Sunday, 27 May 2012

Petua Dr.MAZA

  • Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan 

yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ


“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham


 daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan 


yang Maha Pengasih.”


  • Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا


“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”




-
  • Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ


“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, 

ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”





  • Doa memohon kejayaan cemerlang:


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ


“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para 

syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.” 



p/s:MAsa Ustaz Asri datang ke Irbid aritu,saya ade mintak petua nak kuatkan 

ingatan,katanya ade byak cara,tetapi beliau mengamalkan 'a cup of olive oil a day'..mungkin 

sahabat2 boleh cuba jika serasi atau jika tidak mungkin boleh cuba petua lain..

dan antara perkara yang dihighlightkan oleh Dr.MAZA adalah hayati betul2 ketika membaca 

ayat ke-6 surah al Fatihah..dan sentiasa berdoa agar ditambahkan ilmu yang bermanfaat...


2 comments:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Terima kasih atas petua yg dikongsikan.
Ada manfaatnya insyaAllah. :)

Pelaut rabbani.

hamba-Dia said...

lme tak singgah ^^ segan2