Monday, 26 January 2015

Catatan untuk teman teman yang bakal menjadi tetamu Allah

Cuti dipanjangkan sehingga 8 Feb 2015 bagi Fakulti Pergigian JUST.
Merujuk tarikh cuti ni, mesti dulu dah isi ss trip umrah akhowat aritu. Benarlah, yang menjadi tetamu Allah itu hanya insan insan yang terpilih.
Bersyukurlah kalian yang terpilih. Dan yang pernah dipilih.
Saya memilih untuk tak ambil banyak sangat gambar, kalau ada pun mmg tak berkualiti(sebenarnya pujuk diri sebab mase tu mmg camera phone rosak).
Jadi,Setiap kali saya melihat suasana atau bangunan dll...saya akan berhenti sekejap, saya tarik nafas dalam dalam...saya pejamkan mata. Dan saya cuba bayangkan suasana tu dalam minda. Dan percayalah, apa yang kita rakamkan di minda kita sebenarnya jauh lebih bernilai dari apa yang kita rakam di dalam gambar atau phone. Susah nak cerita, sebab memang kena rasa sendiri. Kenapa saya paksa diri saya untuk ingat, sebab saya memang tak ada alat untuk rakam semua tu. Sehinggalah saya tersedar, bahawa Allah dah lama bagi kita 'alat' untuk menyimpan memori. Cuba .
Nak lagi best. Fahamkan betul betul sirah yang berlaku di tempat tempat penting. Tips paling mudah, cuba mulakan dengan menonton omar siries part pembukaan tanah suci mekah.Tambahkan lagi rasa best. Banyakkan bersendirian.
Ada orang suruh saya tulis catatan umrah kat blog..diorang kata, kalau tak tulis nanti lama lama lupa. Sampai hari sekarang(after 2 years),saya hanya mampu mulakan dengan niat... dan betullah, memang semakin lama kita akan semakin lupa apa yang telah berlalu...
Paling menyedihkan apabila kita semakin lama semakin lupa, bahawa dahulu kita pernah menangisi dosa dosa kita di depan Baitullah, mahupun di Raudhah...
Tetapi sehingaa detik dan saat ini kita masih,
masih berbuat apa yang Dia tidak senang dan tidak gembira...
Terinspirasi dari satu caption, dua dua bumi(haramain) bukanlah yang menyucikan hati kita.. tetapi yang menyucikan hati kita adalah amalan kita.
Sebelum, semasa dan selepas.
Dan antara buktinya,
sejauh mana kita mampu istiqamah
dan berazam teguh selepas menjadi tetamu Allah.
Dan,
Itulah anugerah yang paling membahagiakan setelah menjadi tetamu Dia.
Maka, benarlah juga kata orang, pergilah menjadi tetamu Allah seberapa banyak sekalipun, tetap iman dan hati jua menjadi ukuran.
Sama sama kita muhasabah,
buat bakal tetamu dan yang pernah bertamu.
Catatan untuk teman teman yang bakal menjadi tetamu Allah daripada-yangmerinduiduatanahharam 

Sunday, 25 January 2015

Nota untuk Kak Syifaa'...



tadi stalk page pilihanraya, tiba2 mata ni macam berair... rindu kot. rindu.sangat. masa yang telah berlalu dulu. akak, terima kasih for everythings... may Allah bless you T_T

orang paling rajin yang saya kenal sejak dari kisas lagi... teringat Nusaibah selalu cerita pasal akak dulu masa kat kisas... doakan saya jadi rajin dan solehah macam akak T_T.....

akak..

akak tahu tak, saya takut sangat.. takut rasa 'kehilangan'.. sebagaimana saya rasa bila orang terdekat dengan saya telah menjadi milik orang.... sebagaimana mereka banyak perlu berkorban... orang disekeliling mereka juga perlu faham dan berkorban... kerana semakin hari kita semakin dewasa... dan hidup perlu diteruskan mengikut arusnya.... moga baik-baik sahaja.


akak..

saya takut sangat..takut tak sempat nak bercerita dengan akak, sebenarnya telalu banyak benda saya nak bercerita dengan akak, tetapi setiap kali saya ada kesempatan, setiap kali itu juga ingatan saya juga hilang.... mungkin saya rasa takut mengganggu akak.. feeling macam bila duduk dengan my sister... takut nak ambik masa yang berharga tu...

semalam my sister telephone... really touched my heart.. sebab bukan senang nak sembang macam tu dengan my sister yang dah ada banyak tanggungjawab dan komitmen tu... saya ternanti-nanti.. bila saya boleh sembang lagi macam yang kami sembang dengan akak pulak... T_T


Machang,Kelantan.