Meneruskan rutin setiap pagi bersarapan dengan housemate, bercerita tentang amalan. kata sahabat, jangan tinggalkan amalan yang kita dah biasa buat, sebab sekali kita buat syaitan akan mudah nak pengaruh kita ke arah benda lain. Tak kisah lah amalan apapun, yang penting kita ada amalan yang wajib kita buat dan jaga setiap hari.
Moga kita jadi orang yang mampu bantu orang lain untuk jaga amalan dia dan memperbaiki amalan tersebut ke arah yang lebih hari, hari demi hari.
Pernah disebut kajian oleh doktor dari barat, kita memerlukan sebanyak 21 hari untuk merutinkan satu tabiat baru. Dr.Muhaya pula menyatakan kita perlukan masa selama 30, dan dalam kisah-kisah orang terdahulu diceritakan kita memerlukan selama 40 hari. Tak penting beberapa hari, yang penting istiqamah dan berterusan walaupun sedikit.Dalam Filem The Fire, dikisahkan sepasang suami isteri yang sekian lama berkahwin, tetapi akhirnya isterinya menuntut cerai. Si suami baru sedar betapa dalam perkahwinan mereka, kesilapan itu datang daripada sikap dia sendiri. Maka bermulalah perubahan dia dalam mengubahkan tabiat buruk dan mengamalkan tabiat yang baik selama 40 hari atas nasihat ayahnya.Akhirnya, si isteri semakin sedar bahawa suaminya sedang berusaha gigih dan rutin selama 40 hari tersebut memberi kesan dan perubahan dalam hubungan mereka :)
Setiap muslim perlu sedar dan maklum. Nak berubah perlukan usaha. Yang sedikit ditambah. yang Sederhana di perbanyakkan. Yang dilupakan, diamalkan semula.Dan dalam agama ini juga mengajarkan kita bahawa seseorang itu mampu untuk berubah sebelum dia mencapai umur 40 tahun. Maka, tidak ada alasan, dah besar.. susah nak berubah. *tengok cermin*
Bermula lah dengan segala apa jenis amalan sekalipun, jangan pernah lupa, bahawa tanpa kuasa dan bantuan Allah, kita tidak mungkin mampu untuk mentaati Allah serta senantiasa mengingatinya.
Dan untuk hati yang selalu tewas, moga terus percaya bahawa rahmat dan kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaannya. Andai kita mati sekalipun, moga kita mati dalam berjuang dan berjihad , serta bermujahadah keburukan-keburukan diri kita sendiri.
Ya Allah, ampuni kami, masukkan kami dalam kemasukan yang benar, keluarkan kami dalam keluaran yang benar, kurniakan kami dan jadikan kepada kami dari kekuasaan dan pertolongan Mu.
Tuhan, maafkan kami, atas kelemahan dan kekurangan diri ini.
Tuhan, bantu kami,
No comments:
Post a Comment