Friday, 2 September 2011

My Last post :Maybe..=,=

assalamualaikum ustaz ustazah yang sedang membaca entry terakhir BK...terima kasih untuk masa anda.moga  mendapat manfaat yang berbaloi..insyaAllah..syukur kepada tuhan yang mengurniakan ilham untuk terus menjadikan KKJ sebuah 'kolej' yang berprestasi tinggi..selamat membaca..bait2 terakhir dari aku yang lemah dan hina ini....bismillahirrohmanirrohimmm...

"USTAZ,BAGAIMANA JIKA KITA SUKA KAT PEREMPUAN..?"

Pernah suatu hari,aku bulatkan tekad berbicara kepadanya.Aku sudah berdiri di hadapan laptop, siap menari-narikan tanganku yang sudah mengapung di udara.Bagaimana riaksinya jika melihat sapaan salamku diruang chat room mukabuku?Bagaimana kalau dia tidak suka?aku ragu-ragu kembali dan menarik kembali.Tidak jadi menari-narikan jari jemari di papan2 kekunci,aku menyandarkan badan kebelakang.Rapat ke kerusi.Tanpa kawalan,perasaanku selalu berbolak-balik,antara malu dan berani menghadapinya.Terlalu banyak andaian di mindaku dalam urusan yang aku kira satu urusan yang serius.bukan main-main.Ah,betapa penakutnya aku.

Kenapa aku takut ?takut ditolak ?jangan-jangan bukan sebab takut,tetapi sebab aku tidak tahu apa yang aku harapkan.Oleh itu aku tanyakan diriku sendiri.Sebenarnya apa yang aku mahukan ?

Si dia menjadi teman wanita ku ?Entahla.Aku cuba melihat semula setiap rujukanku mengenai konsep berteman-teman wanita begini.Apa yang paling aku ingat adalah nasihat guru kelasku di Kolej Kampung Jawa.

"Ustaz,bagaimana sekiranya kita bertemu dan SUKA pada seorang gadis..?"..

Ustaz tersenyum lebar seakan-akan mengusik kami."..SUKA DENGAN PEREMPUAN ?saya juga mengalami perasaaan begitu.Dan itu ertinya kamu sihat dan normal.Memang sudah kudrat kita sebagai manusia,saling suka jantina berlawanan..."Ustaz diam sejenak.seakan-akan menghembuskan nafas yang dalam selepas dalamnya hirupan udara.

"tetapi kamu tahu,suka itu datang dari sana,jadi kita perlu ikut aturan yang di sana,"katanya sambil menunjukkan ke langit.

"suka dan cinta itu datang daripada Allah"

"jadi maksud ustaz ?"...

"suka memang boleh tetapi jangan sampai berdua-duaan,sebab banyak mudaratnya.nanti kalau berdua-duaan ada makhluk yang ketiga yang diam-diam berada di antara kamu berdua.Dia adalah syaitan yang membisikkan bermacam-macam hal buruk yang dapat membuatkan kamu terbawa arus dan melanggar aturan agama.Jadi berteman boleh sahaja,tetapi jangan BERPACARAN.Bila boleh berteman tu ?Ya,apabila tibanya masanya nanti,umur kamu cukup dan ada kemampuan,barulah kamu berpasang-pasangan menjadi sebuah keluarga,melalui PERNIKAHAN.percayalah,itu semua adalah lebih baik dan selamat untuk kamu semua.."

sibukkan diri dalam menjadi apa yang "dicari",bukan sibuk "mencari"..=)
(ok.malas la plak nak sambung.sambungan cerita boleh lah beli novel Ranah 3 Warna..endingnya menarik~haha..jahat tak ?)

PESAN USTAZ lagi..

tiba-tiba fikiranku melayang ke Kolej Kampung Jawa,ustaz memberi petua mengenai memancing kepada kami para murid yang bakal tamat peperiksaan dari KKJ;


"Ingat,anak-anakku yang aku cintai,kami tidak memberi ikan kepada kamu semua,tetapi kami memberi pancing,kamu sendirilah yang akan mencari ikan dengan pancing ini.Pancing ini adalah semua ilmu,semua pengalaman,semua bahasa,semua disiplin,semua air dan udara yang kamu hirup selama di sini.selamat berjuang anak-anak.Selamat memancing baik-baik..."

anak-anakku..
akan tiba masanya ketika kamu dihadang badai dalam hidup.Badai itu boleh jadi di luar diri kamu,boleh jadi badai dalam diri kamu.Hadapilah dengan tabah dan sabar,jangan lari.Badai pasti berlaku.

anak-anakkku..
badai paling dasyat dalam sejarah manusia adalah BADAI JIWA,BADAI ROHANI,BADAI HATI.inilah badai dalam perjalanan menemui dirimu yang sejati.Inilah badai yang mampu membongkar dan menghempaskan iman,logik,kepercayaan diri dan tujuan hidup.Akibat badai ini boleh jadi lebih hebat daripada badai fizikal.

menangilah badai rohani dengan IMAN dan SABAR,kamu akan menjinakkan dunia akhirat.

anak-anakku..
apabila badai datang.hadapi dengan iman dan SABAR.laut yang tenang adalah untuk dinikmati dan disyukuri,sebaliknya laut yang ribut adalah untuk ditakluki,bukan ditangisi.

Bukankah karakter pelaut handalan ditatah oleh badai yang silih berganti,ketika melintas lautan tak bertepi..?



p/s:alhamdulillah.siap juga menghadam Novel Ranah 3 Warna yg merupakan Trilogi Negeri 5 Menara-satu2nya novel yang akan ku bawa bersama ke bumi urdun.bersama bekalan doa ibu dan ayah dan juga teman2..

sahabat2...izinkan diri ini permisi sekejap dari dunia alam maya ini..izinkan aku untuk menyulam kembali cinta aku pada hobi aku yang telah sekian lama aku tinggalkan..perginya aku bukan membawa diri,perginya aku untuk muhasabah diri..untuk persiapan diri yang lebih 'berisi'..sungguh..hendak menulis,hendaklah membaca sebanyak-banyaknya..aku mohon doa kalian mengiringi pemergian ini bersama doa agar aku dikurniakan KESABARAN DAN IMAN sepanjang perjalanan aku di bumi sana...hanya itu aku pohon.tiada yang lain.DOAMU untuk DIRIKU.

-sisipan entry dia atas merupakan petikan novel Ranah 3 Warna yg telah diedit serba sedikit
jgn lupa baca tau!kena baca Negeri 5 Menara(klik utk komentar Bk tntang buku ini) baru baca Ranah 3 Warna..baru zouq!..=)..selamat membaca..bangsa membaca bangsa berjaya..
rugi tak baca~


p/s;syukran kepada pengunjung2 KKJ yang tidak pernah jemu bertandang,terimakasih juga kepada sahabat2 dan blogger2 yg sentiasa memberikan semangat untuk Bk terus mempertahankan KKJ ini..

BK akan kembali..<3


BK tinggalkan bait2 coretan terakhir BK di KKJ ini dengan syair yg sangat terkenal oleh IMAM SYAFIE'(suka sgt syair nie)


Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.



Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang



Singa jika tak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran



Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang



Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa 
jika di dalam hutan








13 comments:

budak_kolej said...

sape2 yg dah baca mohon tinggalkan komen/pesanan/pembakar semangat/cdgn..

-adalah dimaklumkan bahawa KKJ bercuti sekejap, nak renovate skit KKJ...nak cantas mana2 lalang yg dah tumbuh tinggi,nak racun serangga2 perosak,nak tuai bijih benih baru,nak tanam anak2 pokok yang subur,nak potong rumput yang dah tumbuh menjalar,nak bersihkan sawang dan debu2 yang dah lama melekat tebal,oleh itu mohon pertolongan dan jasa baik tuan puan komentar sedikit..syukran ya ikhwan wa akhowat~

Anonymous said...

hg nak renovate pe am?? haha...ok3...nice post am...tp ak lg suke post ko 'ustazah jatuh cinta' tu....ihikk

budak_kolej said...

ade la~tunggu dan lihat..

anywy,thanxs for ur comment..=)

AnakAzman said...

saya juga sedang jatuh cinta . jatuh cinta dengan blog ini . heee . bittaufik wannajah dalam menuju alam dewasa . insyaAllah . :)

nAfAs dA'ie said...

Selamat Berjuang di Bumi Asing... Perjalanan Menuju Mardhatillah Masih Panjang... Penuh Mehnah dan Tribulasi di hadapan... Persiapkanlah dirimu, MUJAHIDAH ISLAM!!

yahya zakaria said...

Wah satu perkongsian yang menarik
Serius ana rase situasi mmg berlaku kepada sume umat Islam terutama budak ex KISAS skunk
kadang2 ana tak tahu sampai nak tulis in a relationship la adei xtahu diri ni camne la plak nanti

aizat al jauhari said...

lawak bila membacanya.. 'aku menyandarkan badan kebelakang.Rapat ke kerusi.Tanpa kawalan,perasaanku selalu berbolak-balik,antara malu dan berani menghadapinya.Terlalu banyak andaian di mindaku dalam urusan yang aku kira satu urusan yang serius.bukan main-main.Ah,betapa penakutnya aku.'...

ayat macam takut nak pergi tandas masa dalam kelas.. bgos2..

budak_kolej said...

entah la,bila diedit jadi macam ayat nak gi tandas la plak..=.='

~ Pelaut Rabbani ~ said...

nak cantas mana2 lalang yg dah tumbuh tinggi,nak racun serangga2 perosak,nak tuai bijih benih baru,nak tanam anak2 pokok yang subur,nak potong rumput yang dah tumbuh menjalar,nak bersihkan sawang dan debu2 yang dah lama melekat tebal. ^^

pastu jangan lupa buangkan sampah di belakang rumah ya. haha.. xdala. gurau ja.

Apapun moga terus maju jaya,
xsabar nak lihat KKJ berwajah baru.

budak_kolej said...

lawak menjadi~haha

wait n see..

Nur Zulaikha said...

ade bakat besar jai penulis ni dik..hihi..
jemput dtg blog usang akk..

fakhirah said...

amnah mmg diutuskan oleh Allah untuk berdakwah mungkin dengan cara ini(penulisanmu membuatkanku ingin menangis kerana kata-katanya)...insyaAllah,,fa yakin,,syukran amnah...

teruskan dakwahmu fi sabilillah...^_^

Atheefa Sufeena said...

assalamualaikum...tfa x taw nak bg smngat ap lg..sbb kate2 kat ats ni dh cukup dh tuk amnah...cume satu je nk ulang walaupun dh lali mndengar nye.. "fastaqim kama umirta" all the best amnah! uhibbukifillah :')