Monday, 31 December 2012

kata-kata imanku..

Bismillah.

sahabat-sahabat2,
alhamdulillah. hampir 20 tahun sudah kita hidup di dunia ni. dalam tempoh ini juga kita terdidik dgn pelbagai peristiwa.Alhamdulillah,Allah telah mengaturkan sebaik-baik perjalanan buat saya sepanjang tempoh ini.

"..amnah...kehidupan yang lalu hanyalah ujian dan pengalaman hidup,semua tu bukan segala2nya dalam hidup.."

"..amnah... carilah hikmah di sebalik baik budi pekerti,kemuliaan akhlak itu adalah permata yang di cari,bukan sanjungan,bukan pujian manusia.."

"..amnah... dunia hari ini bukan dunia mudah,dan senang untuk terus bergerak dan berjalan.. dunia hari ini kehilangan barakahnya.."

"..amnah... sudah 19 tahun masa telah berlalu,ukur dan hisab amalmu.. maut bila2 masa bisa menjemput..."

"..amnah... dalam enak nikmat ,berapa banyak usaha engkau laburkan untuk meng-upgrade diri menjadi hambaNya yang bersyukur..syukur itu bukan pada lafaz alhamdulillah semata,gunakanlah pancaindera,akal,tenaga,masa dan wangmu itu di jalan yang bermanfaat...bukan jalan2 yang sia-sia.jalan yang hanya  untuk kepuasan nafsumu semata.."

"..amnah... hidayah dan petunjuk Allah itu bukan milik kita,tapi milik Dia,pantas kita merasa senanag dgn title kita sebagai muslim ?? ayuh berubahlah menjadi mukmin sejati,kehidupan dunia ini menuntut sebuah perjuangan,perjuangan menegakkan agama Allah,yang bermula dengan perjuangan dalam mengislah diri menjadi hamba-hambaNya yang bukan sekadar muslim,tapi berusaha menajadi mukmin yang terbaik di sisi Allah.."

"..amnah.. lahirmu di dunia,engkau kenal cinta. Cinta ummi dan ayah. kemudian engkau mengenal cinta manusia yang sementara dan penuh noda. kemudian sedari lewat usia remajamu,baru engkau mengenal cinta Rasul dan cinta Allah.Ayuh!ayuh..belum terlambat lagi.. tegakkan azam,berlarilah dalam jalan yang selesa.. hakikatnya hidup ini adalah mengenal Rabbul Izzati.. Pemilik segala ciptaan,termasuklah dirimu yang hina.."

"..amnah..jangan leka dalam cinta manusia,persiapkan diri untuk kehidupan di sana, ikhlaskan dalam memberi manfaat,maksimumkan peluang untuk mengisi diri buat bekalan untuk memberi.. masa semakin suntuk dan singkat.."

"..amnah,seharian dalam hidup kita tidak pernah terlepas dalam kancah dosa dan maksiat, khafi atau jali.. perbanyakkan istighfar,dan perbanyakkanlah ingatan kamu kepada Rasulullah melebihi ingatan kamu selain dari baginda..perbanyakkan selawat.."

"..amnah..tak mustahil kita antara golongan umat akhir zaman yang bakal hidup di zaman dajjal laknatullah..nauzubillah... persiapan diri agar keluarga yang bakal kamu nakhodakan belayar dalam arus yang diredhai Allah.. permulaan kebangkitan umat,bermula dengan perjuangan kita menegakkan Islam di dalam diri kita..moga2 kamu mendapat keluarga yang bahagia buat diri kamu dan ahli keluargamu menyemai benih2 pahala buat bekalan untuk kehidupan di akhirat sana.."

"..amnah,hargailah masa,penuhi masa dengan budaya ilmu,mencari hikmah ... buangkan rasa malas,putus asa,mohonlah kepada Tuhanmu,Pemilik segala ilmu..tuntutlah ilmu sampai mati.. itulah hakikat seorang penuntut ilmu..kita mencari dan menuntut sehingga ke liang lahat..."

"..amnah,jangan engkau tinggalkan al quran kerana al quran ubat hati yang kotor,pelembut hati yang keras,pendamai rasa keluh dan kesah.. amnah... al quran itu untuk difahami,dihayati,beramallah dengannya walaupun sedikit,dan berusahalah untuk memahami dan beramal dengan keseluruhannya.. kerana dialah teman,dialah ubat.. segala penyakit2 hati...dan penawar segala kekusutan.."

