Wednesday, 15 August 2012

Saya=Seorang lelaki


Suasana malam tu tenang je.. mungkin kerana keberkatan majlis yang akan berlangsung sebentar saja lagi.. bagaikan terasa sayap malaikat menaungi.. dalam hati saya mengaminkan bisikan2 suara makhluk berakal dan yang tidak, yang tidak henti2 memohonkan keampunan bagi mereka yang datang ke majlis ilmu ini.. rambut yang sedikit terjuntai masih lagi basah dengan wudhuk isya tadi, saya selit kemas dalam songkok… Al-Quran mini berwarna coklat muda itu saya belek, lalu saya buka muka surat bertanda, surah yusuf menyapa mata… teruja rsanya membaca surah ini.. Al-Quran bagaikan buku cerita terbaik dalam dunia.. cara penceritaannya hebat.. hinggakan teknik penceritaan surah yusuf dipilih menjadi salah satu strategi teknik pengolahan cerita oleh sebuah syarikat penerbitan ternama…kisah2 pengajaran yang reality pernah berlaku satu ketika dahulu, diceritakan semula… saya tertarik dengan Nabi Yusuf yang sangat tabah, meskipun sedari kecil memori dan sejarah silamnya tidak seindah orang kebanyakan, namun dia bangkit menjadi pemuda yang membawa peranan…. Walaupun saya tidaklah sehensem mana, saya yakin Allah memberi peluang kepada hambaNya sama rata… saya juga punya peluang utk menjadi ‘seseorang’ satu masa nanti, dan langkah saya perlu bermula dari sini…

Saya pejam mata… cuba merasakan kehadiran Dia setiap masa.. minda mula mencari idea… fikiran
saya menerawang..

Andaikan saya terasa sgt2 emergency nak masuk ke tandas awam… kena masuk selalunya due posen.. tak tertahan hingga mungkin kerutan di wajah saya berjaya mengundang rasa faham dari mak cik yg menjaga tandas itu..

“takpe dik, takpe.. masuk dulu.. terseksa mak cik tengok begitu..”
Allah, leganya.. berulang2 saya ucap tq.. bile keluar semula dari tandas, saya raba2 kocek jeans yg saya pakai… juga kocek di baju t-shirt biru ini.. tapi seposen pun takde.. serba salah rasanya.. saya tak mahu dituduh mengambil kesemptan.. sekali lagi mak cik itu bersuara…

“tidak mengapa dua puluh sen je..” saya tersenyum segan… saya cakap lagi kat makcik tu, tq, maaf sesgt.. baiknye die…

Andaikan saya beli kuih muih di bazaar ramadahan di Malysia…. Malaysiakan… makanan sgt banyak…. Macam2 saya rasa nak beli… tetapi kali ini, saya terlambat pergi, hempir waktu berbuka baru saya sampai ke bazaar tersebut.. memang banyak sgt bazaar yg dah tutup, tapi ada se lagi kedai kuih yg baaaaruuu nak start kemas, saya jalan laju2.. nak beli kuih.. mujurlah masih banyak yg tinggal…

“saya mahu ini seringgit…” telunjuk saya pada kuih badak berendam..

Saya pelik lihat pak cik itu membungkus pelbagai kuih dan dimasukkan dalam satu beg plastic.. saya toleh ke belakang.. memang saya seorng sahaja yg membeli… lebih pelik apabila dia suakan kuih itu buat saya… semuanya sekali…

“ramadhan kareem, adik! Sudah mahu tutup kedai.. adik ambil sahajalah semua ya, berbuka dengan keluarga.. doakaan pak cik murah rezki…” wah, Alhamdulillah, dapat free je…

Mereka sgt baik… kebaikan mereka, saya kegumi… jika insan2 disekeliling saya begitu, apatah lagi tuhanku? Dia pastinya lebih lebih lebih punya lebih lebih lagi baik… saya tersenyum.. Teringat analogy yang saya ciptakan sendiri akan kebaikan2 Allah… terasa hidup ini mudah sahaja walupun kadang kala ujian datang melanda..setiap hari, minda psositif dgn Dia.. walaupun punya kekangan waktu dek kerana tanggjwb yg macam2, keyakinan saya jitu, masa itu Allah yg pegang, dan setiap prob yg timbul, Dia akan bantu tanpa jemu.. dan jika Dia mahu bantu, bantuanNya mashaAllah, lebih mudah dari sekadar petik jari..

“ketik!” saya petik jari.. opss.. rakan2 disebelah menoleh pelik..

dewan besar yang mampu memuatkan lebih 50 orang pelajar sedikit demi sedikit mula dipenuhi dengan manusia… saya datang awal.. sebab nak cop tempat depan.. nak dengar direct dari penceramah.. kawan2 yang lain pun hadir seorang demi seorang… saya sempat curi2 lihat.. semua kawan2 sekelas saya hadir sama.. (MEJ3 YE :) dan semua MEJlah, ada yg tak nak baca sampai habis nanti….)

Alhamdulillah, beginilah ciri2 bakal2 pemimpin harapan ummah dan mawar2 agama yang patut ada dalam jiwa kita semua.. cintakan majlis ilmu..

Derapan langkah kaki penceramah saya soroti dengan pen yang sedia di tangan.. saya akan cuba pastikan setiap kalimat2 hikmahnya saya catat kemas dalam diari.. biar ia mampu diingat dan diulang2 menjadi ingatan, hingga nasihat2 dan kebaikan2 itu sebati dengan diri.. menjadi peneman, meneman mimpi… (muqaddimah dah panjang..)

Ringkas je pengerusi majlis menerangkan butir2 penceramah.. seterusnya penceramah memulakan ceramahnya dengan doa dan salam.. salamnya bersahutan..

“siapa disini yang mendapat tajaan ke luar Negara?” tanyanya dengan senyuman mesra. Senyuman tu bagaikan salah satu ucapan tahniah tidak langsung dari beliau..

Pelik rasanya mengapa dia bertanya.. setahu saya, semua disini adalah kawan2 yang sesampan dengan saya.. sama-sama akan ke oversea… saya angkat tangan.. semua kawan2 saya begitu.. kemilau cahaya kegembiraan jelas terserlah di wajah mereka…  hati saya berpalu ucap Alhamdulillah.. nikmatnya ya Allah, org yg tak terer macam ni  pun Allah sudi kasi peluang..

Soalannya yang seterusnya.. “siapa disini yang adik beradik dia lebih dari seorang? Senang cerita yang bukan anak tunggal?”… telinga saya sempat mendengar tawa2 halus yang mula kedengaran… saya  angkat tangan lagi.. layankan sahaja… hampir lebih separuh dari dewan mengangkat tangan.. majority…

“ok2.. saya tahu anda dah bosan.. soalan last2!”… dewan gamat dengan tawa…

“antara ramai2 adik beradik kalian, siapa disini yang hanya dia terpilih antara kakak dan abngnya yang Berjaya mendapat tawaran ke luar Negara?”… dewan senyap sunyi…

Saya mula mendapat ritmanya… soalan demi soalan yang penceramah ajukan, rupanya terselit hikmat halus yang cuba beliau sampaikan.. tidak menunggu respon dari pelajar yang berada dalam dewan… beliau teruskan berkata-kata..

“siapa yg dengan yakinnya mampu angkat tangan kat sini, dia terpilih kerana kepandaiaanya, kerana dia memang bijaksana?” senyuman itu masih seperti biasa.. mana mungkin ada yang berani mengangkat tangan.. saya dapat rasakan keikhlasannya dalam menyampaikan..

“ wahai bakal2 pemimpin harapan ummah, mawar2 agama… bukan tujuan saya mahu menyindir.. saya ingin kalian rasakan, betapa nikmatnya berada dalam kalagan mereka yang berpeluang ke luar Negara… berpeluang menjadi antara mereka yg berpelajaran.. biar hari2 kita adalah hari2 yang dipenuhi dengan rasa syukur tak terhingga.. hari2 usaha menjadi hamba terbaik depanNya…”

Tidak lekang mata saya melihat penceramah, tangannya memegang kejap bahu… suaranya lantang berbicara..

“berat bahu kita menggalas amanah dan tanggungjawab.. saya tahu, ramai disini bukan dalam kalangan mereka yang punya keluarga berada.. saya juga tahu, ada antara mereka yang memang dalam keluarga yang senang hidupnya… mungkin bagi mereka yang sederhana keluarganya, ini adalah seciput kebaikan dari Allah yang sudi memilih kita sebagai perantaraan.. membina kembali dan memperjuang nasib keluarga… tidak kurang juga bagi mereka yang kaya raya keluarganya.. ini adalah dari kebaikan tuhan yang tidak jemu memberi rezki dari arah mana2 yang Dia mahukan…”

KITA HAMBA BERHUTANG~

“saya teruja untuk berkongsi bersama.. perbualan yang pernah singgah di telinga saya mengenai bebrapa org pelajar saya yang bercerita mengenai duit2 tajaan yang tidak habis digunakan.. subhanallah, ada antara mereka yang memasang impian menyenangkan keluarga, ada yang mahu belanja keluarga ke umrah dan sebagainya…. Kalau kita tahu, betapa banyak sebenarnya kita berhutang, setiap detik dan waktu, kita pasti malu untuk culas laksanakan tugas kita sebagai seorang hamba…”

“ada antara mereka yang apabila habis sahaja exam, nak cepat2, nak lari2, lompat2, terbang2 balik kerumah…” suasana dewan yang sedari tadi sunyi mula kedengaran tawa.. mana tidaknya, setiap prbuatan yang penceramah lafazkan, dia iringi dengan aksi.. bagaikan benar sahaja dia mampu terbang….

“nak cepat2 balik sebab apa? Ada yang tidak sabar utk release tension dengan drama2, atau nak berfb , main game dan sebagainya… tidak kurang juga, mereka yang tidak sabar2 utk pulang ke rumah, nak cepat2 sujud syukur.. ‘terima kasih ya Allah, kalau Kau tak bantu, saaaaatttuuuu soalan pun, hamba tak berdaya nak jawab…’” hatiku terpukul… saya begitukah?

“bila kita rasa bahu kita berat dengan tanggungjawab, setiap perlakuan kita ada yang tidak jemu2 melihat dan menilai, kita akan ambil berat dengan setiap amanah yang telah diberikan….”

“kita tidak akn tegar culas dalam beribadat.. bangun subuh, lambat je sokmo… sebab kita nak jadi hamba terbaik… kalau di u pula, takkan berani nak ponteng kelas.. malu.. bukan dengan manusia, tapi dengan Allah… manusia bukan tahu pun.. kita boleh je rancang strategi nak ponteng tanpa dapat dikesan..”

 “memang kadang kala ada antara kita yang Allah pilih sebagai insan yang memang mudah nak tangkap belajar.. gifted,, tak kurang dengan mereka yang lambat sedikit, tapi percayalh, Allah ada je setia membantu… mari kita sama2 meraikan… saya tahu mereka2 yang punya kelebihan yang lebih ini selalunya dialah yang akan menjadi guru.. membimbing rakan2… lebih saya hormati kerana disebalik kepandaian itu, terselit sebuah disiplin yang jitu… dek kerana rasa mensyukuri akan kelebihan yang Allah kurniakan.. tidak pernah ponteng kelas, dan sabar mengajar rakan2…”

