Tuesday, 3 April 2012

Sahabat,saya sayang kamu!

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)


Salah satu doa yang mustajab di sisi Allah SWT adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata-mata.

Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.


....

"apa rahsia kejayaan kamu ?",soal cikgu kehairanan,berkerut dahi kerana pelik,juling mata memandang slip peperiksaan si dia.

si dia..bukanlah pelajar target,bukan juga pelajar cemerlang,bahkan keputusan peperiksaan nya sebelum ini sangatlah tidak memberangsangkan.namun alhamdulillah..

"sebenarnya cikgu,setiap kali selepas solat saya tak pernah lupa untuk mendoakan sahabat-sahabat saya,dan saya tak pernah lupa menyebut nama setiap daripada rakan-rakan kelas saya..."

kisah ini saya kreditkan kepada sahabat saya ZAFIRAH(dentist1styearJUST)yang sudi berkongsi kisah benar ini ketika liqa' akhowatJUST1styear ketika pelancaran kempen "sahabat,saya sayang kamu.."
...



Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)




...
p/s:jom kita sama-sama doakan sahabat-sahabat tidak kira ikhwah mahupun akhowat..kerana kita adalah mukmin yang bersaudara...moga kita peroleh kejayaan di dunia dan akhirat dan semoga dengan mengamalkan sedikit penghayatan kita terhadap hadis ini menjadi senjata buat kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik..serta sahabat yang sejati kepada sahabat-sahabatnya..

syukran wa jazakumullahu khairan kathiran!






No comments: