Tuesday, 8 July 2014

Travelog Mulya: 99 Cahaya Islam Di Eropah, part 1

2011

Ketika sebelum memulakan semester satu bagi tahun pertama pengajian di JUST, masih lagi teringat pesanan senior ketika Minggu Haluan Siswa(sekarang dipanggil Minggu Taaruf Siswa) yang dianjurkan oleh persatuan, PERMAI.

Dalam satu LDK, kami ditekankan tentang matlamat keberadaan di Jordan. Selain dari target untuk peribadi, aku meletakkan negara-negara yang mahu aku jelajahi.Alhamdulillah atas nikmat Allah, pelajar pelajar tajaan JPA dan MARA di JUST mungkin antara pelajar tajaan yang bertuah kerana mendapat tajaan yang membolehkan kami 'menyimpan' untuk travel.

Pernah suatu dahulu di dinding sakan Sahawneh, aku menulis target tempat yang aku mahu menjejak kaki. Tahun pertama aku target untuk menunaikan umrah, dan seterusnya barulah ke Turki dan Mesir. Ya, dalam list aku dahulu tidak ada target untuk menjejak kaki ke Eropah. 

Dan Alhamdulillah, ketika cuti semester pertama lagi aku diizinkan menjejak kota Al Fateh, tahun kedua aku di Jordan, Allah izinkan aku menziarahi teman teman aku di Mesir sebelum ada antara mereka yang pulang menyambung pengajian di Malaysia dan India kesan dari pergolakkan di Mesir ketika itu. Dan ketika di tahun kedua juga, akhirnya, impian aku dikabulkan tuhan, aku menjadi tetamu rumah-Nya, dan berpeluang beribadah di Raudah, Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah.Alhamdulillah.

Setelah check list aku makin selesai, teman teman selalu mengusik aku supaya mengembara ke Eropah, kata mereka... " at least pergilah sekali, kenal negara orang, kenal masyarakat dan paling penting kau akan menemui Islam di Eropah". Mungkin takdir tuhan, aku dilamar oleh seorang teman yang memang sedang mencari travelmates, jadi terus aku setuju kerana aku pikir, mungkin inilah peluang aku, ya peluang aku untuk kali pertama dan terakhirnya untuk menjejak kaki ke Eropah.

Perancangan dipersiap, aku bagaikan anak yang bakal mengikut apa sahaja perancangan ketua travel kami. Nama group travel kami TravelforAllah, kami bukan pelancong, tapi kami pengembara. Itulah yang kami sering diingatkan, jadi maknanya travel ini agak mencabar, semuanya perlu diatur sendiri. Kami membahagikan tugas. Lima orang semuanya, ada tugas masing-masing. Muneera sebagai AJK Makanan, Azizah sebagai AJK Keselamatan dan Kebajikan, Huda sebagai AJK Tiket dan Penempatan, Yuhana sebagai Ketua dan aku sendiri sebagai AJK Rohani. 

Routes kami kebanyakkannya di rancang oleh Yuhana dan Huda. Perancangannya kami memilih Turki sebagai origin pengembaraan. alasannya, dari Turki senang untuk mendapatkan tiket tambang murah untuk ke negara Eropah yang lain. Contohnya Pagasus(Turkish Airlines) dan EasyJet.

Keseluruhannya routes kami adalah bermula dari Turki>Austria>Switzerland>Itali>Greece>Turki.In sya Allah, dalam bahagian seterusnya akan dikongsikan tips secara details berkenaan Tiket, Penginapan, Tempat Menarik dan Tips Shopping dan mungkin sedikit berkenaan Fiqh Travels setakat mana yang termampu.

p/s: baru sahaja selesai nonton mov 99 Cahaya dari Eropah dan Said Nursi Badiuzzaman The Mov. Kerana mereka 'berdua' aku cuba untuk menulis apa sahaja yang mampu aku kongsikan dan memberi manfaat. 

moga Allah terus memberi izin untuk jari jemari ini menyambung cerita dalam kesibukkan summer semester dan pesta ibadah di bulan mulia ini. Ameen.

p/s:inspirasi dari perbualan Hanum Salsabiela sumber : http://www.hanumrais.com/p/sinopsis-99-cahaya.html#.U7xHEJSSySo

Menapak Jejak Amien Rais, untuk pertama kalinya saya mengenal Mba Hanum. Karya-karya Mba sangat menarik. Bagaimana cara memulainya menulis mba? Kadang-kadang saya suka kesulitan memulainya, padahal ide-ide dan pengalaman sudah menumpuk di kepala. Mohon masukannya. Terima kasih.

Dear mba endang, terimakasih atas apresiasinya. Menurut kata bijak, dimulai lebih awal dari langkah-langkah yang kecil. Jadi silahkan mba tuliskan saja yang menumpuk di kepala itu, ditatanya belakangan. Takutnya yg ditumpuk itu nantinya malah ilang.Jangan ditunda mba.Semoga berhasil mba.

30 Jun 2014 Blue Mosque
 Aku teringat kata sahabat Ali RA:
Wahai anakku! Dunia ini bagaikan samudra di mana banyak ciptaan ciptaan Nya yang tenggelam. Maka jelajahilah dunia ini dengan menyebut nama Allah. Jadikan ketakutanmu pada Allah sebagai kapal kapal yang menyelamatkanmu. Kembangkanlah keimanan sebagai layarmu, logika sebagai pendayung kapalmu, ilmu pengetahuan sebagai nahkoda perjalananmu; dan kesabaran sebagai jangkar dalam setiap badai cobaan.(Ali bin Abi Thalib RA)

No comments: