Puteri Kolej Islam (Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang,1967)
Rambutnya mengirai pada angin petang
Berombak dari kerudung sutera
Bangkit dari telimpuh
Lalu berpidato
Suaranya membelah langit senja
Bendera hitam kibas-mengibas
Burung lalu berhenti terbang
Lantang menusuk khalayak ramai
Matanya tajam api memancar
Terbakar rumput tempat berpijak
Bahang gema menjilat asrama
Gemuruh tepuk lonjak semangat
Puteri berani Kolej Islam
Muncul dari sumpah perjuangan
Satu jiwa satu bangsa
Satu negara satu BAHASA
p/s:jumpa kat sini puteri-kolej-islam-sasterawan-negara
ramadhan..muramnya saat ini bukan kerana engkau akan berlalu pergi.tetapi mengenangkan diri yg masih menggelebis mencari2 dahan2 dan ranting keinsafan..walhal kau akan meninggalkan kami..kenapa hati ini terlalu tegar.keras.adapun kekadang ibarat span yg menyerap tetapi bangkit kembali.kering..ya Allah..
thabbit qulubana ya Allah..!
moga istiqamah selepas tarbiah di kuliyyah ramadhan--~
No comments:
Post a Comment