“mengapa harus ponteng kelas? Ada antara kawan2 kita yang tak diberi peluang oleh Allah utk sambung pelajaran ke dalam bidang perubatan.. ingat tak? Berapa ramai antara kawan2 kita yang dengan semnagatnya tulis dalam biodata, nak jadi doktor.. tapi kecundang di medan peperiksaan.. ingat tak kata2 mereka.. ‘ aku kalah disini, aku pass baton ni pada kau.. kau kena terus berlari, hingga ke garisan penamat..’… jangan begitu, jangan pandang enteng pada tugas kita, apa perasaan mereka jika merka tahu… terguris hatinya… bayangkan kalau mereka berdoa…. ‘ya Allah, kalaulah aku yang Engkau pilih berada di tempat dia, takkan aku sia2kan peluang ini.. akan aku gunakan sebaiknya…”

RASA KE DIA ADA?~

“saya analogikan sesuatu… kalaulah kita berada dalam perpustakaan… ada pustakawan (ye ke ejaannya?) yang dok meronda… tawaf keliling meja kita.. mesti kita akan baca buku dengan sgt sopan.. buka helaian demi helaian dengan penuh berhati2, takut terkoyak.. duduk diam2 je, sebab tak mahu kena tegur… atau kita berada di dapur mencuci pinggan, mak kita ada sama… mesti kita nak basuh pinggan cermat2, takut2 pula terjatuh, pecah pinggannya… begitu juga dengan kehidupan seharian kita.. kalau kita rasa diri kita diperhatikan sentiasa, ada yang mencatat setiap gerak laku kita, kita pasti akn cuba menjaga diri kita sebaiknya… ihsan setiap ketika…”

Majlis ilmu itu berakhir agak lewat malam.. tapi saya tak rasa merugikan, malahan ini bagaikan salah satu cara Dia dalam menyampaikan cintaNya.. Alhamdulillah… teringat beberapa tips keramat yang pernah dikongsi oleh sahabt….

“Awak, rasakan Allah ada disetiap detik dan waktu kita bernafas…”

Kalau2lah tengok jawab exam, blur dan blank semacam je… dalam kita mengerah otak mencari jawapn, ce try seru nama Allah, selawat… bisik dihati. “ya Allah, bantu saya hentam soalan ni, moga2 betullah, pasni nak study lagi baik2 lah…”

Ada kala kita terlambat ke satu destinasi… nak berjalan kaki macam tak berdaya je… doalah lagi, biar kte rase tiap masa Dia ada… “Ya Allah, hantarkan satu teksi.. saya benar2 dah terlambat…”

N even kalau kalian tengah mandi.. air tu adalah salah satu hamba Allah yang setia…. Pun boleh berdoa, dalam hati…. Biar rasa, Dia sentiasa ada… “dengan air ini ya Allah, aku harapkan Kau alir segala dan segenap semangatku yang telah luntur. Dek kerana markah ujianku yang tidak begitu baik… alirkan ia… buangkan jauh dari tubuh badanku… dengan air yang mengalir di tubuhku  ini juga ya Allah, jadikan ia bagaikan baja, jadikan ia penyembuh duka, bangkitkan kembali semangatku yang baru, utk aku terus dan terus bangun menggapai cita2… langkahku masih jauh.. aku tidak boleh mengalah sekarang…”

