Monday, 16 May 2011

5 pesanan SEBELUM berangkat T__T

pesanan 1:

KHAS BUAT SAHABAT2 YG DISAYANGI KRN ALLAH~~

"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku..

~revolusion~



pesanan 2:


Stay itu Tarbiah..Kembara itu Tarbiah..semuanya bukan matlamat..hanya wasilah~

pesanan 3:

 Wahai sahabatku sayang,
 
Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.
 
Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
 
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
 
Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia.
 
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.
 
Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.
 
Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.
 
Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.


Walau dimana juapun kita semua kan tercampak jauh,
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu Islam,
dan serikanlah ukhuwah kita selama-lamanya :)
whatever u're, All the best !


pesanan 4:
"Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkan. Samada di dlm sukar mahupun sng. Teman yg terbaik juga adlh teman yg sntiasa mntrbiahkn diri dn shbtnya kpd Allah. Wahai sahabat,sesungguhnya diri ini hnyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dgn tarbiah2 dn janji2 syurga Allah agr kita dpt brsama menuju ke syurgaNya jika diIzinkanNya. Ameen.."


pesanan 5:


"apabila menjejakkan kaki di bumi waqafan, kita umpama biji benih..dan ianya akan berkembang menjadi bbrp keadaan.
1)layu di sini, subur diluar. 

 2)subur di sini, layu di luar.  

3)layu disini, layu di luar. 

4)subur di sini, subur diluar...

p/s:maka bermula lah perjalanan kita dalam proses menjadi bijih2 benih di atas..pilihan di tangan anda..

6 comments:

Anonymous said...

hehe..cam kenal jekk pesanan no 1 n no 3...neway syukran kkj...

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

saya suka pesanan no 3,rangkap kedua...
thanks for the pesanan...

AFAF ♥‿♥ said...
This comment has been removed by the author.
AFAF ♥‿♥ said...

ana nk share anti pny post bole? ^_^

hamba-Dia said...

boleh~

Qawiem Khairi said...

nasihat yg baik buat teman2,
hebat2.
ada irama serupa di lautan rabbani. (",)