"..amnah,jangan pernah berhenti berputus asa dengan kebejatan dunia hari ini sebagaimana Tuhanmu tidak pernah sekali berputus asa denganmu,teruskan bergerak.. bermujahadah... kejarlah pandangan Allah bukan pandangan manusia,lakukan amal dengan hati yang ikhlas,carilah kekhusyukkan dalam solat mu,didiklah nafsumu dnegan perbanyakkan berpuasa.. dan didik lah diri mencintai Rasulullah dengan perbanyakkan amalan sunnah baginda.."
\
"..amnah..peliharalah qiammu,tahajjud mu,kerana dengan bangun malam itu menguatkan hati mu..apabila kuat hatimu,maka nafsumu bukan lagi menjadi raja.. agar jalan mu lurus menuju Allah..dalam lewat waktu yang mendesak ini,pilihlah jalan yang lurus untuk menuju redha Allah..."

"..amnah..carilah keberkatan masa dengan hal2 bermanfaat,amnah...carilah keberkatan dalam dunia yang nazak ini..amnah.. waktu itu makin tiba,persiapkan diri.. perteguhkan hati,perteguhkan aqidah..semoga kita dalam golongan yang diampuni dosa2..bukan mereka yang mempunyai hati tapi tidak menghayati,memiliki mata tapi tidak mahu melihat,memiliki telinga tetapi tidak mahu mendengar..dan meiliki akal tapi tidak mahu berfikir..nauzubillah.."

"..amnah,jadilah daei yang menyebarkan kebahagiaan dan menyeru manusia kembali menghayati nilai diri sebgai hamba yang kerdil di sisi Allah..berilah walaupun dari yang sedikit.."

"..amnah,manusia mana yang sempurna,jangan pernah kesal dengan kelemahan diri,kelemahan itu ujian buatmu serta manusia yang mengelilingimu..jika engkau bersyukur dengan nikmat2 tuhanmu yang jauh lebih banyak dari kelemahan yang engkau miliki,nescaya engkau akan ditambahkan lagi nikmat2 di sisinya..jangan pula engkau menyendiri,dan membuang diri dek kelemahan diri..percayalah jika engkau redha dengan kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya,nescaya,mereka yang disekelilingmu turut redha dan menerima dirimu seadanya..ingatlah,apa yang kita beri itulah apa yang kita dapat.."

"..amnah,jika engkau berkehendakkan kebaikan,carilah di setiap sisi penjurumu,nescaya pasti engkau akan ketemui..jika engkau berkehendakkan kemaksiatan,nescaya azabnya yang pedih menantimu meskipun kamu bahagia di dunia ini.."

"..amnah,menagislah kerana dosa2 silammu selama ini..dan bertaubatlah setiap hari..dan menuntut ilmu dengan ikhlas,kerana itu keutamaanmu sekarang tanpa mengenepikan hak2 masyarakat dan shabat2 kamu..rendahkan diri serendah mutiara dilautan..kita hambaNya yang hina,lemah....,hidup kita tiada nilai sedikit pun tanpa kita meletakkan Allah sebagai matlamat..

amnahhh....selamat memperbaiki niat hidup dan matlamat hidupmu di tahun baru yang seharusnya engkau perbaharui setiap detik,masa dan ketika...kerana mati itu bisa menjemput engkau bila2 masa tanpa engkau sedar,sebagaimana engkau tidak sedar,sudah 19 tahun engkau hidup di dunia akhir zaman ini..dan masa terus berlalu..dan berlalu... tanpa engkau sedar...hanyut dalam kelekaan,lembik dalam mengislah diri..."

Yang Benar.
hati dan imanmu duhai Amnah.
3.19pm
31122012.

Irbid.Jordan.

Saturday, 15 December 2012

Mohonlah kepada Dia.Pemilik segala Ilmu..


