bacalah.moga bertambah iman!
Bagaimana perasaan kita jika suami ingin meniggalkan kita di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ??
Sudah lah tiada “sebab-sebab” untuk hidup (air,rumah,pasar dsb), malah hanya ada “sebab-sebab” kematian sahaja ….(panas yg terik, tiada air, tiada bekalan makanan)
Ya Allah~~~~
Begitulah agaknya perasaan Siti Hajar…Pada mulanya, Siti Hajar berasa sangat sedih..sehingga ada riwayat yang mengatakan Siti Hajar menarik-narik baju Nabi Ibrahim bertanya “mengapa” dan “mengapa??”….Sehinggalah, Siti Hajar bertanya, “adakah ini perintah ALLAH swt?”, maka suaminya Nabi Ibrahim a.s mengangguk..Lantas, Siti Hajar terus terdiam..dan dia redha & taat pada keputusan Allah swt…dan dia bersedia untuk melakukan PENGORBANAN ini...dia sedia untuk ditinggalkan suami yang diperintahkan oleh Allah swt untuk berdakwah..
Siti Hajar yakin, sekiranya Allah swt yang memerintahkan perkara ini, maka pasti dan pasti Allah swt lah yang akan menjaga dirinya dan bayinya….
Tidak berapa lama kemudian, iman Siti Hajar diuji lagi…Anaknya, Nabi Ismail a.s yang ketika itu masih bayi menangis-nangis kerana susu ibunya sudah mulai kering…Siti Hajar mulai risau..dia berlari-lari dari bukit Safa kemudian ke bukit Marwah dengan harapan ada bekalan air atau ada manusia yang lalu di kawasan tersebut untuk meminta pertolongan….
Setelah penat berulang alik ke sana ke mari, barulah Siti Hajar berhenti sejenak…Dan kali ini, beliau telah melepaskan segala pergantungan kepada makhluk…tidak mengharap lagi kepada air..tidak mengharap lagi kepada manusia...Tetapi, harapannya hanya satu…hanya kepada ALLAH swt sahaja.
Apabila keyakinan Siti Hajar sudah bulat hanya kepada Allah swt 100%, maka barulah Allah swt turunkan pertolongan. Allah swt telah keluarkan air daripada tanah yang tandus (yang kita panggil air zam-zam)…yang tidak pernah terlintas dalam fikiran manusia, bagaimana air boleh keluar di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang…Allah Allah…Allah Maha Kuasa..Allah mampu buat apa sahaja…
MasyaAllah, bukan itu sahaja…air tersebut masih ada sehingga kini…dan insyaAllah sampai ke hari kiamat..Allahuakbar!
**********
Moral of the story:
- Apabila seorang manusia buat pengorbanan demi agama, maka IMAN dan keyakinannya pada Allah akan meningkat.
- Allah swt akan turunkan pertolonganNya, bilamana kita melepaskan pergantungan kepada makhluk, dan mengharap&meminta dengan penuh yakin kepada Allah 100%
- Apabila seorang wanita sanggup berkorban untuk membantu usaha dakwah suaminya, maka usaha dakwah akan maju dan Allah swt akan lahirkan daripadanya anak-anak dan zuriat yang soleh.
******
Cerita ini bukanlah cerita pengorbanan biasa. Ia adalah satu pengorbanan yang sangat agung..Pengorbanan untuk agama Allah swt. Oleh kerana itu, Allah swt telah muliakan mereka dengan merakamkan peristiwa ini di dalam ibadah Haji.
Marilah sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar..Gunakan diri, harta dan masa kita untuk dikorbankan demi membantu agama Allah.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga”
(Surah At Taubah: Ayat 111)
Semoga kita dapat ambil iktibar..dan ceritakan kisah ini pada anak-anak kita..
Selamat Hari Raya Aidil Adha
kredit:Anaksoleh
selamat Hari Raya Qurban
kullu 'am,wa antum bi khair insyaAllah..
semoga dapat mengambil ibrah daripada nukilan seorang sahabat ..
hayati sebaiknya..
p/s:malu sangat bila mulut yang bercakap berlebih bicara nak dibanding amal yang kurang amal buatnya.=.='
2 comments:
hm, at least peringatan utk diri sndri dan org lain... usaha itu biar sedikit..jnji berterusan
Dari Aisyah ra, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit"[Muttafaqun 'alaihi]
Istiqamah walaupun sedikit :)
berkorban itu indah
Post a Comment