untuk adik2,yang akk tak pernah kenal..
yang tak pernah bertentang mata..
yang tak pernah mendengar kalam dan bicara secara 'live'..
alhamdulillah.. walaupun kite tak pernah jumpa.. seriously.. terasa sangat dekat..mungkin inilah yang dikatakan keunikan kkj... ukhwah.... alhamdulillah..
Mengenal erti hidup sebagai hamba ^^
adik2...
akak tahu... ramai yang masuk kisas merupakan pelajar2 yang cemerlang dari sekolah lama... tahniah akak ucapkan buat adik2 yang menyempurnakan '2 tahun' berjuang di bumi waqafan..in sha allah.. kalau ada rezeki teruskan untuk form 6,atau nama glemernya... STAYER..
akak kira..perjuangan adik2 bukan perjuangan biasa..perjuangan mengenal erti hidup,mengenal diri...bagi akak sendiri.. mencampakkan diri di kkj ibaratnya memperjudikan kehidupan akk..akak tinggalkan segala kenangan2 manis,kejayaan,kemegahan di sekolah lama... untuk akk menacari sebuah erti hidup di bumi waqafan...
di bumi itu akak belajar sangat banyak benda.. dan paling akak bersyukur akak kenal erti hidup kita sebagai hamba..
adik2...
untuk mengenal diri..mengenal diri sebagai hamba..belum cukup sekadar kita sempurnakan '2 tahun 'di kisas atau mana tempat kita menemui turning point.... proses menjadi hambanya yang mukmin.. hendaklah diteruskan sehinggalah adik2 bertebaran di mana2...
jika kita bukan siapa2 di kkj.. jadilah siapa2 di luar sana..
jika kita siapa2 di kisas,teruskan kemenjadian di luar sana..
*ingat!kemenjadian bukan ukuran,kemenjadian hanya ujian semata*
dan satu benda yang adik2 kena pegang..jadilah adik2 apa2 sahaja...helang yanng gagah,mahupun benih yang tumbuh subur... sentiasa tunduklah kepada Allah...kerana kita bukanlah sesiapa.. kita hanya hamba di sisiNya...
kejarlah pandangan Allah,melebihi pandangan manusia..
bekerjalah untuk Allah...
maknakan hidup untuk beribadah kepada Allah..
nescaya penat kita,penat lelah yang bernilai di sisi Allah...
akk dulu pun macam tak percaya..
kehidupan zaman asrama yang terlalu nak mengejar straight As...
sehingga kadang2 lupa..
apa sebenarnya yang kita nak kejar dalam hidup kita sebenarnya...?
ya.akak bersyukur dapat staright As.tapi akk jauh lebih bersyukur dicampakkan di bumi tarbiah ,bumi waqafan..ego akk direndah-serendahnya.. akk terasa bagai tersungkur dalam jahiliah..ya jahiliyyah yang menghidupkan akak.. bahawa kehidupan ini adalah untuk mengejar straight As.. belajar tinggi2..kerja mewah2.. hidup senang lenang...ya..mengejar dunia untuk diri sendiri..bukan untuk menjadi ladang untuk menyiapkan bekal buat hari sana...
adik2..
akak cuma nak nasihat..
agar pilih la jalan yang paling terbaik untuk adik2 menyumbang dalam agama Allah ini..
jalan yang adik2 sesekali tidak akak pernah terasa untuk berpatah balik..
jalan yang adik2 akan lalui penuh bergaya..
walaupun rebah,tersungkur berkali2..tapi kerana jalan itu..adik2 tetapkan kaki ,gagah melangkah..
untuk menyempurkan misi terakhir di hujung perjalanan adik2..
adik2..
pesan ikhlas dari akak...
satu benda yang akak rasa teramat rugi..
akk bukan menyesal..akak yakin Allah dah tentukan yang terbaik untuk akak...in sha allah,akak pun kuat untuk terus berjalan dan bergigih di jalan ini pun disebabkan akak berpegang kepada istikarah akak[ingat!ISTIKARAH pentinggggg dalam setiap keputusan yang bakal kita buat!]..iaitu pegangan dan kepercayaan kita terhadap ketentuan Allah di awal kita memulakan perjalan untuk memilih perjalanan hidup masing2..
Ayuh! jadilah Stayer..bukan kerana sekolah dan tarbiah semata..tapi kerana Agama-Nya
adik2..hati akak diketuk berkali2 ketika akak sudah pun memilih jalan yang telah sedia ada akak pilih... diketuk apa ? ya..diketuk kesedaran betapa indahnya menjadi penuntut ilmu agama.. ilmu yang dituntut oleh para ulama'... penat dan lelah adik2 berjuang dalam memahami ilmu agama ini hakikatnya sangat2 diperlukan buat merawat hati2 manusia yang sudah terlalu jauh hanyut dalam kehidupan dunia ini..
adik2..
akak cemburu..cemburu melihat mereka yang belajar agama,dan menjadi insan yang mampu merawat hati2 manusia...
ok.
ilmu fardhu kifayah.
akak tak nafikan,bahkan akak sendiri yang sedang menuntut ilmu fardhu kifayah ini..akak sedar..masing2 ada peranaan masing...tapi percayalah adik2.. sekiranya ada dalam hati adik2,adik2 ingin menjadi salah seorang penuntut ilmu agama..teruskan niat adik ...realisasikan bisikan hati adik2...
*orang yang paling memahami bidang ilmu itu adalah orang yang mendalami ilmu itu sendiri....*
percayalah adik2.. jika adik2 ikhlas menuntut ilmu agama,Allah akan angkat darjat adik2..darjat menjadi hamba yang semakin tunduk kepada Allah.. oh indahnya jika adik2 terpilih menjadi orang yang menuntut ilmu2 agama[ilmu al quran,ilmu hadis,tafsir,dll]....
dan semua itu menuntut syarat.
syaratnya Ikhlas dan Amal.
insyaAllah... jika adik2 pegang syarat2 ini.. akk yakin adik2 akan melangkah penuh haibat dan osem !
menjadi seorang 'doktor' yang akan merawat 'jiwa2' manusia yang makin hari makin bertambah bilangan pesakitnya....
Menjadi STAYER.bukan kerana nama.bukan kerana manusia,bukan kerana sistem ..
jadilah stayer kerana Allah.kerana tidak ada tali yang paling kukuh dan kuat melainkan adik2 niatkan kerana Allah..
dan..
jadilah stayer yang mencintai ilmu..
jadilah stayer yang berakhlak tinggi dan terpuji..
jadilah stayer yang gigih berusaha walaupun gagal berkali2..
jadilah stayer yang ingin meneruskan biah solehah....
jadilah stayer yang bertaqwa dan berfikiran terbuka...
dan buat adik2 yang bakal bertebaran..
tetapkan matlamat sepenuhnya diiringi tawakkal kepada Allah..
mohon lah dari Allah..
agar memberi dan membuka peluang dan jalan yang terbaik..
untuk adik2 meneruskan perjuangan hidup yang mendatang..
in sha allah,sekalipun adik2 dicampak ke mana2..
adik2 tetap menjadi benih yang subur..
memakmurkan dunia..
mengharmonikan masyarakat..
dan meneduhi ummah denga nilai2 yang mulia..
percayalah adik2.. sepanjang perjalanan adik2 meneruskan kehidupan ..banyak lagi adik2 tempuhi..
pesan akk..
jadilah kite seperti pohon berbuah di tepi jalan..
yang menjadi tempat orang berteduh..
memberi manfaat kepada yang lain..
dibaling batu...buah kita berikan...
dan percayalah..masing2 akan diberi ujiannya masing2..
di luar sana..
kita diuji dengan sistem hidup..
sistem pendidikan..
sistem nilai..
uji dengan pelbagai lagi ujian2 yang akan menajdikan adik2 hanyut leka..
tapi ingatlah adik2..
saat adik2 terasa hanyut..leka..
cepat2 pautkan kembali dengan sumber2 peringatan..
di luar sana...
orang nakal boleh menajdi baik..
orang baik boleh menajdi hanyut..
orang miskin budi,boleh jadi kaya hati...
orang biasa2 ,bisa jadi luar biasa...
dan semua itu ujian.
lihatlah dengan mata hati.
jangan hanyut dalam kelalaian.
jangan lemas dalam kemewahan.
hidupkan kehidupan adik2 dengan mencari makna menjadi seorang hamba Allah..
hamba yang sentiasa bersyukur...
hamba yang sentiasa zuhud dengan kehidupan ini..
hamba yang tidak pernah putus asa dengan rahmatnya..
.
kenali diri.cari diri.kenali Allah.cintai Rasulullah.
moga Allah redha,setiap langkah yang mendatang..
bismillah..~
*tinggi mulianya insan itu bukan kerana nama sekolah,tetapi rendahnya hati insan di sisi Allah *