Bismillah~ yg nie saya terjumpa dalam blog ustazah kak nur..
Assalamualaikum k,nur..
Saya ada masalah la k,nur tentang pembelajaran,saya tidak tahu macam mane hendak dicakapkan,saya memang lemah dalam pembelajaran,tiap2 kali saya hendak belajar memang selalu je xjadi,pada mulanya niat memang ada nak study sendiri,tp tak tahu tibe2 je tak jadi nak stdy sendiri,bila exam saje,saya selalu gagal,xpnh pun lulus,memang saya jelas tengok kawan2 yang lulus dalam setiap kali exam,tak tahu k,nur,,nape selalu jadi macam ni kat saya,,,,tolong saya k,nur,beri saya tunjuk ajar dan pendapat,saya memang dh runsing sangat k,nur,,,,,
Bezita

Wa’alaikum salam warahmatullah Bezita,
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Bezita dan membantu Bezita keluar dari permasalahan ini.
Kak Nur bukanlah orang terbaik untuk berbicara hal ini namun Kak Nur akan cuba membantu setakat yang mampu.
Berdasarkan pengalaman Kak Nur, ada beberapa alternatif yang boleh difikirkan oleh Bezita;
Mengenai masalah lemah tumpuan itu mungkin berkait dengan IQ (kecerdasan) seseorang. Jika ia berpunca dari kecerdasan diri yang agak lemah, beberapa saranan berikut mungkin sesuai diaplikasikan:-
- Memilih jenis makanan atau pil yang dapat membantu meningkatkan daya fikir dan tumpuan. Contoh kismis, ikan, bayam, brocolli, pil Examo dan lain-lain. Buat sedikit penyelidikan mengenainya dan mulai mengamalkan pemakanan yang baik untuk otak dan minda.
- Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.
Islam sangat menitik beratkan memilih dan mengambil makanan yang bukan saja halal bahkan bermutu untuk menjaga kesihatan badan. Kesan pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, bahkan untuk membentuk hati yang baik serta mencerdaskan minda.
kismis-2
PUASA
- Cuba koreksi amalan pemakanan selama ini, jika terdapat tabiat pemakanan yang kurang baik, maka cubalah ubah tabiat tersebut. Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kita baru sahaja selesai menjalani puasa sebulan Ramadan. Diharapkan kita dapat meneruskan disiplin tersebut buat selama-lamanya. Kita masih boleh mengamalkan puasa sunat.
Bezita mungkin masih ingat pada Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008. Beliau mengamalkan puasa sunat sejak darjah 6 kerana ia sunnah. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak. Ini bererti Nur Madihah mendapat faedah yang besar dari amalan puasa sunatnya itu.
Dalam usia yang semakin meningkat ini, Kak Nur dapat rasakan daya berfikir dan tahap tumpuan yang semakin lemah dibandingkan semasa usia remaja dahulu. Jadi Kak Nur sendiri sekarang sedang melatih diri untuk rajin berpuasa sunat. Kak Nur seorang yang menyintai ilmu pengetahuan dan suka berfikir. Jadi sebolehnya, Kak Nur mahu mengekalkan tahap kecerdasan minda untuk satu tempoh yang lebih lama, insya Allah.
Setiap amalan dalam Islam sebenarnya untuk kebaikan fizikal, spiritual dan minda ummatnya. Oleh sebab itu, jika penganut Islam lemah, mereka harus memuhasabah diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
HAFAZ AL-QURAN
Selain puasa,menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun Kak Nur tidaklah berharap Bezita menghafaz seluruh al-Quran. Memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya. Jika berhasrat menghafaz seluruhnya, itu lebih baik.
SOLAT
Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. Oleh sebab itu, semak semula tahap solat kita bermula membersihkan diri, berwuduk dan solat itu sendiri. Insya Allah, jika perbaiki solat kita, Allah akan perbaiki urusan dunia kita.
"......Seorang kawan Kak Nur menyedari dirinya lemah dalam belajar. Suatu hari, ibunya memanggil anaknya dan menyuruhnya segera ke sekolah. Dia tidak keluar dari biliknya. Ibu segera menyelidiki. Di dapati anaknya sedang solat. Ibu bertanya solat apa?. Dia menjawab dia tidak pandai, jadi dia selalu solat hajat minta bantuan Allah agar memudahkan urusan dia belajar atau menuntut ilmu. Sekarang kawan Kak Nur itu sudah memiliki ijazah PhD dan bergelar Doktor falsafah...."
Kawan itu bukan sahaja pandai belajar dan meraih ijazah yang tinggi, bahkan berakhlak mulia berkat dijaganya hubungan dengan Allah swt.
Solat tiang kejayaan!
Solat tiang kejayaan!
DISIPLIN DIRI & MEMILIH KAWAN
Jika diteliti amalan Nik Nur Madihah, disamping kecerdasan otak, dia mempunyai faktor ransangan untuk mengubah nasib keluarga. Justeru itu, dia mendisiplinkan diri belajar apabila waktu belajar. Bezita harus memujuk diri agar beri tumpuan semasa belajar dan ingatlah di samping kesusahan ada kesenangan yang menanti.
Adalah baik jika Bezita dapat berkawan dengan mereka yang rajin belajar. Ia akan mendorong Bezita turut rajin belajar.
BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN
Bezita boleh berbincang dengan kawan-kawan yang cemerlang dalam pelajaran, membaca buku-buku motivasi belajar dan lain-lain.
Sebelum Kak Nur mengundur diri, sukalah Kak Nur ingatkan pada diri sendiri bahawa iblis juga memainkan peranan apabila kita ingin belajar. Dia akan menghasut kita agar malas belajar dan sangat suka kita menjadi jahil. Orang yang jahil mudah ditipu syaitan. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah setiap kali ingin belajar.
Apa yang Bezita lalui sekarang adalah satu petunjuk dari Allah agar mendekatkan diri padaNya. Mohonlah pertolongan dari Allah, nescaya Dia perkenankan. Selalu mohon ampun dan jauhi maksiat kerana maksiat itu menggelapkan hati. Bila hati gelap, ia susah menerima ilmu. Ilmu itu cahaya dan cahaya hanya menerangi hati yang bersih.
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan diri sebagai hamba.
Wassalam.
Ummu Abbas
11.38am
16 Syawal 1430H

p/s:ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan masuk kepada org yg maksiat. Astaghfirullah.. moga Allah ampuni dosa2 kita..dan dikurniakan kita kefahaman nabi2 serta hafalan para rasul..priority semasa akademik,priority kehidupan ubudiyyah........Allah mudahkan ursuan sahbat2 aku serta urusan ku dan juga kedua ibubapaku..final exam~ off#

Saturday, 8 December 2012

ikhlas untuk memberi..

alhamdulillah~

ikhlas itu bermula dengan alif.
dan alif itu yang pertama..

letakkan ikhlas sbgai tepat pertama dalam setiap urusan amal kebajikan.
kerana ikhlas adalah antra syarat ibadah diterima atau ditolak..
kerana hanya hati yang di isi dengan cinta Allah yang berhak menerima ganjaran pahala..
kerana syurga itu mahal..bukan untuk hati yang diduakan..

ya..
ikhlaskan hati untuk memberi,
nescaya akan dipermudah urusan..

sahabat2..

setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi masing2 untuk manfaat semua.
tetapi tidak semua sedar akan kelebihan masing2.
maka carilah ruang kelebihan dari dalam diri kita..
asah dan pertajamkan..
dan manfaatkan buat ummah..
kerana kita bukan dilahirnya untuk sekadar menjadi insan biasa-biasa..
tetapi kita dilahirnya untuk memberi manfaat kepada manusia..
walaupun kelebihan kita sesuatu yang biasa-biasa..

insyaAllah jika didahulukan dgn niat ikhlas untuk memberi kerana Allah..
yang biasa-biasa mampu bertukar menjadi sesuatu yang luar biasa~
dan insyaAllah akan dipermudah jalan walaupun diri kita banyak kekurangan...


dan ingatlah sahabat2..
bukan pandangan manusia yang kita cari,tetapi redha illahi yang kita nanti..
bukan pujian kata2 dari makluk yang kita dambakan,tetapi keberkatan dari Dia yang Menciptakan...

bila kita kejar pndangan Allah,
hati lebih tenang dan bahagia..

pandangan manusia itu hanya satu bonus..
dan sifatnya tidak kekal.
yang abadinya ..
Kasih dan Sayang Allah untuk kita..

dan ikhlas itu dari Allah.
letaknya di dalam hati.
tempat bertakhta kerjaan diri.

kunci untuk memaknakan ERTI HIDUP PADA MEMBERI adalah IKHLAS~

moga menjadi hamba yang lebih bertuhankan Allah..
sama2 tingkatkan akhlak,perbanyakkan ibadah,perbaiki diri...
Alhamdulillah....alhamdulilah.. alhamdulillah...



Jadilah Seperti Pokok yang Lebat Buahnya
biarpun Tumbuh di tepi jalan
dan buahnya sering dilempar dan dibaling dengan batu
tetapi tetap dibalas dengan buah yang lebat :)