p/s: DEAR KAWAN2 SEKALIAN…. SAYA NAK PETIK KATA2 SEORANG AKHWAT… BILA KAMI SEBUT PASAL ‘SYABAB’, KAMI DAH TAK NAMPAK DAH DAK2 LELAKI YG SUKA SANGAT TARIK TUDUNG KAMI, KAMI TAK NAMPAK MEREKA YANG SUKA SGT CAKAP KASAR2, SUKA SGT CELEN2KAN KAMI DENGAN DAK2 LAKI LAIN, ATAU JULURKAN KAKI BIAR KAMI TERSADUNG, TAPI KAMI LIHAT MEREKA SEBAGAI MEREKA YANG BAKAL MENGUBAH DUNIA.. KAMI LIHAT MEREKA MACAM PEMIMPIN2 YANG KAMI MAHU SOKONG DARI BELAKANG… MEREKA HEBAT, SEBAB MEREKA INSAN YANG ALLAH PILIH SEBAGAI BAKAL PEMBELA AGAMA ISLAM.. KAMI POSITIF DENGAN PEMIMPIN KAMI… JIKA ADA TERSALAH SANA SINI SIKIT2 TU, KAMI ANGGAP ITU SEBAGAI LANGKAH PERTAMA, LANGKAH AWAL MEREKA UNTUK BELAJAR.. KAMI POSITIF…. insyaAllah, semoga Allah bantu kawan2 utk faham dengan cara yang terbaik sekali… ini nota syg+cinta, bulan ramadhan kan bulan kasih sayang, bukan nota yang mahu menyindir atau menghukum sebab jujurnya yang menulis lagi banyak salah dan lagi bnyak benda yang dia perlu ubah…
kalau kita pandang sesuatu dengan positif, hati kita akan menyanyikan irama yang sama.. sekian, tq sgt sbb tabah membaca..

nur amalina azman via tazkir qulub DOME~

Saturday, 11 August 2012

Diari dari Urdun;Part 1

assalamualaikum..

saya sedang memaksa otak untuk menulis.menulis dengan ikhlas kerana Dia.alhamdulillah wudhuk sgat membantu.mudah-mudahan..

sebenarnya sepanjang hidup kat jordan nie.dah berapa byk draft yang tersimpan.saya tak tahu kenapa.krisis identiti mungkin..terlalu banyak ingin sya kongsikan shingga seakaan ilham yg datang tu mencurah bagai air,laju mengalir dan sayangnya melimpah keluar begitu saja..

pengalaman first sem saya.saya kira bagai dunia baru bagi saya.akademi saya saya kira amat emmuaskan hati.merasalah jugak markah 100% selepas pulun berhabesan malam exam.semnagat baru katakan.tidur dalam lecture ? mmg tak la kan,kan azam baru huhu..[tipu la tak tidur,klau kelas bio pkul 4-5 ptg tambah2 lagi klau syita',ibaratnya belajar time dekat2 nak magrib,,,tapi alhamdulillah exam ok la jgk]

dan sem 1 jugak jadual uni sangatlah best.hari2 kelas start pkul 2 petang,dan hari2 jugak la habes pkul 5.mula2 tu rase best la jugak sbb tak masuk winter lagi,tapi lepas masuk winter,memang klau pkul 5 tu dah masuk magrib..kkdang berkejar2 balik rumah takut2 terlajak masuk isyak..

sebelum masuk syita' jugak,hari2 lepas balik uni,mesti singgah beli ais krim pastu window shopping..hehe.. heaven jgk la first sem nie..

pagi2 kiteorang pergi markas Hafsah.belajar tajwid plus al quran.Syeikhah kami sgt sporting,mungkin boleh panggil Miss Anuar,muda lagi.. sempoi sangat.. hehe.. sgt baik,klau kawan2 kelas lain mesti jeles dengan kiteorang sbb dapat syeikhah yg baik.. klau kiteoranga de exam,mesti xde tasmi' al quran.. huhuh..hanya gi kelas belajar kitab Munir ja..*sbb tu kelas kiteorang plaing lambat hbes sbb byk sngat cancel kelas smpai daurah terpaksa disambung sehingga sem 2;mse nie memang havoc sgt life,nnti kite cite ye part sem 2*..mlm2 semua sibuk duk hfal,pahtu pgi sebelum gerak ke kelas baru kelam kabut nk tasmi'..untungla spe tasmi' dnegan saya,,baca skit.."oklah tu,ok settle surah nie.."..*sorry sgt2 sbb main2 ambik catatan tasmi' korang..:)

dan sem 1 jgk best sbb pglman dengn floormates.hari2 ade jadual masak.ikut turn.yg melampaunya..sem 1 nie,kiteorang makan nasi 2 kali sehari.WAJIB!.huhu..lagi2 budak2 floor ramai dak dentist,jadual taks padat bdak2 medik.

sem 1 sangat best.sblum gerak ke sekolah kiteorang akan pastikan makan malam dah siap plus lunch.hehe..*mmg time nie la,semua orang bgai di PAM-PAM..*balik dari kelas talaqqi,pergi beli sayur same2,kkdang beli coffee dekat jeniva[kedai runcit]..bajet la obersea minum coffee cup..huhuhu...balik rumah masak2 ramai2... genap 3 bulan segala stock kami ber-8 habes..bahan paling laris kicap,,teringat Alia yg suka sangat serunding..byk kot dia bwak..smpai paket yg last kite orang putuskan untuk simpan,nnti klau dah teringin sgt baru makan..catu makanan plak..klakar btol..

dan yg paling best kat 4th floor nie,jemaah di awal waktu*seyes rindu sngat part nie*..dan kkdang2 tu,lpas asar kiteorang akan ade tazkirah,kkdang2 jela..pernah sekali tak tahu knpe ttba semua homesick..semua bgai terjentik2 hati..
*takutnya lepas nie klau kite dah duduk asing2 kite dah tak dapat istiqamah solat berjemaah nie..*
*takutnya lepas xde dah orang nak ingatkan..*

part solat jemaah yg paling saya igt;bila time magrib,,semua orang xnak jadi imam.. segan katanya.. tak pandai doa la..ape la..aish.. ngada2 btol..sekali,,mse tu semua orang tgh borak2 lepas dinner[musim syita' kiteorang akan makan malam sebelum magrib]
pastu ade la kawan saya jerit camni:
",,haaa..spe paling lambat siap dia kena jadi imam !.."
"..punyalah semua orang menjerit,,,terus lari zapppss..masuk tandas cepat2..."
dan berlari ke bilik saya[musolla floor la kononnya sbb bilik alia yg besar tu dah dijadikan dapur..hehe..sorry alia sbb sellau sepah2 kan bilik korang]...

seronok plak teringat.tak masuk lagi part tersasul baca wirid @doa.. hehe.. comel la korang nie..
dan last final exam..kite studi ramai2,,sekali lagi kat bilik saya/asilah yg kecik tu..sape lagi jadi cikgu klau bukan fa,,raihana dengan gayanya yg sungguh smngat.,,haha,,jijah dengan gayanya..*boleh bayang tak ?*..mesti yg tak eknal tak elh byg kan..hehe..sorry2..

dan paling epik.bila kiteorang decided yg 8 ahli floormates kite stay tak balik mesia cuti sem syita'.dan kami berjaulah ke Turki..mula2 raihana xnak ikut..kena paksa dnegan kiteorang.. hehe,,pglman kat turki tu kena masuk entry lain...

ok dah penat..bersambung dengan peglaman sem 2 yg sungguh menduga iman di mana saya fail 2 subjek 3 kredit hours...nantikan sambungan..

_______________________________________________________________

*ibroh:8 orang satu floor,nak hidup bersama sangat mencabar.perlukan kematangan dalam menerima pendapat,dan yang paling penting kena raikan perbezaan,tambah2 kiteorang dari sepelosok negara...masing2 adee gaya dan kelebbihan tersendiri

*ilmu al quran,ilmu fardhu ain.wajib dipelajari.dan saya kira antara nilai tambah utama yg perlu diutamakan selain pi menadah kitab,pi daurah2 kitab,pi program2 tarbiah..ilmu al quran itu mesti didahulukan mase sem 1 sbb bagi saya sem 1 adalah mase yg paling lapang dan sesuai nk fokus btol2 dnegan kelas talaqqi al quran nie..

*kkdang tu bnyak sgt membazir,excited musim syita',,nak beli tu nk beli nie..beli ape yg perlu,skrang tengok,kasut2 but ditinggalkan bgitu shaja..kot2 syita' byk2 tu pkai bebrape kali je pun..pasni ambik pngajran..

