Friday, 23 March 2012

KOLEJ ISLAM di hati kita..






‎"Dunia Kolej Islam Kelang telah memberikan saya satu selekoh yang 

begitu tajam. Saya mengalami kejutan budaya yang mendadak pada 
waktu itu. Saya didedahkan dengan sebuah dunia buku yang penuh ilmu, pemikiran, falsafah dan ideologi. Hal ini berlaku sekali lagi kerana 
persekitaran. Jika pada waktu takah pertama saya harus berterima kasih dengan keluarga, kali ini saya harus bersyukur kerana dicampak ke Kolej Islam Kelang." 

‎"Satu hal yang menjadi budaya di sekolah tersebut ialah para 

seniornya membaca dan mendiskusikan buku-buku oleh pemikir Islam 
secara mendalam dan mengupasnya dengan penuh gaya. Saya 
didedahkan dengan nama-nama seperti Ustaz Hassan al Banna, as 
Syahid Syed Qutb, Fathi Yakan, Abu ala al Maududi, Abdul Karim Zaidan, Said Ramadan al Buti, Malik Ben Nabi, Ali Shariati, Murthada Mutahari, Imam Khomeini dan ramai lagi. Sekejap itu juga kegilaan saya berubah arah iaitu meneliti karya-karya falsafah pemikir Islam ini. Alhamdulillah saya tidak berasa canggung kerana sebelum itu saya sudah merasa-rasa beberapa buku dan kitab agama milik ibu bapa saya. Tambah-tambah pula saya bersekolah dalam aliran agama." 


"Apa yang menjadikan budaya membaca di Kolej Islam Kelang ini 
menarik ialah sikap berlumba-lumba para pelajarnya untuk menelaah, 
menguasai, menghayati, memahami dan membincangkan setiap buku 
pemikir Islam yang ditemui. Buku yang telah dibaca akan didiskusikan 
secara terperinci baik di dalam kelompok usrah ataupun sewaktu santai. Takah kedua ini memberi kejutan yang bukan sedikit buat saya 
kerana dari sebuah dunia yang hanya bercerita, penuh khayalan, angan-angan dan bayangan saya telah terangkat ke satu takah yang penuh dengan kebenaran, ketauhidan, ilmu, pemikiran dan segala macam falsafah." - Faisal Tehrani



"kisas telah mengalami proses perubahan seiring perubahan zaman dan masa.mungkin kita tidak mampu menulang sejarah lama,mungkin kita tidak mampu untuk meneruskan kembali biah yang sekian lama hilang ditinggalkan,,

namun hakikatnya,permulaan kepada suatu perubahan dalam sistem tarbiah dan biah solehah di kisas perlu diselarikan dengan sistem akademik itu sendiri..

kolej islam tidak akan berdiri teguh jika nilai-nilai Islam itu tidak lagi dijadikan tunjang dan paksi..kerna kolej islam itu sendiri terbina dan ternama atas nama ISLAM itu sendiri..

bukan pada KOLEJ,
Bukan pada SULTAN,
bukan pada ALAM,
bukan pada SHAH,

tetapi pada ISLAM..

jika ISLAM diketepikan,jika ISLAM ditinggalkan..
Kolej itu bukan lagi 
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH..''






matlamat kisas:


melahirkan pemimpin yang BERTAQWA dan BERILMU..


TAQWA datang terlebih dahulu ..
baru ILMU..










mungkin pada kalian kisas merupakan satu turning point,dan mungkin tidak..
hakikatnya..
pahit atau manis kenangan berhidup sebagai warga waqafan..
hanya Allah yang tahu..




jadikan segala pengalaman di bumi ini sebagai penguat semangat untuk teruskan perjuangan walaupun di mana-mana kita bertebaran..


sungguh,burung-burung pipit sudah bertukar menjadi helang..
bersiap sedialah kalian untuk terbang dan bertebaran di muka bumi ini..


perjalanan masih panjang,
kembara kita harus diteruskan..



adik-adik,sahabat-sahabat..
cuba hayati kembali bait-bait lirik di bawah..



Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

 Dibumi yg bertuah ini
Diriku mula menyedari
 Matlamat hidup sebagai abdi
 Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku kini sebebbas unggas
Terbang riang di angkasa raya
 Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya indahnya oh indahnya

Wahai genarasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
 Suburnya sesubur tanaman di lembah
 Melahirkan insan berjiwa tabah

 Kutiplah mutiara-mutiara indah
 Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
 Usah digentar musuh dihadapan
Pandanglah didepan balasan tuhan
Syurga firdaus menanti kalian



ADIK-ADIK!TERUSKAN!TERUSKAN BERJUANG!





Teruskan Oh teruskan
 Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman umat akhir zaman
 Selagi hayat dikandung badan.

Wahai teman seperjuangan
 Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu







teruskan!teruskan perjalanan..
walaupun merangkak sekalipun..



wahai generasi baru,
kembalilah kamu kepada fitrahmu,
menjadi sanjungan,dijulang tnggi,lagi dihormati,
jikalau diri mu tidak bisa,,
bawakan juga sedikit bersamamu bersama sisa2 tarbiah..
mungkin sedikit cuma,
 siapa tahu hari esok milik siapa..,
hanya Allah yang tahu..
ana,nti,nta,,akhowat dan ikhwah sekalian..
hanya ALLAH yang berhak mengatur..

pandanglah ke atas,
tinggi menjulang si awan biru,
tinggi lagi harapan kami generasi lama..

lihatlah ke bawah,
hijau subur bumi kita berpijak,
sesubur tanaman benih2 tarbiah..

sahabat ku generasi baru,
pautkan tanganmu pada tangan-tangan yang meronta,
genggamlah tangan-tangan yang menggoncang,
hakikatnya..
dirimu ibarat diriku,
aku lemah tanpa  mu,
engkau lemah tanpaku..
kerana kita daripada satu tempat yang sama,
kerana kita dididik dengan tarbiah yang sama,
kerana bumi itu kita bersatu dan bertemu..


   jangan sesekali tinggalkan aku sendiri,
                                   kerana aku juga tidak sesekali akan meninggalkan dirimu..

cubalah,walau sedikit cuma..
yang dipandang hanya keikhlasan..

ayuh suburkan bersama benih2 waqafan yang semakin layu,
dengan siraman air peringatan seorang sahabat.







nukilan.aku.exkisas.





2 comments:

hamba-Dia said...

specially dedicated to my adik2 usrah~

Naim said...

a very good message and reminder. insyaAllah, Allah sentiasa memelihara bumi waqafan.