Thursday, 5 May 2016

Enakknya.

bagaimanakah cara untuk menikmati Islam seperti mereka yang baru sahaja bergelar muslim?

nikmat yang sekian lama , sedikit sedikit bertukar menjadi adat dan sekadar amalan.

ajari aku, tunjukki aku.

anugerahkan aku, kehendaki daku dalam hidayah dan petunjuk Mu ya Tuhan.

Enaknya kita punya Tuhan,
Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih dan Penyayang.


Tuesday, 9 February 2016

KUASA

Cinta itu memerlukan komitmen. perlukan usaha. jangan putus asa, mulai dengan doa. Begitulah cinta kita kepada rasul. Jika hanya kesedaran, semua orang punya kesedaran, tetapi selepas sedar, perlu diusahakan dengan doa untuk bertindak. Doa awal permulaan sebuah kuasa bertindak, doa juga keperluan sebelum kesudahan, doa juga satu tuntutan sepanjang proses cinta tersebut, tiada akhir, melainkan terpisahnya nyawa dari jasad. Berdoa lah kepada Allah, moga dialirkan kesedaran dengan kuasa beramal dengan sunnah baginda. Beramal yang pada mulanya kita berjinak-jinak, pertengahannya diperbaiki, ditambahi, dan diberikan kuasa mujahadah hingga kita mati. yup. sehingga mati. 

Jika hari ini, kita hanya bisa tertarik untuk mengenal baginda, kita tertanya-tanya bagaimanakah baginda menjalani kehidupan seharian, kita terfikir, bagaimanakah keindahan akhlak baginda yang bisa membuatkan sesiapa sahaja yang punya iman dan hati yang jernih bisa menilai sebaik-baik manusia yang diqudwahkan kepada ummat ini, apatah lagi secara fizikalnya.. bagaimana susuk tubuh baginda ketika berjalan, makan, bercanda dll serta yang dikatakan wajahnya lebih indah dari sang purnama.. moga akhirnya, semakin kita mula mengenal fiziknya, kita makin jatuh , dan terus jatuh hati untuk mengamalkan segala urusan seharian berdasarkan sunnah baginda. 

Awal sunnah itu adalah berbudi pekerti mulia. mulai mengamalkan sunnah baginda dengan menjadi 'manusia'. Common Sense. Kejujuran. Manusia yang senang pada mata manusia, dan juga senang pada hati manusia. dan diteruskan dengan mengamalkan sunnah baginda dari segi ibadah. Terlalu banyak dalam perihal ibadah yang terkait dengan akhlak. Sebetulnya, ibadah membina jiwa yang luhur akhlaknya. Sepatutnya.Tetapi ujiannya pada hari ini kita melihat, ramai orang yang menjalani ibadahnya, namun akhlaknya seperti orang yang jauh daripada tuhan. Ibadah buahnya akhlak, maka harus diselarikan, moga terus menaik dan selari antara ibadah dan akhlak.

***
TIGA KUASA yang mampu mengubah sebuah kehidupan,
1.Kuasa Allah
2.Kuasa Kasih Sayang
3.Kuasa Doa
Adapun, kadang-kadang untuk mendapatkan keajaiban dua kuasa yang di atas, terlebih dahulu harus dimulai dengan kepercayaan tentang kemustajaban kuasa sebuah DOA.
Keep calm and pray.



Wednesday, 13 January 2016

Ziarah Ibrah

Semalam pi umah ptn(pesakit), dia ajak ziarah.
Jauh la jugak rumah mak cik tu, masuk kampung.
Sampai umah mak cik tu, masuk je halaman, ada pokok-pokok dalam pasu tepi rumah, kemas, bersih dan teratur(teringat kampung orang jawa). Pagar depa diperbuat dengan batu bata tanpa simen.
Kawan kata, "ada je orang arab yang pembersih dan teratur, cuma kita jarang jumpa, memang kat luar kotor ja nampak, tapi dalam rumah depa bersih. Tapi rumah ni halaman dia pun bersih, teratur je nampak"
Masuk rumah, ada tiga ruang tamu. Satu ruang tamu ada set kerusi,kata mereka untuk tetamu yang nak cepat, yang singgah sat ja( sekejap). Dua lagi ruang tamu, ada set firas( tilam lapik duduk arab style). Depa kata, rumah depa tak ada katil. Memang depa suka tidur atas firas jaa. Sebab tu banyak firas.(bilik tidur pun pakai firas)
Kawan kata,
"Besaq jugak rumah ni, cantik. Pandai dia hias. Rumah kampung, tapi lebih selesa dari syuqqah(rumah sewa) kat irbid"
Abu Annas kabo, dia buat sendiri rumah depa. Dia jadi tukang. Dia kata, semua ni bukan dengan 'yalla yalla'(cepat-cepat) tapi 'syuai-syuai'(sikit-sikit)depa buat dan bina.
Lepas makan roti dengan humus, pi halaman belakang. Halaman tu takde lah besar sangat, tapi segala macam jenis sayur depa tanam. Bawang, carrot, daun 'na3 na3', bunga kobis,tomato,pokok jambu, cili,za3tar pun depa ada tanam. Pokok raihanah dan pokok bunga ros pun ada.
Lepas tu pi naik tingkat atas rumah yang tengah nak buat. Tradisi depa memang kalau boleh semua anak-beranak nak duk satu bangunan, sebab tu kadang-kadang kita tengok rumah orang arab petak-petak ja bumbung depa, macam tak siap, tapi sebenarnya senang nanti depa nak tambah tingkat atas bila ada anak yang dah berkeluarga nak duk skali.Tingkat atas tu anak sulong depa buat sendiri. Interior design rumah atas macam standard rumah sewa kat irbid yang cantek tu. Ada tiga bilik, satu dapur dan satu tandas.
Teringat orang kata,
"Rumah besar cantek camne pun, nikmat lagi rumah kampung ,sederhana tetap juga selesa selagi bebas daripada hutang"
Kesimpulan dan nasihat untuk diri sendiri,
1.Harta kumpul sikit-sikit, hasil kesabaran dan titik peluh, in sha Allah dapat dinikmati juga akhirnya.Jangan gopoh kejar kemewahan.
2.Berbudi pada tanah tak rugi.Bercucuk tanam tu banyak manfaat. Biarpun sedikit, cuba jadikan amalan.
3.Kebersihan rumah melambangkan peribadi dan suasana sesebuah keluarga.
Kawan kata,
"Bagos keluarga mak cik ni, sopan ja.. relaks je hidup. Simple. Nampak tenang ja.. ramai je Arab yang okay sebenarnya, kita ja jarang nak jumpa, family depa memang jenis proper dan beradab, standard orang kampung lah.."

salam tahun baru 2016^^