kita buat balik amalan yang kita buat kat KI dulu..yang dah lama kita tak buat..sempena hari Khamis esok..jom puasa grand..??he3..dah lama bukan..??ana nie lemah kalau sorang2..tak kuat..

1 comment:

hamba-Dia said...

pernah ade matlamat bukan diniatkan kerana redha Allah..(skrg pun sama cuma kkdg tak sedar..)
sebelum ditarbiah..
agak2 kalau ditkdirkan tidak diberi hidayah untuk ditarbiah..
siapalah kita kan..??
mesti ngn "dunia" kita jer kan..??
moga fikir,dan zikir selepasnya..~~