*most important:keberkatan hidup rumah muslim adalah menjga solat jemaahnya di awal waktu[mungkin bagi syabab kat masjid la kot]...selain tu solat dhuha dan mathurat..*miss this very much*..moga2 walaupun kite dah berpisah kite still keep this as our daily routins..biasa klau terlupa,terlajak..yg penting mujahadah..terima kasih sahbat2.. :')

___________________________________________________________________
saya tulis nie utk memujuk diri saya,saya kongsikan mesej kat bwah nie supaya sme2 dpt ambil ibroh :)


Asilah,
mlm tdi terawih last saya kat jamiah,'smgt nk pi sbb sy xde smngat langsung nk balik mesia



on da way tu saya doa banyak2 spya malam nie syeikh baca ayat2 yg zouq



sbb dah hilang fokus sangat dah



totally lost



rse mcm kering dan tawar je hidup



tapi kan asilah btol la..



Allah tu dekat sangat



klau dia nak tegur kite..



tang2 tu jugak dia boleh jentik hati kita..



punya lah saya tunggu..



tunggu punya tunggu..dah habes 8 rakaat terawih..



ade la dua 3 ayat 'terasa'



tapi akhirnya dalam 2 rakaat last witir,



akhir2 ayat surah al ankabut tu..



mula2 ayat 64



pastu tambah lagi ayat last surah al ankabut tu..

Allah..



Dia nak sngat igtkan kita nie dunia nie hnya mainan semata,



akhirat jugak yg kekal selamanya..



Hidup ini bgai satu perlumbaan..



kkdang kite gagah untuk berlari..



semuanya seakan-akan indah..



ttpi kkdang kiat rebah mahupun tersungkur di depan garisan penamat..



sekalipun bgitu..



teruskan merangkak menuju ke sana..



kerana Dia bukan melihat bertapa bergayanya kita berlari..



tetapi sejauh mana kite ikhlas..

jika ada kaki yg kuat,jika Dia tak izin,ttba je boleh jatuh 1 meter sebelum garis penamat,



namun merangkak sekalipun,jika Dia izin smpai,sampai jugak..

dan kkdang 'malam itu' adalah malam anugerah.



anugerah kepada yg terplih..



sekalipun tidak terplih..



moga ia mnjadi tarbiah



untuk terpilih di masa akan datang..



moga dipanjangkan umur,



moga diberkati masa lalu dan masa akan datang..

hakikatnya.



syurga Dia terlalu mahal.



hanya yang terplih dan berusaha akn mndpatnya.

*malu+segan;nak2 tapi usaha tak sbpe*



Salam mujahadh shbatku..



si Mujahidah Solehah.
 — with Asilah Aripin and 3 others.

______________________________________________________________________

saya dah jatuh cinta dengan bumi ini.

setahun saya ambil masa untuk merasai cinta ini.

Allah.kurniakan aku kefahaman nabi2 serta hafalan para rasul.

saya nak jadi dentist.

insyaAllah kerana Allah.

jalannya susah.

tapi saya akan cuba untuk mujahadah.

mudahkan urusan hidup dan matiku ya Allah.


12 ogos 2012
Malam 24 Ramadhan[Irbid,Jordan]
sehari sebelum pulang ke Malaysia.

Monday, 6 August 2012

Iklan Raya Paling Saya suke T_T

tengok vid nie,

membuatkan sya teringatkan atuk sya,

bersyukur sbb balik Mesia cuti sem soifi lepas..

sempat jumpa..

3 hari setelah smpai di irbid,

mndpt khabar atuk pergi dijemput ILLAHI,



percayalah kawan2..



mungkin kita sayu tengok vid ini..



tetapi lagi sayu bila realitinya kita hadapinya sendiri..



Allah..moga Allah cucuri rahmat arwah atuk..



al fatihah..

makin hari makin terasa hidup si perantau di negeri orang T_T





moga2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah...penyejuk mata ummi dan ayah ameen..